Tonggak Duabelas

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tonggak Duabelas as PDF for free.

More details

  • Words: 2,823
  • Pages: 7
TONGGAK DUA BELAS DALAM TUGAS HARIAN Hjh. Rubiah Abdul Rahman* Apakah Tonggak Dua Belas? Tonggak Dua Belas adalah dua belas perin gatan yang sekiranya diamalkan akan dapat membentuk anggota perkhidmatan awam yang berperibadi mulia.Tonggak Dua Belas mengandungi banyak nilai-nilai yang sekiranya dihayati dapat mewujudkan anggota perkhidmatan awam yang unggul dan perkhidmatan awam yang benar-benar berkualiti. Ia merupakan salah satu daripada usaha -usaha kerajaan untuk menerapkan nilai dan etika dalam perkhi dmatan awam. Pengertian Istilah Tonggak, Nilai dan Etika Apakah makna Tonggak? Menurut Kamus Dewan (edisi baru), antara makna Tonggak ialah asas, dasar, panduan, pokok pegangan dan kepercayaan. Contohnya: Agama Islam sebagai tonggak masyarakat; tawakal adalah tonggak kepercayaan kita. Dalam konteks perbicaraan kita, Tonggak Dua Belas merupakan dua belas panduan bagi semua anggota perkhidmatan awam yang unggul. Nilai pula pada asasnya digunakan dalam tiga konteks: (i)

Sebagai sifat (attribute) sesuatu objek, contoh: • •

(ii)

(iii)

Karya Pendeta Za'ba tidak ternilai dalam persuratan Melayu; Budi baik tuan tidak ternilai.

Sebagai kadar harga atau markah (quantitatif) sesuatu objek, contoh: §

Nilai barang-barang yang dicuri ialah RM 12,000;

§

Markah penilaian prestasi En. Ahmad pada tahun 1993 ialah 87% dan ini bererti beliau boleh dipertimbangkan untuk mendapat pergerakan gaji secara menegak.

Sebagai ukuran kepada sesuatu yang diingini dan dihargai kerana ia diterima sebagai sesuatu yang baik, contoh: •

Kita harus menghayati nilai tekun, kerana ketekunan boleh meningkatkan kecekapan dan produktiviti;



Dari kecil lagi, kanak-kanak mesti dididik supaya bersopan santun. Pembicaraan mengenai nilai dan etika merujuk kepada pengertian nilai yang ketiga.

Siapakah Yang Menentukan Sesuatu Nilai Itu Baik atau Buruk? Mengikut pandangan sekular, nilai ditentukan c)leh manusia yang diasaskan kepada pengalaman dan akal semata-mata. Pada umumnya, manusia menganggap sesuatu itu Daik sekiranya ia berguna. Sesuatu itu likatakan berguna oleh kerana ia membawa keseronokan, kebahagiaan dan kelazatan.

1

Maka wujud apa yang dikatakan sebagai budaya hedonisme dan kegunaan (utilitarianism). Hedonisme adalah satu gaya hidup yang menjadikan keseronokan, kelazatan, kebahagiaan sebagai matlamat terakhir kehidupan manusia. Oleh kerana takrif baik itu ditentukan oleh manusia, maka istilah baik menjadi begitu subjektif dan relatif. Contohnya, kalangan pelacur menganggap kerjaya mereka baik kerana ia menghasilkan pendapatan yang lumayan. Begitu juga perompak, menganggap merompak itu baik kerana hasil rompakan boleh digunakan untuk mencari keseronokan dan kesenangan hidup. Masyarakat Barat menganggap bercumbucumbu di khalayak ramai sebagai satu kebiasaan, tetapi perkara ini dianggap tidak bermoral di kalangan masyarakat Timur. Begitu juga dengan hiburan dan filem-filem yang berunsurkan keganasan atau lucah dianggap baik kerana ia menimbulkan rasa keseronokan. Nilai juga berubah mengikut peredaran zaman. Umpamanya, suatu ketika dulu wanita Melayu yang belum berumah tangga tidak dibenarkan berjalan seorang diri, ia mesti ditemani oleh muhrimnya. Tetapi pada masa ini, perkara tersebut tidak lagi wujud kerana nilai-nilai masyarakat Melayu telah berubah. Di Barat, golongan homoseksual dahulunya dipanda ng hina, tetapi pada hari ini mereka telah diberi pengiktirafan sebagai golongan yang perlu diberi kebebasan untuk menjalani gaya hidup sedemikian atas alasan menghormati hak asasi manusia. Oleh itu, nilai yang hanya ditentukan oleh manusia bersifat relatif dan berubah-ubah mengikut masa, zaman serta generasi. Pada pandangan Islam, nilai -nilai yang baik dan buruk adalah ditentukan oleh Allah sebagai Khalik. Manusia dicipta Allah hanya untuk dua tujuan, iaitu sebagai hambanya dan kedua sebagai khalifah di bumi yang dipertanggungjawab untuk memakmurkan dunia ini bagi kebaikan dan kesejahteraan manusia. Bagi melaksanakan kedua -dua fungsi tersebut, Allah telah menetapkan cara-caranya agar manusia dapat melaksanakan tugasnya seperti mana yang dikehendaki oleh Allah. Ini bererti, manusia yang taat sebagai hambanya perlulah patuh kepada setiap perintahnya, termasuklah ketentuan-ketentuan yang telah ditetapkan. Oleh itu, nilai -nilai yang bersumberkan wahyu Allah yang disebarkan melalui al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah mutlak sifatnya, tidak berubah dari masa manusia pertama diwujudkan hinggalah ke hari kiamat, dan sesuai untuk semua masyarakat di mana-mana. Etika adalah satu peraturan yang menjadi panduan tata kelakuan setiap anggota sesuatu organisasi (mengandungi the Do's and the Don'ts). Sebagai contoh, Etika Perubatan (Medical Ethics) adalah suatu kod yang dapat mengatur dan memberi panduan tingkah laku kepada para doktor dalam perhubungan antara mereka dan juga para pesakit. Etika Perniagaan adalah merupakan satu kod yang dapat mengatur tindak-tanduk ahli-ahli perniagaan terhadap pelanggan, pekerja dan rakan seperniagaan mereka. Contoh seterusnya ialah Peraturanperaturan Tatakelakuan dan Disiplin Pegawai-pegawai Awam (yang menggantikan Bab D, Peraturan Am). Tonggak Dua Belas dan Perubahan Tingkah Laku Tonggak Dua Belas mengandungi dua belas tonggak yang perlu diamalkan oleh semua peringkat kakitangan awam di semua peringkat organisasi. Dua belas tonggak tersebut adalah seperti yang berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Menghargai Masa Ketekunan Membawa Kejayaan Keseronokan Bekerja Kemuliaan Kesederhanaan Ketinggian Peribadi Kekuatan Sifat Baik Hati Pengaruh Teladan Kewajipan Menjalankan Tugas Kebijaksanaan Berhemat Keutamaan Kesabaran Peningkatan Bakat

2

12.

Nikmat Mencipta.

Tonggak Dua Belas mengemukakan panduan -panduan, contoh-contoh nilai, etika serta amalan-amalan baik yang perlu diamalkan dan amalan-amalan negatif yang perlu dihentikan. Tumpuan utama setiap tonggak adalah individu dan Tonggak Dua Belas boleh dijadikan panduan untuk merubah tingkah laku seseorang individu. Imam Al -Ghazali telah mengemukakan beberapa cara untuk mengubah tingkah laku seseorang. Untuk golongan dewasa, kaedah yang disarankan ialah melalui latihan diri atau habituation (mentabiatkan) sesuatu perbuatan yang baik sehingga ia menjadi mudah dilakukan, kemudian menjadi spontan, dan seterusnva menimbulkan kenikmatan apabila melakukannya. Di peringkat ini, perlakuan tersebut telah menjadi satu tabiat. Kaedah ini dilaksanakan melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah seseorang itu perlu merenung kembali akan dirinya sendiri dan mengakui bahawa ia memiliki beberapa sifat negatif vang perlu dikikis dan digantikan dengan sifat-sifat berlawanan, yakni sifat-sifat yang baik. Umpamanya, jika seseorang memiliki sifat kedekut, ia hendaklah menggantikannya dengan sifat pemurah dengan membiasakan diri memberi derma clan sedekah. Dengan melakukan perbuatan seperti menderma apabila didatangi oleh seorang peminta derma atau sedekah secara berulangulang, lama kelamaan sifat pemurah ini menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi satu tabiat. Perbuatan ini pada permulaan didapati begitu sukar untuk dilakukan kerana sikap kedekut masih wujud dalam dirinya. Tetapi apabila dilakukan berulangulang, ia akan menjadi spontan, iaitu setiap kali melihat orang susah atau peminta sedekah di mana sahaja ia akan menderma walaupun ketika itu ia mempunyai sedikit wang. Begitu juga dengan sifat bersih. Seseorang yang telah menghayati sifat bersih sehingga menjadi satu tabiat, akan menunjukkan kebersihannya walau di mana ia berada, sama ada di rumah, di tempat kerja atau di tempat awam. Tetapi seseorang yang belum sampai ke peringkat mentabiatkannya, akan hanya menunjukkan sikap bersih di rumahnya sahaja, tetapi apabila di tempat lain, dia akan membuang sampah di merata tempat. Contoh seterusnya ialah, seorang rakyat Malaysia apabila berada di Singapura begitu berhati-hati untuk tidak membuang sampah, kerana takut dikenakan denda. Tetapi apabila sahaja, ia melepasi tambak Johor dengan sendirinya ia bertukar menjadi orang yang tidak menghiraukan kebersihan. Orang begini belum dikatakan mempunyai tabiat bersih, kerana perbuatan bersih tidak spontan, malah ditentukan oleh situasi atau keadaan. Seseorang pekerja dianggap benar-benar ikhlas sekiranya ia tetap menjalankan tugas walaupun tidak diberi pengiktirafan seperti Anugerah Khidmat Cemerlang. Sekiranya seseorang pekerja hanya menunjukkan kerajinan apabila boss ada atau untuk mendapatkan sesuatu, maka pekerja demikian hanya seorang yang hipokrit dan bukan seorang yang memiliki peribadi sebagai seorang yang ikhlas. Kalau ia seorang yang pendendam, ia harus menggantikannya dengan sifat pemaaf kepada orang yang telah membuat kesalahan terhadapnya. Matlamat usaha penerapan nilai dan etika dalam perkhidmatan awam adalah untuk membentuk tabiat atau character yang mulia. Di sinilah letaknya peranan Tonggak Dua Belas sebagai satu panduan bagi setiap anggota perkhidmatan awam untuk mengikis sifat -sifat yang negatif dan menggantikannya dengan sifat-sifat positif. 1.

Menghargai Masa Perbuatan tidak menghargai masa masih banyak berlaku di kalangan anggota perkhidmatan awam. Ini dapat dilihat dari perbuatan-perbuatan yang suka membazirkan masa dan penyalahgunaan masa rasmi seperti gemar berbual-bual kosong, berbual-bual di telefon mengenai hal -hal peribadi, melayani tetamu yang tidak ada kaitan dengan urusan rasmi, menggunakan waktu pejabat untuk tujuan peribadi seperti berniaga, menjalankan tugas-tugas tidak rasmi atau meninggalkan pejabat untuk urusan persendirian dan sebagainya. Contohcontoh perbuatan yang menggambarkan sikap tidak menghargai masa banyak dikemukakan di dalam Tonggak Dua Belas. Untuk menghapuskan perbuatanperbuatan negatif, Tonggak Dua Belas mengemukakan sifat-

3

sifat mulia yang harus menggantikan sifat-sifat negatif tersebut; umpamanya menggantikan tabiat tidak menghargai masa dengan mengelak diri daripada berbual-bual kosong; kalau suka berniaga di waktu pejabat, elakkan diri dari berniaga barangbarang jualan seperti kain batik, alat-alat kosmetik, pinggan mangkuk dan sebagainya. Anggota perkhidmatan awam digesa melatih diri melakukan kerja dengan sistematik, umpamanya menetapkan prioriti, menetapkan target date untuk menyiapkan sesuatu tugas, tidak melengahkan kerja, menepati masa temujanji, mesyuarat atau majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Amalan-amalan tersebut akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan meningkatkan produktiviti.

2.

Ketekunan Membawa Kejayaan Dalam usaha untuk menjadikan anggota perkhidmatan awam tekun menjalankan tugas, amalan-amalan negatif seperti malas, sambil lewa, suka bertangguh, disuruh buat baru buat harus digantikan dengan sifat-sifat yang baik seperti rajin, dedikasi, tekun dan bersemangat. Penghayatan peringatan ini akan melahirkan pekerja yang tekun dan mahir menjalankan tugas dan selanjutnya pasti membuahkan kejayaan. Seseorang yang tekun akan bersedia menghadapi kesulitan serta cabaran dan tidak mudah putus asa atau patah semangat. Sifat ketekunan juga menjadikan seseorang itu berdisiplin.

3.

Keseronokan Bekerja Dalam mewujudkan keseronokan bekerja, amalan-amalan negatif seperti menganggap kerja sebagai satu beban harus digantikan dengan sikap menganggap kerja sebagai satu ibadat yang mana pulangannya adalah pahala. Bekerja sangat-sangat dituntut oleh agama kerana setiap orang harus berusaha bagi menyara hidup diri sendiri serta keluarga mereka. Di samping itu, kita bekerja untuk kemajuan organisasi, masyarakat dan negara pasti akan memberikan kepuasan kepada pekerja . Namun untuk memperolehi ganjaran pahala, sesuatu kerja hendaklah dilaksanakan dengan penuh keikhlasan, bersungguh -sungguh dan sempurna. Pekerja yang menghayati konsep Keseronokan Bekerja tidak akan merasa kecewa jika tidak diberi pengiktirafan seperti kenaikan pangkat, Anugerah Khidmat Cemerlang dan lainlain. Dia bekerja dengan baik kerana pekerjaannya memberikan satu kepuasan hati serta kejayaan bagi dirinya. Selain daripada itu, pihak pengurusan juga perlu mewujudkan suasana yang boleh menimbulkan keseronokan bekerja di kalangan para pekerja, umpamanya mewujudkan suasana yang bersih, nyaman, penuh dengan tanaman pokokpokok hijau serta pokokpokok bunga di samping gaya kepimpinan yang terbuka serta kelengkapan dan kemudahan yang mencukupi.

4.

Kemuliaan Kesederhanaan Tonggak Dua Belas turut menyenaraikan sifat kesederhanaan yang perlu ditanam bagi menggantikan sifat -sifat negatif seperti suka membazir, boros, lebih mementingkan kecantikan zahir, menunjuk-nunjuk dari aspek percakapan, perhias an diri atau pakaian dengan sifat kesederhanaan seperti merendahkan suara apabila bercakap, sederhana dari sudut perwatakan, bersopan santun, hormat sesama manusia tanpa mengira kedudukan atau pangkat. Sifat meninggi diri atau ria' amat dibenci oleh Allah SWT dan sifat ini harus dikikis dan digantikan dengan sifat merendah diri dan tawadduk. Pekerja yang menghayati gaya hidup yang sederhana tidak suka membanggakan diri, menonjolnonjolkan diri atau memperagakan kemewahan serta tidakbersikap egoistik. Pekerja yang sedemikian akan senang didampingi oleh rakan sekerja serta pihak-pihak lain. Sikapnya yang merendah diri tidak pula bermakna dia seorang yang sambil lewa, malah

4

dia disegani kerana sifatnya yang jujur, ikhlas, berbudi bahasa dan sedia memberi atau menerima nasihat serta menghasilkan kerja yang berkualiti.

5.

Ketinggian Peribadi Tonggak Dua Belas turut menyentuh tentang sifat -sifat orang yang berperibadi tinggi seperti bijaksana, berani, sederhana, adil dan sebagainya. Ketinggian peribadi merupakan matlamat usaha penerapan nilai-nilai murni serta kepatuhan kepada etika kerja kerana pekerja yang memiliki ketinggian peribadi adalah lambang kecemerlangan. Rasulullah s.a.w. merupakan model individu yang memiliki ketinggian peribadi, iaitu seorang yang jujur, berkata benar, ikhlas, pintar, berbudi bahasa, penyayang, cekal menghadapi cabaran dan kesulitan dalam melaksanakn tugas serta ciri-ciri lain yang unggul. Khalifah Umar Abdul Aziz, sebelum menjadi khalifah adalah gabenor Mesir,tetapi setelah diangkat menjadi khalifah, beliau telah menjalani kehidupan yang sederhana.

6.

Kekuatan Sifat Baik Hati Pekerja yang memiliki sifat baik hati akan menjadi seorang pekerja yang berhemah tinggi, sedia memberi pertolongan dan bantuan, sedia memberi maaf dan tidak ber dendam, sedia menerima teguran, mudah mesra dan boleh berkerjasama. Ketua Jabatan yang memiliki sifat ini pasti mengambil berat tentang kebajikan para pekerja dan akan bersikap adil dalam tindak tanduknya.

7.

Pengaruh Teladan Selain dari kaedah habituation, cara yang lain untuk memperbaiki perangai yang buruk ialah melalui demonstration effect atau memberikan contoh teladan yang ditunjukkan bukan sahaja oleh orang atas kepada orang bawah, malah oleh orang bawah kepada orang atas. Harus diakui bahawa demonstration effect oleh peringkat atasan adalah lebih mudah dan berkesan. Demonstration effect pihak bawahan memerlukan kebijaksanaan serta teknik yang diplomasi. Kekuatan Pengaruh teladan atau demonstration effect dalam pembentukan peribadi yang baik juga ditegaskan dalam Tonggak Dua Belas. Pada asasnya, manusia suka meniru dan mudah terpengaruh dengan perangai orang-orang yang mereka gauli setiap hari. Seperti yang telah ditegaskan, Ketua Jabatan yang memberikan teladan sama ada yang baik atau yang buruk akan mempengaruhi pekerjapekerja di bawahnya. Ketua Jabatan yang rajin, amanah serta kuat bekerja akan mendorong anak-anak buahnya menjadi seperti beliau, begitu juga sebaliknya. Umpamanya, sekiranya seseorang Ketua Jabatan suka meninggalkan pejabat kerana urusan tidak rasmi, kakitangan bawahannya juga akan turut melakukannya. Oleh itu, peranan Ketua Jabatan sebagai role model bagi perlakuan yang beretika adalah sangat diperlukan dalam usaha mewujudkan anggotaanggota yang beretika dalam organisasi yang diketuainya. Komitmen di peringkat atasan adalah sangat penting kerana kita tidak mahu wujud keadaan seperti "Ketam menyuruh anaknya berjalan betul" atau menjadi seperti "Tukang rumah yang sibuk menyiapkan rumahnya, sedangkan rumahnya sendiri terbengkalai".

8.

Kewajipan Menjalankan Tugas Masih ramai anggota perkhidmatan awam yang tidak tekun menjalankan tugas dan ini dapat dilihat dari tingkah laku mereka yang menggambarkan sikap sambil lewa, suka bertangguh kerja, cuai, tidak teliti, tidak komited, suka mengelak dari diberi tugas serta suka "curi tulang" apabila Ketua Jabatan tiada. Tonggak Dua j Belas menggariskan

5

amalan-amalan yang ' harus menggantikan amalan-amalan yang negatif iaitu bersikap lebih komited, bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas, cekap, cermat, cergas, mementingkan kualiti serta sanggup bekerja lebih masa apabila diperlukan berbuat demikian. Sekiranya semua pekerja merasa bahawa adalah menjadi satu kewajipan bagi mereka menjalankan sesuatu tugas yang telah ditetapkan, maka akan lahir anggota yang rajin dan tekun menjalankan apa sa,ia tugas tanpa perlu diarahkan dari masa ke semasa serta penyeliaan yang terlalu ketat. Setiap pekerja tahu tanggungjawab masingmasing dan mereka bekerja dengan tekun, rajin dan tidak mudah menyeleweng atau mencari helah untuk mengelak dari melakukan sesuatu tugas. Pekerja begini sentiasa sanggup memikul apa juga tugas dalam apa keadaan. Umpamanya, sanggup bekerja lebih masa atau datang pada hari cuti umum untuk menyelesai kan kerja yang tertunggak.

9.

Kebijaksanaan Berhemat Pembaziran merupakan satu gejala negatif yang masih wujud dalam perkhidmatan awam. Ini didorong oleh sikap yang suka berbelanja secara boros, bermewah-mewah dalam membeli kelengkapan pejabat atau dalam mengadakan majlis-majlis rasmi dan tidak begitu peka terhadap pembaziran yang dilakukan seperti penggunaan kertaskertas, penggunaan letrik, air, pendingin udara dan sebagainya. Setiap angpta perkhidmatan awam harus menghayati kebijaksanaan berhemat kerana dengan adanya sifat ini, setiap pekerja akan begitu peka terhadap perbelanjaan supaya tidak berlaku sebarang pembaziran atau boros berbelanja. Sikap ini juga akan menjadikan kakitangan menganggap harta kerajaan seperti miliknya sendiri yang perlu dijaga dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Umpamanya sekiranya dia seorang pemandu, dia akan cermat memandu kereta dan menjaganya dengan baik seolah-olah kereta itu kepunyaannya sendiri.

10.

Keutamaan Kesabaran Kesabaran terutamanya di kalangan orang Islam adalah sangat-sangat dituntut. Malah sabar dikaitkan dengan keimanan seseorang. Sifat -sifat negatif seperti cepat putus asa, keluh-kesah, gopoh-gapah, takut menghadapi cabaran, kurang sabar, cepat marah dan panas baran harus digantikan dengan sifat-sifat murni seperti tenang apabila menghadapi masalah atau kesulitan, tidak mudah mengalah atau putus asa, pemaaf dan mempunyai wawasan jangka panjang. Pekerja yang sabar akan tahan menerima teguran dan tidak mudah kecewa atau terganggu emosi kerana ditegur atau dimarah oleh ketua. Orang yang sabar tidak akan tergugat dengan kritikan dan khayal dengan pujian.

11.

Peningkatan Bakat Manusia dicipta Allah dengan berbagai bakat dan potensi. Bakat dan potensi yang ada perlu diperkembangkan untuk kemajuan diri, organisasi, bangsa dan negara. Ketua Jabatan yang menghargai bakat yang ada pada kakitangannya harus mewujudkan saluran-saluran bagi menggalakkan kakitangan memper kembangkan bakat-bakat yang masih terpendam serta daya kreativiti masingmasing. Usaha-usaha ke arah peningkatan bakat serta kreativiti dalam melaksanakan tugas, umpamanya dalam menyampaikan ceramah, taklimat, atau menganjurkan majlis-majlis rasmi dan separa-rasmi seperti Hari Q, Hari Keluarga dan lain-lain. Ketua-ketua jabatan juga harus memberi pengiktirafan terhadap kegiatan-kegiatan seumpama ini.

6

12.

Nikmat Mencipta Salah satu anugerah istimewa yang dikurniakan oleh Allah ialah akal. Manusia digalak menggunakan akal untuk berfikir, bertafakur serta mencari idea-idea baru bagi kemajuan hidup di dunia dan di akhirat. Kakitangan awam digalak untuk meneroka idea-idea baru, ino-% -asi serta berfikiran kreatif. Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam merupakan satu mekanisma untuk memupuk bakat mencipta di kalangan anggota perkhidmatan awam. Peluang-peluang untuk mengenegahkan ciptaan-ciptaan baru dan penambahbaikan cara bekerja misalnya oleh kakitangan awam akan melahirkan pekerja yang inovatif, menanamkan semangat cintakan kerja dan organisasinya. Penubuhan Kumpulan Meningkat kan Mutu Kerja (KMK) merupakan satu saluran bagi menggalak kakitangan memikirkan cara-cara baru untuk menjalankan sesuatu tugas atau mengatasi sesuatu masalah.

Kesimpulan Sekiranya diamati, dihayati dan dipraktikkan, Tonggak Dua Belas berupaya membentuk peribadi yang beretika tinggi di kalangan anggota perkhidmatan awam di setiap peringkat. Namun segala usaha untuk memperbaiki akhlak seseorang memerlukan ilmu, keazaman, usaha secara berterusan di samping kesabaran serta taufik dan hidayah dari Allah. Oleh itu, kita dianjurkan untuk berdoa semoga Allah menyempurnakan akhlak kita sebagaimana Dia menyempurnakan paras rupa kita. Insya Allah.

Nota: Hjh. Rubiah bt. Hj. AM. Rahrraan ialah Penyelarns Projek di Program UTAMA, INTAN. Dipetik dari: Buletin Nilai Dan Etika INTAN – Jilid 3 Bilangan 1, 1994

Sabli Awaluddin Email: [email protected]

7

Related Documents

Tonggak Duabelas
October 2019 25
Tonggak 12
May 2020 20
Tonggak 12
November 2019 26

More Documents from ""