TRANSFORMASI DIRI (HIJRAH)
Hijrah mengingatkan kita kepada peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat dari kota Mekah ke kota Madinah dengan penuh pengorbanan demi untuk mengembangkan, mempertahankan kedaulatan dan kesucian syiar Islam. Sesungguhnya hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat bukanlah kerana takut diseksa atau dibunuh oleh pihak musuh, akan tetapi kerana mentaati perintah Allah Subhanahu Wata'ala dan sebagai meneruskan perjuangan dakwah, kerja keras dan berkorban demi kebaikan ummah. Inilah buktinya bertapa kuat dan kukuhnya keimanan mereka kepada Allah Subhanahu Wata'ala dan RasulNya.Hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah membawa perubahan yang besar kepada kebangkitan dan perkembangan agama Islam.Dengan hijrahnya Baginda, maka umat Islam di Madinah semakin ramai, dan akhirnya menjadi umat yang teguh dan bersatu padu dari segi keimanan dan persaudaraan. Dan yang lebih ketara lagi agama Islam semakin pesat dan berkembang maju. PENGAJARAN: 1. Penghijrahan Rasulullah inilah contoh yang patut kita teladani jika kita benar-benar ingin membuktikan ketaatan, kesetiaan dan keikhlasan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala, iaitu memiliki kecekalan, keberanian serta tidak gentar menghadapi apa jua dugaan dan halangan dalam usaha untuk menegakkan syiar Islam. 2. Peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam merupakan sejarah agung yang telah membawa perubahan kepada kehidupan umat Islam pada ketika itu kepada kehidupan yang lebih bertamadun dan sempurna. 3. Peristiwa hijrah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan para sahabat ini suatu peristiwa yang banyak memberi iktibar dan pengajaran kepada sekalian umat Islam supaya sentiasa melakukan hijrah atau perubahan. PENEGASAN:
ٌ ل َه ُ ُم ع َق ِّ ب َا ت ِّم ْن ب َ يْ ِّن ي َ د َيْ ِّه َو ِّم ْن َخ لْ فِّ ِّه ي َ ْح ف َظُ و ن َه ُ ِّم ْن أ َ ْم ِّر ه َّللا ِّ ۗ إ ِّ هن َّللا َ ََل ي ُغ َي ِّ ُر َم ا ب ِّ ق َ ْو ٍم َح ت ه ٰى ي ُغ َي ِّ ُر وا َم ا ب ِّ أ َنْ ف ُ ِّس ِّه ْم ۗ َو إ ِّ ذ َا أ َ َر ا د َ ه ه ُ َّللا ب ِّ ق َ ْو ٍم سُ و ًء ا ف َ ََل َم َر د ه ل َ ه ُ ۚ َو َم ا ل َ ُه ْم ِّم ْن د ُو ن ِّ ِّه ِّم ْن َو ا ٍل
Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya bergiliran, di muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak merubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (SURAH AR RA’D : 11) CADANGAN TAARUF BERTEMA: 1. APAKAH AZAM BARU?