Teori Pemerolehan Skinner)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Pemerolehan Skinner) as PDF for free.

More details

  • Words: 636
  • Pages: 23
Teori Behaviorisme (Skinner)

Burrhus F. Skinner

Latar belakang • Burhuss Frederic Skinner • lahir 20 Maret 1904 di Susquehanna, Pennsylvania. • Ayahnya adalah seorang pengacara dan ibunya adalah seorang ibu rumah tangga yang baik.

• Mendapat gelar BA-nya dalam sastera bahasa Inggeris pada tahun 1926 dari Presbyterian-founded Humilton College. • Pada tahun 1931, dia memperolehi ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang psikologi dari Universiti Harvard.

• Skinner telah menjalankan berbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun 1938 yang menghuraikan prinsipprinsip utama pelaziman operan (operant). • Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas. • Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas kerana organisme itu mengoperat

Eksperimen • Merpati itu dikurung dalam kotak. • Di dinding kotak itu ada suis. • Apabila suis itu dipatuk terbukalah satu lubang untuk memberi makanan.

• Ini telah ditafsirkan oleh seorang sarjana psikologi sebagai keadaan yang dapat dipadankan dengan pembelajaran lakuan di kalangan binatang, termasuk manusia. • Apabila merpati itu lapar dan mematuk suis itu, maka timbullah rangsangan dan diberi balasan dengan makanan

Perbezaan antara Pelaziman Operan dengan • Dalam pelaziman klasik, organisme tidak mengubah keadaan persekitan. • Misal kata, anjing Pavlov tidak ada pilihan untuk bertindak dengan mengeluarkan air liur apabila diberikan makanan dan bunyi loceng. • Manakala, dalam pelaziman operan, organisme mempunyai pilihan untuk bertindak atau tidak kerana gerak balasnya menentukan rangsangan

Prinsip-Prinsip Asas Pelaziman Operan Menurut Skinner, pelaziman operan terdiri daripada dua konsep utama: a)  PENEGUHAN (reinforcement): i.   PENEGUHAN POSITIF ii. PENEGUHAN NEGATIF. b) DENDA (punishment)

Peneguhan • Suatu proses yang menggunakan peneguh positif atau peneguh negatif untuk mengukuh dan mengekalkan sesuatu tingkah laku operan yang dihasilkan.

Proses Peneguhan

Contoh :

Peneguhan Positif (Positive Reinforcement) • Apa jua rangsangan yang boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku/gerak balas pelajar. • Sesuatu peneguhan boleh merupakan benda, sosial (seperti pujian) atau token (seperti markah ujian).

Peneguhan Positif (Positive Reinforcement) Contoh:(1) Tikus yang menekan kunci pintu (lever) dan diberikan makanan akan mengulang tingkahlaku itu dengan harapan mendapat makanan. (2) Seorang budak yang menyelesaikan kerja rumahnya dapat menonton TV akan mengulang tingkahlaku itu. (3) Pekerja yang mencapai prestasi tinggi dalam kerjanya diberikan bonus. Adakah pekerja itu akan mengulang kelakuan berkenaan?

Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement) • Apa jua rangsangan yang menyakiti atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku dipanggil Peneguhan Negatif. • Organisme kemungkinan mengulang tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.

Peneguhan Negatif (Negative Reinforcement) Contoh:(1) Tikus yang dikejutkan dengan elektrik akan terus menekan alat yang dapat mengurangkan kejutan elektrik. (2) Ibu akan mengangkat bayinya yang menangis kerana tidak tahan melihat dan mendengar anaknya memekik-pekik.

Denda (Punishment)

• Apa jua rangsangan yang menyebabkan kebarangkalian sesuatu gerak balas atau tingkahlaku yang terhasil berkurangkan atau terus dihapuskan.

Denda (Punishment) Contoh:(1) Budak yang tidak membantu ibu tidak diberi peluang bermain bola (iaitu, menghentikan keseronokkan).

Pengertian Bahasa Pertama • bahasa pertama ialah bahasa yang pertama kali dikuasai seseorang. • Bahasa pertama juga dikenali sebagai bahasa ibunda.

Teori Pemerolehan Bahasa • dalam lingkup pembelajaran bahasa, pembelajaran perilaku bahasa yang efektif terdiri atas pemberian respons yang tepat terhadap rangsangan yang ada, dan hubungan antara rangsangan dan tanggapan menjadi kebiasaan kerana adanya penguatan.

• Bila seorang anak mengucapkan sesuatu yang kebetulan sesuai dengan situasi, ibunya atau orang disekitarnya menghadiahinya dengan anggukan, ucapan, senyuman, atau tindakan yang lain yang menunjukkan persetujuan.

• Hal ini akan mengakibatkan respons yang sama akan terjadi lagi dalam situasi yang sama. Namun, jika ujarannya tidak benar, si ibu tidak memberi respon. Maka akan kecil kemungkinan anak mengulangi perilaku itu lagi

Contoh: • Jika anak mengatakan “Num”, dan diberi air minum, maka dia akan menggunakan kata “Num” lagi bila dia ingin minum.

• Sebaliknya, bila dia misalnya, mengatakan, “Ta” tanpa diiringi penguatan dari ibunya atau orang di sekitarnya, maka ia cenderung untuk tidak mengucapkan kata tersebut untuk meminta air minum.

Related Documents