Subject: Terdidik kerana sebiji tembikai > >Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq AlBalkhi >r.m telah membeli sebiji tembikai. Kemudian dia membawa tembikai itu >pulang dan diberikan kepada isterinya. Apabila isterinya membelah tembikai >itu untuk dimakan, ternyata buah >tembikai itu tidak elok, >maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut. > >Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya: "Kepada siapa engkau tujukan >marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, >penanam atau Pencipta buah tembikai itu?." Terdiam isterinya mendengar >pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya: >"Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan >yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang >terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya >yang terbaik juga. Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada >Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan >redhalah dengan segala ketentuan-Nya." > >Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan >apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT. > >moga mendapat i'tibar dari kisah ini.Insyaallah.