Laporan Budaya-1

  • Uploaded by: Aisyah Rahim
  • 0
  • 0
  • August 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Laporan Budaya-1 as PDF for free.

More details

  • Words: 597
  • Pages: 2
Pada 1 hingga 5 April saya telah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Rapat Setia. Semasa PBS, saya telah menjalankan satu temubual bersama seorang guru Bahasa Inggeris dari sekolah tersebut iaitu En Faris Bin Imran berkaitan dengan kepelbagaian sosiobudaya. Hasil dari temubual, saya telah mendapat pelbagai info berkaitan dengan kepelbagaian sosiobudaya ini. Terdapat beberapa soalan yang

diajukan

untuk

mengenalpasti

implikasi

kepelbagaian

sosiobudaya

dalam

pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc). Daripada perbincangan semasa temubual dengan En. Faris, saya dapati antara implikasi kepelbagaian

sosiobudaya terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan dalam

bilik darjah ialah guru dan murid dapat sama-sama menanam sikap saling menghormati, menanam sifat bersatu padu dan membuang sikap racism antara kaum. Hal ini dapat dilihat apabila En. Faris akan sentiasa mengelakkan dari membangkitkan isu-isu yang sensitif bagi setiap kaum seperti mengucapkan kata-kata yang boleh mengguriskan hati mereka dan menghormati mereka dalam PdPc. Setiap guru haruslah sentiasa berhati-hati ketika bertutur semasa mengajar agar tidak mengguriskan hati murid-murid, terutamanya berkaitan dengan perkauman. Guru juga bertindak sebagai role model kepada murid, oleh itu guru perlu menghormati dan memahami budaya kaum lain dengan mendalam supaya murid dapat melakukan perkara yang sama. Menurut Hamid, S. A. & Kila, N. A. (2017), guru merupakan role model yang memainkan peranan penting menanamkan nilai-nilai murni dalam kehidupan, mendidik serta mendorong pelajar menjadi insan yang berakhlak. Oleh itu, amat penting bagi seorang guru untuk menjadi contoh kepada murid dan membentuk sesi PdP yang mesra budaya. Selepas itu, hasil temu bual bersama En. Faris, saya dapati antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya terhadap pembelajaran dan pemudahcaraan dalam bilik darjah ialah guru dapat merancang PdPc dengan lebih baik dan menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21 yang menekankan pembelajran secara koperatif dan kolaboratif. Melalui kepelbagaian sosiobudaya ini, guru dapat membentukkan aktiviti-aktiviti pembelajaran dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada semua kaum. Hal ini supaya murid-murid dapat faham akan budaya mereka dan membentuk persekitaran kelas yang kondusif. Guru juga dapat menyusun bilik darjah mengikut susunan meja abad ke-21 iaitu secara berkumpulan bagi merapatkan perpaduan antara murid berbilang kaum ini. Menurut Lambert (1994), aspek persekitaran fizikal memainkan peranan penting dalam membantu interaksi antara murid dari latar belakang linguistik dan kebudayaan yang berbeza. Oleh itu, kepelbagaian sosiobudaya ini memberi kesan yang mendalam terhadap kualiti pengajaran guru kerana guru dapat mengaplikasikan pengajaran abad ke-21 dalam PdPc dan membantu guru merancang reka bentuk pengajaran yang lebih sempurna.

Implikasi kepada murid-murid pula ialah murid dapat memahami budaya kaum lain dengan lebih mendalam. Melalui interaksi harian dengan rakan sekelas yang berlainan bangsa, mereka secara tidak langsung akan dapat belajar tentang budaya kaum lain ini. selepas itu, mereka akan dapat menguasai kemahiran dan penguasaan bahasa yang berbeza. Sesetengah murid berbangsa cina dan india kurang fasih berbahasa melayu dengan baik. Melalui kepelbagaian sosiobudaya dan pergaulan dengan murid-murid yang lebih fasih berbahasa melayu, mereka secara tidak langsung akan belajar bertutur dalam bahasa melayu dengan lebih baik. Selepas itu, murid-murid juga boleh belajar bahasa kaum-kaum lain selain dari bahasa ibunda seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina. Mereka boleh mempelajari perkataan-perkataan atau ayat-ayat yang biasa digunakan oleh kaum Cina dan India ini dengan lebih fasih. Oleh itu, jurang antara kaum-kaum dalam kelas juga dapat dieratkan apabila mereka saling memahami bahasa rakan-rakan yang berlainan kaum ini. Kesimpulannya, temu bual dengan En. Faris ini memberikan banyak ilmu pengetahuan

tentang

kepelbagaian

sosiobudaya

dalam

kelas.

Saya

juga

dapat

mempelajarai cara mengendalikan kelas yang mempunyai pelbagai kaum ini dengan efektif. Kepelbagaian sosiobudaya ini banyak memberikan implikasi kepada guru dan murid dalam kelas. Oleh itu, guru haruslah sentiasa bertindak sebagai agen perpaduan dan melengkapkan diri dengan ilmu kepelbagaian sosiobudaya agar dapat memberi impak positif dalam pengajaran dan membentuk murid-murid yang bersatupadu.

(595 pp)

Related Documents

Laporan
August 2019 120
Laporan !
June 2020 62
Laporan
June 2020 64
Laporan
April 2020 84
Laporan
December 2019 84
Laporan
October 2019 101

More Documents from "Maura Maurizka"