KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Kerja kursus ini adalah hak milik saya dan tidak mempunyai unsur plagiat.
(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI) 2007082310100 891116-03-5558 PPISMP MT/BI/BM II 2008
1
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
2
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Assalamualaikum…
Alhamdulillah. Bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat menyiapkan Kerja Kursus Pendek Kompetensi Kecerdasan Emosi ini dengan baik. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada En. Adnin bin Awang selaku pensyarah Kompetensi Kecedarsan Emosi, MT/BI/BM II yang telah banyak member tunjuk ajar yang berkesan untuk saya adaptasikan dalam kehidupan dalam alam perguruan kelak. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada bapa saya Madi bin Hussain dan ibu saya Sanariah binti Ariffin kerana telah banyak member dorongan dan semangat sepanjang masa. Tidak lupa ucapan terima kasih buat rakan seperjuangan yang sudi berkongsi maklumat dan tidak lokek dalam menyalurkan pandangan. Sekian, terima kasih.
3
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
4
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Objektif Kerja Kursus
Menerangkan konsep KKE sebagai satu peluang dalam profesion perguruan. Menghayati konsep-konsep yang terdapat dalam KKE. Mendedahkan guru pelatih dengan aspek pengurusan emosi.
5
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
6
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
JADUAL PELAKSANAAN TUGASAN BIL.
TARIKH
INPUT & TUGAS
1.
25 JULAI 2008
Penerimaan tugasan.
2.
26 JULAI 2008
Mencari sumber rujukan di perpustakaan.
3.
27 JULAI 2008
Melayari internet untuk mendapat lebih maklumat mengenai tugasan yang diberi.
4.
28 JULAI 2008
Memulakan tugasan dengan menyenaraikan jenis, dan definisi Kompetensi Kecedasan emosi.
5.
29 JULAI 2008
Meneruskan tugasan dengan membuat draf jenis, dan definisi emosi.
6.
30 JULAI 2008
Merujuk kepada pensyarah semasa dalam kuliah berhubung tugasan.
7.
31 JULAI 2008
Perbincangan pengurusan.
8.
1 OGOS 2008
Mempelajari cara menguruskan emosi dengan betul.
9.
2 OGOS 2008
Merujuk pensyarah berhubung dengan analisis watak dan perwatakan.
10.
3OGOS 2008
Merujuk pensyarah hasil draf cadangan pengurusan emosi.
11.
4 OGOS 2008
Menaip segala input yang diperlukan.
12.
5 OGOS 2008
Menyemak semula hasil tugasan yang telah siap
13.
6 OGOS 2008
Menyempurnakan tugasan.
14.
7 OGOS 2008
Menghantar tugasan.
7
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
8
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Pengenalan
Cabaran dan desakan hidup pada zaman sekarang memerlukan tenaga pengajar yang berkualiti tinggi agar mampu berhadapan dengan arus dan keperluan kehidupan yang sangat mencabar. Maktab perguruan dipertanggungjawabkan melaksanakan latihan perguruan pra dan pos perkhidmatan. Dalam proses menyempurnakan amanat tersebut, membentukkan jati diri guru perlu diberi penekanan. Satu komponen dalam jati diri ialah memupuk tahap Kecerdasan Emosi dalam diri guru agar mereka mampu berhadapan dengan cabaran-cabaran yang terlibat dalam profession perguruan malah dalam kehidupan harian. Keupayaan Kecerdasan Intelek (IQ) yang tinggi tidak menjamin kejayaan seseorang dalam sesuatu bidang tertentu. Didapati bahawa tanpa kekuatan dalam Kecerdasan Emosi sesuatu individu tidak dapat membuat penilaian kendiri dengan baik supaya dia dapat bertindak dan berfungsi dengan lebih berkesan dalam pelbagai situasi dan cabaran yang dihadapinya. Demi menghasilkan guru keluaran maktab yang mampu menghadapi pelbagai cabaran dan tuntutan profession perguruan Kompetensi Kecerdasan Emosi (KKE) diterapkan dalam kurikulum maktab perguruan. KKE ini kini dianggap sebagai salah satu Kemahiran Generik yang terdiri daripada Kemahiran Belajar, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Pemudahcara, Kemahiran Mentafsir dan Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Kompetensi Kecerdasan Emosi telah pun diterapkan dalam elemenelemen bestari dan diajar bersama-sama dengan Teori Kecerdasan Pelbagai (TKP) dan gaya pembelajaran pelajar.
9
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
10
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Kefahaman Umun Kompetensi Kecerdasan Emosi
(1) Kesadaran diri emosional: Kompetensi
utama
kecerdasan
emosi yang membuat seseorang
Seberapa jauh Anda mampu mengenali perasaan sendiri.
memiliki kepribadian yang mantap adalah sebagai berikut.
(2) Ekspresi emosional: Kemampuan mengekspresikan perasaan dan naluri.
(3) Kesadaran akan emosi orang lain: Kemampuan mendengarkan, merasakan atau mengintuisikan perasaan orang lain dari kata, bahasa tubuh, maupun petunjuk lain. (4) Kreativiti: Berhubungan dengan berbagai sumber daya non-kognitif yang dapat membantu menyalurkan idea baru, menemukan penyelesaian alternatif dan cara efektif melakukan sesuatu. (5) Kegigihan/fleksibiliti/adaptabiliti: Tetap berhasrat serta berharap walaupun ada halangan. (6) Hubungan interperibadi: Menciptakan dan mempertahankan jejaring dengan orang-orang yang bersamanya Anda menjadi realitas yang utuh. (7) Ketidakpuasan konstruktif: Kemampuan bertenang dan fokus dengan emosi yang tidak meningkat sekalipun dalam perselisihan.
11
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
(8) Wawasan/ Optimisme: Positif dan optimistik. (9) Belas kasihan/ empati: Kemampuan berempati dan menghargai perasaan orang lain. (10) Intuisi: Kemampuan mengenali, mempercayai, dan menggunakan perasaan kuat yang muncul dari dalam, serta respons kognitif lain yang dihasilkan oleh indera, emosi, pikiran, dan tubuh.
(11) Kesengajaan: Mengatakan apa maksud Anda dan tekad untuk melaksanakan apa yang anda katakan; bersedia tahan terhadap gangguan dan godaan agar dapat bertanggungjawab atas segala tindakan dan sikap. (12) Radius kepercayaan: Mempercayai bahawa seseorang itu “baik” sampai terbukti sebaliknya; namun, tidak juga terlalu mempercayai seseorang. (13) Kekuatan peribadi: Yakin dapat menghadapi segala tentangan dan hidup sesuai dengan pilihan.
12
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
13
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
EQ, IQ dan SQ Kunci Kejayaan Hidup:
Teori
Daniel
Goleman,
EQ,
adalah
kecerdasan intelektual bukan faktor dominan dalam membentuk seseorang, terutama dalam dunia
bisnes
mahu
pun
sosial.
Menurut
Kemampuan seseorang memahami dan memotivasi potensi dirinya.
Goleman, ramai para sarjana yang cerdas dan cemerlang
dalam
pelajaran,
namun
ketika
masuki dunia pekerjaan beliau hanya menjadi
Memiliki rasa empati yang tinggi terhadap orang lain.
anak buah teman sekelasnya yang prestasi akademiknya serdahana. Menurutnya, kunci kejayaan hidup lebih
Melihat kejayan orang, tanpa dirinya merasa terancam.
banyak ditentukan oleh kecerdasan emosional, Asertif, iaitu tampil menyampaikan pemikiran keperibadian, yang di dalamnya setidak-tidaknya dan perasaan dengan baik dan jelas tanpa ada empat unsur utama, iaitu: Pertama, harus membuat orang kemampuan seseorang memahami dan lain berasa tersinggung memotivasi potensi dirinya. Kedua, memiliki rasa empati yang tinggi terhadap orang
iaitu
aspek-aspek
yang
berkait
dengan
lain. Ketiga, senang bahkan mendorong melihat kejayaan orang lain, tanpa dirinya merasa terancam. Keempat, asertif, iaitu tampil menyampaikan pemikiran dan perasaan dengan baik dan jelas tanpa harus membuat orang lain berasa tersinggung mahupun membuat orang lain berdendam. Membuat andaian apakah seorang pimpinan memiliki kecerdasan emosional tinggi, jangan diukur dengan tahap pendidikan mahupun pangkat, tetapi tanyakan pada mereka yang selalu berhubung dengannya, seperti kaum keluarga dan sahabat handai. Seberapa tinggi EQ seseorang mudah terlihat saat kritis, ketika suasananya tidak menguntungkan, bahkan dalam posisi terancam. Dengan kaedah
ini kita dapat
mengesan ramai orang yang EQnya rendah meski pencapaian akademiknya tinggi, termasuk dalam penguasaan ilmu agama. 14
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
●
●
●
Ciri-ciri orang berEQ rendah Suka menyakiti hati orang lain; Motivasi kerja yang rendah; ●
●
PARA pysikologi mengatakan, berjaya dan bahagia akan diraih jika seseorang boleh menggabungkan setidaktidaknya tiga kecerdasan, iaitu intelektual, emosional, dan spiritual.
Kecerdasan intelektual (IQ) berkait dengan
keterampilan seseorang menghadapi persoalan teknikal dan intelektual.
●
Kecerdasan emosional (EQ) berkait dengan
keterampilan seseorang mengendalikan emosinya saat menghadapi situasi yang menyenangkan mahu pun menyakitkan.
Kecerdasan spiritual (SQ) berkait dengan masalah makna, motivasi, dan tujuan hidup sendiri.
Menurut Danah Zohar dan Ian Marshall, penulis buku SQ, The Ultimate Intelligence, tanpa disertai kedalaman spiritual, kepandaian (IQ) dan popularitas (EQ) seseorang tidak akan memberi ketenangan dan kebahagiaan hidup
15
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
16
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Jenis-jenis Emosi
Emosi manusia adalah satu fenomena khas. Tiada haiwan lain selain daripada chimpanzee yang dapat menunjukkan emosi melalui ekspresi muka. Manusia harus bangga kerana kita boleh ketawa. Ketawa ialah satu petunjuk bahawa kita gembira. Ketawa boleh menghapuskan perasaan kerungsingan, dengki, marah, hina atau rendah diri dan sebagainya. Unsur kecindan boleh mengubah keadaan yang cemas kepada keadaan yang lebih relaks. Dengan demikina sesuatu individu dapat menyesuaikan diri dalam keadan yang genting dan urusan sosialnya. Apakah emosi positif? Sebarang emosi yang dapat membawa perasaan gembira dan perasaan optimistik boleh digolongkan sebagai positif. Contohnya ialah cinta, keyakinan, sanjungan, penghormatan, kebanggan, kepuasan, bertanggungjawab dan sebagainya. Emosi positif sangat penting kepada individu seperti pesakit atau sesiapa yang ,mengalami tekanan hidup. Emosi positif boleh menjadi sebaga tonik kepada hidup. Ia mempunyai kuasa pengubata yang kuat. Ramai pesakit yang tenat dapat dipulih
balik
dengan
terapi
ketawa.
Terapi
ketawa
telah
digunakan
untuk
menghilangkan sakit dan tekanan di Mumbai, India. Terapi ini kini sedang mendapat perhatian daripada bidang saintifik supaya dapat diterapkan dalam perubatan konvensional. Anda mungkin menonton filem “Patch Adams” yang dibintangioleh Robbie William yang memaparkan kuasa unsur kecindan dalam bidang perubatan. Semua ini adalah contoh-contoh kebaikan unsur emosi positif terhadap manusia. Berbanding dengan emosi positif, kita juga mempunyai emosi negatif. Emosi negatif adalah sebarang perasaan yang tidak baik, kurang selesa atau destruktif. Contohnya ialah perasaan seperti marah, kemurungan, kekecewaan, takut, bersalah, tersinggung dan sebagainya. Emosi-emosi negatif ini mempunyai pengaruh yang besar tehadap kesihatan seseorang. Emosi negatif biasanya membawa perasaan pesimistik. Pandangan peimistik terhadap hidup boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan. Penyakit seperti kanser dan sakit jantung telah dikaitkan dengan kemurungan dan stres yang kronik (berpanjangan). 17
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Emosi negatif juga didapati melambatkan pemulihan pesakit. Ia juga boleh mendesak seseorang itu membunuh diri atau menjadikan sebagai anggota yang kurang berfungsi dalam masyarakat. Perkaitan antara stres dengan penyakit telah lama dibuktikan oleh pakar perubatan. Stres kronik juga boleh mencetuskan penyakit seperti diabetes, ulser perut dan asma. Dapatkah anda lihat betapa pentingnya kita jaga keadaan emosi kita?
18
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Terdapat 2000 patah pekataan untuk menerangkan emosi sendiri dan emosi orang lain. Perkataan berkaitan dengan emosi ini boleh dikelaskan kepada jenis positif dan negatif. Contoh-contohnya adalah seperti berikut: POSITIF
NEGATIF
Diikhtiraf
Terbiar
Dihargai
Diperkecil
Optimistik
Pesimistik
Dihormati
Dihina
Bebas
Terkongkong
Mendorong
Melemahkan
Bangga
Angkuh
Selamat
Cemas
Puas
Tak puas
Suci
Dosa
Gembira
Gementar
Bersyukur
Geram
Tabah
Marah
Taat kepada perintah
Bosan
Tenang
Angkuh
Berfikiran terbuka
Putus asa
Sabar Berfikiran positif Luhur Adil Jujur
19
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
20 Emosi Manusia
20
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
21
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
22
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
23
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
24
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
25
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
26
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
27
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
28
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
29
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
30
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
31
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
32
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
33
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
RASYID WATAK POSITIF 1. Tidak mudah panik
WATAK NEGATIF
2. Baik hati dan
3. Kurang berhati-
tidak mudah
4. Gopoh gapah
hati
marah PERWATAKAN Rasyid
sering
PERWATAKAN
memeriahkan
Rasyid
kurang
berhati-hati
apabila
suasana rombongan mendaki Bukit
melakukan sesuatu. Sepanjang perjalanan
Supai.
sering
dan aktiviti sejarah yang digambarkan
membuat ornag ketawa. Dia pernah
dalam cerpen ini, dia terjatuh sebanyak
disindir oleh Rahim dan Salha
dua kali kerana sikap gopohnya.
kerana kuat makan, tetapi dia tidak
Sifat ini memang jelas digambarkan oleh
pernah
marah
pengarang. Rasyid tidak menjadi panik
serius
terhadap
Tingkah
lakunya
atau
mengambil
usikan
rakan-
apabila
rakannya.
menyedari
besi
buruk
yang
disepaknya ialah bom lama yang masih hidup. Malah dia masih mampu berjenaka dengan rakannya Rahim dan Salha.
34
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
CIKGU ZAIDAH WATAK POSITIF
WATAK NEGATIF
1. Peramah
2. Mudah mesra
3. Berpengeta-
4. bertanggungjawab
-
huan PERWATAKAN
PERWATAKAN
Walaupun guru, Cikgu Zaidah tidak membataskan hubungannya dengan pelajar. Dia sentiasa peramah dan mesra dengan semua ahli rombongannya. Cikgu Zaidah sentiasa berbincang dengan pelajar-pelajarnya dan bersedia mendengar pendapat pelajarnya. Hai ini dapat dilihat sewaktu Cikgu Zaidah menjelaskan sejarah kota lama di Bukit Supai. Dia menjelaskan dengan jelas asal usul pembinaan kota lama d Bukit Supai dan peristiwa yang berlaku di Bukit Supai pada zaman penjajahan Belanda. Cikgu Zaidah sentiasa memeberi nasihat dan panduan kepada pelajarnya sepanjang perjalanan ke Bukit Supai. Hai ini memberi gambaran dia seorang yang bertanggungjawab atas keselamatan setiap pelajarnya. Tindakannya juga menyuruh Rahim melaporkan penemuan bom lama di pantai juga adalah salah satu tindakan bijak bagi menyelamatkan keadaan.
35
-
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
RAHIM WATAK POSITIF
WATAK NEGATIF
1. Baik hati
2. Bertanggungjawab
-
PERWATAKAN
PERWATAKAN
Rahim seorang yang baik hati terutama terhadap rakan-
-
rakannya. Ketika nasi bekalan Rasyid tumpah, dia mengajak Rasyid makan bersama-samanya. Rahimlah
yang
bertanggungjawab
melaporkan
kejadian
penemuan bom hidup di pantai ke balai polis berdekatan. Rasa tanggungjawab menyebabkan dia mematuhi arahan Cikgu Zaidah melaporkan kejadian itu kepada polis. Tindakannya itu telah menyelamatkan keadaan.
SALIHA WATAK POSITIF
WATAK NEGATIF
1. Baik hati
2. Periang dan sentiasa
-
menghormati guru PERWATAKAN
PERWATAKAN
Walaupun suka mengusik Rasyid, tetapi Salha adalah seorang yang baik hati. Dia juga sanggup berkongsi makanan dengan Rasyid ketika nasi Rasyid tertumpah. Salha seorang yang periang. Sepanjang perjalanan dia sentiasa mengusik Rasyid yang sering menimbulkan suasana lucu. Salha juga sentiasa menghormati Cikgu Zaidah. Dia mengajak cikgunya terlebih dahulu untuk bersiar-siar di pantai selapas makan tengah hari. 36
-
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
37
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Watak dalam situasi mencabar dan cadangan pengurusan emosi
KLIMAKS PENCERITAAN Klimaks cerita ialah peristiwa penemuan bom lama di pantai, apabila Rasyid tersepak besi buruk yang akhirnya dikenal pasti sebagai bom lama yang masih hidup. WATAK RASHID CARA WATAK MENGHADAPI KLIMAKS Ringkasan: Tergolek kesakitan Tidak berkata apa-apa Terkejut Tidak berfikir panjang
Huraian: Ketika sedang berjalan-jalan di tepi pantai, Rasyid tiba-tiba jatuh tergolek. Beliau kesakitan. Walaupun kesakitan, beliau hanya memegang kakinya yang kesakitan dan langsung tidak bersuara. Setelah megetahui benda yang disepaknya itu ialah bom, beliau amat terkejut. Namun begitu, tanpa berfikir panjang, beliau cuba bertindak untuk menggali pasir yang menimbusi bom tersebut.
38
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
CADANGAN PENGURUSAN EMOSI (RASYID) Ringkasan: Berhati-hati Bersabar Tenang Berfikir sebelum bertindak
Huraian: Melalui watak tersebut, pelbagai langkah yang boleh diambil untuk menguruskan emosi yang tidak stabil. Kita sememangnya harus berhati-hati walau di mana jua kita berada. Sikap berhati-hati mampu membantu dalam menghadapi pelbagai kekangan dan permasalahan. Bukan sahaja berhati-hati ketika berjalan kaki, namun kita sememangnya harus berhati-hati dalam membuat keputusan. Kerana setiap keputusan betul yang dibuat akan mampu memberi hasil yang positif dan seperti yang diharap-harapkan. Selain itu, kita juga harus bersabar dalam menempuh cabaran dan dugaan.
Sekiranya kita menghadapi permasalahan
dengan bersabar, banyak kesan positif dan kebaikan yang bakal kita peroleh. Berfikiran dengan tenang, sememangnya dapat mengurangkan stres. Dengan bersikap tenang dalam pelbagai situasi, kita akan dapat mengurangkan rasa terbeban dengan masalah yang dihadapi. Ketenangan bukan sahaja akan menyenangkan individu iti sendiri, malah dengan ketenangan yang lahir pada raut wajah individu yang mengalami masalah itu, akan turut menyenangkan masyarakat yang ada disekelilingnya. Selain bersikap tenang, kita juga wajar berfikir sebelum bertindak. Dengan berkifir sebelum melakukan sesuatu, kita akan dapat melakukan kaedah berfikir menggunakan CAF dan sebagainya. Mengetahui punca dan akibat sesuatu permasalahan itu, akan dapat membantu individu yang diselubungi permasalahan itu untuk menggariskan perkara-perkara yang wajar dilakukan untuk menyelesaikan permasalahan itu.
39
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
KLIMAKS PENCERITAAN Klimaks cerita ialah peristiwa penemuan bom lama di pantai, apabila Rasyid tersepak besi buruk yang akhirnya dikenal pasti sebagai bom lama yang masih hidup. WATAK CIKGU ZAIDAH CARA WATAK MENGHADAPI KLIMAKS Ringkasan: Tenang Bertanggungjawab Rasional
Huraian: Setelah menyedari
salah seorang muridnya
iaitu Rasyid,
telah ditimpa
kecelakaan, beilau secara tenang bertanyakan keadaan dan punca kemalangan itu berlaku. Beliau juga telah menunjukkan sikap tanggungjawabnya kepada anak-anak
muridnya
apabila
beliau mengarahkan semua
murid-muridnya
menjauhi kawasan penemuan bom tersebut bagi mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini. Selain itu beliau turut bersikap rasional dalam menghadapi permasalahan itu dan cuba sedaya upaya berfikiran rasional untuk menenangkan keadaan.
40
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
CADANGAN PENGURUSAN EMOSI (CIKGU ZAIDAH) Ringkasan: Tenang Berfikiran positif Bertanggungjawab Amanah Berhati-hati Rasional
Huraian: Perwatakan Cikgu Zaidah wajar dijadikan contoh kerana pelbagai nilai-nilai murni dan sifat-sifat positif tersemat dalam dirinya. Bertepatan dengan wataknya sebagai seorang guru yang harus memiliki perwatakan sedemikian. Dalam menghadapi saat-saat genting, kita harus menenangkan diri terlebih dahulu sebelum bertindak. Dengan menenangkan diri, kita akan dapat membantu pemikiran kita untuk berfungsi dengan baik dan sentiasa mengambil kira segala penyelesain daripada pelbagai aspek. Selain itu, berfikir dengan positif juga harus dilakukan semasa menemukan saat-saat yang cemas. Ini kerana, apabila kita berfikiran positif, ia akan mengurangkan rasa cemas dan sekaligus akan mengurangkan peratusan tekanan dengan permasalahan yang dihadapi. Dengan berfikiran positif, kita juga akan dapat membantu masyarakat sekeliling dalam menghadapi situasi yang mendebarkan dan mencemaskan. Bertanggungjawab, merupakan satu sikap yang amat membantu dalam bersemuka dengan permasalahan mahupun dalam menghadapi situasi
yang genting. Sikap
bertanggungjawab mempunyai persamaan maksud dengan mengambil berat terhadap orang lain. Kepentingan sikap bertanggungjawab apabila menghadapi situasi yang mencemaskan adalah dapat membantu mewujudkan semangat kekitaan dan membuatkan orang lain berasa selamat walaupun mereka sebenarnya berada dalam saat-saat yang genting. Selain itu, kita harus memegang amanah yang telah diberikan dengan sebaik mungkin kerana ia akan mencerminkan keperibadian sebenar seseorang itu dengan lebih jelas. 41
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
KLIMAKS PENCERITAAN Klimaks cerita ialah peristiwa penemuan bom lama di pantai, apabila Rasyid tersepak besi buruk yang akhirnya dikenal pasti sebagai bom lama yang masih hidup. WATAK RAHIM CARA WATAK MENGHADAPI KLIMAKS Ringkasan: Berfikiran terbuka Berpengetahuan luas Ambil berat
Huraian: Rahim merupakan seorang yang berpengetahuan luas. Ini kerana semasa Rasyid terjatuh setelah tersepak ekor bom lama, Rahim dengan serta merta pergi ke tempat tersebut. Beliau telah membuat tanggapan pertama yang hebat dan tanggapannya amat tepat. Daripada contoh tersebut, dapat digambarkan Rahim seorang yang berpengetahuan luas dalam pelbagai aspek. Selain itu, Rahim juga seorang yang berfikiran terbuka. Ini kerana, Rahim menerima penemuan itu dengan terbuka dan tidak terburu-buru untuk bertindak di luar kawalan.
42
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
CADANGAN PENGURUSAN EMOSI (RAHIM) Ringkasan: Berfikiran rasional Berpegetahuan Berhati-hati Mengambil berat Menggunakan kaedah pemikiran CAF
Huraian: Rahim digambarkan seorang yang berpengetahuan luas. Pelbagai sifat-sifat positif yang wajar kita ambil dan adaptasikan dalam kehidupan harian. Dalam menghadapi situati yang genting, kita sewajarnya menggunakan kaedah pemikiran CAF iaitu ‘Consider All Factors’. Kaedah ini menyuruh kita manyenaraikan kebaikan dan kelamahan sesuatu keputusan yang hendak diambil dan seterusnya membuat penyelesaian yang efektif dan pasti akan memberi banyak kesan yang positif. Dengan menggunakan kaedah ini, kita akan dapat menyelesaikan sesuatu permasalahan denagn baik. Selain itu, kita juga harus memikirkan keadaan orang lain
walaupun situasi yang dihadapi memerlukan
penjagaan dan memberikan sepenuhnya kepentingan terhadap diri sendiri. Kita juga harus mempunyai pengetahuan yang luas. Ini dapat membantu kita dalam menghadapi pelbagai situasi sama ada situasi yang tenang mahupun yang sebaliknya. Ilmu mampu memantapkan jati diri seseorang. Ilmu bukan sahaja membentuk atau mencorak keperibadian seseorang, namun ilmu mampu membantu kita menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dengan baik dan dengan itu, kita akan dapat megatasi permasalahan tersebut dengan baik. Kemahiran berfikiran kritis dan kreatif juga boleh diadaptasikan dalam kehidupan seharian sekiranya kita mempelajari kaedah berfikiran sedemikian dengan baik.
43
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
KLIMAKS PENCERITAAN Klimaks cerita ialah peristiwa penemuan bom lama di pantai, apabila Rasyid tersepak besi buruk yang akhirnya dikenal pasti sebagai bom lama yang masih hidup. WATAK SALIHA CARA WATAK MENGHADAPI KLIMAKS Ringkasan: Mudah cemas Mengambil berat Semangat ingin tahu yang kuat
Huraian: Saliha seorang yang mudah cemas. Saliha berasa sangat cemas apabila melihat Rasyid kesakitan setelah tersepak satu serpihan besi buruk. Beliau juga cemas setelah mengetahui bahawa besi buruk terseput merupakan bon lama yang masih hidup. Selain itu, Saliha seorang yang mengambil berat. Ini kerana semasa berlakunya saat-saat genting tersebut, Saliha serta-merta bertanyakan keadaan Rasyid setelah dia melihat Rasyid tergolek jatuh ke pasir dan kesakitan. Saliha juga mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Sebagai contohnya, Saliha segera bertanya pada Rahim mengenai serpihan besi buruk tersebut.
44
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
CADANGAN PENGURUSAN EMOSI (SALIHA) Ringkasan: Berfikir menggunakan kaedah C&S Berfikir menggunakan kaedah APC Bersikap tenang
Huraian: C&S ialah ringkasan daripada perkataan Consequence and Sequal. Kaedah pemikiran ini melatih seseorang itu supaya memikirkan apa yang dijangka akan berlaku selepas sesuatu keputusan diambil. Kesan-kesan dan akibat-akibat keputusan tersebut diramalkan secara sistematik, iaitu kesan jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Pemikiran ini membantu individu melihat jauh ke hadapan dan akan menjadikan individu tersebut panjang akal. APC ialah ringkasan daripada perkataan Alternatives, Possibilities and Choices. Kaedah pemikiran sebegini akan melatih seseorang itu menerbitkan pelbagai alternatif dan pilihan yang terkeluar daripada yang biasa-biasa. Ia digunakan untuk melawan pemikiran yang beku dan reaksi emosional. APC juga menghendaki seseorang itu memikirkan beberapa perkara secara serentak. Individu tersebut harus melihat permasalahan daripada pelbagai sudut pandangan. Selain menggunakan kaedah C&S dan APC, kita juga harus berfikir dengan tenang supaya segala permasalahan yang dihadapi dapat diatasi dengan efektif.
45
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
46
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Refleksi kompetensi watak-watak dalam cerpen “Gema Menggegarkan Kota”
RINGKASAN KEKUATAN DAN KELEMAHAN W ATAK: RASYID KEKUATAN WATAK
KELEMAHAN WATAK
Tidak mudah panik
Kurang berhati-hati
Tidak mudah marah
Gopoh
Baik hati
CIKGU ZAIDAH KEKUATAN WATAK
KELEMAHAN WATAK
Bertanggungjawab
-
Amanah Penyayang Mesra
RAHIM KEKUATAN WATAK
KELEMAHAN WATAK
Berpengetahuan
-
Baik hati Bijak membuat penilaian
SALIHA KEKUATAN WATAK
KELEMAHAN WATAK
Baik hati
Suka menyindir
Panyayang
Mudah cemas
Mengambil berat
47
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
REFLEKSI KEKUATAN DAN KELAMAHAN W ATAK:
Berdasarkan cerpen “Gema Menggegarkan Kota” pelbagai kekuatan dan kelemahan watak-watak dalam cerpen tersebut telah berjaya saya cungkil. Watak Rasyid mempunyai banyak perwatakan positif berbanding perwatakan negatif. Kekuatan watak-watak dalam cerpen tersebut telah berjaya digambarkan dengan baik. Kekuatan watak Rasyid telah berjaya ditonjolkan dengan jelas. Rasyid digambarkan sebagai seorang yang tidak mudah panik. Sikap sebegini sememangnya amat penting dalam menjalani kehidupan seharian untuk membentuk minda yang terbuka dan minda yang mampu berfikir secara CFC, „Consider All Factors‟. Seperti watak Cikgu Zaidah yang juga tidak mudah panik dan sentiasa bertenang walaupun berada dalam situasi yang mencemaskan. Keperibadian Cikgu Zaidah jelas menggambarkan dirinya seorang yang berlapang dada, amanah, bertanggungjawab dan penyayang. Ini menonjolkan watak Cikgu Zaidah mempunyai kekuatan daripada aspek rohani dan jasmani. Kepentingan memiliki keupayaan berfikir dengan tenang dan tidak mudah panik sebagaimana watak Cikgu Zaidah dan watak Rasyid harus dijadikan salah satu contoh yang terbaik untuk diadaptasikan dalam kehidupan seharian. Walaupun watak-watak tersebut diuji dengan masalah yang sukar, namun mereka sentiasa dapat menyesuaikan diri dengan keadaan berikutan kekuatan perwatakan yang ada dalam diri mereka. Kekuatan tersebut telah berjaya membantu mereka menyesuaikan diri mereka dengan permasalahan yang dihadapi. Dengan kekuatan itu juga, salah satu watak iaitu Cikgu Zaidah telah berjaya menyalurkan penyelesaian dengan menggunakan kaedah C&S, „Consequel and Sequence‟. Oleh itu masalah tersebut telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Selain Cikgu Zaidah dan Rasyid,
watak Rahim mempunyai kekuatan dari segi aspek keintelektualannya. Kebijaksanaan yang ada pada dirinya telah membantu orang lain mengambil langkah-langkah berhatihati untuk menghadapi situasi yang mendebarkan itu. Watak Saliha juga mempunyai kekuatan dari aspek dalaman. Beliau digambarkan seorang yang sentiasa mengambil berat akan kebajikan sahabat-sahabatnya. 48
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Antonimnya, watak–watak dalam cerpen tersebut juga memiliki kelemahan tersendiri. Ini dapat digambarkan melalui watak utama iaitu Rasyid. Rasyid diceritakan sebagai seorang yang mempunyai sikap terburu-buru. Sikap sebegini sememangnya bakal mengundang pelbagai impak yang negatif. Apabila seseorang itu memiliki sifat yang sedemikian, ini akan mempengaruhi dirinya daripada aspek rohani dan jasmani. Dalam
menghadapi
saat-saat
genting,
sikap
sedemikian
akan
mengundang
kemudaratan bukan sahaja memudaratkan diri sendiri malahan memudaratkan orang yang berada disekeliling. Individu yang mempunyai sikap sedemikian rupa akan mudah diselubungi permasalahan. Selain Rasyid, watak Salha juga mempunyai kelemahan dalam pengurusan emosi yang betul. Salha seorang yang mudah cemas. Emosi yang cemas akan mengundang kepada tekanan. Ini kerana, apabila seseorang itu berasa cemas, secara automatik mindanya akan mentafsirkan input yang diterima secara songsang. Penterjemahan input yang songsang akan menghasilkan tafsiran yang negatif. Setelah itu, tafsiran negatif tersebut akan menyumbang kepada tekanan perasaan kerana permasalahan yang diterima telah disalah ertikan oleh minda individu itu sendiri. Oleh itu, dengan mengkaji watak-watak yang terdapat dalam cerpen tersebut, saya telah dapat menerokai dengan lebih lanjut untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan yang dimiliki oleh mereka. Pengenalpastian tersebut telah membantu saya untuk cuba mempelajari cara dan menggunakan kaedah yang betul untuk menyalurkan emosi negatif dengan baik dalam mencari penyelesaiannya. Penyaluran emosi dengan betul akan membantu menyelesaikan permasalah dengan cepat, tepat dan betul.
49
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
50
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Kesimpulan
Sebagai insan yang mempunyai pelbagai ragam dari segi sikap, minda, emosi, dan naluri, sewajarnya mempunyai kecenderungan untuk berubah atau berhijrah dari segi minda dan sikap ke arah yang lebih baik daripada sebelumnya. Dengan kata lain, dalam membina organisasi yang gemilang, ia memerlukan satu penghijrahan atau perubahan minda dan sikap oleh setiap anggota dalam organisasi itu sendiri untuk mengamalkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang telah dan sedang diamalkan sekarang.
Sebagaimana kita semua tahu, salah satu daripada aspek yang diterapkan dalam Sistem Saraan Malaysia ialah pembelajaran yang berterusan (life-long learning). Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini, setiap hari ada sahaja perkara baru yang dicipta atau pendekatan baru yang diketengahkan dalam apa jua bidang. Mereka yang leka dan selesa dengan kapasiti yang sedia ada tanpa berhasrat untuk mempelajari sesuatu yang baru pasti akan ketinggalan. Justeru, sikap ingin terus maju perlulah diamalkan oleh setiap daripada kita, seiring dengan perkembangan yang terus memacu di sekeliling kita. Melalui penggunaan segala sumber-sumber dan peluang yang telah ada dengan sepenuhnya dan melalui program latihan dan pembangunan kerjaya yang disediakan, tidak mustahil kecemerlangan diri dapat dicapai sekiranya setiap di antara kita sentiasa menanam dan menyalakan semangat ingin tahu, berfikiran rasional dan positif serta ingin berbakti kepada masyarakat amnya dan organisasi khususnya. Dalam istilah kompetensi, kecenderungan perilaku yang positif seperti keinginan untuk menimba ilmu (desire for knowledge) dan berorientasikan kejayaan (achievement orientation) merupakan kayu pengukur terhadap tahap kompetensi seseorang.
Selain daripada itu, setelah kita mencapai sesuatu kejayaan dan kemajuan, janganlah mudah berpuas hati dengan setakat pencapaian tersebut. Kita harus berusaha untuk menguruskan kejayaan berkenaan di samping terus mempertingkatkan lagi ke tahap yang lebih gemilang dan terbilang. 51
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
52
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Assalamualaikum...
Alhamdulillah. Bersyukur saya kehadrat Illahi kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek Kompetensi Kecerdasan Emosi bagi semester tiga. Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Encik Adnin selaku pensyarah Kompetensi Kecerdasan Emosi
yang telah banyak memberi tunjuk ajar
yang amat berkesan dalam membantu saya memahami dengan lebih mendalam mengenai objektif sebenar subjek ini. Soalan-soalan yang diutarakan adalah sukar sekiranya tidak mempelajari subjek ini dengan lebih mendalam. Dengan bantuan pensyarah yang berkaliber, saya dapat mengetahui cara untuk meguruskan emosi yang tidak stabil. Pelaksanaan kerja kursus ini bukan untuk pembelajaran semata-mata tetapi ia juga memberi bimbingan kepada pelajar untuk mengaplikasikan pembelajaran yang telah dipelajari dalam menyelesaikan sebarang permasalahan dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, ilmu kemahiran berfikir amat berguna kerana ia dapat diadaptasikan dalam kehidupan kerana ia menyediakan pelbagai kaedah yang sistematik dalam menyelesaikan permasalahan harian.
Yang benar,
(SITI FARAH IDAYU BINTI MADI)
53
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
54
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
Bibliografi
A.Hassan, A.Mohd, 1998, Menyelesaikan Konflik, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. A.R.A.Rashid, 1993, Pendidikan Nilai Merentasi Kurikulum, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. D.R.Kaur, 2008, Panduan Ulangkaji Ilmu Pendidikan untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Sekolah Randah dan Menengah, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor. D.T.Y.Kwai, 2006, Pendidikan Moral, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd., Selangor. F.S.M. Al-Ghazali, 1987, Sudut Emosi (Kejiwaan Dalam Islam), Siri Penerbitan Yayasan Islam Terengganu (44), Kuala Terengganu. K.A.Manaf, 1996, Manusia dan Personaliti Membentuk Insan yang Sempurna, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. M.D. Hamzah, 1970, Emosi dalam Pembelajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
55
KOMPETENSI KECERDASAN EMOSI
56