1.0 PENGENALAN Bagi membentuk sebuah negara yang maju dan berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain, pembentukan modal insan berminda kelas pertama merupakan sebuah aset penting dalam mencapai hasrat ini dan keberhasilan wawasan 2020. Pembentukan insan kelas pertama ini hanya dapat dibentuk melalui perkembangan dan kemajuan pendidikan yang berlaku di Malaysia. Oleh yang demikian, pelbagai usaha dan tindakan telah diambil oleh kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Pendidikan dalam aspek pembangunan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan pengamalan nilai serta etika yang positif. Persoalannya, bagaimanakan usaha pembangunan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan penyerapan serta pengamalan nilai diwujudkan oleh pihak kerajaan bagi mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia?
2.0 USAHA-USAHA PEMBANGUNAN PENGETAHUAN 2.1 DINAMIKA KURIKULUM Anjakan dinamika telah berlaku dalam pendidikan sekolah rendah bermula apabila Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) ditukarkan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) seterusnya kepada Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah (KBSR) dan kini Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Dinamika yang berlaku ini membuktikan usaha kerajaan dalam meningkatkan dan membangunkan pengetahuan pelajar ke arah yang lebih baik. Contohnya, KLSR bersifat umum dan hanya bergantung kepada penggunaan buku teks sahaja manakala KBSR menggunakan bahan pengajaran dan alat bantu mengajar yang lebih berkesan. Secara tidak langsung proses pengajaran dan pembelajaran akan berjalan secara lancar dan pelajar akan menunjukkan minat dalam belajar. Ditambah pula dengan perubahan kurikulum kepada KSSR yang berprinsipkan pendidikan seumur hidup (Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2010). Maka, pelajar akan sentiasa menerima pengetahuan baharu dari hari ke hari. 2.2 PEMBANGUNAN PUSAT PENGAJIAN Institusi pendidikan pada zaman British bermula dengan wujudnya sekolah agama yang dikenali sebagai madrasah atau sekolah agama moden. Kemudian, British telah mewujudkan empat lagi sistem persekolahan berdasarkan konsep pecah dan perintah iaitu sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina, sekolah vernakular Tamil dan sekolah Inggeris (Ee, 1999). Namun begitu, sistem-sistem persekolahan yang wujud semasa pemerintahan British telah berubah 1
selepas kemerdekaan. Pembangunan pusat pengajian berkembang pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan apabila laporan penyata Razak diperkenalkan. Pusat pengajian kini tidak tertakluk kepada madarasah atau pondok semata-mata tetapi beranjak kepada sekolah menengah kebangsaan agama (SMKA), sekolah berasrama penuh (SBP), sekolah bestari , sekolah wawasan dan banyak lagi. Sehingga kini kerajaan masih berusaha keras dalam mengembangkan institusi pendidikan bukan di peringkat sekolah rendah sahaja malahan sehingga peringkat universiti. Melalui perkembangan institusi ini, pembangunan pengetahuan pelajar dapat diwujudkan seiring dengan masyarakat global.
3.0 PENGUASAAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DIBANGUNKAN 3.1 KEMAHIRAN AKADEMIK Pembangunan kemahiran akademik dalam kalangan pelajar telah diusahakan oleh kerajaan melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Murid-murid bukan sahaja ditekankan mengenai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira sepertimana yang terkandung dalam KBSR tetapi turut diajar kemahiran menaakul yang menjadikan pelajar peroleh 4M dalam kemahiran akademik. Kemahiran menaakul menggalakkan murid-murid meneroka dan berfikir secara kritis bagi menjana idea baru apabila berhadapan dengan risiko. Kesan daripada kemahiran menaakul ini, pelajar turut memperoleh kemahiran berfikir aras tinggi yang akan melahirkan generasi produktif dan inovatif. Hal ini kerana, kemahiran berfikir dalam aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Allah berfirman:
2
11. Hai orang-orang beriman apabila kamu dikatakan kepadamu: "Berlapang-lapanglah dalam majlis", Maka lapangkanlah niscaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. dan apabila dikatakan: "Berdirilah kamu", Maka berdirilah, niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. 3.2 KEMAHIRAN TEKNOLOGI Meniti arus modenisasi yang semakin canggih, kemahiran teknologi merupakan satu keperluan dalam kehidupan seseorang individu bukan lagi sebuah kehendak. Justeru itu, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp). Penggunaan ICT terhadap pelajar boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan dan alat demontrasi (Chin, 2009). Secara tidak langsung, individu celik IT dapat dilahirkan daripada pengaplikasian ICT dalam pembelajaran. Tambahan pula, pihak Kementerian Pelajaran kini telah memperkenalkan beberapa subjek teknologi yang wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah mahupun menengah seperti subjek teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) dalam tahun 4 dan subjek asas sains komputer dalam tingkatan 1. Teknologi pendidikan adalah suatu profesion dalam usaha mengorganisasi, melaksanakan teori, teknik dan praktik aplikasinya (Ishak& Dani, t.t) Tidak dapat dinafikan melalui usaha Kementerian Pendidikan ini, kemahiran teknologi dapat diterapkan dalam diri setiap pelajar. 3.3 KEMAHIRAN AUTOMOBIL
3
Pihak Kementerian Pelajaran telah menawarkan kursus Kejuruteraan Automotif atau kursuskursus lain yang berkait dengan bidang automobil di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ditubuhkan di Malaysia termasuk juga Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).. Kelebihan kursus automotif ini memberi pendedahan dan kemahiran pengkhususan dalam kursus Kejuruteraan Mekanikal, meliputi kursus rekabentuk automotif, struktur dan dinamik kenderaan, kuasa dan pemindahan kuasa keretapi, kenderaan aerodinamik, elektronik, ergonomik, bahan automotif dan penghasilan. Usaha memperkenalkan bidang kemahiran automobil kepada masyarakat akan melahirkan individu yang mempunyai kepelbagaian kemahiran. Bukan itu sahaja, masyarakat akan lebih terarah dalam membentuk pekerjaan kemahiran yang bertaraf antarabangsa.
4.0 PENGAMALAN NILAI DALAM ORIENTASI KURIKULUM 4.1 NILAI ALAM SEKITAR Dalam kehidupan, manusia bukan sahaja hidup sesama manusia, tetapi mereka juga tinggal bersama alam sekitar. Penyerapan nilai terhadap alam sekitar amat penting agar individu mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk menjaga keharmonian serta kesejahteraan alam.
Justeru
itu,
kerajaan
telah
memperkenalkan
matapelajaran
Geografi
yang
membincangkan mengenai muka bentuk bumi dan usaha untuk memperbaiki suasana alam sekitar yang lebih indah dan sejahtera sebagai tempat tinggal. Melalui kurikulum Geografi, orientasi nilai yang diterapkan adalah menghargai pelbagai bentuk geografi fizikal dan menyedari pentingnya penglibatan diri secara aktif dalam pembangunan negara (Sufean, 1989). Oleh yang demikian, masyarakat akan lebih beretika dalam pembangunan dan penerokaan alam sekitar. Tidak akan berlaku lagi pencerobohan hutan simpan dan kemusnahan habitat haiwan di hutan. Allah telah berfirman:
4
205.
Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan
kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan. 4.2 NILAI KEBERSAMAAN Nilai kebersamaan adalah nilai kekitaan bukan keakuan. Dalam kehidupan yang mempunyai kepelbagaiaan kaum, kesefahaman dan kerjasama amat penting untuk membentuk kehidupan masyarakat yang harmoni. Pengenalan kepada kurikulum Sejarah merupakan sebuah tindakan bijak yang dilakukan oleh kerajaan dalam menerapkan nilai kebersamaan kepada individu yang tinggal di Malaysia. Pendidikan sejarah menitikberatkan nilai-nilai yang dapat memupuk semangat kewarganegaraan. Melalui pengertian dan penghayatan sejarah negara, semua usaha membina keperibadian bangsa Malaysia ditekankan dan diberi keutamaan (Rahim, 1993). Contoh nilai-nilai kewarganegaraan yang dipupuk adalah semangat kekitaan iaitu bersatu padu, bertolak ansur, bertoleransi, bersefahaman dan bermuafakat. Oleh yang demikian melalui usaha penerapan nilai kebersamaan ini, keberhasilan modal insan minda kelas pertama yang mempunyai nilai-nilai murni dalam bermasyarakat dapat dilahirkan. Sebagai orang Islam, kita perlu menghargai setiap ciptaan Allah kerana Allah telah berfirman :
13.
Hai manusia, Sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan
seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.
5
5.0 RUMUSAN Kesimpulannya, kerajaan telah melakukan pelbagai usaha dalam meningkatkan pembangunan pengetahuan, penguasaan kemahiran-kemahiran dan penyerapan nilai dalam orientasi kurikulum. Usaha kerajaan ini tidak akan berhasil seandainya kerajaan hanya bertepuk sebelah tangan. Justeru itu, kerjasama yang padu daripada semua pihak amat diperlukan dalam merealisasikan hasrat kerajaan untuk membentuk modal insan berminda kelas pertama. Melalui keprihatinan yang diberikan oleh semua pihak, tidak mustahil negara kita dapat mencapai tahap pendidikan bertaraf dunia.
RUJUKAN Abd. Rahim Abd. Rashid. (1993). Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahagian Perkembangan Kurikulum. (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Ee Ah Meng. (1999). Pendidikan Di Malaysia I : falsafah pendidikan, guru dan sekolah (edisi kedua). Shah Alam: Fajar Bakti Sdn Bhd. Ishak Abdulhak, & Dani Parmawan. (n.d.). Teknologi Pendidikan. Kuala Lumpur: SAM Synergy Media Sdn Bhd. Sufean Hussin. (1989). Pengajaran Nilai Dalam Kurikulum. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
6