Tinta Jumaat Isu 16 (4 Disember 2009)

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Jumaat Isu 16 (4 Disember 2009) as PDF for free.

More details

  • Words: 2,066
  • Pages: 2
-Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung ( JKKK ) Kampung Saman Tuaran Sabah-

TINTA JUMAAT

“YA ALLAH, PELIHARAKANLAH KAMPUNG KAMI AGAR SENTIASA HARMONI DAN SEJAHTERA DENGAN RAHMAT-MU” JKKKKS-BKA-TJ-16/901204 04 DISEMBER 2009 17 Zulhijjah 1430 H

ISU

-DARI MATA PENA EDITORSYUKUR Alhamdulillah.. Minggu lalu dimaklumkan seekor kerbau dikorbankan dengan kerjasama Badan Surau Jembulang yang mana seekor lagi adalah dari seorang Hamba Allah yang mengamanahkan binatang korbannya untuk ditunaikan sebaik mungkin. Seperti yang semua sedia maklum, ibadat korban mempunyai pelbagai hikmah untuk sesiapa yang menunaikannya. Justeru, semoga ibadat korban yang kita lakukan minggu lalu, di terima sebaiknya oleh Allah SWT sepenuhnya, untuk kita peroleh manfaat daripadanya di akhirat kelak. -Editor

“JIKA MEREKA SIBUK MENCARI CINTA, BIARLAH KITA SIBUK MENCARI IMAN. JIKA MEREKA SIBUK MENCARI PASANGAN, BIAR KITA SIBUK MENCARI KEREDHAAN. JIKA MEREKA MENANGIS KERANA KECEWA BERCINTA, BIAR KITA MENANGIS MENGENANG DOSA-DOSA SEMALAM”

ALLAH SWT BERFIRMAN :

“Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui”. SURAH AL JUMU’AH (Ayat 9)

BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN 2009-2011 Penasihat

En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi

En. Abdul Noor B. Abdul Rajun T. Pengerusi

En. Said Bin Kani Penolong Setiausaha

En. Syafie B. Abdul Noor Ahli Jawatankuasa

Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin En. Awang Basar B. Diki Pn. Les Bt. Ibrahim Pn. Rusinah Bt. Hj. Jijat Pn. Maslah Bt. Sinjan Dengan Kerjasama

Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor

aeSALNO

BERTEKAD MENJAYAKAN WAWASAN

-KORBAN NAZAR DAN TELAGAH ZAMZAMTUGAS menyelenggarakan urusan jemaah haji bukanlah pekerjaan mudah dan menjadi tanggung jawab bcsar yang dipikul penuh keredhaan oleh Abdul Muttalib. Ini menyebabkan ia berfikir siang dan malam, soal paling sulit ialah menyediakan air secukupnya di mana bilangan jemaah haji semakin bertambah sedangkan air semakin kurang. Air yang didapatinya pada masa itu datang dari sumber yang jauh dan perlu dikumpulkan dahulu. Suatu malam beliau bermimpi didatangi seorang tua. Orang tua berkata: "Galilah Taibah!" Abdul Muttalib bertanya: "Apakah itu Taibah?" Tanpa menjawab orang tua itu mcnghilangkan diri. Malam kcduanya dalam mimpi beliau bertemu dengan orang tua itu lagi dan berkata: "Galilah Birrah". Bila ditanya: "Apakah itu Birrah?", ia terus menghilangkan diri. Malam keriga, orang tua itu datang lagi dan menyuruhnya: "Galilah Al Mudzununah." Dan apabila ditanpa ia tcrus mcnghilangkan diri. Malam keempatnya orang tua itu datang lagi dalam mimpinya lalu memerintahkan/'Galilah Zamzam!" Dan ditanya oleh Abdul Muttalib, "Apakah Zamzam?" Orang tua itu tidak menghilangkan diri dan terus menjawab:"Zamzam adalah sebuah telaga yang tidak pernah kering air dan airnya tak pernah berkurangan."Lalu ditunjukkan arah letaknya telaga Zamzam itu. Pada esok harinya Abdul Muttalib pergi berjumpa pemimpin-pemimpin kecil kaumnya meminta bantuan mereka menggali telaga Zamzam, tetapi ditolak kerana takut tempat suci penyembelihan mereka dirosakkan. Dengan perasaan sedih Abdul Muttalib mengalihkan patung-patung dari tapak penyembelihan kerana di situ terdapatnya telaga Zamzam. Beliau dibantu oleh anaknya yang masih kecil. Perbuatannya tidak ditentang oleh kaumnya kerana beliau dihormati sebagai ketua. Semasa menggali telaga beliau berdoa: "Wahai Tuhanku, tidakkah engkau mengumiakan aku sepuluh orang anak lelaki. Aku bemazar sekiranya Engkau kurniakan sepuluh orang anak maka salah seorang dari mereka disembelih dijadikan korban menandakan kesyukuran terhadap-Mu". Pada hari ketiga penggaliannya, cangkul terkena sekeping batu lalu dibongkarnya dan ketika itu juga terpancarlah mata air yang deras dari celah-celah batu. Dan itulah telaga Zamzam, dari zaman Nabi Ibrahim yang tertutup oleh zaman. Penemuan ini memakmurkan penduduk Makkah dengan air, termasuk juga kepada jamaah Haji yang datang. Abdul Muttalib juga dikumiakan Allah dengan anak-anak lelaki yang berterusan sehingga mencapai sepuluh orang. Setelah semua anak-anaknya dewasa, Abdul Muttalib memberitahu tentang nazarnya. Dengan izin Allah, anak-anaknya tidak gentar dan berebut-rebut pula untuk menunaikan nazamya itu tanpa perlu diundi. Abdul Muttalib terharu dengan keadaan itu, tetapi undian perlu diadakan. Undian dijalankan di hadapan Kaabah dengan disaksikan penduduk Quraisy. Dalam pengundian itu keluarlah nama Abdullah anaknya yang paling bongsu dan paling disayanginya serta penduduk Mekah. Abdullah seorang pemuda pintar, lembut hari, tenang jiwa dan cantik rupa paras. Undian yang terkena keatas Abdullah menyebabkan ramai lelaki dan perempuan (penduduk Mekah) ber-

jumpa Abdul Muttalib menawarkan diri bagi menggantikan Abdullah, tetapi Abdul Muttalib menolak. Tiba pada hari penyembelihan, beliau keluar bersama Abdullah ke Kaabah. Bila beliau mula hendak menyembelih Abdullah datang beberapa pembesar Quraisy menghalangnya. Beliau dinasihatkan supaya berjumpa dengan seorang ahli nujum tenrtasyhur di Madinah bagi mengetahui sama ada nazamya boleh diganti dengan fidyah. Sekumpulan pemuda Quraisy dihantar ke Madinah dan hasilnya ialah ahli nujum itu menyatakan pendapatnya yang nazar beliau boleh diganti dengan sepuluh ekor unta. Tetapi undian hendaklah dijalankan dahulu dan jika terkena Abdullah maka perlulah beliau menambah sepuluh ekor unta lagi. Undian hendaklah berterusan sehinggalah ianya jatuh ke atas unta dan setiap undian yang jatuh ke atas Abdullah beliau hendaklah menambah sepuluh ekor unta. Bila undian jatuh ke atas unta maka berhentilah. Abdul Muttalib dan penduduk Quraisy begitu gembira mendengar berita tersebut. Istiadat,pengundian dilakukan oleh Abdul Muttalib dan cabutan pertama terkena Abdullah, maka unta fidyah sepuluh ekor dikeluarkan. Undian yang dijalankan jatuh ke atas Abdullah sebanyak sepuluh kali dan masuk kepada cabutan yang kesebelas undian jatuh ke atas unta. Untuk menyakinkan dirinya, Abdul Muttalib meneruskan cabutan hingga kedua belas dan ketiga belas tetapi semuanya jatuh ke atas unta. Setelah itu beliau menyembelih seratus ekor unta dan dagingnya dibahagikan kepada fakir miskin. Dengan itu penduduk Mekah mengadakan keramaian secara besar-besaran kerana anak ketua mereka terselamat daripada nazar ayahnya. Pada masa itu juga Abdul Muttalib mengahwinkan Abdullah dengan Arrdnah Binti Wahab seorang gadis yang disanjung oleh penduduk Kota Mekah. Daripada perkahwinan itulah lahirnya Nabi Muhammad S.A.W. sebagai Rasul dan bermulanya sejarah ISLAM.

Sumber : BERITA HARIAN

RENUNG-RENUNGKAN…. “Kebajikan Yang Paling Ringan Adalah Menunjukkan Muka Yang Berseri-Seri Dan Bercakap Dengan Nada Lemah-Lembut” -Khalifah Umar Al-Khattab

FIKIR-FIKIRKAN…. “Angin Selalunya Membelai, Jarang Sekali Menghempas, Tapi Apabila Dia Mula Menghempas, Pasti Ada Yang Tidak Akan Faham Lagi Makna Dibelai.” -Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Hajj

Sebarang Komen, Cadangan & Sumbangan Karya: SMS: 013-5934110 FAX: (+6088) 794911 EMEL: [email protected]

BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN

ISU 16/04/12/2009 17 ZULHIJJAH 1430 H

-PENYEDIAAN MAKANAN : KONSEP HALAL DAN HARAMKITA selaku umat Islam yang tinggal di sebuah Negara Islam dan mempunyai pemikiran yang maju selaras dengan konsep Islam Hadhari seharusnya tidak boleh mengabaikan konsep halal-haram pemakanan. Meskipun kita mungkin melihat agak remeh untuk memikirkan tentang isu ini, namun apa yang membimbangkan ialah kesan serta natijahnya kepada diri dan kerukunan bangsa kita pada masa akan datang. Memang diketahui umum bahawa iman merupakan teras pembentukan jiwa dan peribadi diri yang suci lagi murni. Oleh itu, adalah amat penting pemakanan halal yang mampu menjana pembikinan muslim yang hakiki dan sempurna dari semua segi keperibadian manusia, uMATmanusia secara am dan umat Islam secara khusus diperintah supaya memakan hanya yang halal. Firman Allah (Surah Al-Baqarah ayat 168) bermaksud: “Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata.” Jelas, kepentingan makanan yang halal telah disebut oleh Allah di dalam Al-Quran lebih 1400 tahun yang lampau menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna. Malah mengikut ayat 88 surah al-Maidah, Allah menegaskan bahawa makan dan minum adalah tanda keimanan seseorang. Ini bermaksud cara pemilihan makanan dan minuman itu membuktikan nilai iman seseorang. Namun, kita sebagai masyarakat Islam yang berkongsi sebuah negara dengan masyarakat bukan Islam yang lain perlu

lebih prihatin dan mampu memilih makanan yang halal mengikut syarak. Masyarakat bukan Islam di Malaysia perlu dijelaskan dengan lebih mendalam tentang konsep halal-haram makanan mengikut perspektif Islam yang sebenarnya. Kita perlu mengubah tanggapan mereka bahawa makanan yang halal bukan makanan daripada babi sahaja tetapi juga meliputi pelbagai konsep lain yang perlu dijelaskan dengan lebih mendalam. Antara konsep yang perlu diambil perhatian adalah: A). Punca makanan tersebut seperti daging yang digunakan. Kebanyakan masyarakat bukan Islam menganggap hanya khinzir makanan yang haram dalam Islam tetapi mereka perlu dijelaskan tentang konsep binatang yang haram dimakan dalam Islam seperti binatang yang bertaring serta binatang yang hidup dua alam dan binatang yang jijik seperti cicak dan sebagainya. B). Mereka juga perlu dijelaskan tentang cara pengurusan makanan dan pemprosesan sesuatu bahan makanan. Adakah tempat untuk mereka proses terhindar dari sebarang najis. Adakah tempat penyimpanan makanan tersebut bercampur dengan bahan-bahan yang haram disisi Islam. C). Seterusnya dari segi peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses sesuatu bahan makanan. Pihak berkenaan perlu memastikan bahawa peralatan seperti kuali, periuk, pisau dan sebagainya tidak pernah digunakan untuk memasak makanan yang haram mengikut syariat Islam.

- (2) DAJJAL : KHUTBAH RASULULLAH SAW<sambungan dari isu lepas> KATA Rasulullah s.a.w lagi: "Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi. "Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi. "Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah. Dalam hadis yang lain, "di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur." Dari Anas bin Malik, katanya Ra-

SURAH AL-INSAAN (AYAT 1-4)

1.

Kereta dengan yang lebih tua?

2.

Nenek siapa loncat?

meloncat-

1. Bukankah telah datang atas manusia satu waktu dari masa, sedang dia ketika itu belum merupakan sesuatu yang dapat disebut?

3.

Antara kapal terbang dengan kuih lepat, mana yang lebih tinggi?

2. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari setitis air mani yang bercampur yang Kami hendak mengujinya (dengan perintah dan larangan), kerana itu, Kami jadikan dia mendengar dan melihat.

4.

Banyak-banyak kotak, kotak apa yang tak boleh di angkat?

5.

Kulit bertemu kulit, bulu bertemu bulu, makin rapat makin nikmat rasanya. Apa tu?

yang

mana

Sertai KOMUNITI SINAR di:

-TERJEMAHAN AYAT PILIHAN-

TEKA-TEKI PILIHAN motor,

sulullah s.a.w bersabda: "Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai." Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: "Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu. Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi." Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: "Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: "Mengapa menangis?" Saya menjawab: "Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya." Rasulullah s.a.w berkata: "Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat."

3. Sesungguhnya Kami telah menunjukinya jalan yang lurus ; ada yang bersyukur dan ada pula yang kafir. 4. Sesungguhnya Kami menyediakan bagi orang-orang kafir rantai, belenggu dan neraka yang menyala-nyala. Pihak JKKK menggalakkan mana-mana individu untuk mengunjungi Laman Web/Blog Kg. Saman Untuk Memberi Pandangan Dalam Soal Pengurusan Kg. Saman & Komuniti Jembulang Saman :

www.kampungsaman.blogspot.com

JAWAPAN : 1. Motor lah, sebab motor ada tongkat. 2. Neneknya si katak 3. Kuih lepat. Sebab, kapal terbang sampai langit jer, kuih lepat sampai lelangit. 4. Kotak Penalti 5. Mata

*Tinta Jumaat ini diterbitkan pada setiap minggu.

-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-

Related Documents