Tit As

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tit As as PDF for free.

More details

  • Words: 4,563
  • Pages: 64
UN IV ERSITI TEKNOLO GI MA LA YSIA

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA ISLAM HADHARI,HAKIKAT DAN REALITI ISLAM MENURUT AL QURAN DAN AS SUNNAH

Definisi Islam • “Islam” dari sudut bahasa bererti berserah, tunduk dan patuh. Dari sudut istilah bermaksud berserah, tunduk dan patuh kepada Allah S.W.T dimana ia dilakukan dengan sukarela dan bukan terpaksa. • Ia juga membawa maksud satu sistem yang lengkap untuk urusan kehidupan yang dibawa oleh Pesuruh Allah untuk disampaikan kepada manusia sebagai panduan hidup. • Kedatangan Islam adalah untuk seluruh manusia dan tidak terhad kepada bangsa-bangsa tertentu atau golongan etnik di tempat-tempat tertentu justeru menjadikan tamadun Islam itu milik semua bangsa. 2

Definisi Hadhari • Dari segi istilah perkataan “hadhari” bermaksud “yang bertamadun” atau Islam yang menekankan tamadun. • Takrif Islam Hadhari secara lengkap pula bermaksud “ Suatu pendekatan pembangunan manusia, masyarakat dan negara yang bersifat menyeluruh, berdasarkan kepada perspektif tamadun Islam”.

3

Visi Islam Hadhari • Untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam Contoh, iaitu sebuah negara yang maju mengikut acuan sendiri. • Konsepnya ialah negara yang mempunyai masyarakat membangun dan memiliki ilmu, berkemahiran dan berketrampilan serta tergambar sebagai golongan yang berakhlak, berbudi dan berbudaya yang berpaksikan kepada kepercayaan agama. 4

Objektif Islam Hadhari • Melahirkan individu dan masyakat yang mempunyai kekuatan spiritual(rohani), akhlak,intelektual, material, mampu berdikari, berdaya saing, melihat ke hadapan, inovatif serta cekap menangani cabaran semasa secara bijaksana, rasional, praktikal dan damai. • Membawa maksud ajaran Islam membawa kepada fokus kehidupan untuk mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat dan negara yang bertamadun dan mempunyai peradaban yang unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat,dunia tanpa sempadan,ekonomi global,budaya materialisme, krisis identiti, jati diri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup. 5

10 PRINSIP UTAMA ISLAM HADHARI • • • • • • • • • •

1. Keimanan dan Ketaqwaan Kepada Allah 2. Kerajaan Adil dan Amanah 3. Rakyat Berjiwa Merdeka 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan 5. Pembangunan Ekonomi Seimbang Dan Komprehensif. 6. Kehidupan Berkualiti 7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita 8. Keutuhan Budaya Dan Moral 9. Pemeliharaan Alam Semula Jadi. 10.Kekuatan Pertahanan.

6

1.KEIMANAN DAN KETAQWAAN KEPADA ILAHI • Bagi orang Islam pendekatan Islam Hadhari meletakkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sebagai teras utamanya. al-qur’an dan sunnah Rasulullah S.A.W sebagai teras pegangan dan rujukannya. Gabungan kemantapan akidah (kepercayaan), syariah (perundangan), akhlak, moral dan nilai-nilai murni adalah teras perancangan dan pelaksanaan pembangunan diri dan pengurusan sistem untuk mencapai umat yang berkualiti dan negara yang cemerlang. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT. dalam surah al-A’raaf :96,

7

Surah Al-A’raaf

8

• Maksudnya : “Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpahlimpah berkatnya, dari langit dan bumi . Tetapi mereka mendustakan(rasul kami), lalu kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.”

(surah al-A’raaf :96)

9

• Pada prinsipnya penentuan pegangan agama atau akidah bagi mereka yang berada di luar Islam terbahagi kepada dua iaitu tiada paksaan dalam agama dan kebebasan dalam menganut agama masing-masing seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah : 256

10

Surah Al-Baqarah: 256

11

Maksudnya : “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

12

Dalam Surah Al Kafirun Allah Berfirman

Maksudnya : “Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku”

13

2. Kerajaan Adil dan Amanah • ADIL – Adil adalah memberi yang hak kepada yang berhak akan haknya, mengikut kadar masing-masing. Ini bersesuaian dengan firman Allah SWT dalam surah anNahl : 90, Maksudnya : “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan , serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya”. 14

Amanah • Amanah pula bermaksud menunaikan segala tanggungjawab dan kewajipan yang diletakkan ke atasnya. Ini bersumberkan dari al-qur’an dan hadis Nabi SAW. Dalam al-qur’an Allah SWT berfirman dalam surah an-Nisa’ :58 Maksudnya :  “ Sesungguhnya Allah SWT menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah SWT dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah SWT sentiasa mendengar lagi sentiasa melihat”. 15

Kerajaan Islam Hadhari di Malaysia • Islam Hadhari di Malaysia meletakkan amalan tadbir urus yang baik (good governance) dan adil serta amanah kepada semua lapisan rakyat. Pengurusan negara yang cekap, adil, amanah (tidak boros dan perbelanjaan berhemah) melahirkan negara yang baik dan maju.

16

Perlaksanaan • Pelaksanaan kerajaan keadilan dan amanah di Malaysia tidak melihat pada keturunan, warna kulit, bangsa, kedudukan, miskin kaya atau perbezaan agama. Ini bersesuaian dengan peruntukan dalam Al-Qur’an dan hadis Rasulullah SAW.

17

Kesimpulan • Kerajaan Malaysia sekarang banyak gejala rasuah berlaku antara orang atasan dan pemimpin. Prinsip islam hadhari ke 2 ini menunjukkan kelemahan pemerintahan kerajaan Malaysia pada masa sekarang. Oleh itu kita harus mengambil tindakan membetulkan keadaan ini dengan mengamalkan kerajaan adil dan amanah berdasarkan al quran dan al sunnah. 18

3. Rakyat Berjiwa Merdeka • Salah satu prinsip utama pendekatan Islam Hadhari ialah mewujudkan rakyat yang berjiwa merdeka. Antara ciri jiwa merdeka ialah berfikiran kreatif dan inovatif. Masyarakat yang berjiwa merdeka dapat melahirkan buah fikiran yang dinamik dan positif sehingga mampu melahirkan idea-idea baru yang bermanfaat bagi memartabatkan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Isra’: 70

19

Surah Al-Isra: 70

maksud: “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas makhlukmakhluk yang telah kami ciptakan”.

20

• Masyarakat hendaklah mengatasi belenggu pemikiran yang terjajah, bersikap terbuka kepada kemajuan dan perubahan orang lain, tidak bersikap jumud dalam menghasilkan pemikiran berdaya maju dan menolak amalanamalan negatif yang boleh menyebabkan jiwa terus terbelenggu. • Masyarakat yang berjiwa merdeka bukanlah masyarakat yang terlepas daripada peraturan undang-undang dan etika, sebaliknya asas-asas murni itu hendaklah digunakan sebagai landasan membangunkan masyarakat dan negara yang teguh dan utuh. 21

• Setiap potensi anggota masyarakat harus digerakkan sebijaksana mungkin sehingga mampu memartabatkan jatidiri, imej keluarga, integriti masyarakat, keutuhan negara berasaskan patriotisme yang tinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. • Jiwa merdeka harus mampu melakukan pilihan dan membuat saringan serta bersikap terbuka terhadap faktor dari luar lingkungan budaya dan tradisi yang tidak bercanggah dengan nilai etika dan sejagat yang sifatnya menyumbang terhadap pembangunan tamadun mengikut acuan kita sendiri. • Makna jiwa merdeka bukan hanya terletak pada slogan atau pernyataan luaran semata-mata tetapi lebih daripada itu menuntut pengorbanan dan keperluan bekerja bersungguh-sungguh ke arah menyumbang dan membangunkan negara. 22

4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan •

Islam mengutamakan ilmu dan ianya wajib dituntut oleh lelaki dan perempuan. Ilmu adalah penyuluh hidup dan menguasai ilmu bakal memberi jalan kemajuan dan perubahan. Oleh itu di sisi Allah orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu statusnya tidak sama (maksud Surah al Zumar : 8) .

• Dalam mana-mana sejarah masyarakat yang maju dan bertamadun ianya tidak akan berlaku tanpa menjadikan ilmu sebagai sumbernya. Al-Quran dijadikan sumber penting dalam menguasai ilmu dan menyebabkan ilmu yang dilahirkan bermanfaat tetapi juga selari dengan syariat.

23



Kemampuan menguasai ilmu pengetahuan secara intergratif boleh menjadikan kita memiliki kekuatan pengetahuan yang pelbagai dan semasa supaya kecemerlangan intelektual dapat dikembangkan, kekuatan peribadi dapat ditampilkan dan ketangkasan jasmani dapat dibangunkan. Proses ini perlu bagi melahirkan insan seimbang dan harmonis seperti yang terdapat dalam matlamat Falsafah Pendidikan Negara kita. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Mujaadalah: 11

ََ ْ ‫في ال‬ َ‫ل ل‬ ُ َ ْ ‫فا‬ َ ‫س‬ َ َ • ‫حوا‬ َ ‫ل‬ ‫جا‬ ‫م‬ ‫حوا‬ ‫س‬ ‫ف‬ ‫ت‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫قي‬ ‫ا‬ ‫ذ‬ ‫إ‬ ‫وا‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫آ‬ ‫ن‬ ‫ذي‬ ‫ال‬ ِ ِ ِ َ ُ ِ ُ ‫س‬ َ ُ َ ‫ف‬ َ َ َ ْ َ ِ َِ َ ََ َ ُ َ َ ُ ُ َ َ ‫منُوا‬ ‫ف‬ ‫ر‬ ‫ي‬ ‫زوا‬ ‫ش‬ ‫فان‬ ‫زوا‬ ‫ش‬ ‫ان‬ ‫ل‬ ‫قي‬ ‫ا‬ ‫ذ‬ ‫وإ‬ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ل‬ ‫ه‬ ‫الل‬ ِ ِ َ ‫ه ال‬ ُ ُ َ َ ‫ذي‬ َ ‫نآ‬ ُ َ ‫ع الل‬ ْ ُ ْ َ ِ ِ َ َ ‫خبِيٌر‬ َ ‫ن‬ ِ ْ ‫ن أُوتُوا ال‬ ٍ ‫جا‬ ِ َ ‫وال‬ ِ َ ‫ملُو‬ ْ َ ‫ما ت‬ َ ‫م دََر‬ َ ‫ذي‬ َ ‫ع‬ َ ِ‫ه ب‬ ُ َ ‫والل‬ َ ْ ‫عل‬ ْ ُ ‫منك‬ َ ‫ت‬ َ ‫م‬ •

َ ‫ها‬ َ َُ ‫يَا أي‬ ْ َ‫ي‬ ‫ح‬ َ ‫ف‬ ِ ‫س‬

Maksudnya: “Dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) – beberapa darjat . Dan (ingatlah), Allah maha mendalam pengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan”. 24



Usaha penggalian dan penerokaan serta penemuan ilmu sains dan teknologi amat digalakkan dalam tradisi Islam. Amat disedari umat Islam ketinggalan dalam penguasaan sains dan teknologi pada masa kini. Sewajarnya usaha pengkajian dan penyelidikan (tadabbur) dijadikan matlamat keilmuan supaya asas pembangunan intelek, rohani dan jasmani dapat berlaku secara seimbang, menyeluruh dan teratur. Ini bertepatan dengan firman Allah dalam surah a-li ‘Imraan : 190

َ ْ ‫خل‬ ََ ِ ‫إ‬ َ ََ ‫ق ال‬ • ‫ف‬ ‫ل‬ ‫ت‬ ‫خ‬ ‫وا‬ ‫ض‬ ‫ر‬ ‫ت‬ ‫ما‬ ‫في‬ ‫ن‬ َ ِ ْ َ ِ ْ ‫وال‬ ِ ِ ‫وا‬ ِ َ ‫س‬ َ َ ِ َ ُ َ ْ َ َ ‫ب‬ ‫ا‬ ‫ب‬ ‫الل‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫و‬ ‫ل‬ ‫ت‬ ‫ا‬ ‫ي‬ ‫ل‬ ‫ر‬ ‫ها‬ ‫ن‬ ‫وال‬ ‫ل‬ ‫ي‬ ِ ِ َ ٍ َ َ ْ َ ِ ْ َ ِ ‫الل‬ ِ •

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda(kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; 25

5. Pembangunan Ekonomi Seimbang & Kompetitif • Menuju ke arah pembangunan ekonomi seimbang dan kompetitif juga termasuk di dalam prinsip Islam Hadhari. • Keadaan ekonomi seimbang dan kompetitif membawa maksud setiap kaum di Malaysia dapat merasai hasil kekayaan negara secara saksama dan pengeluaran produktiviti yang merujuk kepada pembangunan ekonomi sentiasa berlaku. • Hal yang demikian adalah untuk mengelakkan berlakunya kewujudan jurang ekonomi kerana jurang ekonomi ini akan merencat kadar pertumbuhan ekonomi negara kita dan memastikan setiap kaum di Malaysia dapat menjalani kehidupan yang lebih sejahtera. 26

Keadilan Sosial Adalah Asas Kepada Pembangunan Ekonomi Yang Seimbang Dan Komprehensif • Bersandarkan kepada Islam, pendekatan pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif akan dilaksana mengikut keadilan sosial. • Keadilan sosial bernegara mengikut Islam dapat disediakan melalui pencapaian faktor-faktor berikut: – – – – –

Pemeliharaan Penghayatan Keimanan Menaikkan taraf daya fikir serta tahap kemahiran Memberi kebebasan dan jaminan perundangan Memberi jaminan kepada semua ahli masyarakat Usaha membangun ekonomi dan pencapaian kejayaanya

27

Peranan Sektor Awam & Swasta • Di antara peranan utama sektor awam adalah seperti berikut: • Pertama, membasmi kemiskinan mutlak dikalangan rakyat. Kemiskinan mutlak tidak seharusnya wujud. Kesemua ahli masyarakat perlu digembling untuk berperanan dan melibatkan dengan kegiatan ekonomi. Rakyat mesti dididik untuk bekerja dan memiliki kemampuan untuk menyelesaikan keperluan minima dan seterusnya dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi secara berterusan dengan meningkatkan kekayaan ekonomi negara. • Kedua, harta negara dan individu perlu sentiasa mengalir dalam pencetusan kegiatan ekonomi. Pembekuan, pembaziran clan penyalahgunaan harta hendaklah diminimakan jika tidak dihapuskan. Pengaliran kekayaan negara dalam kegiatan ekonomi akan memberi manfaat kepada keseluruhan lapisan masyarakat.

28

• Ketiga, pengurusan sumber negara hendaklah teratur dan tersusun mengikut prioriti keperluan ekonomi negara semasa. Negara dengan itu mesti berkemampuan menghasilkan ahli-ahli cendikiawan clan teknokrat yang mahir dalam mengendalikan pengurusan ekonomi negara. • Keempat, setiap rakyat berhak memiliki harta persendirian, kebebasan menentu kegiatan ekonomi yang ingin disertai yang menepati syariah dan mekanisme peruntukan sumber clikendalikan melalui sistem pasaran.

29

Pemantapan Ekonomi dalam Era Globalisasi

• Globalisasi merujuk kepada peningkatan dalam sistem komunikasi yang mendekatkan negara dan rantau yang akan  seterusnya menggalakkan perdagangan barangan dan perkhidmatan bahkan pertukaran pandangan di antara manusia dan maklumat dari pelbagai negara. • Dalam konteks Islam, al-Quran telah memberi penjelasan bahawa komuniti manusia di peringkat global pada asasnya perlu memerlui di antara satu dengan yang lain melalui firman Allah S.W.T. dengan maksud: • "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lakilaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal". (al-Hujurat: 13) 30

• Dalam menjayakan agenda tersebut: I.

Membentuk pandangan hidup pekerja yang sempurna (syumul) serta progresif II. Meningkat penghayatan nilai murni di kalangan warga pekerja. III. Turut di beri perhatian ialah usaha ke arah membangun kepakaran dan kemahiran pekerja.

• Sebagai makhluk ciptaan Allah S.W.t kita dikehendaki mencari harta iaitu dengan tidak melupakan bahagian yang telah diperuntukan dan kita juga dibolehkan untuk mencintainya tetapi dalam lingkungan batasan yang diizinkan syarak.

31

Surah Al-Qasas 28:77 • Firman Allah S.W.T yang bermaksud : “ Dan carilah pada apa yang dianugerahkan Allah kepadaMu (kebahagiaan) negeri akhirat, dan janganlah kamu melupakan bahagianmu daripada (kenikmatan) duniawi, dan berbuatlah baik kepadamu, dan janganlah kamu berbuat kerosakan di (muka) bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan. 32

6. Kehidupan Berkualiti • Mencapai tahap kehidupan yang tinggi dalam kesemua aspek keperluan adalah matlamat utama agama. • Bahkan Islam menuntut setiap individu berusaha menguasai ilmu dan kemampuan untuk berjaya dalam kehidupan di dunia. • Kehidupan akhirat adalah hasil daripada kemampuan individu melaksanakan kehidupan yang berkualiti dari kesemua aspek termasuk aspek kerohanian, fizikal dan material. 33

• Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah S.W.T : َ‫سنَ الُّ إِلَ ْيكَ َولَ َتبْغِ الْفَسَاد‬ َ ْ‫وَا ْبتَغِ فِيمَا آتَاكَ الُّ الدّارَ الْخِرَةَ وَلَ تَنسَ نَصِي َبكَ ِمنَ ال ّد ْنيَا َوأَحْسِن كَمَا أَح‬ َ‫فِي الَْرْضِ ِإنّ الَّ لَ يُحِبّ الْمُفْسِدِين‬ Maksudnya : “Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hambahamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu(dengan pemberian nikmat-nikmatnya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan dimuka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan”.

34

• Kehidupan berkualiti akan dicapai melalui kejayaan negara memenuhi keperluan kehidupan asasi seperti memelihara amalan beragama, kemampuan memajukan taraf pendidikan, menghayati kehidupan yang aman, hak memiliki harta dan jaminan kepada generasi masa hadapan yang cemerlang. • Bermula dengan pencapaian keperluan asasi tersebut kualiti kehidupan mengikut Islam tidak bersifat statik, malah usaha untuk meningkat maju dalam kesemua aspek tersebut perlu diusaha dan dijayakan dari masa ke semasa semoga tahap pencapaian setanding dengan masyarakat yang maju di dunia.

35

• Di samping itu, Islam memberi keutamaan kepada insitusi keluarga. Keluarga yang sejahtera akan menjamin kepada lahirnya generasi yang seimbang dan berprestasi. Bahkan gejala sosial masyarakat dapat diminimakan jika setiap institusi keluarga dapat berfungsi dengan berkesan. • Dalam konteks mencapai kehidupan yang berkualiti, kemudahan persekitaran turut serta diberi perhatian. Tempat rekreasi dan kemudahan beriadah turut sama difikir perlu dalam membina masyarakat yang sihat dan bertenaga.

36

7. Pembelaan Hak Kumpulan Minoriti dan Wanita

• Pendekatan pendidikan Islam Hadhari memberi kemuliaan insan itu diberikan kepada setiap individu tanpa diskriminasi, sama ada sebagai kumpulan majoriti atau minoriti. Hak-hak mereka dijamin oleh undang-undang negara. Jaminan tersebut meliputi nyawa, agama, harta, kehormatan dan akal. • Dalam Islam ia terkandung dalam matlamat pesyariatan syariat Islam (Maqasid as-Syariah).

37

Surah Al-Hujuurat : 13 • Ini selaras dengan firman Allah SWT dalam al-qur’an surah al-Hujuraat : 13 bermaksud  “Wahai Umat manusia! Sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan( dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semuliamulia kamu disisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi mendalam pengetahuanNya(akan keadaan dan amalan kamu)”. 38

• Rasulullah S.A.W telah juga menyebut dengan jelas tentang wanita sejak mula hingga keakhir hayat baginda dengan peringatan khusus semasa mengerjakan Haji Wida’(Haji perpisahan) dengan sabdanya yang telah diriwayatkan oleh muslim,maksudnya :  “Maka bertaqwalah kamu kepada Allah terhadap wanita kerana sesungguhnya kamu mengambil mereka adalah kerana Allah dan Allah menghalalkan kepada kamu mencampuri mereka dengan ijab Kabul yang sah sesuai dengan aturan Allah dan hak suami terhadap isterinya ialah agar mereka tidak membiarkan orang luar yang dibenci oleh suaminya berkunjung kerumahnya. Sekiranya mereka melakukan sedemikian, ajarlah mereka dengan pukulan yang tidak menyakitkan. Manakala bagi mereka(wanita) keatas kamu(lelaki)pula ialah memberikan mereka rezeki (makanan) dan perhiasan/pakaian dengan cara yang baik. Dan telah aku tinggalkan kepada kamu suatu yang tidak akan menyesatkan kamu selepasnya sekiranya kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah(alqur’an)”.

39

• Islam ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang jitu serta adil, saksama, amanah dan bertanggungjawab kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira kaum, bangsa, keturunan dan fahaman agama, tidak memandang rendah mana-mana golongan. Hak-hak mereka dilindungi oleh undang-undang dan apabila timbul pertikaian ia boleh diselesaikan oleh mahkamah atau badan seumpamanya. Ini bertepatan dengan firman Allah SWT dalam surah al-Nisa’: 58 maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya(yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hokum diantara manusia, (Allah menyuruh)maku menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat”. 40

8. Keutuhan Budaya & Moral • Usaha negara-negara moden pada abad ke-20 untuk mencapai matlamat pembangunan ekonomi yang pesat, kemajuan teknologi yang membanggakan dan modenisasi masyarakat secara menyeluruh telah berjaya menjadikan negara-negara tersebut terkenal sebagai “developed” (maju), “advanced” (terkehadapan) atau “fully industrialised countries” (negeri-negeri yang telah mencapai kemajuan perindustrian sepenuhnya).  • Modernisasi sekular yang digembar-gemburkan sebagai agenda perubahan yang rasional dan teknologikal rupa-rupanya telah menanamkan akar-akar budaya asing atau westernisasi dan sekularisasi yang bertentangan dengan ajaran agama dan sistem moral orang Islam atau orang Timur. 

41

Kebimbangan terhadap kelunturan budaya dan moral

• Kelonggaran nilai-nilai budaya dan moral di kalangan belia dan muda-mudi beragama Islam yang dicerminkan oleh budaya penagihan dadah, gejala HIV/AIDS, keganasan juvana, vandalisme terhadap kemudahan-kemudahan awam, minuman keras, merokok, merogol, meragut dan melepak menimbulkan kebimbangan yang mendalam tentang masa depan generasi muda. • Dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel baru-baru ini ramai peniaga melakukan penipuan dan tindakan-tindakan tidak beretika untuk meraih keuntungan, sementara ada bank-bank tempatan disyaki memanipulasi pasaran saham. • Banyaknya kes-kes penipuan dalam pelbagai bidang pekerjaan di kalangan golongan dewasa sama ada dalam sektor swasta atau awam.

42

Keutuhan budaya dan cabaran terhadapnya • Budaya adalah sesuatu yang berubah mengikut perubahan masa dan tempat.  Ada budaya yang menjadi penghalang kepada kemajuan masyarakat dan ada budaya yang membawa kepada kebaikan, kecemerlangan dan ketinggian bangsa dan negara.  • Budaya yang baik mengandungi ciri-ciri seperti: – Penghayatan agama yang mantap, konsisten, bijaksana, harmonis, sederhana dan toleran; tidak fanatik, ekstremis atau kasar dalam hubungan dengan penganut agama-agama lain. – Penguasaan ilmu yang berguna. – Hormat dan patuh kepada Perlembagaan, undang-undang, peraturanperaturan, perjanjian, kontrak sosial dan adat resam yang menghargai budi, sikap berterima kasih, sopan santun, bahasa yang beradab dan tingkah laku yang tidak kasar, biadab atau gelojoh. – Pentadbiran dan pemerintahan yang cekap, amanah, mesra rakyat, mesra alam dan tidak tunduk di bawah pengaruh rasuah – Budaya kerja yang menekankan nilai kerajinan, ketekunan dan penjagaan waktu; 43

Keutuhan Moral dan Cabaran terhadapnya • Ramai pemuda Melayu dan Bumiputera terperangkap dalam jeratan budaya penagihan dadah dan HIV/AIDS. • Parti-parti politik digugat oleh amalan tak bermoral yang disebut sebagai “politik wang”.  Pentadbiran kerajaan dan perkhidmatan awam digugat oleh wabak rasuah dan penyalahgunaan kuasa. • Pasaran saham digugat oleh manipulasi-manipulasi pihak yang ingin meraih keuntungan secara tidak beretika. • Pembeli-pembeli rumah ditipu oleh pemaju-pemaju dengan pelbagai cara yang tidak beretika. 

44

• Beberapa cabaran besar terhadap keutuhan moral dan kekuatan etika masyarakat Malaysia dari perspektif akhlak Islam dapat dirumuskan seperti berikut:-

– Cabaran daripada Arus Globalisasi, Liberalisasi dan Westernisasi – Cabaran daripada Penyalahgunaan Internet dan Telefon Bimbit – Cabaran daripada Industri Hiburan dan Media Massa – Cabaran daripada Budaya Rasuah, Urus Tadbir Yang Pincang dan Penyalahgunaan Kuasa – Cabaran daripada Budaya Politik Kebencian dan Kefanatikan 45

Keutamaan Akhlak yang Mulia • “Tidak ada sesuatu yang paling berat dalam timbangan orang beriman pada hari kiamat nanti yang melebihi akhlak yang mulia.  Sesungguhnya Allah benci orang yang berbuat keji dan berkata kotor.  Orang yang berakhlak mulia pasti akan melebihi darjat orang yang menunaikan ibadah puasa dan sembahyang (semata-mata tanpa mempedulikan kebaikan akhlaknya).”  (Hadith riwayat Ahmad)

46

9. Pemuliharaan Alam Semulajadi • Secara umumnya dapat kita katakan bahawa alam tabii bersifat harmoni, stabil dan mendamaikan. Pencemaran berlaku akibat claripada keharmonian alam tabii diganggu. • Gangguan kepada alam tabii ini adalah hasil buatan tangan-tangan manusia seperti firman Allah S.W.T. dalam surah al-Rum ayat 41 yang bermaksud, • "Telah timbulpelbagaikerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia, (timbuInya yang demikian) kerana Allah hendak merasokon mereka sebahagian daripada balasan perbuatanperbuotan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) " (Surah al-Rum: 41)

47

Konsep Alam Tabii’ • Alam ini mempunyai fitrah yang perlu diikuti. Apabila keteraturan alam tabii dilanggar atau tidak dipatuhi akibat aktiviti manusia, maka alam akan musnah dan hancur akibat daripada keticlakaturan alam. Semua orang perlu bertanggungjawab untuk menjaga dan memastikan bahawa alam ini tidak terkeluar daripada norma-norma tabiinya supaya alam ticlak tercemar. 48

Pemuliharaan Alam Tabii’ • Pencemaran alam pula berlaku kerana manusia, setelah memahami tabii alam ini, merosakkan tabii alam dengan aktiviti pembangunan yang ticlak dirancang. Dengan kata lain, alam ini diterokai sambil mengabaikan keteraturan dan fitrah alam. • Proses pemuliharaan alam tabii adalah proses memulih dan memelihara alam ini agar tidak rosak dan mencemarkan. Biasanya alam yang telah rosak akibat daripada kerosakan tabiinya agak sukar untuk dibaik pulih. Untuk membaik pulih, ia memerlukan proses yang terlalu lama kerana proses pengekalan sifat tabiinya sudah terjejas.

49

Kesimpulan • Pembangunan sesebuah tamadun dan peradaban manusia ticlak akan terbina tanpa usaha memakmur dan membangunkan alam ini secara seimbang clan sepadu. • Pembangunan yang hanya mementingkan alam clan mengabaikan aspek keinsanan manusia akan lebih banyak mengunclang bencana keburukan daripada kebaikan. • Aktiviti sains clan teknologi yang bebas daripada ajaran agama akan banyak mengunclang musibah daripada kebaikan, sebab sains tidak memberikan suatu arah ke mana seharusnya aktiviti sains itu harus ditujukan.

50

10. Kekuatan Pertahanan • kekuatan atau ‘quwwah’ dalam Bahasa Arab bermaksud utuh atau kukuh. • pertahanan atau ‘difa’ didefinisikan sebagai mempertahankan, menjaga supaya selamat terhadap hak, tubuh badan atau harta atau seumpamanya yang bernilai.

51

Dalil • Pertahanan adalah asas penting bagi sebuah negara yang berdaulat. Kekuatan pertahanan jugalah yang dapat menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyat. Tanpa kekuatan pertahanan, kestabilan negara tidak akan wujud dan rakyat tidak akan dapat mengecap nikmat kesejahteraan. • Firman Allah SWT: Maksudnya: “Diizinkan berperang bagi orang-orang Islam yang diperangi oleh golongan penceroboh, kerana sesungguhnya mereka telah dianiaya dan sesungguhnya Allah Amat Berkuasa untuk menolong mereka mencapai kemenangan”. (Al-Hajj (22): 39)           Keizinan berperang di dalam ayat di atas adalah disebabkan oleh serangan musuh terhadap orang-orang Islam dan berlakunya penganiayaan terhadap umat Islam. Bagi mempertahankan diri, tanah air dan hak asasi kemanusiaan serta hak beragama, mereka terpaksa mengangkat senjata. Ini adalah hak yang diperjuangkan oleh seluruh manusia dan sewajarnya peperangan dilancarkan. 52

• Firman Allah SWT: “Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah belaka”. (Al-Baqarah (2): 193) • Peperangan berdasarkan ayat ini adalah bertujuan untuk menghapuskan fitnah kerana fitnah itu lebih dahsyat dan lebih berbahaya daripada membunuh berdasarkan ayat-ayat berikut: 53

• Firman Allah SWT: • Maksudnya: “Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan”. (AlBaqarah (2): 191) 54

• Firman Allah SWT: • Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai hukum berperang dalam bulan yang dihormati, katakanlah: Berperang dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalang (orang-orang Islam) daripada jalan Allah dan perbuatan kufur kepada-Nya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke al-Haram (di Mekah) serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi (dosanya) di sisi Allah. Dan (ingatlah) angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan”. (Al-Baqarah (2): 217)

55

• Pertahanan adalah penting bagi menjaga kesucian Islam daripada menjadi bahan mainan dan cemuhan pihak yang tidak bertanggungjawab. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia, dan mereka pula mencerca agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (daripada kekufuran dan bertaubat)”. (At-Taubah (9): 12) • Ayat di atas menyatakan bahawa peperangan yang bertujuan untuk menentang perkara-perkara berikut: • i.        Orang yang melanggar sumpah setia (perjanjian damai) dan persetujuan untuk memelihara keamanan dengan masyarakat dan negara Islam.           ii.       Orang yang mencerca agama Islam.           iii.      Memelihara perjanjian damai dan menjaga kemuliaan agama.

56

Kepentingan Kekuatan Pertahanan Kepada Ummah • Peperangan dalamIslam bukanlah berupa penjajahan kaum, pengekploitasian, perampasan harta atau penghinaan kehormatan, sebaliknya ia merupakan peperangan yang mewujudkan kepentingan manusia serta faedah-faedah untuk masyarakat seperti yang dapat dipetik daripada ayat tersebut ialah: • i.        Penyebaran nilai kerohanian yang tinggi melalui jalan peribadatan. ii.       Penyebaran kerjasama untuk kebaikan dan kemuliaan masyarakat. iii.      Kerjasama membasmikan kejahatan, jenayah dan kekerasan.

57

• Pendekatan Islam Hadhari mengajak umat Islam untuk mempertingkatkan kualiti hidup bermasyarakat dan negara yang bertamadun yang mempunyai peradaban unggul bagi menghadapi cabaran alaf baru seperti ledakan maklumat, dunia tanpa sempadan, ekonomi global, budaya materialisme, krisis identiti, jatidiri serta masalah penjajahan pemikiran dan cara hidup. 58

• Al-Quran sebagai panduan hidup telah menjelaskan semua perkara samada perkara yang berhubung dengan Allah dan juga perkara sesama manusia termasuklah juga dalam urusan peperangan. Ayat al-Quran menggariskan bahawa diizinkan kepada umat Islam berperang hanya apabila mereka dizalimi (39: Surah alHaj). Dalam ayat yang lain, Allah SWT telah mengarah supaya umat Islam bersedia dengan kelengkapan perang yang menggerunkan pihak musuh. Kelengkapan perang ini hendaklah mengikut kesesuaian masa dan keadaan. 59

Pandangan Islam Mengenai Peperangan • Islam mengutamakan keamanan dalam hubungan sesama manusia dan membenci permusuhan. Prinsip keadilan masih ditekankan oleh Islam walaupun semasa berhadapan dengan musuh di medan peperangan. • Hakikatnya, peperangan yang berlaku adalah untuk mempamerkan keluhuran Islam dan keindahan ajarannya yang berpaksikan rahmatan lil ‘alamin (pembawa rahmat kepada seluruh alam).

60

• Negara perlu diperlengkapkan dengan rancangan serta program jangka panjang untuk menyemai rasa hak dan tanggungjawab  membela kemuliaan maruah diri, bangsa dan negara. Pendekatan Islam Hadhari akan berusaha memperkasakan umat supaya mereka berupaya menghadapi cabaran dunia semasa. 61

Peraturan dan etika perang dalam Islam

• Tidak boleh membunuh orang tua, perempuan dan kanak-kanak. • Tidak boleh menyerang orang  awam serta bertindak melampaui batas dan berbuat permusuhan. • Tidak dibenarkan membunuh tawanan perang. • Memberi layanan yang baik terhadap orang tawanan. • Larangan menyeksa mayat dan tawanan. • Menunaikan janji keamanan. • Larangan menyakiti musuh yang ingin berdamai. • Islam memberi kemaafan kepada mereka yang tertewas.

62

• Melalui pendekatan ini, pertahanan bermula dengan kekuatan dalaman (spiritual), yang akan menjana kekuatan fizikal. Pendekatan Islam Hadhari akan memastikan kemantapan jati diri dan kekuatan dalaman rakyat Malaysia serta keupayaan mempertahankan negara dengan penuh kesungguhan.

63

Penghayatan Islam Hadhari • Islam Hadhari sewajarnya menjadi dasar utama negara dalam pengertian yang luas. Ia tidak digunakan secara sempit untuk maskud-maksud tertentu yang sifatnya terbatas dan bertentangan. • Islam Hadhari harus mesra rakyat dan perubahan.Generasi muda sewajarnya berani meneroka suatu pendekatan yang realistik dan progresif tentang bagaimana mengungkap Islam sebagai sumber kemajuan pembangunan dan perubahan semasa 64

Related Documents

Tit As
May 2020 14
Tit As
June 2020 5
Tit As
June 2020 7
Tit
June 2020 4
Tit Ex
May 2020 14
Tit Ration
May 2020 8