Timur

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Timur as PDF for free.

More details

  • Words: 660
  • Pages: 2
TIMUR ARKIB : 19/05/2009

Ismail pastikan gasing terus berputar

Ismail Mohamed menunjukkan kemahirannya bermain gasing uri.

KOTA BHARU 18 Mei - Gasing yang ligat berpusing atas paksinya yang berpaku, begitu rapat dengan masyarakat Melayu silam dan banyak dijadikan perumpamaan tentang putaran kehidupan dan perilaku seseorang. Namun dengan perubahan masa, permainan tradisional itu semakin dipinggirkan, biar pun masih menjadi sebutan dan sesekali dipertontonkan sebagai bahan tarikan pelancong kerana ia turut dimuatkan dalam promosi pelancongan. Hanya segelintir yang terus memutarkan gasing di negeri ini dengan minat dan kemahiran yang diwarisi, termasuklah Ismail Mohamed, 52, atau lebih dikenali sebagai 'Abe Nor gasing' di Kampung Padang Bemban, Binjai dekat sini. Kini seolah-olah menjadi tanggungjawabnya untuk menghidupkan permainan ini yang bertukar menjadi satu 'benda asing' terutama di kalangan generasi muda dan dia tidak berasa terbeban kerana gasing telah menjadi sebahagian daripada kehidupannya sekian lama. Ismail bukan sahaja handal dalam permainan gasing uri iaitu salah satu daripada beberapa jenis gasing tempatan, tetapi juga pakar bagi menghasilkan gasing bermutu. Dengan teknik balingan menggunakan tali yang dililit oleh pemain yang hebat, gasing uri mampu berpusing lebih sejam pada paksinya, berkedudukan tegak dan berhenti pada satu titik. Ia berbeza dengan gasing pangkah di mana pemain memutarkan gasing ke arah gasing lawan untuk menghentikan putaran itu. Gasing uri yang berbentuk rendah dan pipih itu dipertanding berasaskan tempoh masa ia mampu berputar selepas balingan dan diceduk serta diletakkan di atas tapak putaran. ''Tidak semua orang mampu mengendalikan permainan gasing kerana ia memerlukan kemahiran dan pengalaman yang memakan masa bertahun-tahun lamanya. ''Gasing tradisional sebenarnya boleh menarik minat kanak-kanak, selain golongan dewasa, tak kira apa keturunan jika mereka berpeluang untuk mencuba dan mempelajarinya.

''Seorang pemain terpaksa mengambil masa agak lama untuk menguasai teknik bermain termasuk menyimpai atau melilit tali pada gasing serta melemparkannya. ''Gasing yang dilemparkan itu akan disambut oleh tukang congkok yang akan menceduk dan diletakkan di atas paksi pemusing," ujarnya kepada Utusan Malaysia. Bapa kepada tiga orang anak ini mewarisi teknik membuat dan bermain gasing daripada keturunan sebelah ayahnya yang telah bermain gasing lebih daripada tiga generasi terdahulu. ''Moyang memang terkenal sebagai pembuat dan pemain gasing, bagaimana pun datuk saya lebih berminat mendalami ilmu agama. Ayah saya kembali mewarisi kemahiran membuat gasing yang kemudiannya saya meneruskan kerja-kerjanya itu. ''Anak-anak saya pula tidak begitu berminat tetapi dua anak saudara telah menunjukkan bakat, kemahiran dan kesungguhan," ujarnya gembira. Ismail memberitahu, dia tidak mendapat tunjuk ajar yang sebenar daripada ayahnya untuk membuat gasing uri tetapi pengalaman menyaksikan teknik menghasilkannya dan secara sukasuka mencuba telah mencambahkan minat dan kebolehan. Semakin dewasa, daripada pengamatannya tukang pembuat gasing uri semakin berkurangan terutama di negeri ini, ia mendorong Ismail serius dalam bidang tersebut untuk memelihara kesenian menghasilkan gasing agar kekal di kalangan ahli keluarganya. ''Terdapat dua lagi pembuat dan pemain yang mahir di Kota Bharu, mereka mempunyai tali persaudaraan. Saya berharap akan lahir generasi muda yang mahu mempelajarinya secara serius supaya permainan ini dapat bertahan," ujarnya, Sepanjang penglibatannya dalam permainan gasing, Ismail telah dijemput untuk mengadakan pertunjukan di seluruh negara oleh pihak jabatan kerajaan. ''Gasing uri telah menjadi tiket kepada saya dan pasukan yang diberi nama Kubang Che Ayu di mana kami dijemput untuk membuat persembahan ke serata pelosok negara termasuk Thailand dan Brunei dan sambutannya amat menggalakkan. ''Salah satu saluran televisyen dari negara asing seperti Jerman pernah mengadakan temu bual mengenai gasing uri dan pelajar-pelajar dari institusi pendidikan tinggi juga datang untuk membuat kajian," katanya. Selain membuat gasing, Ismail turut membuka kelas kepada sesiapa yang berminat mempelajari dan menghasilkannya. Untuk disesuaikan sebagai suatu permainan kanak-kanak, dia turut menghasilkan gasing yang lebih kecil saiznya dan beratnya dikurangkan daripada empat kilogram kepada sekilogram sahaja. Di hadapan rumahnya, Ismail mendirikan bangsal bagi memudahkan pasukan dan juga anak muda yang berminat bermain gasing pada sebelah petang menjalani latihan. Pada hujung minggu terutama pada musim cuti sekolah, halaman rumahnya akan dipenuhi orang ramai yang mahu menyaksikan pertunjukan. Ditanya pantang larang bermain gasing, Ismail menasihatkan piring gasing tidak dilangkah kerana kononnya mengikut kepercayaan ia mempunyai semangat di samping kemungkinan mengelak daripada terpijak. http://salampantaitimur.com/wp-content/uploads/2008/03/majalah-pentas-cover.png

Related Documents

Timur
July 2020 9
Timur
May 2020 16
Lambaian Timur
May 2020 20
Jawa Timur
June 2020 24
Pantai Timur Resipi
November 2019 9