Thabit Bin Qurrah.docx

  • Uploaded by: Asyikin99
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Thabit Bin Qurrah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 496
  • Pages: 2
Tajuk : Thabit bin Qurrah Perintis Ilmu Kalkulus Pengarang: Sulayman Fayyad Penerbit : World of Books Printing , Publishing Distribution , Beirut , Lebanon No Perolehan : 39249 No Siri : 515.092

Buku Thabit bin Qurrah Perintis Ilmu Kalkulus menceritakan perjalanan hidup seorang ilmuan Arab yang diberi nama Thabit bin Qurrah yang hidup pada kurun ke-3 hijrah dalam mencapai citacitanya untuk menjadi penulis dan ilmuwan. Cita-cita Thabit mula ditanam sejak beliau berumur tujuh tahun lagi . Thabit telah memilih patung bintang Utarid yang melambangkan sebagai kerjaya penulis dan ilmuan. Demi mencapai cita-citanya , Thabit telah menerima pelajaran peringkat rendah hingga yang tertinggi daripada guru dan para ulama Harran yang beragama Islam, Kristian mahupun Yahudi di masjid. Ketika beliau berusia 13 tahun , beliau telah menyambung pelajaran sains Yunani dan Siryani di sekolah terbuka sehingga beliau berusia 18 tahun . Beliau dinobatkan sebagai seorang pemikir muda oleh pengetua sekolahnya kerana kejayaannya dalam pelbagai bidang . Oleh itu , Thabit telah menjadi seorang guru pakar di sekolah terbuka di Harran .Kemahsyurannya mula tersebar ke serata tanah Arab kerana beliau telah mengajar dalam berbagai-bagai jenis buku.Beliau juga telah menterjemahkan dan menghuraikan buku-buku yang dipelajarinya. Beliau juga telah mengajar dalam bidang muzik yang juga merupakan sebahagian kurikulum Matematik. Apabila Thabit menyedari bahawa dirinya tidak lagi mempunyai tempat dan peranan di bumi Harran , beliau berhijrah dari kota Harran ke desa Kafartutha. Ini kerana beliau hanya merupakan penganut agama Sabi’I dan penduduk Harran mula mengejek Thabit. Maka beliau mengambil keputusan untuk berhijrah dari Harran .Setelah dua tahun di Kafartutha, beliau berpindah ke Riqqah . Di Riqqah , Thabit menyewa istana kosong dan menukarkannya kepada dewan kuliah pengajian tinggi . Thabit menjadikannya sebagai tempat mengajar falsafah, perubatan, matematik , falak , mantik , dan muzik . Apabila huru hara dan fitnah mula merebak di sekitar Riqqah, Thabit menetap di Baghdad. Pada satu hari , Thabit telah berjaya mencipta ilmu baru dalam menyelesaikan masalah pusat graviti objek dan bentuk mekanikal dengan hanya berdasarkankan pemecahan unit . Beliau juga biasanya bersama khalifah di istana pada setiap petang untuk berceritakan tentang hal bintang , cakerawala dan ilmu falak . Beliau juga telah mencipta buku tentang hujan ribut dan mendapat penemuan baru sehingga memberi sumbangan kepada ilmu matematik . Pada tahun 900 masihi, Thabit bin Qurrah telah menghembuskan nafas terakhir . Kisah hidupnya telah dibukukan dalam pelbagai bentuk majalah moden kerana kegigihannya demi mencapai impiannya dan meneroka pelbagai ilmu baru. Seterusnya , kepentingan yang saya peroleh daripada buku ini ialah setiap apa yang diimpikan perlulah diusahakan dengan bersungguh-sungguh kerana ia akan

membuahkan hasil pada suatu hari kelak. Bagi keburukannya pula ialah , sebagai ibu bapa kita seharusnya menyokong impian anak-anak kita dengan memberi sokongan dan dorongan bukannya menjatuhkan semangat mereka untuk Berjaya . Intihanya , kisah kehidupan Thabit wajarlah dijadikan sebagai pengajaran dan pedoman dalam mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini . Seperti yang dapat dilihat daripada , beliau tetap meneruskan usahanya demi menjadi seorang penulis dan ilmuan yang terunggul walaupun pelbagai cabaran yang harus ditempuhi

Related Documents

Thabit Bin Qurrah.docx
December 2019 17
Zayd Ibn Thabit
May 2020 4
Bin
August 2019 53
Bin
November 2019 60
Am Bin
November 2019 18
Bin 5
November 2019 28

More Documents from "AMPA IES Campanar"