TRANSKRIP TEMU BUAL BERSAMA EN. FARIS (GURU BAHASA INGGERIS)
SAYA
:Assalamualaikum dan selamat pagi En. Faris. Saya Aisyah dari IPG Pulau Pinang ingin menemu bual encik berkaitan dengan sosiobudaya global dan PdPc. Boleh saya menemubual encik?
EN. FARIS : Waalaikumussalam. Boleh, silakan.
SAYA
: Boleh saya tahu berapa lamakah en telah berkhidmat sebagai guru dan apakah subjek pengkhususah encik?
EN. FARIS : Saya telah mengajar selama 14 tahun dan subjek pengkhususan saya ialah Bahasa Inggeris.
SAYA
EN. FARIS
SAYA
: Ohh lama juga encik telah menjadi guru. Adakah sekolah-sekolah yang pernah encik ajar ini mempunyai murid-murid dari pelbagai bangsa?
: Ya, saya berkhidmat di Sekolah Kebangsaan. Jadi, kebanyakan kelas yang saya ajar terdiri dari pelbagai bangsa. Ada Cina, India, Melayu, Orang Asli dan pernah juga terdapat murid berbangsa Iban dan Kadazandusun yang menetap di semenanjung.
: Wah, begitu rupanya. Jadi, boleh encik jelaskan bagaimana encik menguruskan kelas yang mempunyai pelbagai bangsa ini?
EN. FARIS : Saya menggunakan kaedah bilik darjah yang mesra budaya. Bermakna, setiap murid yang berbilang kaum ini dapat belajar secara sama rata dan tanpa ada bias. Kalau boleh, saya akan cuba mengelakkan dari membangkitkan isu-isu yang sensitif bagi setiap kaum seperti mengucapkan kata-kata yang boleh mengguriskan hati mereka dan menghormati mereka. Contohnya, elakkan bercerita tentang ‘babi’ kepada murid beragama islam kerana perkara itu adalah sensitive bagi umat Islam. Kalau boleh, semasa mengajar, saya sering selitkan tentang budaya- budaya sesuatu kaum agar murid-murid ini dapat saling mendalami budaya rakan-rakan mereka yang berbangsa lain. Guru ini adalah role model kepada anak-anak murid kita, jadi kita kenalah tunjuk contoh yang baik. Kita kena hormat dahulu setiap bangsa dan budaya mereka, barulah murid boleh lakukan perkara yang sama.Dengan cara ini,tidak akan berlaku pertelingkahan atau pergaduhan antara kaum dan murid-murid ini dapat belajar dengan suasana yang tenang dan kondusif. Jadi beginilah cara saya mengawal dan menguruskan kelas-kelas saya yang terdapat murid pelbagai kaum ini.
SAYA : Oh begitu rupanya cara encik mengawal kelas. Adakah terdapat apa-apa kesan atau implikasi kepelbagaian sosiobudaya global terhadap PdPc encik ini?
EN. FARIS : Banyak implikasi dia sebenarnya. Antaranya ialah guru dapat merancang PdPc dengan lebih baik dan menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 yang menekankan pembelajran secara koperatif dan kolaboratif. Melalui kepelbagaian sosiobudaya ini, guru dapat membentukkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada semua kaum. Hal ini supaya murid-murid dapat faham akan budaya mereka dan membentuk persekitaran kelas yang kondusif. Guru juga dapat menyusun bilik darjah mengikut susunan meja abad ke-21 iaitu secara berkumpulan bagi merapatkan perpaduan antara murid berbilang kaum ini. Selepas itu, terhadap murid pula, ialah murid dapat memahami budaya kaum lain dengan lebih mendalam. Melalui interaksi harian dengan rakan sekelas yang berlainan bangsa, mereka secara tidak langsung akan dapat belajar tentang budaya kaum lain ini. selepas itu, mereka akan dapat menguasai kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid berbangsa cina dan india kurang fasih berbahasa melayu dengan baik. Melalui kepelbagaian sosiobudaya dan pergaulan dengan murid-murid yang lebih fasih berbahasa melayu, mereka secara tidak langsung akan belajar bertutur dalam bahasa melayu dengan lebih baik. Selepas itu, murid-murid juga boleh belajar bahasa kaum-kaum lain selain dari bahasa ibunda seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina. Mereka boleh mempelajari perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang biasa digunakan oleh kaum Cina dan India ini dengan lebih fasih. Jadi, jurang antara kaumkaum dalam kelas juga dapat dieratkan apabila mereka saling memahami bahasa rakan-rakan yang berlainan kaum ini.
SAYA : Oh ini bermakna kesan kepelbagaian sosiobudaya ini…… Pada pendapat encik, adakah penting bagi seorang guru mengambilkira kepelbagaian sosiobudaya global dalam PdPc?
EN. FARIS : Semestinya penting untuk setiap guru mengambilkira kepelbagaian sosiobudaya global dalam PdPc. Kalau tidak, pastinya akan menimbulkan pergaduhan demi pergaduhan antar kaum di sekolah. Boleh jadi kes berat seperti buli jika guru memandang enteng dan tidak mengambilkira tentang sosiobudaya dalam PdPc guru.Selepas itu, kita hidup bermasyarakat, pelbagai kaum pula, jadi kita wajib menitikberatkan aspek sosiobudaya semasa mengajar. Seperti yang saya cakap tadi, kita sebagai guru itu sendiri perlu menghormati dan menjaga sensitivity setiap kaum di dalam kelasnya. Dengan cara ini, kelas yang kondusif dapat dibina dan melahirnya masyarakat yang saling mengasihi dan aman damai. Perkara ini sebab murid-murid ini adalah masa hadapan negara, jadi sekiranya kita yang merupakan ejen perpaduan tidak mengambilkiran sosiobudaya dalam kelas, bagaimana mereka akan mengekalkan keamanan negara pada masa hadapan? Jadi, itulah sebabnya kita sebagai guru ini wajib menitikberatkan hal ini dan tidak pandang enteng sahaja.
SAYA : Ya, saya juga bersetuju dengan encik kerana gurulah ejen perpaduan sesebuah negara. Jadi, apakah aktiviti pembelajaran yang biasa encik lakukan yang mengambilkira sosiobudaya ini?
EN. FARIS : Biasanya saya akan membuat aktiviti pembelajaran koperatif. Pembelajaran ini dilakukan secara berkumpulan. Jadi setiap kumpulan saya akan campurkan semua kaum supaya mereka dapat saling mengenali antara satu sama lain dan tahu bagaimana cara untuk berkomuniasi dengan rakan-rakan berlainan kaum dengan betul. Dengan cara ini, tidak akan muncul isu ‘racism’ dalam kelas. kebanyakan aktiviti yang saya buat semuanya dalam kumpulan. Susunan meja dalam kelas juga saya akan susunkan mengikut susunan meja abad ke-21 iaitu secara berkumpulan dan campurkan semua kaum dalam setiap kumpulan. Seperti saya yang mengajar subjek Bahasa Inggeris ini, saya akan membuat aktiviti lakonan situasi tentang kebudayaan kaum-kaum di Malaysia dalam bahasa inggeris dengan melibatkan semua kaum dalam lakonan tersebut. Saya akan beri watak secara rawak contohnya murid melayu akan memegang watak bangsa india. Perkara ini supaya mereka lebih faham akan budaya kaum lain dan mereka akan cuba memahami budaya kaum yang mereka dapat untuk mereka mendalami watak yang diberikan. SAYA : Wah sungguh menarik dan seronok aktiviti yang dilakukan oleh encik Faris. Soalan terakhir dari saya, apakah kekangan yang dihadapi semasa mengajar di kelas-kelas seperti ini?
EN FARIS: Walaupun nampak mudah untuk mengajar dalam kelas seperti ini, tapi saya akui memang banyak juga kekangan yang dihadapi. Antara kekangan yang biasa dihadapi ialah bila murid-murid ini bergaduh. Bila mereka bergaduh, sangat sukar untuk mengawal kelas dan mereka akan kurang memberi kerjasama dalam kelas. selepas itu, terdapat juga jenis-jenis yang suka mengejek rakan-rakannya. Contohnya, murid melayu sering mengejek warna kulit murid kaum india dan murd india sering mengejek murid cina dengan pelbagai ejekan. Perkara ini kadangkadang berlaku luar dari kawalan guru dan mereka juga tidak tahu bahawa perkara ini akan mengundang pergaduhan antara kaum. Mereka kurang arif tentang sensitivity kaum lain. oleh itu, perkara-perkara seperti inilah yang menjadi kekangan untuk membentuk sosiobudaya yang baik semasa saya mengajar.
SAYA : Murid- murid kini perlu didedahkan dengan isu-isu yang sensitive bagi setiap kaum agar mereka tidak melakukan perkara ini. Tindakan tegas juga harus diambil. Baiklah, terima kasih encik Faris kerana sudi meluangkan masa untuk ditemubual.
EN. FARIS : Ya, betul. Sama-sama.