Transformasi Global Dan

  • Uploaded by: nazril
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Transformasi Global Dan as PDF for free.

More details

  • Words: 334
  • Pages: 2
TRANSFORMASI GLOBAL DAN HUBUNGAN ANTARABANGSA MALAYSIA UKM-GUP-TKS-07-12-100 DR. ZARINA @ ZAIRINA BINTI OTHMAN (KETUA PENYELIDIK) PROFESOR MADYA DR. NOR AZIZAN BIN IDRIS PROFESOR MADYA DR. RASHILA BINTI HJ. RAMLI PROFESOR MADYA SALIHA BINTI HJ. HASSAN

ABSTRAK

Transformasi politik pada hari ini telah memberi ruang dan peluang sarjana untuk mengkaji beberapa persoalan penting yang selama ini terabai. Menyelami fenomena mutakhir politik global adalah mustahak untuk negara melancarkan dasar hubungan luarnya agar terus aman dan selamat, justeru memudahkan pembangunan dan kesejahteraan negara.

Walaupun terdapat kajian mengenai tingkahlaku negara

berdasarkan faktor hubungan antarabangsa, namun terlalu sedikit yang mengkajinya dari perspektif sarjana tempatan dan sarjana Islam sendiri. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi di mana kajian yang ada kebanyakannya menggunakan Bahasa Inggeris ataupun menggunakan teori barat. Krisis Ekonomi Asia 1997-1998 dan Insiden 11 September 2001, adalah antara insiden politik global yang menuntut penyelidikan berterusan untuk mengkaji bagaimanakah ianya memberi kesan pada negara kecil dan negara Islam. Teori apakah yang relevan untuk memahaminya? Kajian ini mengandaikan walaupun teori barat yang sedia ada berupaya menerangkan insiden mutakhir transformasi politik global, namun ia ketinggalan untuk menerangkan tingkahlaku negara kecil, maju dan sebuah negara Islam seperti Malaysia, dalam hubungan antarabangsa. Ini kerana mereka buta untuk melihat faktor terpinggir, tetapi berperanan, seperti agama dan budaya. Kajian ini mempunyai tiga objektif: untuk 1)

mengaplikasi bagaimana fenomena transformasi

dunia dan teori hubungan antarabangsa menerangkan tingkahlaku Malaysia; 2) mencari perspektif baru dalam menerangkan hubungan antarabangsa Malaysia; dan 3) mengkaji isu keselamatan Malaysia yang berkaitan.

Kajian ini akan mengumpulkan i) data

sekunder yang akan menyediakan latarbelakang kajian yang turut menjadi rujukan utama teori hubungan antarabangsa terkini; ii) data primer yang akan dikutip daripada temubual intensif, iaitu: iia) informan primer--mereka yang terlibat secara langsung dalam hubungan antarabangsa Malaysia, seperti pegawai Kementerian Luar Malaysia, dan iib) informan sekunder--mereka yang pakar dalam isu kajian Malaysia dan hubungan antarabangsa, iaitu sarjana di dalam dan di luar negara. Sebagai kajian empirik yang terulung, kajian ini akan menjadi pemangkin pada kajian di bawah kerangka transformasi politik global, teori hubungan antarabangsa, politik Islam dan kajian Malaysia.

Related Documents


More Documents from "Sa'diahJuma"