TEORI SKINNER - PELAZIMAN OPERAN BURRHUS FREDERIC SKINNER (19041990)
LATAR BELAKANG • B.F Skinner adalah seorang ahli psikologi Amerika Syarikat, pelopor dalam bidang kajian pelaziman operan, dan mendapat ijazah kedoktorannya (Ph.D) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard. Pada tahun 1938, beliau menerbitkan buku berjudul Behaviour of Organism yang terkandung huraian prinsip-prinsip utama pelaziman operan, berdasarkan kajian-kajian beliau yan telah dijalankan dalam tahun 1930-an. • Beliau terkenal kerana kajian beliau ke atas tikus dengan menggunakan Kotak Skinner. Walaupun tikus jauh berbeza dengan manusia, namun Skinner telah mengandaikan bahawa segala konsep berkaitan dengan tingkah laku tikus boleh diaplikasi ke atas manusia. Justeru, tidak menghairankan apabila Skinner bercadang untuk membesarkan anaknya di dalam Kotak Skinner.
Kajian B.F. Skinner • Antara eksperimen yang beliau jalankan ialah membina sebuah kotak khas yang mana di dalam kotak khas tersebut terdapat sebatang tuas yang disambung kepada sebuah bekas makanan pada dinding kotak itu. Sebuah mangkuk diletakkan di bawah tuas. Apabila tuas ditekan, makanan dari bekas itu akan masuk ke dalam mangkuk.
Seekor tikus lapar telah dimasukkan ke dalam kotak itu. Tikus itu mundarmandir di dalam kotak untuk mencari makanan.
Selepas beberapa ketika dengan tidak sengaja tikus itu menekan tuas dan terkeluarlah makanan ke dalam mangkuk.
Tikus itu mendapat makanan setiap kali ia menekan tuas. Proses ini berlaku berulang kali dan akhirnya tikus itu terus menekan tuas apabila ia hendak mendapatkan makanan. Skinner kemudiannya memutuskan hubungan makanan dengan alat penekan menyebabkan makanan tidak lagi keluar apabila menekan tuas.
Tikus berhenti menekan tuas tersebut.
Rajah: Contoh Ringkasan Uji Kaji Peti Skinner Tingkah laku awal
Tingkah laku/tindakan
Kesan tindakan
Teknik
Kesan tingkah Laku
Rawak
Tertekan tuas
Makanan keluar
Peneguhan
Diteruskan
Terlazim
Menekan tuas
Makanan keluar
Peneguhan positif
Diteruskan
Terlazim
Menekan tuas
Makanan tidak keluar
Peneguhan negatif
Tidak diteruskan
• Menurut Skinner tingkah laku begini bukan semata-mata gerak balas automatik yang dikeluarkan mengikut naluri terhadap sesuatu rangsangan (pelaziman klasik). • Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas. • Peneguhan menambahkan kekerapan gerak balas itu. • Peneguhan biasanya ditakrifkan sebagai sebarang rangsangan yang menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.
Perkara penting hasil kajian daripada pembelajaran secara perlaziman operan adalah sesuatu tingkah laku dengan pengukuhan.
Sebaliknya, jika diikuti dengan pengukuhan negatif, maka perlaziman tidak akan terbentuk dan tingkah laku tidak akan diulang-ulang.
Sekiranya sesuatu tingkah laku dengan pengukuhan positif / perkara menyenangkan, maka tingkah laku pasti akan diulang-ulang.
Contoh-contoh Gambarajah Kajian Skinner
• Bincangkan lima cara bagaimana teori ini dapat membantu guru menangani tingkah laku bermasalah dalam bilik darjah?
1. PENEGUHAN NEGATIF • Peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. • Contohnya: Tingkah laku: Pelajar tidak menyiapkan tugasan tepat pada waktunya. Kesan: Guru menegur pelajar. Tingkah laku masa hadapan: Pelajar akan menyiapkan tugasan yang seterusnya tepat pada waktunya.
2. DENDAAN/ HUKUMAN • Dendaan adalah satu proses atau tatacara untuk melemahkan atau mengurangkan berulangnya tingkah laku yang tidak diingini. • Tegasnya, dendaan adalah kesan negatif yang membawa kepada pengurangan dalam kekerapan berlakunya tingkah laku tersebut. Contohnya: Pelajar membuat bising dalam kelas Guru memberi amaran kepada pelajar Pelajar berhenti membuat bising dalam kelas.
3. PEMBENTUKAN (SHAPING) • Sesuatu tingkah laku itu diterapkan secara kerap dan berperingkat agar murid melakukannya selalu dan menjadi mahir. • Contohnya: Seseorang murid kerap keluar ke tandas tanpa meminta permohonan cikgu Cikgu suruh murid itu berulang-ulang minta permohonan, melatihnya meminta permohonan setiap kali keluar. Murid itu meminta permohonan cikgu sebelum keluar dari kelas.
4. PRINSIP PREMACK • Konsep utama prinsip Premack ialah mengaitkan aktiviti yang kurang diminati dengan aktiviti yang lebih diminati untuk mengukuhkan tingkah laku terhadap aktiviti yang kurang diminati. • Prinsip Premack juga dikenali sebagai “Grandma’s Rule” yang berasaskan kenyataan “kamu boleh keluar bermain selepas kamu habis memakan sayur-sayuran ini”. • Sebagai guru, kita boleh menyelang selikan aktiviti yang menarik dengan aktiviti yang kurang menarik dalam bilik darjah untuk meningkatkan kadar pembelajaran murid. • Contohnya, selepas mengakhiri mata pelajaran matematik, satu aktiviti bermain komputerakan diadakan.
5. KAEDAH KONTRAK • Perjanjian kontrak ini dapat dibuat sama ada secara lisan atau menandatangani kontrak. • Misalnya Pengetua, membolehkan seseorang murid memandang berat terhadap tindakan yang dijanjikan tidak akan berani untuk mengulangi sesuatu tingkah laku negatif seperti ponteng sekolah atau masalah disiplin lain lagi.
6. PENEGUHAN POSITIF • Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan, yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi. • Dalam bilik darjah, peneguhan positif ini diberikan sebagai salah satu bentuk motivasi dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. • Contohnya: Pelajar kemukakan soalan dengan baik Guru memuji pelajar Pelajar kemukakan lebih banyak soalan yang baik.
RUJUKAN • http://azman.ipgmksm.edu.my/sce3102/topik 5.pdf • http://www.pdfcoke.com/doc/22398060/TeoriSkinner
SEKIAN TERIMA KASIH