Tudung Rutin Hak Asasi Atau Hukum Dari Allah

  • Uploaded by: zuhadisaarani
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tudung Rutin Hak Asasi Atau Hukum Dari Allah as PDF for free.

More details

  • Words: 642
  • Pages: 2
Tudung: Rutin, Hak Asasi atau Hukum? Assalamualaikum, Tersentuh hati perempuan saya membaca tulisan dari seorang non-Muslim yang menilai Islam berdasarkan sejarah, bukan berdasarkan nas yang sahih. Whatever it is, apa yang merunsingkan fikiran saya ialah apabila ujud dikalangan umat Islam sendiri yang kurang tahu tentang agamanya. Tidak tahu kenapa wanita mesti bertudung (surah 24:31) dan mengenakannya tidak lebih sekadar satu rutin harian. Tidak tahu bahawa sesuatu perintah Allah bukan untuk dicari justifikasi logik akal semata-mata. Apabila padang pasir tidak ujud, maka gugur kewajipan memakai khimar (tudung). Menurut penulis ini, mungkin di Malaysia ini orang Gurun, Kedah aje kot kena pakai tudung sebab depa dok di gurun :-) Saya teringat kata-kata abang Michael Jackson yang telah memeluk Islam iaitu Jermaine Jackson yang mana bila dia melihat Islam dan perintah menutup aurat yang dikenakan ke atas wanita, dia melihat betapa indahnya Islam kerana wanita tidak lagi menjadi mangsa eksploitasi pihak kafir seperti untuk melariskan barangan/produk dsb. Ramai juga dari kalangan converts yang merasa lebih aman bila bertudung kerana tidak lagi menjadi 'mangsa' mata-mata jalang jantan kaberet... Itu persepsi bekas orang Kafir yang melihat 'hikmah' disebalik perintah mengenakan khimar. Paling penting untuk diingati oleh setiap muslimah (dan juga muslimin), mengenakan pakaian menutup aurat tidak terbit dari hak asasi manusia (human rights) sebaliknya ia adalah perintah Allah sebagai bukti keimanan. Tidak perlu cari sebab kenapa ia diperintahkan kerana setiap hukum Allah itu adalah peraturan terbaik yang disusun untuk manusia dalam kapasiti sebagai yang dicipta (makhluk) oleh yang Maha Mengetahui iaitu Sang Pencipta (Al-Khaliq). Hak asasi yang akhir-akhir ini kerap ditimbulkan rentetan dari insiden karikatur Nabi Salallahu 'Alayhi Wasallam bukan berasal dari ajaran Islam kerana setiap Muslim itu terikat dengan hukum syarak dan hendaklah memastikan hukumhakamnya sebelum melakukan sesuatu. Seorang Muslim tidak boleh berbuat sesuatu hatta untuk memenuhi perintah Allah dengan mengatas-namakan hak asasi seperti "aku nak bertudung sebab ini hak asasi aku"... sehingga menganggap satu amalan (contohnya bertudung) sebagai satu kebiasaan (atau sebab ada manfaat, elak mudarat). Niat (demi dan untuk Allah) yang disulami dengan pengetahuan (ilmu) akan sesuatu amatlah penting. Hadis riwayat an-Nasa'i dan Ibn Majah - "Ada orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya kecuali lapar dan ada orang yang solat malam dan tidak mendapat sesuatu kecuali berjaga malam" Melakukan sesuatu atas prinsip kebebasan (bukan kerana perintah dan larangan Allah) pastinya akan lebih menyemarakkan api kebebasan yang hebat dilaung dan didendangkan oleh pihak Barat sebagaimana kata-kata seorang ahli falsafah Perancis yang tersohor yang pernah mengungkap kata-kata begini : "I disapprove of what you say, but I will defend to the death your right to say it "Voltaire (1694-1778) Sama-samalah kita membetulkan persepsi diri (sekiranya tersilap) dan juga berusaha menasihati sesama muslim agar ibadah, amalan yang kita lakukan bukan kerana manusia, kerana hak asasi dan lain-lain sebab yang bukan kerana Allah. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi : " Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegaskan untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut

mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaanya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa " Sama-samalah kita membetulkan persepsi diri (sekiranya tersilap) dan juga berusaha menasihati sesama muslim agar ibadah, amalan yang kita lakukan bukan kerana manusia, kerana hak asasi dan lain-lain sebab yang bukan kerana Allah. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi : Sama-samalah kita membetulkan persepsi diri (sekiranya tersilap) dan juga berusaha menasihati sesama muslim agar ibadah, amalan yang kita lakukan bukan kerana manusia, kerana hak asasi dan lain-lain sebab yang bukan kerana Allah. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi :

Related Documents


More Documents from "Meli Hungguwali"

Hadiah Malam Jumaat
November 2019 37
Dalmation Dots
November 2019 41
Keistimewaan Wanita
November 2019 41
November 2019 31