Tips2....pahami Pasangan Anda

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tips2....pahami Pasangan Anda as PDF for free.

More details

  • Words: 5,955
  • Pages: 21
Apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita Semasa membelek-belek sebuah majalah lama, aku tertarik dengan senarai mengenai apa yang lelaki suka dan tidak suka pada wanita. Hemm..cerewet juga lelaki ni ya! Kaum wanita kenalah pandai-pandai menjaga tingkah laku. Maklumlah, ciri-ciri wanita idaman lelaki mungkin tidak ada pada kita sekiranya terdapat salah satu sikap yang mereka tidak suka seperti senarai tersebut. Sejauh mana kebenarannya, hanya pembaca sahaja yang boleh menilai. Lelaki suka: 1. Wanita yang bersikap kelakar 2. Berbudi pekerti 3. Murah hati 4. Senyuman manja 5. Tahu memasak 6. Pandai dalam menggayakan pakaian 7. Penampilan yang menarik dan sesuai dengan citarasanya 8. Tidak mudah naik angin 9. Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya kepada lelaki bila kereta lelaki tersebut rosak 10. Tidak terlalu seksi dalam berpakaian 11. “Ok..tadi awak belanja makan, biarlah saya bayarkan tiket wayang.” 12. Wanita yang dapat menjalinkan perhubungan rapat dengan ibunya 13. Wanita yang berwawasan/bercita-cita tinggi 14. Wanita yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi 15. Wanita yang tahu menjaga maruah diri 16. Wanita yang cekal serta tidak mudah mengalah dalam situasi tertekan 17. Sentiasa berada di sisi tidak kira masa susah atau senang 18. Yang tidak suka berleter 19. Tidak kisah dengan cara apa pun untuk mendapatkan makanan kegemaran lelaki 20. Sediakan secawan teh/kopi tanpa disuruh 21. Wanita yang mengambil berat tentang lelaki Lelaki tidak suka: 1. 2. 3. 4. 5.

Wanita yang suka mengumpat Sombong dan bongkak tak tentu pasal Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki Merokok Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki

6. Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk mendapat perhatian 7. Tak boleh ke awak buat sesuatu dengan betul 8. Jangan awak nak ajar saya apa yang betul, apa yang tidak.. 9. Wanita yang bersikap hipokrit 10. Terlalu ingin mengetahui hal peribadi lelaki 11. Sukar buat keputusan terutama hal berkenaan hubungan serius dengan si lelaki 12. Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang 13. Pakaian wanita berselerak di biliknya 14. Tidak bertanggungjawab langsung 15. Wanita yang terlalu suka bersosial sehingga tiada batasan lagi dalam pergaulannya 16. Kuat berleter walaupun dalam hal yang remeh 17. Boros berbelanja 18. Tidak tahu/malas memasak 19. Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati 20. Queen control hinggakan nak buang air pun perlu minta izinnya.

Indeks cemburu lelaki mengikut horoskop Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran. Aquarius- Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu. Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda. Aries -Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga

dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya. Taurus -Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya. Gemini- Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain Cancer -Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuruharakan dunia ini. Leo -Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya. Virgo -Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu. Libra -Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka. Scorpio -Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia

menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya. Sagitarius -Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu. Capricorn -Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja. Aries 21 Mar - 20 Apr Level Bintang Hari ini [ ] Taurus 21 Apr - 21 Mei Level Bintang Hari ini [ ]

Libra 24 Sep - 23 Okt Level Bintang Hari ini [ ] Scorpio 24 Okt - 22 Nov Level Bintang Hari ini [ ]

Gemini 22 Mei - 21 Jun Level Bintang Hari ini [ ] Cancer 22 Jun - 22 Jul Level Bintang Hari ini [ ]

Sagittarius 23 Nov - 21 Des Level Bintang Hari ini [ ] Capricorn 22 Des - 20 Jan Level Bintang Hari ini [ ]

Leo 23 Jul - 22 Agt Level Bintang Hari ini [ ]

Aquarius 21 Jan - 19 Feb Level Bintang Hari ini [ ]

Virgo 22 Agt - 22 Sep Level Bintang Hari ini [ ]

Pisces 20 Feb - 20 Mar Level Bintang Hari ini [ ]

Kategori: Lelaki Cinta | Ungkapan Cinta Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang? Di sini disenaraikan personaliti lelaki berdasarkan bintang atau zodiak masing-masing. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda. Aries Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja. Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin .Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita. Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang.Nafsu syahwatnya tinggi ,dan apabila mendapat teman hidup ,dia adalah kekasih yang bersemangat dan bernafsu. Padanya cinta adalah amat penting ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan

bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah. Taurus Dia lelaki yang mempunyai badan yang berotot dan kuat .Dia seorang yang praktikal serta berseni,mungkin boleh mengukir,atau melukis.Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik,malah mungkin seorang ahli muzik.Lelaki ini mudah bergaul ,suka jenaka dan ketawa.Walau bagai mana pun dia kurang keyakinan dan merendahkan daya tariknya sendiri ,menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menari hati wanita .Dia juga adalah lelaki stabil,konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu kemanakah arah tujuan dirinya.Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dalam rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya .Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya , di mana pada masa inilah dia akan merasa selamat di mana perasaaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu ,dan oleh sebab itu, dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumah tangganya berpanjangan .Dorongan syahwatnya kuat .Dia sukakan keselesaan ,makan dan mengumpul harta .Kebolehanya menghias rumah , dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik .Oleh kerana lelaki ini lebih sukakan perkara yang telah biasa ,dia tidak begitu minat dengan idea orang lain atau apa yang berlaku di sekelilingnya dan ini akan membosankan insan yang lebih suka bergaul dan bijaksana. Gemini Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri.. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati. Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu

syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya. Cancer Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis. Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai. Leo Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin . Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja. Virgo Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita . Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan

kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya . Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya. Libra Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting. Scorpio Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .Dalam hal seksual ,dia cenderung untuk mementingkan diri sendiri.

Sagittarius Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain . Capricorn Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif. Aquarius Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan . Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai

lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen . Pisces Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati .Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita . Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

Kategori: DiSEbaLik Cara kita Berjalan •

Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.



Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.



Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.



Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.



Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.



Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.



Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Kategori:Rahsia tahi lalat Hahaha. Mari-mari kita hiburkan hari ini dengan mengetahui rahsia tahi lalat. Semua orang ada tahi lalat. Tetapi tak tahu la saya kalaukalau ada orang yang langsung tiada tahi lalat ini. Tanda Bibir atas kanan Bibir atas kiri Bibir bawah kanan Bibir bawah kiri Leher kanan Leher kiri Leher di tengah Biji mata kanan Biji mata kiri Hujung mata kanan Hujung mata kiri Punggung kanan Punggung kiri Betis kanan Betis kiri Lutut kanan Lutut kiri

Firasat Tahi Lalat Banyak rezeki, pandai Ramai kawan, baik hati Disegani orang, ramai yang suka Pandai bicara, tak mudah kalah Cerdas, jujur, berani menderita Cerdas dalam segala hal dan banyak pengetahuan Tercapai cita-cita Suka serong dan pembohong Pembohong tetapi baik hati Baik hati, sopan santun, cerdas Baik budi, murah rezeki Agak mengalami kesulitan Malas dan suka duduk Suka berhibur, boros Rajin, tidak suka menganggur Bersikap tidak peduli dan tidak mahu berusaha Kurang kuat berusaha

Kepala sebelah kanan Kepala sebelah kiri Kepala sebelah belakang Kening kanan Kening kiri Tengah kening Hujung mulut kanan Hujung mulut kiri Ketiak kanan Ketiak kiri Pergelangan kaki kanan Pergelangan kaki kiri Batang hidung Pada hidung Dagu bawah kanan Dagu bawah kiri Kemaluan kanan atau kiri Di kepala kemaluan (lelaki) Tumit kanan Tumit kiri Alis kanan Alis kiri Pangkal peha kanan Pangkal peha kiri Telapak kaki kanan Jari kaki kanan Jari kaki kiri Bahu kanan Bahu kiri Buah dada kanan Buah dada kiri Lengan kanan Lengan kiri Pipi kanan Tengah-tengah pipi kanan

Terkabul cita-cita Sering menemui kesusahan Jujur, sabar dan tekun Cerdas dan cekap Cerdas dan sopan santun Keras hati dan berani segala hal Kecil rezeki, tak mudah kalah Suka berpoya-poya Dapat menyimpan rahsia Jujur, banyak yang cinta Suka keluar rumah Kehendak kuat Banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya Banyak rezeki Jujur dan baik hati Bijaksana, dan berbudi luhur Baik, suka senggama Bakal beristeri dua Jujur dan banyak kawan Baik budi Suka menolong dan baik hati Ramai yang suka Kemahuan kuat Suka kerja apa pun Tak mudah mengeluh Suka menolong Berbudi, suka berbuat baik Cermat dalam membuat keputusan, banyak tanggungan Suka kerja keras, banyak tanggungjawab Baik hati, pendiam, simpan rahsia Ramai kawan, setia pada pasangan Setia dan taat pada atasan Menepati janji dan rajin Ramai teman Ramai yang suka

Tengah-tengah pipi kri Ubun-ubun Pusat Pusat bahagian kanan Pusat bahagian kiri Pinggang kanan Pinggang kiri Dada kanan Dada kiri Telapak kaki kanan Telapak kaki kiri Siku tangan kanan Siku tangan kiri Jari tangan kanan Jari tangan kiri Jari telapak tangan kanan Jari telapak tangan kiri Pergelangan tangan kanan Pergelangan tangan kiri

Perut bawah kiri Sudut mata kanan dalam

Ramai teman Kurang jujur Cerdas, tangkas, tekun Sejahtera dalam hidup Beroleh kemuliaan Sayang pada pasangan hidup Disayang pasangan hidup Dapat mengatasi masalah Berani, jujur dan sabar Tidak mudah mengeluh Baik budi pekertinya Kuat ingin memiliki kejayaan Baik hati, suka menolong Serba beroleh keuntungan Serba baik bekerja Banyak rezeki tetapi boros Banyak rezeki dan cermat Boros, suka bersukaria Dapat berpangkat Banyak rezeki, suka memberi maaf Baik hati, tenang hidupnya Disayang suami atau isteri

Sudut mata kiri dalam

Tidak mudah dilupakan pasangan

Sudut mata kanan luar Pelipis kiri Pelipis kanan Kelopak mata kanan atas Kelopak mata kiri atas Kelopak mata kanan bawah Kelopak mata kiri bawah

Baik budi, ramai yang cinta Murah rezeki, dapat jadi kaya Serba berhasil dalam usaha Baik hati, ramah, berjaya Baik budi, ramai yang suka Agak malas Agak bodoh, kurang bijaksana

Perut bawah kanan

Kategori: cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka

Keayuan gadis tidak hanya terletak pada paras rupa. Ianya merupakan gabungan segalanya, dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Berikut merupakan diantara cara-cara bagaimana untuk gadis mengekalkan keayuan mereka. Menjaga kejelitaan semulajadi (natural beauty) dengan tidak memakai bahan-bahan luaran tetapi menjaga emosi, fizikal dan mental. Gunakan masa untuk perkara yang berfaedah dan tentukan wawasan secara objektif, jangan banyak angan-angan. Tidur awal setiap malam dan bangun awal setiap pagi untuk solat subuh. Jangan tidur siang hari. Menjaga suara. Latih diri bercakap dengan nada yang lembut, tidak sengau atau suaranya terlalu kuat. Menjaga cara berkata-kata. Biasakan menggunakan perkataan yang melambangkan keluhuran budi seperti ‘tolong’ serta ‘minta maaf’. Jangan gunakan perkataan yang terlalu beremosi seperti bosan, sakit hati, menyampah, benci dan sebagainya kerana ia akan menyebabkan muka jadi berkerut dan masam. Menjaga kulit. Kebersihan sentiasa dijaga. Makanan yang berupa ulam-ulam yang wangi serta sayuran dan buah-buahan segar patut selalu dimakan. Gunakan sabun yang tidak merosakkan kulit. Menjaga muka. Tangan perlu sentiasa bersih dan lembut. Jangan gunakan bedak yang bukan-bukan. Selalu menggunakan bedak sejuk untuk menjaga kulit muka. Jangan banyak berangan. Menjaga rambut. Ia mahkota kejelitaan gadis. Bersihkan rambut tapi jangan terlalu kerap. Bila bersikat, ulangi sikatan ke seluruh bahagian kepala 100 kali untuk menjadikan rambut subur dan berkilat. Ramai lelaki suka pada gadis berambut panjang tapi kemas. Menjaga cara berjalan. Latih cara berjalan. Jauhi dari berjalan mengengkang atau tangan terlalu dihayun. Langkah jangan terlalu besar.

Berjalan jangan terlalu laju. Badan jangan terlalu membongkok atau tegak. Leher jangan terteleng (senget sebelah) . Muka elok ditundukkan sedikit. Menjaga gerak-geri. Bila duduk di atas lantai duduklah dengan cara bersimpuh. Kalau duduk di atas kerusi, eloklah sila panggung. Jangan mengangkang. Tangan jangan terlalu digerakkan bila bercakap. Cara bergerak biarlah lemah-lembut. Menjaga senyum. Latihlah senyum jangan tersengeh. Tutup mulut bila ketawa. Ketawa secara sederhana. Selalu senyum tapi untuk tujuan baik. Menjaga mata. Mata janganlah terlalu liar memandang sekeliling. Tundukkan mata dan memandang hanya kepada apa yang sedang anda hadapi. Jangan terlalu kerap mengerdipkan mata. Usah terlalu kerap menjeling walaupun kepada buah hati anda.

Menjaga kehormatan. Sentiasa bertemankan ibu atau saudara bila keluar. Minta izin ibubapa. Pakaian sopan. Pulang seawal mungkin. Menjaga sikap. Taat beragama. Jangan bohong. Jauhi dari merungut. Jauhi dari menjadi amat cerewet dan jaga hati orang lain Kategori: Wanita Cinta | Ungkapan Cinta

lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda. Saya percaya tentu terdapat segelintir kaum perempuan yg sudah serik utk menjalinkn hubungan serius dgn kaum lelaki setelah beberapa kali dikecewakn.. Adakah anda ingin memegang title ’single n available’ hingga ble2? Dan apakah yg harus anda lakukan utk membuat pilihan yg tepat dlm memilih teman hidup dr kaum Adam? Tips2 berikut diharap dapat membantu anda serba sedikit dlm memilih lelaki yg benar2 ikhlas dan menyayangi diri anda.

Apabila seorang lelaki benar2 jatuh cinta dan setia akan pada kekasihnya dgn ikhlas, perubahan sikapnya dapat dilihat dgn jelas. Hati lelaki yg dianggap keras selama ini, tiba2 secara semulajadi akan menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dgn relanya. Bahkan lelaki yg mabuk cinta sanggup berkorban dan melakukan apa sahaja utk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Namun kaum wanita janganlah mengambil kesempatan di atas pengorbanan yg dilakukan lelaki utk anda.. Berikut adalah tanda2 lelaki yg jatuh cinta dgn jujur n ikhlas: 1. Si dia bersungguh2 melakukan sesuatu utk kekasihnya dgn rela dan bukan kerana terpaksa. 2. Si dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan sanggup berubah demi menyenangi hati pasangannya. 3. Si dia byk menasihati kekasihnya kerana si dia amat menyayangi kekasihnya. 4. Si dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2. (maksud: mengambil berat stiap apa yg dilakukn oleh kekasihnya) 5. Si dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 6. Si dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana si dia sentiasa berasa curiga jika kekasihnya dikacau lelaki lain. 7. Si dia tidak suka ada lelaki lain rapat dgn kekasihnya. 8. Si dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 9. Adakalanya si dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana si dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain. 10. Si dia menjadi org yg paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 11. Si dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk dan dimanjai oleh kekasihnya. 12. Si dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama. 13. Si dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya. 14. Si dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri. 15. Si dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana si dia tidak mahu kasih sayang antara mereka menjadi luntur. 16. Si dia tidak akan melayan perempuan lain yg tidak ada urusan penting dengannya. 17. Si dia cuba meluangkan lebih byk masa dgn kekasihnya walaupun terpaksa mengorbankan masa dirinya sendiri. 18. Si dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, si dia akan berasa serik dan tidak percaya dgn cinta perempuan lain namun si dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 20. Apabila timbul org ketiga,si dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 21. Si dia menganggap kekasihnya sebagai org yg paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 22. Si dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau si dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kekasihnya. 23. Si dia sanggup menitiskn air mata demi kekasihnya..Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan. (Tidakkah anda terharu melihat seorang lelaki yg sanggup menitiskan air mata demi anda?)

Kategori: Tips Cinta | Ungkapan Cinta

bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Ramai yang bertanyakan pada kami tips bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Bermacam-macam perasaan yang merunsingkan, menyedihkan dan memeningkan bila kita berada dalam situasi cinta jarak jauh ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang perlu kita hadapi. Sudah banyak cerita yang kita dengar mengenai perkara ini. Ada yang dapat survive dan ada yang kecundang. Menangis dan sedih yang amat sangat apabila si dia berubah hati disebabkan rasa kesunyian. Namun begitu, di sini, kami ingin berkongsi dengan anda semua mengenai bagaimana untuk survive dalam percintaan jarak jauh. Percaya pada pasangan Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia. Setia walaupun jauh Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita

jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian? Berjumpalah walaupun seketika Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu. Tanyalah khabar Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini. Sambut hari ulang tahun bersama Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun percouple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu. Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia. Kategori: Tips Cinta | Ungkapan Cinta 1. Saling Mempercayai Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda. Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan? 2. Saling Memahami Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab “tak nak”, “tak mahu”, biarkanlah si Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya. 3. Bertolak Ansur Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur

dan menurunkan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi, andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya. 4. Kejujuran Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya. Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda itu. Mungkin ada dikalangan anda berkata, ‘Kenapa aku nak jujur pulak pada dia? Lantak aku lah.” Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidak jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka? 5. Kesetiaan Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah kata-katakan ucapan cinta. Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi “ditinggalkan”. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan Ya. Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda. Diharapkan dengan tips-tips ini, anda dapat mewujudkan sebuah hubungan yang bahagia dan kekal selama-lamanya. Dan sekiranya anda mempunyai pendapat, sila hantarkan melalui ruangan komen di bawah ini.

Related Documents

Anda
November 2019 50
Anda
June 2020 31
Nama Pasangan
October 2019 26
Anda Adalah Anda
July 2020 28