Persediaan Untuk Wanita Yang Ingin Mengandung http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html http://www.tipswanita.com/Family/Persediaan_Untuk_Wanita_Yang_Ingin_Mengandung/ Artikel ini ditulis sebagai garis panduan awal sahaja kepada wanita yang ingin mengandung. Nasihat terbaik adalah daripada doktor. Buatlah temujanji bersama pasangan anda, sebaiknya, sebelum lagi anda ingin mendirikan rumah tangga. Banyak persediaan memerlukan persiapan awal lama sebelum mengandung. Jadikan pertemuaan dengan doktor mengenai mengandung sebahagian daripada persediaan perkhawinan. Usaha untuk mengandung bukan setakat hubungan seksual atau mengetahui hari subur wanita. Permakanan dan kesihatan perlu diambil berat dan perhatian. Lagi tips untuk wanita di http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita atau hantar email kepada
[email protected] untuk mendapatkan email terhad tips dan artikel untuk wanita masa kini. *** Persediaan Minda *** Persediaan minda perlulah daripada awal. Apabila disebut sahaja mengandung ia boleh menimbulkan stres dan tekanan kepada pasangan suami isteri. Mengandung dan mempunyai anak adalah satu perubahan besar dalam hubungan suami isteri. Jangan Stres dan tertekan. Tiada sekolah boleh mengajar anda tentang mengandung dan anak-anak melainkan diri anda sendiri. Belilah buku-buku yang bersesuaian, tanyalah pada ibu bapa anda atau pasangan-pasangan lain. Baik dan buruk, anda dan pasangan anda perlu nilaikan. Ambil yang baik dan pelajari daripada yang buruk untuk menjadikan anda dan suami anda lebih baik dalam perkara ini. Memang benar apabila anda lihat keluarga dan anak-anak, memang nampak kelam-kabut, hiruk-pikuk, susah payah, penat lelah mengejar, tidak tidur malam, bertekak, menjerit dan pelbagai lagi. Akan tetapi ia diubat dengan senyum anak-anak, ketawa mereka, kata-kata I love u baba dan I love u mama, Sayang ayah dan sayang ibu, sayang ayah dan sayang ummi dan sayang mami... Tiada apa dalam dunia boleh membayar semua itu. Usaha untuk mengandung juga tidak boleh stres dan rasa tertekan. Hubungan seks sepatutnya satu perkara indah suami isteri. Ada isteri yang cepat mengandung dan ada isteri yang mengambil masa sehingga bertahun-tahun. Tiada kekurangan bila mula mengandung. Jangan paksa diri hanya kerana orang sekeliling bertanya. Bagi masa. Jangan stres dan tertekan. Ingat ya, semakin stres dan tertekan semakin susah untuk lekat ... Pergilah bercuti dan berjalan-jalan tempat-tempat cantik dan melegakan. Tidak perlu jauh-jauh, dalam Malaysia ini banyak tempat menarik.
http://travel.songketmail.org/ Usaha untuk mengandung adalah usaha bersama dalam keadaan tenang dan indah ... Ada pasangan suami isteri perlu mengambil keputusan menangguh dahulu rancangan mengandung. Perkara ini perlu dibincang bersama sebaik-baiknya. Apabila anda mendirikan rumah tangga dan melakukan hubungan seks suami isteri. Badan seorang wanita mula bersedia untuk mengandung. Bagi penulis, walaupun belum ada bukti saintifik hanya berdasarkan pemerhatian, ia boleh membuat badan wanita merajuk, apabila merancang untuk menangguh dahulu untuk mengandung. Merajuk ini mungkin sekejap, mungkin lama. Sebab itu penting, wanita perlu menjaga kesihatannya. Sekiranya menangguhkan masa untuk mengandung, janganlah kesihatan yang melibatkan permakanan yang menyihatkan. Makan multi vitamin dan sayur-sayuran. Bagi penulis, cara memujuk, jika lambat mengandung, adalah dengan membaca buku-buku mengandung, berbincang secara terbuka dan tenang dengan suami tentang mengandung, mengambil permakanan yang sesuai untuk ibu mengandung seperti susu ibu mengandung dan kaitkan diri dengan perkara-perkara mengandung boleh memberi isyarat kepada badan wanita untuk bersedia untuk mengandung. Malah ada petua, hubungan seksual untuk tujuan mengandung perlu dimulakan dengan persediaan awal. Pilihlah hari yang sesuai, iaitu hari wanita dijangka subur, pilihlah tempat yang sesuai dan selesa, cukup rehat dan yang penting nyatakan dengan kata-kata sepanjang hari hubungan seksual malam ini untuk mengandung. dan sekiranya usaha untuk mengandung itu lebih daripada dua tahun, atau bila-bila masa pun jika merasa risau. Berjumpalah dengan doktor anda atau berhubungan dengan LPPKN. Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara http://www.lppkn.gov.my/ Jangan lama berasa kecewa, sekiranya gagal mengandung. Lepaskan rasa kecewa itu dan usahakan semula. *** Perubahan Fizikal *** Apabila wanita melakukan hubungan seksual ia juga adalah isyarat kepada diri wanita itu sendiri, untuk bersedia untuk mengandung. Antara perubahan adalah buah dada mula membesar dan merasa badan mula naik, perubahan ketara dirasa di punggung dan paha. Perubahan itu ada sebabnya. Buah dada bersedia untuk menyusu bayi. Penambahan saiz bahagian punggung dan paha adalah himpunan lemak baik, atau DHA yang akan digunakan dalam membentuk otak bayi dalam kandungan. Perubahan dan persediaan yang perlu dilakukan awal sebelum rancangan mengandung. Ia mengambil masa untuk badan wanita mengumpulkan jumlah khasiat yang diperlukan. 3 ke 4 bulan sebelum mengandung, permakanan tambahan seperti multivitamin, susu dan makanan sihat perlu dimulakan. *** Permakanan Tambahan ***
Ini turut bermaksud, bagi pasangan yang bercadang mendirikan rumah tangga, 3 ke 4 bulan sebelum hari bersejarah, wanita sudah perlu besedia mengambil permakanan tambahan seperti multi vitamin dan susu untuk ibu mengandung. Ya jangan malu untuk bersedia. Walaupun belum sampai masa, minum susu untuk ibu mengandung menyediakan wanita untuk mengandung. Bukan sahaja untuk kesihatan bayi dalam kandungan malah untuk kesihatan ibu. Susu ibu mengandung bukan sepatutnya diambil sewaktu mengandung, malah ia sepatutnya diambil sebelum mengandung lagi. 2 3 bulan sebulan mengandung dan sehinggalah selepas bersalin. Pengambilan susu untuk ibu mengandung selepas bersalin memastikan anak yang menyusu badan masih terus mendapatkan khasiat yang diperlukan. Penekanan perlu dibuat untuk zat-zat berikut sewaktu mengandung. Asid folik yang penting untuk pembentukan saraf bayi dalam kandungan terutamanya saraf tunjang, bulan pertama kandungan itu lagi saraf mula dibentuk. Sebab itu pengambilan asid folik ditekan sebelum mengandung. Ia mampu mengurangkan risiko kecacatan saraf tunjang tulang bagi bayi dalam kandungan. Oleh kerana asid folik tidak disimpan lama dalam badan, maka pengambilan berkala perlu dilakukan. Kebanyakan roti dipasaran telah ditambahkan asid folik bagi tujuan ini. *** Kalsium *** Kalsium diperlukan oleh ibu. Bayi dalam kandungan mendapatkan kalsium daripada ibunya sepanjang masa dalam kandungan. Akibatnya ibu akan mengalami ketegangan urat kaki, sakit gigi gusi dan risiko tulang rapuh bila meningkat usia. Mengambil kalsium daripada awal membolehkan badan membuat simpanan awal dalam tulang dan ia turut membantu menguatkan tulang. Minum susu dan jika anda yang tidak selera dengan susu, pil kalsium boleh didapati difarmasi. *** Zat besi *** Sewaktu mengandung kandungan darah dalam diri ibu bertambah daripada jumlah biasa. Penambahan ini meningkatkan permintaan terhadap zat besi, salah satu faktor bagi pembentukan sel darah merah darah. Ambillah permakanan yang kaya dengan zat besi. Asik Folik, Zat Besi dan DHA memang telah tersedia dalam susu untuk ibu mengandung dan multi vitamin. *** DHA *** Bagi wanita yang ingin meningkatkan kandungan DHA dalam simpanan badan, makanlah minyak ikan sama ada dalam bentuk pil atau cecair. DHA banyak terdapat dalam minyak ikan. Ada terdapat pelbagai jenama pil dan cecair minyak ikan yang bersesuaian. Tanyalah farmasi bagi minyak ikan yang sesuai untuk ibu mengandung. *** Elakkan Kacang Soya *** Terdapat kajian di Britain, mendapati, sekiranya wanita ingin mengandung, elakkan pengambilan soya sewaktu hari-hari ingin bersama.
http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita/message/98 Terdapat bahan dalam soya (genistein) mengganggu sperma daripada berenang menuju ke telur wanita. Lain-lain artikel menarik Kempen Makan Nasi Separuh http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/kempen-makan-nasi-separuh.html Elakkan soya jika mahu mengandung http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita/message/98 Aromatherapy untuk seks yang memberahikan http://blog.perempuanmelayu.info/2008/04/aromatherapy.html Lingerie Seksi Ghairah Suami Perlukah suami minta ? http://www.tipswanita.com/Woman/lingerie_seksi_ghairah_suami_Perlukah_suami_minta_/ Menulis Untuk Menjadi Kaya http://cybermoney2u.blogspot.com/2008/07/menulis-untuk-jadi-kaya-2.html Tapisan Web Untuk anak-anak http://safesurf.perempuanmelayu.info/ Laman penulis http://blog.perempuanmelayu.info/ Bagi kemas kini terbaru anda dijemput untuk sertai senarai terhad email di http://asia.groups.yahoo.com/group/tipswanita Pelbagai artikel, tips dan nasihat seks di http://tamanwangi.perempuanmelayu.info/ Wassalam. Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info 05 Sept 2008 Hakcipta dituntut oleh penulis dan penyumbang Kumpulan penulis Tipswanita dan laman perempuanmelayu.info http://blog.perempuanmelayu.info/ This work is licensed under the Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 2.5 Malaysia License. To view a copy of this license, visit http://creativecommons.org/licenses/by-ncsa/2.5/my/ or send a letter to Creative Commons, 543 Howard Street, 5th Floor, San Francisco, California, 94105, USA.
--- Iklan --Iklankan perkhidmatan dan barangan anda di Niaga Wanita http://niaga.noorjannah.com/ Making Money Online For Malaysian http://cybermoney2u.blogspot.com/ Direktori Artikel Untuk Wanita Melayu dan English http://www.tipswanita.com/ Archive http://keluarga.noorjannah.com/2008/10/persediaan-untuk-wanita-yang-ingin.html