PENGHARGAAN Setinggi-tinggi dipanjatkan syukur kehadirat Ilahi, kerana diatas limpah serta rahmat kurniaanya dapatlah saya menyiapkan tugasan Pendidikan Agama yang diberikan kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Ustaz Ahmad Fahmi Bin Mohd Arshad kerana memberikan saya tugasan ini serta membantu saya dalam menyempurnakannya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada sahabat-sahabat saya kerana sudi membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan. Sesungguhnya kerjasama dan sifat bantu-membantu dapat menyumbang kepada penghasilan mutu kerja yang mantap. Berkenaan tugasan yang diberikan saya dapat menyimpulkan bahawa Konsep Syahadah merupakan satu konsep yang penting serta wajib difahami serta di ketahui dengan lebih lanjut. Sekiranya kita lihat pada masakini, faktor keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat umat Islam adalah kerana tidak menghayati erti serta hakikat sebenar syahadah beserta konsepnya yang seharusnya wajib diketahui. Justeru saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat cacat-celanya dalam saya menyiapkan
tugasan
ini.Diharapkan
agar
keredhaaNya.Insya-Allah.
1
kita
beroleh
Rahmat
serta
OBJEKTIF DAN HASIL PEMBELAJARAN 1.Memberi pengertian syahadah 2.Memahami konsep syahadah 3.Hubungan syahadah dalam kehidupan 4.Memberikan contoh aktiviti seharian kesan daripada konsep syahadah.
Pengenalan Bersyukur kehadirat ilahi di atas limpah serta rahmat kurnia-Nya, dapatlah saya menyiapkan tugasan yang diberikan.Pengertian syahadah merupakan suatu perkara yang telah dibahaskan oleh para ulama, seperti yang kita ketahui bahawa terdapat banyak kitab-kitab yang membahaskan perkara berkenaan syahadah. Syahadah bererti ucapan adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya. Jadi tidak dapat dinafikan lagi bahawa ia berkait rapat dengan kehidupan kita sebagai seorang hamba dan khalifah di muka bumi Allah yang indah ini. Oleh itu kita sebagai seorang hamba sahaya ini harus menyedari hakikat yang sebenarnya Allah S.W.T telah menetapkan syarat seseorang untuk memeluk Agama Islam agar mengucap dua 2
kalimah syahadah ketika melafazkan niat untuk memeluk Islam. Ucapan itu sememangnya satu janji dan pengakuan kita kepada Allah dengan menagakui bahaya Allah adalah satu-satunya tuhan yang layak disembah.Dan pengakuan bahawa Nabi Muhammad S.A.W adalah utusan Allah yang wajar diikuti ajarannya. Seperti yang kita sedia maklum bahawa sekiranya kita mengamalkan dan menghayati konsep akidah iu sendiri kita akan dapat membentuk suatu cetusan minda berkenaan kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T, jika kita merenung ke langit dam memandang gumpalan awan yang berterbangan di langit, tidakkah terdetik di hati kita bahawa betapa besarnya kuasa Maha Pencipta. Awan dan langit itu tidak bergantung atau disokong oleh mana-mana tiang yang seperti yang kita ketahui bahawa bumi itu mempunyai tarikan gravity,namun awan dan langit tidak pernah jatuh atau runtuh. Pernahkah kita memerima berita atau pengkabaran bahawa seseorang mememui gumpalan awan yang jatuh ke bumi, tentu sekali tidak pernah sama sekali. Begitu juga dengan kejadian makusia dan kelahiran manusia, seperti yang kita pelajari daripada ilmu sains, bayi yang dilahirkan itu berasal dari setitis mani bapa(seperma) dan telur ibu(ovum).Daripada titisan itu Allah jadikan segumpal daging yang dimana daging itu rerus membesar dan membentuk rupa paras dan organ didalamnya mula membentuk,begitu juga anggota badannya mula membentuk.Setelah sempurna lalu ditiupkan roh keatasnya maka terciptalah seorang bayi yang comel.Yang masih menjadi pertanyaan ahli-ahli sains berkenaan bagaimana nyawa seseorang bayi dimasukkan dan roh itu dijanakan.Semestinya sekiranya kita merenung dan berfikir berkenaan perkara ini tentunya segalanya berbalik kepada kuasa Maha Pencipta yang tiada tolok bandingnya.
3
HUBUNGAN DAN IMPLIKASI SYAHADAH DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN Oleh:Mohamad Syafie Samsir
‘Syahadah’( )الشهادةseperti yang disebutkan dan kita ketahui bahawa ia bererti satu pengakuan dan ucapan yang sebenar-benarnya percaya terhadap keesaan tuhan yang Maha Esa iaitu Allah S.W.T dan pengakuan yang sebenar-benarnya bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah. Terdapat pendapat lain yang mengatakan dari segi bahasa bermaksud penyaksian, manakala dari segi istilah syarak bermaksud penyaksian bahawa tiada tuhan yang layak di sembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad s.a.w adalah pesuruh Allah. Fiman Allah SWT :
Maksudnya : 4
“Tiadalah orang-orang musyrik itu berhak meramaikan masjid-masjid Allah sedang mereka telah mengakui bahawa mereka sendiri tidak beriman, itulah orang-orang yang pekerjaan mereka terbuang percuma sahaja, dan mereka kekal di neraka”
( at-Taubah : 17)
Seandainya syahadah lidahnya itu berlawanan dengan apa yang dipercayai oleh hatinya maka syahadah itu dinamakan syahadah dusta (pengakuan dusta) kerana mengkhabarkan sesuatu yang berlawanan dengan kepercayaannya. Ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam firmanNya :
Maksudya : “Apabila orang-orang munafiq datang kepada kamu, mereka berkata : Kami mengakui bahawa engkau sesungguhnya utusan Allah. Dan Allah mengetahui, bahawa kamu sesungguhnya utusanNya, dan Allah mengakui bahawa sesungguhnya orang-orang munafiq itu dusta.” ( al-Munafiquun : 1)
Pengucapan syahadah bukanlah hanya sekadar di bibir semata-mata, kalimah:
Maksudnya:Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah
5
Maksudnya: Dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah Konsep syahadah adalah satu konsep yang melengkapi seluruh aspek.Ini kerana, ucapan pengakuan ini bukan hanya sekadar di bibir tetapi hendaklah disertai dengan niat, bukti perbuatan dan sekaligus mengakuinya dengan hati.Andai hanya sekadar dibibir maka janji itu hanya sekadar seperti melepaskan batuk di tangga,tiada penghayatan dan iktikad sebenar.Syahadah juga merujuk pembahagian dua perkara iaitu mentauhidkan Allah dan syariat Allah yang dibawa oleh Rasulnya iaitu Nabi Muhammad s.a.w. Islam adalah nama sebuah agama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Makna “Islam” itu sendiri digambarkan oleh Nabi Muhammad saw dalam banyak sabda baginda. Imam al-Nawawi dalam Kitab hadis-nya yang terkenal, al-Arba’in alNawawiyah,
menyebutkan
definisi
Islam
pada
hadis
kedua:
“Islam
adalah
bahawasanya engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahwa sesungguhnya Muhammad adalah utusan Allah, engkau mewajibkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan ibadah Ramadhan, dan menunaikan ibadah haji ke Baitullah -- jika engkau berkemampuan melaksanakannya.” (HR Muslim). Pada hadis ketiga juga disebutkan, bahwasanya Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Islam ditegakkan di atas lima perkara iaitu bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan Allah, mewajibkan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji ke Baitullah, dan berpuasa di bulan Ramadhan.” (HR Bukhari dan Muslim). Menurut aqidah Islam,syahadah merupakan satu bentuk perjanjian antara kita dan Allah S.W.T.Jika diteliti dalam kehidupan kita sebagai manusia, sememangnya kepercayaan amat penting sesama manusia.Contoh termudah ialah antara suami isteri, sekiranya antara mereka mempunyai kepercayaan yang kukuh maka rumahtangga yang dibina akan berkekalan, sebaliknya jika tiada persefahaman dan kepercayaan antara satu sama lain maka rumahtangga yang dibina akan retak dan berlaku perpecahan keluarga. Seperti konsep syahadah dalam kehidupan, sebagai seorang hamba Allah S.W.T kita seharusnya berpegang teguh pada perkara ini. Hubungan sesama manusia harus dijaga maka seharusnya hubungan antara Allah juga harus dijaga. Bagaimana untuk menjaga hubungan dengan Allah? Melalui amalan dan penghayatan terhadap Agama Islam,maka hubungan manusia dengan Allah S.W.T dapat ditingkatkan. Seharusnya 6
kita harus sedar bahawa setiap yang berlaku dan setiap yang terjadi adalah daripada Allah S.W.T, manusia hanya pengantara kepada manusia yang lain. Bekenaan manusia sebagai pengantara, jika kita selami selain pengakuan terhadap keesaan Allah,kita juga mengucap syahadah dengan mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah utusan Allah yang menjadi persuruhnya menyampaikan ajaran Agama Islam.Sekiranya kita tidak percaya bahawa Nabi Muhammad itu adalah pesuruh Allah s.w.t, maka terbatallah syahadah kita. Ini kerana, apabila seseorang itu beriktikad mengakui bahawa Allah S.W.T merupakan tuhan yang maha berkuasa maka sekaligus wajib mengakui bahawa Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah S.W.T. Maka barulah sempurna pengakuan syahadah yang dinyatakan. Keimanan kepada kenabian Nabi Muhammad s.a.w adalah satu-satunya pintu masuk bagi manusia untuk dapat mengenal Allah dengan sebenar-benarnya dan untuk memahami cara beribadah yang benar kepada Allah tuhan yang benar. Kerana itulah, dapat difahami, mengapa Nabi Muhammad saw sangat gigih menyeru umat manusia untuk beriman kepada Allah SWT dan mengakui bahwa dirinya adalah utusan Allah yang terakhir. Nabi Muhammad s.a.w juga sangat keras dalam menyangkal kemusyrikan dan menolak adanya nabi lagi selepas baginda. Baginda dilarang keras berkompromi dalam soal ketuhanan, seperti yang dinyatakan dalam Surah Al-Kafirun. Sebab, tugas utama semua nabi adalah menyeru kepada manusia agar hanya menyembah Allah semata juga telah dinyatakan didalam surah An-Nahal ayat 36. Manusia sendiri tidak dapat mengetahui perkara-perkara ghaib mengenai Pencipta dan Sirat al-Mustaqim dengan menggunakan kudrat dan akalnya yang lemah dan terhad. Manusia sering kali melakukan kesilapan. Oleh itu pengutusan para rasul menunjukkan kebijaksanaanNya dan merupakan rahmat yang paling besar untuk umat manusia. Sebagai kesimpulannya, adalah tidak sepatutnya manusia mengingkari rasul Allah . Firman Allah SWT :
Maksudnya : 7
“Dan mereka tidak menghormati Allah dengan penghormatan yang sewajarnya ketika mana mereka berkata : Allah tidak menurunkan sesuatu pun untuk manusia.” ( al-An’am : 91) Dan sekiranya kita menuruti dan mempercayai kerasulan Nabi Muhammad, terdapat pelbagai implikasi dan kesan beriman sebenar-benarnya kepada kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Beriman dengan Nabi Muhammad SAW bererti mengimani secara mutlak, tuntas dan sempurna bahawa segala apa yang dibawa dan diberitakan oleh baginda adalah datangnya dari Allah SWT. Beriman dengan Rasulullah tidak boleh sama sekali dengan cara mempercayai dan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian dari ajarannya. Sikap yang sebegini bukanlah merupakan keimanan yang mutlak terhadap kenabian Rasulullah SAW. Al Qur’an banyak menyatakan dalil-dalil tentang kesan keimanan kepada nabi Muhammad SAW. Antaranya ialah Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Dan taatilah Allah dan rasul, supaya kamu diberikan rahmat.” ( Ali ‘Imran: 132)
Firman Allah SWT :
Maksudnya : “Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosa kamu.” ( Ali ‘Imran : 31) Firman Allah SWT :
Maksudnya : 8
“Apa yang diberikan rasul kepadamu terimalah dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah.” ( al-Hasyr : 7)
Dalam usaha meningkatkan keimanan seseorang individu itu perlulah benarbenar mengakui bahawa pengakuan yang dilaksanakan mestilah memenuhi tuntutan yang di nyatakan.Sekiranya dia masih ragu-ragu terhadap pengakuannya maka dia masih belum mencapai takat keimanan yang sebenar. Ada kalanya seseorang yang merasakan bahawa dia telah mencapai tahap dimana keimanannya sudah mantap, namun
seharusnya
dia
berusaha
untuk
memantapkan
keimanan
yang
dimiliki.Bagaimana untuk meningkatkan keimanan diri? Pelbagai amalan dan cara yang telah disarankan oleh Agama Islam untuk meningkatkan iman dalam diri. Antaranya kita menanamkan sifat yakin terhadap kekuasaan Allah, seperti yang diinyatakan dalam Firman Allah S.W.T:
Maksudnya : “Dan sesungguhnya jika kamu bertanya kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan mereka”, nescaya mereka menjawab: “Allah”. ( az-Zukhruf: 87) Firman Allah SWT lagi :
Maksudnya : “Dan jika kanu bertanyakan mereka tentang : Siapakah pencipta langit dan bumi ? Nescaya mereka menjawab : Semuanya diciptakan oleh Yang Maha Perkasa dan Yang Maha Mengetahui. ( az-Zukhruf : 9)
9
Maka sekiranya kita sebagai umat Islam seharusnya percaya bahawa Allah itu satusatunya tuhan yang layak disembah dan tiada kuasa lain yang lebih besar darinya.Mengamalkan cara hidup Islam dengan menunaikan setiap tuntutan dan kewajipan dengan hati yang ikhlas dan penuh keredhaan.Anak-anak diberi didikan Agama Islam yang secukupnya supaya tidak melencong jauh dari batasan Islam yang sebenar malah menturuti setiap hukum syarak yang telah ditetapkan.Menjadikan Islam sebagai “A’ddin” yang hakiki. Maka selamatlah hidup diredhai oleh Allah S.W.T . Seperti yang kita ketahui bahawa sekiranya kita berpegang teguh pada prinsip akidah Islam dan Syahadah maka kita tidak akan terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Jika kita merenung jauh, apakah hubungan syahadah dalam kehidupan kita.Persoalan ini telah lama timbul dan jawapan yang sebenarnya adalah kerana Allah S.W.T, andai kita tidak berpegang teguh pada konsep syahadah yang sebenar maka kita akan lalai dan memandang enteng hukum dan ketetapan Allah S.W.T.Kita lihat hubungan suami isteri, sememangnya konsep syahadah digunakan dalam hidup berumahtangga. Sekiranya seorang suami yang tidak mempercayai kesetiaan isteri dan begitu juga sebaliknya maka ruma tangga yang dibina tidak akan bahagia kerana perasaan syak wasangka yang timbul telah mengeruhkan keadaan. Begitu jua dalam urusan seharian, seseorang majikan tidak akan dapat mendapat kepercayaan daripada kakitangan bawahannya sekiranya dia sendiri tidak mempercayai dan menghargai kepercayaan orang bawahannya.
\ 10
KESIMPULAN Syahadah merupakan satu pengakuan yang membawa seribu erti dan makna. Dalam Agama Islam perkara ini merupakan perkara asas dan paling penting dalam memperkatakan soal Iman dan kepecayaan. Seseorang itu tidak dapat mencapai tahap keimanan yang sempurna sekiranya, dia masih ragu dan goyah memegang hukum syahadah.Apatah lagi meragui bahawa kekuasaan Allah S.W.T bukan yang utama. Jadi dapat kita perolehi dari segenap pandangan dalam menghalusi perkara ini. Adakah kita ini benar-benar berada dilandasan iman yang betul atau masih ragu serta bimbang. Oleh itu kita seharusnya merenung kedalam diri kita adakah kita ini sudah benar-benar sempurna iman kita. Sememangnya kita kadang-kala tidak sedar akan cara kehidupan kita yang memesong jauh dari akidah Islam yang sebenar. Ada kalanya kita merasakan yang kita lakukan adalah benar namun ia sudah melanggar syariat Islam. Umat akhir zaman merupakan umat yang kuat cabarannya,jadi dalam menghadapi cabaran dunia akhir zaman ini, kita seharusnya melengkapkan diri kita dengan persiapan yang mantap agarm tidak hanyut dalam dunia yang sememangnya fatamorgana. Selama menjalani kehidupan di dunia yang begitu mencabar ini, kita harus sedar akan setiap langkah dan ancaman daripara orang kafir yang menunggu masa untuk menyesatkan uma Islam.Mereka mengetahui bahawa seseorang Islam yang tidak berdamping dan berpegang teguh pada Al-Quran dan As-Sunnah sangat mudah untuk dipesongkan dan disesatkan. Maka marilah kita bersama-sama merenung kedalam diri kita berkenaan kekuatan dan kelemahan yang kita harus pelihara dan kita pertingkatkan agar kehidupan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini akan terus bahagia dan dirahmati oleh Allah S.W.T.
REFLEKSI Apabila meneliti dan merenung kedalam pengertian syahadah yang sebenar, saya baru menyedari bahawa setiap pengakuan dan ikrar yang dilafazkan bukanlah sekadar 11
dibibir sahaja.Ini kerana ia memerlukan keseluruhan bentuk pengakuan iaini mengakui dengan lidah, beramal dengan perbuatan dan menyakini dengan hati. Ketika menyiapkan tugasan ini saya menyedari bahawa, setiap yang kita janjikan harus ditunaikan. Contohnya, dalam diri umat Islam apabila sudah mengucapkan kalimah syahadah dia perlu menunaikan segala janjinya kepada Allah iaitu akan mematuhi segala perintahnya dan meninggalkan larangannya. Semasa mendapatkan maklumat berkenaan syahadah saya perlu meniliti terlebih dahulu samada setiap bahan yang saya perolehi dakah benar-benar sahih dan betul. Terdapat juga maklumat yang bukan berkenaan syahadah namun menyerupai syahadah. Jika tidak diteliti dengan betul maka akan berlaku kesilapan yang mungkin akan menyebabkan kesalahan dalam penyiapannya.Kebanyakan buku memberikan konsep yang sama namun menampilkan contoh dan pandangan yang berbeza. Secara tuntasnya, setiap yang berlaku adalah kerana kuasa Allah s.w.t. Sekiranya kita cuba meraguinya maka akan tercalar iman kita.Tetapi kita boleh memperbaharui iktikad kita dengan mengucapka ucapan syahadah dengan penuh kesedaran dan keinsafan.Sesungguhnya Zaman akhir zaman ini banyak cabaran dan karenahnya. Agak sedih sekiranya sesorang hamba Allah ini hanya tahu adanya tuhan dan tidak mengetahui hakaikat sebenar tuhan dalam diri kita adalah satu perkara yang amat mendukacitakan.
12
BIBILOGRAFI
Ramli Awang, 1997, Tasawwur Rabbani menurut Al-Quran dan Al-Sunnah, Al-HIDAYAH PUBLISHER, SHAH ALAM.
Mustafa Haji Daud, 1995, Konsep Ibadat Menurut Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka, SELANGOR DARUL EHSAN.
Imam Al-Ghazali,1995, Pedoman Amal Ibadat, Pustaka Ilmi, SELANGOR DARUL EHSAN.
Fathi Yakan, 2004, Strategi Hidup Secara Islam Mengajak Umat Ke Jalan Allah, Crescent News (KL) SDN.BHD., KUALA LUMPUR.
13
mpkt.edu.my/zawawi/sukatankpli.doc?PHPSESSID=c14056c720a0a1025b74dd79f7c7f 0a0 – www.geocities.com/zuluitm2/HKR111Silibus.doc www.e-infopsa.com/V3/_Muat%20turun%20modul/JKE/A1001%20%20PENDIDIKAN%20ISLAM%201/UNIT4.DOC
banihamzah.files.wordpress.com/2007/05/islamicworldview_ugm.doc voucherflash.com/download/materi_tarbiyah/Tarbiyah.doc
LAMPIRAN
14