JENIS – JENIS GAYA BELAJAR
KEMAHIRAN MEMBACA Dalam proses Kemahiran Belajar, kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul dan berkesan amat penting dalam suatu proses pembelajaran. Terdapat beberapa teknik yang dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca.
1. Membaca Secara Berhati-hati •
Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca
•
Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya
•
Elakkan gangguan radio dan televisyen
2.
Membaca Secara Menyeluruh •
Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir
•
Jangan anggap bahagian pengenalan kurang apenting
•
Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3.
Membaca Secara Berylang-ulang •
Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik
•
Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam
•
Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting. Membaca Dalam Suasana Yang Selesa
4. •
Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
•
Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
•
Udara sekitar mestilah mencukupi
•
Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas. Berada Dalam Keadaan Selesa
5. •
Duduk dengan betul
•
Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
•
Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
6.
Baca Secara Peringkat •
Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
•
Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan. Cuba Bentuk Soalan Ketika Membaca
7. •
Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
HOW
•
WHAT
WHO
WHEN
WHERE
WHICH
Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca. Catatkan Isi Yang Dibaca
8. •
Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
•
Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam. Gunakan Bahan Pembelajaran Lain Ketika Membaca
9. •
Pastikan pen,, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
•
Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
•
Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
•
Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
•
Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.
WHY
KEMAHIRAN MENCATAT NOTA Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran-kemahiran berikut:
1. Kemahiran Mendengar •
Digunakan semasa proses pembelajaran
•
Boleh dilakukan serentak
•
Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.
2. Kemahiran Membaca Laju •
Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
•
Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
•
Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.
3. Kemahiran Menulis •
Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
•
Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
•
Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
• 4. Catatkan Kata Kunci Sahaja. •
Memilih isi-isi penting sahaja.
•
Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
•
5.
Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.
Nota Ringkas Dan Padat
•
Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
•
Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
•
Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
6. Gunakan Perkataan Sendiri •
Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
•
Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
•
Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.
7.
Faham setiap Kata Kunci
•
Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
•
Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.
KEMAHIRAN MENGINGAT Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat: 1. Hafal Isi Yang Dibaca •
Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
•
Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”
2. Isi Disusun Dengan Betul •
Sebutkan isi yang kamu hafal
•
Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.
3. Tentukan Perkara Yang perlu Diingat •
Pastikan turutan isi betul
•
Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
•
Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.
4. Uji kemampuan Daya Ingatan
•
Di sini kamu perlu memainkan dua watak i-
Penyoal
ii-
Penjawab
•
Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
•
Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.
5. Lakukan Ulang Kaji Sekerap Mungkin •
Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
•
Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan
6. Cuba Ingat Semula Apa Yang Kamu Telah Baca. •
Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan: a- Sebelum tidur b- Selepas tidur
•
Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.
7. Menggunakan Kaedah Akrotik
Kata
•
Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat.
•
Contoh: Jenis Kata: Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang
Nadia Kejar Ayam Keliling Taman Sana
8. Menggunakan Kaedah Bunyi Seakan •
Gantikan fakta kepada bentuk cerita
•
Contoh: Kelas Makanan
Lemak, Vitamin, Pelawas, Air, Garam Mineral, Protein, Karbohidrat
Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat
9. Menggunakan Teknik Pembahagian Nombor •
Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian.
•
Contoh:
(654320789)
654…..320……789
10. Praktikkan Penggunaan Sistem Irama •
Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama.
•
Pilih lagu yang paling kamu gemari.
•
Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu.
11. Praktikkan Penggunaan Sistem Gambar. •
Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal.
•
Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”.
12. Menggunakan Kaedah Akronim •
Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat.
• •
Contoh: Pengelasan Haiwan Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia
RIMBA
Belajar Berkumpulan Kebanyakan pelajar menghadapi masalah, jika kita teliti masalah ini, kita akan mengetahui bahawa selain cara belajar yang telah dinyatakan, terdapat satu gaya belajar yang boleh dipelajari oleh mereka. Kaedah dalam belajar ialah mempelajari sesuatu ilmu dan teknik belajar yang berkesan untuk mendapat ingatan yang maksimum.Mengingat merupakan satu perkara yang boleh dipelajari. Apabila sesuatu perkara yang kita baca tetapi tidak boleh kita ingati, ia akan menjadi hanya proses ingatan jangka pendek. Namun apa yang kita mahukan adalah segala fakta menjadi ingatan jangka panjang. Sebagai contoh jikalau kita membaca buku dan kita cuba mangingat apabila kawan bertanya kita, selalunya ada perkara yang kita boleh ingat dan sebahagiannya kita terlupa.
Proses ingatan dalam pembelajaran amat penting. Oleh yang demikian terdapat pelbagai kaedah untuk mengekalkan ingatan. Sebagai pelajar, haruslah mempunyai motivasi yang tinggi dan juga mesti mempunyai kemahiran pembelajaran yang berkesan. Mengapa dilihat pelajar yang mempunyai kesungguhan yang tinggi tetapi apabila keputusan yang diumumkan, mereka tidak mencapai keputusan yang cemerlang. Sebenarnya disamping motivasi yang tinggi kemahiran belajar yang berkesan perlu ada pada diri pelajar. Kemahiran ini sebagai contohnya termasuklah kemahiran membuat nota secara peta minda, mengambil nota secara neumonik, teknik belajar secara berkumpulan, teknik imaginasi dan lain-lain.
Teknik Belajar Berkumpulan Teknik belajar berkumpulan adalah antara teknik belajar yang begitu popular di kalangan pelajar serta mahasiswa adalah secara berkumpulan. Apabila ditanya kepada kita, apakah kita tahu tentang teknik belajar secara kumpulan. Ramai antara kita yang akan mengatakan mereka tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan belajar berkumpulan, tetapi sejauh manakah pengetahuan serta pemahaman kita dalam aspek ini. Apabila ditanya tentang belajar berkumpulan ini, ramai mengatakan bahawa ia hanya sekadar dilaksanakan bersama kawan-kawan. Belajar berkumpulan harus dihalusi dan diteliti. Ini kerana ada segelintir yang mengatakan bahawa belajar berkumpulan hanya membuang masa sahaja. Apabila keluar dari sesi belajar
secara berkumpulan, tidak banyak manfaat yang diperolehi. Ini merupakan tanggapan yang salah. Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan boleh dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan yang tidak formal dana mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang yang berbeza. Belajar secara berkumpulan sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Misalnya ada sebahagian ahli yang membaca buku yang berbeza daripada kita, pandangan daripada buku tersebut dapat diperolehi dengan segera. Begitu juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan. namun demikian, belajar berkumpulan memerlukana adab dan disiplin diri yang tinggi. Misalnya perlu mengemukakan pandangan secara teratur, bersedia untuk berbeza pendapat, menggunakan kumpulan sebagai wadah untuk "sumbang saran" atau menyemarakkan idea. Perkara lain yang juga perlu diberi perhatian dalam usaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan adalah kesanggupan untuk berfikir secara aktif. Yakni kesanggupan untuk berhujjah dalam minda dengan melakukan analisis dan hipotesis secara kritis dengan penuh adab dan akhlak disamping menyakini wibawa diri orang yang menyampaikan maklumat. Dengan semikian, pemikir yang baik bukanlah pemikir yang stereotype yang tidak boleh menghormati kaedah bagaimana orang yang tidak sealiran dengannya berfikir. Sebagai contoh katakanlah seorang pelajar yang bijak menyenaraikan isi-isi penting dalam topik "Gejala sosial di kalangan remaja". Pelajar ini mendapat 10 isi. Kemudian tajuk ini diberikan
juga kepada kumpulan (5 hingga 7 orang) pelajar. Mereka ini dapat menyenaraikan sekurang-kurangnya 15 isi penting. Secara luarannya dapat dilihat bahawa kumpulan dapat memberikan sumbangan yang besar jika dibandingkan dengan seorang. Namun yang menjadi dilemanya adalah kaedah yang tersusun, sistematik dan sempurna. Di sini dipaparkan kaedah yang betul tentang belajar berkumpulan.
Peranan Belajar Berkumpulan 1. Agihkan setiap ahli dengan satu tajuk. Setiap ahli perlu diberi tanggungjawab. Jika kita menjadi ahli dalam kumpulan tersebut, kita mesti mempunyai satu tanggungjawab yang mesti dipegang. Ini membolehkan kita mengambil berat dan merasakan bahawa kita mempunyai peranan di dalam kumpulan. 2. Ahli mesti sehaluan. Ahli yang dipilih dalam kumpulan mesti mempunyai matlamat yang sama iaitu cemerlang dalam pelajaran. Kita tidak mahu ahli yang ada di dalam kumpulan untuk mencukupkan bilangan. Ahli mesti mempunyai matlamat yang jelas dan bukan hanya kerana ia sahabat karib sahaja. Dikhuatiri jika ahli seumpama
ini ada, ia akan menyebabkan kumpulan kita tidak akan mencapai matlamatnya. 3. Setiap ahli perlu menjiwai tajuk tersebut. Apabila kita telah menyediakan ahli dengan setiap tajuk, kita mestilah juga memastikan bahawa kita bersedia dengan tajuk tersebut.Ini sangat penting kerana jika kita telah bersedia maka persoalan yang timbul hasil kemusykilan dari ahli yang lain dapat kita jelaskan. 4. Berbincang dengan guru atau orang yang lebih arif. Sebelum melaksanakan teknik belajar secara berkumpulan ini, sila pastikan kalau-kalau ada perkara yang tidak faham tentang topik yang dipertanggungjawabkan. Oleh yang demikian berbincanglah dahulu dengan guru. Ini bertujuan untuk kita lebih mendalami tentang topik tersebut. Dengan yang demikian kita akan lebih bersedia semasa perbincangan 5. Penumpuan semasa ahli membentang. Penglibatana semua ahli membawa implikasi yang besar. Berikan penumpuan yang sewajarnya kepada ahli yang sedang membentang. janganlah ada dia antara kita semasa ahli sedang membentang, kita tidak memberikan perhatian. Andaikan apabila kita sedang bercakap, ada orang yang tidak memberi perhatian kepada kita. Bagaimanakah perasaan kita ketika itu? Sudah tentu kita merasai kita tidak dihargai, justeru itu berikan sepenuh-penuh penumpuan semasa rakan sedang membentang dalam kumpulan. Pengormatan dan kesediaan mendengar pembentangan ahli lain
merupakan seni dalam aktiviti belajar berkumpulan ini. 6. Bersoal jawab. Kumpulan yang dinamik dan berkembang adalah kumpulan yang wujudnya perbincangan dan soal jawab. Semakin banyak perkara yan relevan dibaincangkan semakin bertambah dinamik kumpulan itu. Ahli kumpulan bukan sahaja mendengat kumpulan lain membentang semata-mata , tetapi sentiasa bersoal jawab atas perkara yang menimbulkan ketidak fahaman. ini sebenarnya membuka minda kita agar lebih memberikan penelitian atas isu dan tajuk yang dibincangkan. Ini menjadikan kita individu yang kritikal dan analitikal dalam membincangkan tajuk tersebut. Minda yang kritikal dan analitikal merupakan minda yang cemerlang. Galakkan diri bertanya hal-hal yang berkaitan yang tidak difahami atau bercanggah dengan pemahaman kita.
7. Agihkan bahan Di dalam belajar berkumpulan lantik seorang ketua, setiausaha dan bendahari secara bergilir-gilir, iaitu bagi mata pelajaran yang berbeza-beza mempunyai ketua yang berbeza-beza. ini adalah untuk memberikan peluang dan tanggungjawab kepada semua ahli. Maka laksanakanlah tugas seperti tugas mengagihkan bahan-bahan kepada ahli-ahli di mana dilakukan oleh setiausaha. Ketua akan menetapkan masa perjumpaan serta berbincang tentang pembahagian tajuk-tajuk. Secara ringkasnya belajar berkumpulan banyak membantu pelajar menguasai sesuatu mata pelajaran jika dilaksanakan dengan betul.
MENDENGAR SECARA AKTIF Rangsangan seememangnya memberikan impak kepada kita. Setiap hari pelbagai bentuk rangsangan yang kita perolehi. Kebanyakan rangsangan akan kita simpan didalam fikiran. Sekiranya rangsangan yang kita rasakan tidak penting hanya sebentar dan mudah kita lupakan.Rangsangan yang bermakna kepada akan kita simpan dalam pemikiran untuk jangkamasa yang lama. Rangsangan diterbitkan melalui deria kita. Terdapat 5 deria yang memainkan peranan dalam emberiakan rangsaangan kepada kita. Rangsangan yang bermakna akan disimpan didalam stor ingatan kita. Ia bergantung kepada betapa pentingnya maklumat tersebut, jika tidak begitu penting ia akan hanya berkekalan dalam masa beberapa saat ia disebut sebagai
ingatan jangka masa pendek. Jika maklumat itu begitu bermakna maka ia akan berkekalan dan di simpan dalam stor ingatan jangka masa panjang. Kemahiran belajar yang boleh di aplikasikan ialah menggunakan teknik mendengar secara aktif.Kemahiran ini harus ada pada setiap pelajar agar proses pendengaran yang mantap dapat diaplikasaikan untuk memahami pelajaraan dengan lebih mendalam dan mendengar penerangan dengan lebih jelas. Berikut merupakan syarat-syarat untuk mendegar secara aktif agar ia lebih berkesan; 1.Mendisiplinkan diri untuk mendengar 2.Lihat dan berikan tumpuan kepada penyampai maklumat 3.Tidak menghiraukan gangguan-gangguan seperti kebisingan dan gerak-geri penyampai maklumat 4.Dengar dengan teliti dan kenalpasti isi, konsep dan perkataan yang disampaikan 5.Catat isi fakta dan maklumat yang penting 6.Kurangkan bercakap Terdapat beberapa tip agar dapat meningkatkan kemahiran mendengar antaranaya; 1.Tenangkan fikiran dan duduk di dalam keadaan yang selesa 2. Berikan tumpuan kepada guru dan orang yang bercakap dihadapan 3.Kenalpasti tajuk dan tujuan kuliah atau pengajaran yang disampaikan 4.Elakkan prasangka buruk terhadap pensyarah atau guru kerana presepsi boleh mengubah pemikiran positif seseorang 5.Dengar dan fahami perkara yang disampaikan dengan teliti 6.Catat nota semasa mendengar isi-isi penting dan idea-idea utama yang disampaiakn. 7.Beri tumpuan juga kepada bahasa badan (non verbal) penyampai maklumat.
KESIMPULAN Kesimpulannya , bagi memperolehi kejayaan dalam pelajaran, seseorang itu menilai diri mereka sendiri dan berfikir tentang keadaan dirinya. Maka apabila sudah menetapkan azam yang kuat dalam diri lalu memerlukan medium yang membantu dalam pelajaran pelajar tersebut. Seperti yang
telah dinyatakan
untuk mencapai kejayaan seseorang itu perlu bijak dan sedia berkorban apa sahaja demi menempa kejayaan itu. Melalui kaedah pembelajaaran yang sistematik, mantap dan berkesan sudah tentu kejayaan dalam tangan. Namun jika usaha yang lebih tidak disertakan pendekatan diri kepada tuhan nescaya kejayaan nyang bakal ditempa hanya sekadar penat lelah dan tiada timbul rasa kesedaran bahawa tuhan itu maha memberi. Apabila mempelajari kemahiran belajar yang betul maka,proses pembelajaran akan menjadi lebih efektif dan berkesan. Contohnya belajar seorang diri tidak memberi kesan sekiranya menghadapi masalah dalam memahami konsep sesuatu pelajaran.Maka cara belajar perlu ditukar dan sistem pendekatan perlu lebih
berlainan.
Contohnya,
belajar
berkumpulan
dapat
membantu
menyelesaikan masalah yang timbul sekiranya salah seorang ahli tidak faham akan sesuatu yang dibincangkan.
Secara amnya,sesuatu konsep yang dipelajari perlu diberi penekanan yang swajarnya agar ia dapat difahami dan dilaksanakan serta dapat diaplikasikan dalam pembelajaran.Seperti yang kita ketahui bahawa setiap cara belajar memberikan kesan yang berbeza.Malah hasilnya juga berbeza.Oleh itu, pelajar harus bijak membuat keputusan dalam memilih cara belajar yang betul.
REFLEKSI Melalui tugasan berkenaan kemahiran belajar ini. Kami dapat mengetahui bahawa kemahiran belajar amat penting dan berguna dalam diriseorang pelajar.Ini
kerana,
untuk
membezakan
seseorang
pelajar
berdasarkan
kecemerlangan yang diperolehi, cara mereka belajar yang membezakan mereka. Ada pelajar yang cemerlang dengan cara belajar sendiri, ada melalui menghafaz dan mengulangkaji pelajaran dengan bantuan guru atau tutor. Walau menggunakan apa cara sekalipun, seseorang pelajar akan berjaya selagi gigih dan tekun dalam melaksanakan kewajipan dalam mempelajari sesuatu ilmu. Selain itu disamping melaksanakan tugasan ini kami dapat mempelajari sesutau ilmu itu boleh diperolehi dalam pelbagai cara.Bermula dari kaedah menghafaz, membaca,berbincang
dan
sebagainya,
segalanya
menjurus
kearah
pembentukan ilmu dan pembinaan pengetahuan Iimu pengetahuan.Semestinya dalam setiap proses pembelajaran perlu ada strategi
yang betul untuk
memperolehi hasil yang dikehendaki. Sememangnya, menuntut ilmu perlukan keikhlasan dan ketekunan jika kita hanya sekadar hanya untuk melepaskan batuk di tangga, maka tiada maknanya seseorang itu menuntut ilmu. Sekiranya seseorang yang benar-benar berusaha
dan gigih maka tidak hairanlah cara belajar yang bagaimanapun mampu menghasilkan keputusan yang baik. Secara keseluruhannya tugasan ini sememangnya memberikan banyak pengajaran kepada kami bermula dari mencari bahan dan mengedit seta menulis tugasan fortfolio ini.Alhamdulillah, segalanya telah selesai dan diharapkan agar dapat memuaskan hati semua pihak.