Tip Raja Sehari

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tip Raja Sehari as PDF for free.

More details

  • Words: 353
  • Pages: 1
Tip Raja Sehari

#1 : Sentiasa memberikan senyuman.. Di hari tersebut, pastikan diri anda sentiasa tersenyum. Jika anda seorang yang kurang memberikan senyuman, maka, anda boleh praktisnya dari sekarang. Senyuman ini penting, selain menunjukkan yang anda amat gembira pada hari tersebut, ia juga akan memberikan impak yang mendalam pada gambar-gambar perkahwinan anda kelak. #2 : Sediakan Upah yg Secukupnya. Mungkin ramai yang tidak maklum lagi, selepas akad nikah, anda perlu memberikan sedikit upah kepada tok kadi yang menikahkan anda. Jumlah ini adalah tetap mengikut negeri, namun jika anda tidak tahu berapa kadar bayarannya, sediakan sahaja RM100 - RM150, jika ada bajet lebih, mungkin juga anda boleh berikan sedikit saguhati kepada 2 orang yang menjadi saksi pernikahan anda. Masukkan duit tersebut dalam sampul surat/bekas angpau siap-siap. #3 : Solat Sunat Sebelum & Selepas Akad Mengikut trend terkini, majlis pernikahan biasanya akan diadakan di dalam masjid. Jadi, bagi bakal pengantin lelaki,adalah elok anda melakukan solat sunat 2 rakaat sebelum dan selepas akad nikah,semoga rumahtangga yang dibina lebih diberkati dan dirahmati. #4 : Makan Sewaktu makan, memang kena control skit. Biasalah.. pengantin, takkan nak makan dengan gelojoh pula kan? Jadi, nak tak nak. anda kena sedikit control gaya anda menikmati juadah pengantin.. dan disebabkan itu, maka, memang tidak banyak yang anda akan dapat makan.. ala kadar sahaja orang kata. Disebabkan itulah, maka, adalah penting untuk anda mendapatkan sarapan di waktu pagi, semasa hari majlis perkahwinan anda. Kemungkinan anda terpaksa untuk menahan lapar sepanjang hari adalah agak tinggi. Jadi, makan dulu siap-siap pada pagi itu. Kalau tidak, mesti muka anda akan masam sahaja nanti sewaktu sedang bersanding di atas pelamin, sedang kelaparan lah katakan. #5 : Solat jamak Ermm.. "jamak" yer!.. bukan "jimak".. jauh maksudnya itu. Bagi pengantin yang datang dari jauh, bolehlah anda gunakan kemudahan yang disediakan oleh syariat ini. Dihari perkahwinan anda, sudah pastinya anda adalah watak utama pada hari tersebut dan agak sukar untuk anda melarikan diri sebentar untuk menunaikan solat. Jadi, berniatlah untuk menunaikan solat jamak, jika tidak pasti bagaimana melakukan solat jamak dengan betul serta apa syarat-syarat untuk mengerjakan solat tersebut. Dapatkan segera buku panduan solat tersebut di kedai-kedai buku yang berhampiran

Related Documents

Tip Raja Sehari
November 2019 12
Tip
April 2020 31
Raja
December 2019 46
Silsilah Raja-raja Nusantara
December 2019 42
Menulis Sehari
May 2020 28
Pacar Sehari
May 2020 26