-Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kampung Saman Tuaran Sabah-
TINTA JUMAAT -Dari Mata Pena EditorJKKKKS-BKA-TJ-01/908012 21 OGOS 2009 30 Syaban 1430H
}
{ (Bulan Ramadan yang padanya diturunkan AlQuran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah) (al-Baqarah:185). BIRO KEBUDAYAAN DAN AGAMA, JKKK KAMPUNG SAMAN
Penasihat En. Jamlah B. Hj. Matullah Pengerusi Tn. Hj. Maddeli B. Madsuarin Setiausaha En. Said Bin Kani Ahli Jawatankuasa Cik. Norhayati Bt Zaini Pn. D. Khadijah Bt A.Hamzah Tn. Hj.Kadis B. Hj. Dasin Dengan Kerjasama Badan Surau Nur Iman, Kg. Jembulang, Tuaran. Editor aeSALNO
RAMADHAN menjenguk lagi. Dan sedari awal kedatangannya memang dinanti. Inilah masa yang paling sesuai untuk merebut ganjaran pahala yang berlipat kali ganda tanpa diganggu-gugat oleh syaitan dan iblis, hanya nafsu yang perlu dikawal. Setiap individu mempunyai cara yang tersendiri menyambut Ramadhan. Ada juga mukmin yang memulakan sambutan puasa dengan berpuasa sunat. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Janganlah kamu mendahului
Ramadhan dengan berpuasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seseorang yang telah membiasakan diri berpuasa sunat, maka ia dibolehkan berpuasa." HR Tujuh Ahli Hadith Sabda Rasulullah saw.: "Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita
yang pudar dan melumpuhkan nafsu -nafsu hitam yang bertakhta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam. Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fisabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"
Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih
sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri. Sabda Rasulullah saw:
“Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu." -SALAM RAMADHAN 1430 HWassalam..
Editor
PETUA DULU-DULU AIR
UNTUK
KESIHATAN
Minumlah 1 gelas air dengan 3 kali minum (teguk), jangan bernafas di dalam gelas semasa meminumnya dan jangan meniup air yang akan diminum.
-ISTIQAMAH BENTUK MUSLIM SEMPURNAISTIQAMAH adalah antara sifat unggul Islam yang akan menjamin kejayaan kita di dunia dan akhirat. Istiqamah adalah disiplin agama yang menganjurkan umatnya supaya dalam apa juga pekerjaan dan amalan, hendaklah dilakukan secara berterusan dan konsisten. Kita dapat mengecapi cahaya iman dan Islam hasil istiqamah Nabi Muhammad terhadap ajaran Islam yang diutuskan kepada Baginda. Dengan sebab istiqamah kepada kebenaran ajaran Islam, Baginda telah menolak segala rayuan dan permintaan pemimpin Quraisy agar meninggalkan dakwah Islam. Baginda menolak tawaran mereka yang menjanjikan kurniaan imbuhan dalam bentuk kuasa tertinggi, harta terbanyak dan wanita terbaik di Tanah Arab pada waktu itu. Rasulullah bersabda: “Seandainya diletakkan bulan pada tangan kiriku dan matahari pada tangan kananku, nescaya aku tidak akan meninggalkan dakwah dan ajaran.” Allah juga amat memahami bahawa kehidupan dunia ini penuh dengan ujian dan godaan. Bagi manusia yang tidak mampu untuk mengawal dirinya, nescaya mereka akan mudah lalai dan alpa dengan segala keasyikan hidup.
Dalam sejarah awal perkembangan Islam, nama seperti Bilal bin Rabah dan Ammar bin Yasir adalah antara model sahabat Rasulullah yang cekal dan komited dengan ajaran Islam hingga terpaksa menghadapi segala seksaan dan kematian. Namun, mereka tetap beristiqamah mempertahankan keyakinan dan kepercayaan agama Islam walaupun terseksa dan menemui maut.
Dipetik daripada : Muhammad Razak Idris NSTP E-Media (18 Ogos 2009)
PERANGAI ORANG KITA.
RENUNG-RENUNGKAN
“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat” ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan
FIKIR-FIKIRKAN “Lebah, hidup aman damai, saling bekerjasama tanpa karenah, tiada dengki khianat atau pentingkan diri”
1
Sebarang komen, cadangan & sumbangan karya: SMS: 013-5434110 FAX: (+6088) 794911 EMEL:
[email protected]
BIRO KEBUDAYAAN & AGAMA, JKKK KG. SAMAN
ISU 01/21/08/2009 30 SYABAN 1430 H
-PUASA DAN BERSAHURyang tidak menyedari bahawa pada waktu bersahur juga adalah waktu yang mustajab untuk berdoa dan Allah SWT tidak akan menghampakan doa mereka. Ibnu Hajar dalam mengulas Sahih Bukhari telah menyenaraikan beberapa kelebihan puasa, yang antara lainnya ialah:
2
“Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat.” -HR Bukhari dan Muslim UMUM begitu arif dengan kaum lain yang juga mengerjakan puasa, namun apakah yang membezakan amalan puasa kaum muslimin dengan mereka? Perbezaannya jelas terletak di dalam pengambilan makanan sahur yang mana mereka tidak bersahur. Ramai juga
Menuruti sunnah;
Membezakan diri dengan Ahlul Kitab;
Menambah kekuatan untuk beribadat;
Meningkatkan keikhlasan dalam beribadat;
Menghilangkan perasaan marah yang diakibatkan oleh kelaparan dan mendapat peluang untuk mengingati Allah dengan berzikir dan berdoa.
Namun, kita tidak digalakkan untuk mengambil terlalu sedikit atau terlalu banyak makanan pada waktu sahur. Memadai dalam anggaran yang secukupnya bagi membantu untuk mengerjakan
puasa pada keesokan harinya kerana pengambilan makanan yang terlalu banyak atau sikit pasti akan menimbulkan rasa kurang selesa. Sebaikbaik sahur yang dianjurkan ialah dengan memakan buah kurma atau tamar. Bersahur dengan memakan kurma adalah sebahagian daripada sunnah Nabi, justeru jika kita mengamalkannya, Allah SWT akan memberikan pahala sebagai ganjaran. Abu Hurairah ra berkata, “Sabda Rasulullah SAW: Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma.” -HR Ibnu Hibban & Baihaqi. Seandainya keletihan menimbulkan kesukaran untuk bersahur, Rasulullah SAW menganjurkan agar tetap mengambil sebiji kurma ataupun memadai dengan seteguk air untuk mengisi perut. Waktu sahur yang paling afdhal ialah pada waktu menjelang Subuh, iaitu kira-kira 10 atau 15 minit sebelum bilal melaungkan azan Subuh. Rasulullah SAW juga pernah bersabda bahawa waktu bersahur itu adalah bersamaan dengan bacaan 50 ayat suci Al-Quran.
-dipetik dari shukur.com
lain selain kami, padahal kami selalu bertasbih, bertahmid, melakukan ibadah dan mengagungkan nama-Mu tanpa henti-hentinya, sedang makhluk yang Tuhan akan ciptakan dan turunkan ke bumi itu, nescaya akan bertengkar satu dengan lain, akan saling bunuh-membunuh berebutan menguasai kekayaan alam yang terlihat diatasnya dan terpendam di dalamnya, sehingga akan terjadilah kerosakan dan kehancuran di atas bumi yang Tuhan ciptakan itu." Allah berfirman, menghilangkan kekhuatiran para malaikat itu: "Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui dan Aku sendirilah yang mengetahui hikmat penguasaan Bani Adam atas bumi-Ku.Bila Aku telah menciptakannya dan meniupkan roh kepada nya,bersujudlah kamu di hadapan makhluk baru itu sebagai penghormatan dan bukan sebagai sujud ibadah, karena Allah S.W.T. melarang hamba-Nya beribadah kepada sesama makhluk-Nya. (bersambung dalam minggu hada-
-KEJADIAN MANUSIASETELAH Allah S.W.T.menciptakan bumi dengan gunung-gunungnya,laut-lautannya dan tumbuh-tumbuhannya, menciptakan langit dengan mataharinya, bulan dan bintangbintangnya yang bergemerlapan, maka tibalah kehendak Allah S.W.T. untuk menciptakan sejenis makhluk lain yang akan menghuni dan mengisi bumi, memeliharanya menikmati tumbuh-tumbuhannya, mengelola kekayaan yang terpendam di dalamnya dan berkembang biak turun-temurun waris-mewarisi sepanjang masa yang telah ditakdirkan baginya. Para malaikat ketika diberitahukan oleh Allah S.W.T. akan kehendak-Nya menciptakan makhluk lain itu,mereka khuatir, lalu berkata mereka kepada Allah S.W.T:"Wahai Tuhan kami! Buat apa Tuhan menciptakan makhluk
TEKA-TEKI PILIHAN 1. Benda apa “jauh di mata dekat di hati?” 2. Nak mencari sikit punya susah, bila da h da pa t buang...apa dia? 3. Apa persamaan “kain jemuran” dengan “telefon”? 4. Kenapa pokok kelapa depan rumah perlu ditebang? 5. Akar di atas, pucuk di bawah. Apa tu? * Nantikan jawapan dalam isu minggu hadapan!!!!
pan) -“Iblis Membantah”
Sumber : Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Perak
-TERJEMAHAN SURAH PILIHAN(SURAH LUQMAN AYAT 14-19) 14. Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun1181. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. 15. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Ku-beritakan
*Tinta Jumaat diterbit setiap minggu,mula 21/08/2009.
kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. 16. (Luqman berkata); "Hai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus1182 lagi Maha Mengetahui. 17. Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).
APA ITU “H1N1” ? Ia adalah sejenis Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal dari Virus Avian Flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti Babi dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan babi sahaja) dan telah bertukar atau mutasi untuk penyesuaian diri di dalam „host‟ yg lebih tinggi iaitu manusia. Dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi „air born‟ (terbang bebas di udara) dan menjangkit dari manusia kepada manusia. 18. Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. 19. Dan sederhanalah kamu dalam b er j a la n 1 1 8 3 d a n l una kka n la h suaramu. Sesungguhnya seburukburuk suara ialah suara keledai.
(1181) Maksudnya: Selambat-lambat waktu menyapih ialah setelah anak berumur 2 tahun.(1182) Yang dimaksud dengan "Allah Maha Halus" ialah ilmu Allah itu meliputi segala sesuatu bagaimanapun kecilnya 1183) Maksudnya: ketika kamu berjalan, janganlah terlampau cepat dan jangan pula terlalu lambat DI SEMAK OLEH :
-Yang Baik Jadikan Tauladan, Yang Kurang Beritahu Kami-