Tips & Panduan Untuk Remaja Dan Wanita

  • Uploaded by: KEM MODAL INSAN KEWAJA
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tips & Panduan Untuk Remaja Dan Wanita as PDF for free.

More details

  • Words: 929
  • Pages: 6
KEM MODAL INSAN KEWAJA 1988 – 2009 Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

Falsafah Kewaja 10

Tips / Panduan untuk mengekalkan hubungan dengan pasangan

Bermula dari proses berkenalan dan percintaan sehinggalah ke alam rumah tangga

1.

Kenali dan fahami kelemahan diri sendiri di samping mengenali serta mengakui kehebatan pasangan anda secara jujur.

2.

Kekalkan kehebatan diri yang di kagumi oleh pasangan anda serta kekalkan pujian dan kebanggaan anda terhadap setiap kehebatan yang di tunjukkan oleh pasangan anda.

3.

Akui kesilapan dan kelemahan diri serta mengamalkan konsep memohon maaf dengan penuh rela dan jujur di samping jangan mempersendakan kelemahan pasangan anda.

4.

Bersikap terbuka dan bersedia menerima teguran dan kritikan dari pasangan anda di samping menegur dengan penuh rasa bertanggung jawab dan ikhlas terhadap kesilapan pasangan anda.

5.

Kenalkan dan mesrakan pasangan dengan semua ahli keluarga anda serta jalinkan hubungan baik dan beramah mesra dengan keluarga pasangan anda.

6.

Bentuk, jalinkan dan kekalkan persefahaman bersama di samping bersedia menghadapi apa jua kumungkinan dan perubahan dengan ikhlas dan rela.

7.

Buang sikap berpura-pura, berahsia dan cemburu bersedia berlaku jujur dengan sepenuh hati.

8.

Buktikan rasa cinta anda dengan sikap, perbuatan atau keterampilan diri bukannya dengan kata-kata dan jangan sekali memaksa pasangan and membuktikan rasa cintanya walaupun anda meraguinya.

9.

Pamerkan rasa bertanggung jawab anda terhadap orang yang anda cinta dan jangan sesekali menyulitkan dan menyusahkannya.

10.

Saling mempercayai antara satu sama lain, berasaskan sembilan (9) perkara di atas jangan mudah percaya campur tangan orang ketiga sekiranya salah seorang tiada bersama.

di samping

1

KEM MODAL INSAN KEWAJA 1988 – 2009 Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

Falsafah Kewaja 10

Tips / Panduan untuk mengenali pasangan yang ideal Khas untuk Gadis Remaja & Wanita

1.

Jangan terlalu menonjolkan diri atau membuatkan sidia perasan yang anda meminatinya atau ingin mengenalinya.

2.

Jangan mudah percaya kepada lelaki yang menyoalkan serta menyiasat latar belakang anda.

3.

Jauhkan diri daripada lelaki yang sering menceritakan keburukan dan kelemahan pasangannya yang terdahulu.

4.

Jauhkan diri daripada lelaki yag ramai teman wanita atau kerap bertukar pasangan.

5.

Berhati-hati dengan lelaki yang kurang berminat dengan aktiviti keagamaan, kekeluargaan dan kebudayaan sendiri.

6.

Berhati-hati dengan lelaki yang aktif didalam aktiviti sosial yang tidak bermoral atau di tegah oleh agama dan undangundang.

7.

Berhati-hati atau jangan hampiri lelaki yang sentiasa berbual atas topik yang berunsur seks atau berbau lucah.

8.

Berhati-hati atau jangan turutkan lelaki yang cenderung membawa anda ditempat sunyi atau jauh dari pandangan ramai.

9.

Pilihlah lelaki yang menonjol sifat-sifat kepimpinan, keimanan dan berbudi perkerti mulia di samping bertimbang rasa.

10.

Pilihlah lelaki yang menghormati dan menghargai sebagai wanita di samping keluarga anda.

sentiasa

anda

2

KEM MODAL INSAN KEWAJA 1988 – 2009 Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

Falsafah Kewaja 5 Tips / Panduan untuk memilih

pasangan

Khas untuk Lelaki Sahaja

1.

Jangan hampiri wanita yang tidak berminat dalam aktiviti yang berkaitan dengan rumah tangga, kekeluargaan dan kemasyarakatan.

2.

Berhati-hati terhadap wanita yang terlalu kerap menukar pasangan atau teman hidup.

3.

Jangan terlalu mesra atau jauhkan diri daripada wanita yang suka kepada aktiviti sosial yang tidak bermoral di samping lebih berminat kepada unsur-unsur hiburan dan kemewahan sahaja.

4.

Jangan terlalu mesra atau jauhkan diri daripada menghormati dan tidak menhargai keluarga anda.

5.

Pilihlah wanita yang penyayang, bertimbang rasa, beradat dan memiliki asas kewanitaan yang sempurna.

Falsafah Kewaja 5 Tips / Panduan mengenali

wanita

yang tidak

keperibadian lelaki sebenar

Istimewa untuk lelaki dan panduan bagi wanita

1.

Lelaki adalah pemimpin : Seharusnya dia melindungi, mendidik dan menyelamatkan wanita. Bukannya mengambil kesempatan diatas kelemahan wanita.

2.

Lelaki yang mengakui cintanya sejati dan suci adalah lelaki yang menghormati dan menjaga maruah teman wanita atau kekasihnya: Seharusnya dia bertimbang rasa dan berusaha membahagiakan orang yang di cintainya, bukannya menguasai dan menggunakan kuasa 'veto' sebagai lelaki.

3.

Lelaki yang benar-benar jatuh cinta kepada seorang wanita, dia akan menerima siapa sahaja wanita yang di cintainya bukannya menyiasat dan menilai wanita macam mana yang harus dicintai.

4.

Lelaki yang bergelar suami adalah pemimpin dalam rumah tangga; Sebarang masalah, pergolakan atau kepincangan dalam rumah-tangga adalah tanggung jawab suami, bukannya meletakkan masalah tersebut atas bahu isteri atau anak-anak atau menganggap mereka punca segala masalah. Kepimpinan suami itu penting.

5.

Lelaki perlu bijaksana dalam setiap urasan dan tindakan. Jangan sesekali salahkan orang atas setiap kegagalan hidup yang di lalui.

3

KEM MODAL INSAN KEWAJA 1988 – 2009 Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

4

KEM MODAL INSAN KEWAJA 1988 – 2009 Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami

Falsafah Kewaja reformasi cinta alaf baru

Cinta adalah Iman : Keimanan juga yang menentukan ketahanan kesetiaan pasangan bercinta. Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan di temui. Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setia kawan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta. Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindak balas yang di pamirkan oleh seseorang bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah. Orang yang terlalu banyak berjanji semasa bercinta adalah orang keliru dengan perasaannya sendiri. Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran, bukannya pengorbanan Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang-orang yang tidak pernah memahami erti sebenar cinta. Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau di cintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan. Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab "cinta itu buta" tetapi di sebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta. Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan "Aku cinta padamu" dan "Adakah kau mencintai aku". Cinta adalah anugerah Tuhan, mereka yang menerima dan mengalaminya tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta kepada seseorang. 5

KEM MODAL INSAN KEWAJA 1988 – 2009 Kebajikan Wanita Tanggungjawab Kami Susunan;

Unit Integriti Kem Modal Insan KEWAJA Tel: 03-40254755 013-3384868 http://groups.yahoo.com/group/KEWAJA [email protected]

6

Related Documents


More Documents from ""