Teori Psikoanalisis.docx

  • Uploaded by: Muhamad Reduan
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teori Psikoanalisis.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,280
  • Pages: 8
Latar belakang Sigmund Freud Sigmund Freud lahir di Freiberg, Moravia yang sekarang dikenali sebagai Pekan Pribov, Czekoslovia pada tarikh 6 Mei 1856 dan meninggal di London pada tanggal 23 September 1939 pada usia 83 tahun. Selama hampir 80 tahun Freud tingal di Vienna dan meninggalkan kota ketika Nazi menakluki Austria. Sebagai anak muda, Freud bercita-cita ingin menjadi ilmuwan dan dengan keinginan itu pada tahun 1873 Freud yang berusia 17 tahun memasuki bidang kedoktoran University of Vienna termasuk falsafah dari Franz Brentano , fisiologi di bawah Ernst Burke dan zoologi bersama Carl Claus. Beliau menamatkan pengajian pada tahun 1881.Beliau berkahwin dengan Martha Bernays pada tahun 1886 dan dikurniai enam orang anak. Teori yang dikemukakan oleh Sigmund Freud Sigmund Freud telah mencipta dan mengasaskan apa yang dikatakan sebagai teori personality pertama yang komprehensif berdasarkan kerjanya selama 40 tahun. Teori ini juga dikatakan sebagai pembuka kepada teori-teori selepasnya. Teori ini juga telah dikaji semula oleh beliau hasil daripada kerja-kerja beliau di klinik. Psikoanalisis bukan sahaja satu teori tetapi merupakan satu kaedah terapi. Jenis-jenis naluri Freud mengelompokkan naluri ke dalam dua kategori, iaitu naluri hidup dan naluri mati. Naluri hidup disediakan agar individu dan spesies dapat bertahan hidup melalui cara tertentu untuk memuaskan kebutuhan akan makanan, udara, dan seks. Naluri ini berorientasi kepada pertumbuhan perkembangan. Energi psikis yang dimanifestasikan dari naluri hidup disebut libido. Libido dapat dilekatkan atau dimanifestasikan pada berbagai objek. Dalam konsep Freud akan mengatakan disebut dengan cathexis. Misalnya, jika anda memiliki teman sekamar, maka Freud akan mengatakan bahwa libido anda dicathexiskan olehnya. (1) Naluri hidup (life instink: eros). Naluri hidup merupakan motif dasar manusia yang mendorongnya untuk bertingkah laku secara positif atau kontruktif. Naluri ini berfungsi untuk melayani tujuan manusia agar tetap hidup dan mengembangkan rasnya. Naluri ini meliputi dorongan-dorongan jasmaniah, seperti seks, lapar, dan haus. Naluri ini juga dinyatakan atau diwujudkan dalam berbagai komponen budaya kreatif, seperti : seni lukis, musik, kerja sama, dan cinta. Energi yang bertanggungjawab bagi naluri hidup adalah libido. Libido ini bersumber dari erotogenic zones iaitu bahagian-bahagian tubuh yang sangat peka terhadap rangsangan yang apabila dimanipulasi dengan cara tertentu (seperti sentuhan) akan menimbulkan perasaan nikmat

(2) Naluri mati (death instink : thanatos). Naluri ini merupakan motif dasar manusia yang mendorongnya untuk bertingkah laku yang bersifat negatif atau destruktif. Freud meyakini bahawa manusia dilahirkan dengan membawa dorongan mati (keadaan tak bernyawa = inanimate state). Pendapat ini didasarkan kepada prinsip konstansi dari Fechner iaitu bahawa semua proses kehidupan itu cenderung kembali kepada dunia yang anorganis. Kenyataan manusia akhirnya mati, oleh kerana itu tujuan hidup adalah mati. Hidup itu sendiri tiada lain hanya perjalanan ke arah mati. Dia beranggapan bahawa naluri ini merupakan sisi gelap dari kehidupan manusia. Fungsinya tidak begitu jelas, oleh kerana itu tidak begitu dikenal. Derivatif dari naluri ini adalah tingkah laku agresif, baik secara verbal (seperti marah-marah dan mencemuh/ mengejek orang lain) mahupun nonverbal (seperti berkelahi, membunuh, atau bunuh diri dan memukul orang lain). Tahap perkembangan manusia mengikut Teori Psikoanalisis Setiap tahap perkembangan ini didominasikan oleh perubahan khusus di dalam badan individu. Tiga tahap pertama iaitu oral,anal dan falik dirujuk sebagai tahap pregenital manakala tahap latensi dan tahap genital berlaku semasa remaja. Tahap Oral (tahun pertama kehidupan) Tahap ini berlaku semasa peringkat awal kehidupan seseorang iaitu ketika awal kelahiran atau masih bayi. Pada tahap ini, bayi mendapat kepuasan daripada aktiviti makan yang meransang di bibir dan ruang mulut serta deria sensitif yang lain. Misalnya seperti menghisap susu ibu yang memberi kegunaan dan keperluan bayi untuk makan dan keseronokan. Menghisap memberikan kepuasan kepada kepada bayi kerana mulut dan bibir merupakann gen yang sensitif. Terdapat dua aktiviti pada tahap ini iaitu tingkah laku oral- incoperative dan oral- agresif. Tingkah laku oral-incoperative merupakan tingkahlaku meransang keseronokan daripada golongan dewasa yang mempamerkan keperluan oral yang berlebihan seperti makan berlebihan, merokok dan meminum minuman keras mungkin mengalami lekatan oral. Penafian kepuasan oral yang sepatutnya dinikmati semasa bayi menyebabkan apabila mereka dewasa kelak mereka akan mengulangi tingkahlaku semasa peringkat oral. Tingkah laku oral-agresif adalah seperti mengigit. Ciri-ciri orang dewasa seperti ganas, agresif, mengumpat dan memebuat komen yang tajam adalah berkaitan dengan kekurangan pada peringkat ini. Kanak-kanak yang mendapat kemewahan material sebagai ganti kepada makanan dan kasih sayang semasa berada di peringkat ini akan mempamerkan masalah personaliti seperti tidak menghargai penghargaan kendiri dengan mudah, takut mendekati orang lain, rasa

diketepikan, takut mengasihi dan mempercayai orang lain, menyendiri, menarik diri dan tidak berkebolehan untuk membina dan mengekalkan hubngan yang akrab dengan orang lain. Tahap Anal (umur 1-3 tahun) Freud berpendapat peringkat ini penting untuk perkembangan personality ketika berumur 1 hinngga 3 tahun. Semasa berumur dua tahun, bermulanya latihan ke tandas . Bayi mengalami pusingan impuls luaran buat pertama kali. Pada tahap ini, sikap ibu bapa terhadap latihan ke tandas amat penting dan mempengaruhi perkembangan personaliti apabila dewasa. Ibu bapa yang tegas terhadap latihan ini akan membentuk personality kanak-kanak yang dinamakan sebagai anal-agresif oleh Freud. Latihan tersebut akan membentuk personality kreatif dan produktif kepad kanakkanak. Orang dewasa yang mengalami lekatan pada peringkat ini akan menjadi seorang yang degil, terlalu pembersih dan kedekut. Freud memanggil ini sebagai anal-retentive. Kanakkanak akan mengalami persaan negative seperti cepat marah, mudah benci dan sebagainya. Perasaan ini merupakan perasaan yang diterima. Tahap Falik (umur 3-6 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula berseronok dengan organ jantinanya. Kehidupan pada peringkat ini dikaitkan dengan menyukai ibu bagi kanak-kanak lelaki dan menyukai bapa bagi kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak lelaki yang tertarik pada ibunya mengalami keadaan yang dipanggil kompleks Oedipus manakala kanak-kanak perempuan yang tertarik pada ayahnya dipanggil kompleks Elektra dan jikka kompleks ini dapat ditangani dengan baik akan menghasilkan kasih saying yang diterima seperti anak lelaki yang mempunyai identifikasi yang sangat dengan ayah. Sikap ibu bapa amat penting pada peringkat ini kerana kanakkanak mula berasa gelisah dengan perasaan mereka yang berkecamuk dan mula menggunakan mekanisma bela diri. Peringkat ini menjadi asas kepada sikap seorang dewasa terhadap seks, keintiman dan identifikasi perasaan seks serta menentukan kepesatan seksual yang berkembang dalam diri individu. Tahap Pendaman (6-12 tahun) Tahap ini merupakan tahap dimana kehendak seksual dipendam dalam diri kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Kanak-kanak mula melibatkan diri

dengan bersublimasi seperti melakukan kerja rumah,olah raga dan kegiatan lazim yang lain serta berada dalam suasana yang menguatkan sifat kelakian atau kewanitaan. Kanak-kanak bergerak daripada orientasi kepada interaksi yang lebih social dan mempunyai keinginan untuk bersosial dan berkawan. Focus pada tahap ini adalah minat kepada dunia luar dan menjalin hubungan. Tahap genital (12 tahun ke atas) Semasa peringkat remaja, mereka mula meninggalkan zaman kanak-kanak dan bergerak kepada zaman dewasa. Mengantikan nilai cinta diri kepada cintakan orang lain. Hubungan di antara berlainan jantina menjadi lebih penting iaitu dalam perkataan lain mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina , begitu juga kebolehan membina hubungan yang intim dengan jantina yang sama. Kehendak seksual digantikan dengan struktur ego, dijaga dan dikembangkan dengan pengalaman yang baru dan bermakna bagi diri individu. Pada tahap ini, mereka memulakan peranan sosialisasi, perlaksanaan aktiviti kelompok serta bermulanya penarikan interaksi seksual kerana matangnya organ pembiakan mereka bersama perswdiaan perkahwinan, berkeluarga dan penetapan vokasional. Tahap kesedaran dalam Teori Psikoanalisis Sigmund Freud mengemukakan bahawa kehidupan memiliki tiga tingkat kesedaran, iaitu sedar (conscious), prasedar (preconscious), dan bawah sedar (unconscious). Sampai dengan tahun 1920an, teori tentang konflik kejiwaan hanya melibatkan ketiga unsur kesedaran itu. Baru pada tahun 1923, Freud mengenalkan tiga model struktural yang lain, iaitu id, ego, dan superego yang dikenali sebagai struktur personaliti . Struktur baru ini tidak menggantikan struktur lama, tetapi melengkapi atau menyempurnakan gambaran mental terutama dalam fungsi atau tujuannya. Tahap Sedar ( conscious) Kesedaran berkaitan dengan makna dalam kehidupan seharian, yang membuat kita menyedari setiap peristiwa, tingkahlaku dan perasaan yang dialami. Kesadaran merupakan bagian kehidupan mental atau lapisan jiwa individu. Kehidupan mental ini memiliki kesedaran penuh. Melalui kesadarannya, individu mengetahui siapa dia, sedang apa dia, sedang dimana dia,apa yang terjadi di sekitarnya, dan bagaimana dia memperolehi yang diinginkannya. Tahap Prasedar (preconcious)

Disebut juga ingatan sedia ada (available memory), iaitu peringkat kesedaran yang berada di antara sedar dan bawah sedar. Keadaan ini merupakan tempat penyimpanan maklumat yang boleh dikeluarkan apabila dikehendaki. Maklumat yang merupkan perlakuan lalu jika tidak diberi perhatian, boleh berada dalam keadaan sedar semula tetapi apabila tidak diberi perhatian, maklumat ini akan ditekan semula ke bahagian bawah sedar. Di sinilah, maklumat yang berada pada bahagian bawah sedar dapat muncul ketika prasedar. Tahap bawah sedar ( unconscious ) Bawah sedar adalah bahagian tahap kesedaran yang paling dalam Teori Psikoanalisis dan menurut Freud merupakan bagian terpenting dari jiwa manusia kerana ia merupakan perkara yang menetukan keadaan seseorang individu sekarang. Bawah sedar itu merupakan naluri yang dibawa sejak lahir, dan pengalaman-pengalaman traumatik (biasanya pada masa kanak-kanak) yang ditekan oleh keadaan sedar dan dipindah ke bahagian bawah sedar. Maklumat dari keadaan bawah sedar memiliki kecenderungan untuk bertahan secara berterusan dalam bawah sedar tetapi mempunyai pengaruh yang kuat dalam mengatur tingkahlaku individu tanpa disedari. Tahap inilah yang membezakan kaunseling Psikoanalisis dengan teori lain. Struktur Personaliti mengikut Teori Psikoanalisis. Id merupakan sumber segala tenaga psike sehingga Id merupakan komponen utama dalam keperibadian. Id adalah satu-satunya komponen keperibadian yang hadir sejak lahir, aspek keperibadiannya sedar dan termasuk dari perilaku naluri dan primitif. Id didorong oleh prinsip kesenangan yang berusaha untuk memenuhi semua keinginan dan kebutuhan, apabila tidak terpenuhi maka akan timbul kecemasan dan ketegangan. Menurut Frued id mencuba untuk menyelesaikan ketegangan yang diciptakan oleh prinsip kesenangan (pleasure principal) dengan proses utama yang melibatkan proses dalam pembentukan citra mental dari objek yang diinginkan sebagai cara untuk memuaskan dorongan. Sebagai contoh adalah ketika merasa lapar atau haus maka individu tersebut akan segera memenuhi dorongan tersebut dengan makan atau minum sampai id tersebut dipenuhi. Yang kedua adalah Ego. Ego adalah komponen kepribadian yang bertanggung jawab untuk menangani realiti. Menurut Freud, ego berkembang dari id dan memastikan bahawa dorongan dari id dapat dinyatakan dalam cara yang dapat diterima oleh orang ramai. Fungsi ego baik di fikiran sedar, prasedar, dan bawah sedar. Ego beroperasi menurut proses sekunder. Tujuan proses sekunder adalah untuk mencegah terjadinya tegangan sampai

individu tersebut menemui suatu objek yang sesuai untuk memuaskan dorongannya. Dengan kata lain fungsi ego adalah menapis dorongan-dorongan yang ingin dipuaskan oleh Id berdasarkan kenyataan. Komponen yang terakhir adalah Superego. Superego adalah suatu gambaran kesadaran akan nilai-nilai dan moral masyarakat yang ditanam oleh adat-istiadat, agama, orang tua, dan lingkungan masyarakat. Pada dasarnya Superego adalah hati nurani, jadi Superego memberikan pedoman untuk membuat penilaian, baik yang benar atau yang salah. Supergo hadir dalam sedar, prasedar dan bawah sedar. Id, Ego dan Superego saling mempengaruhi satu sama lain, ego bersama dengan superego mengatur dan mengarahkan pemenuhan id dengan berdasarkan aturan-aturan yang benar dalam masyarakat, agama dan perilaku yang baik atau buruk. Mekanisme bela diri mengikut teori Psikoanalisis Kerana tekanan kecemasan ataupun ketakutan yang berlebihan, maka ego kadang-kadang terpaksa mengambil cara yang ekstrem untuk menghilangkan atau mengurangkan tegangan. Cara-cara yang demikian itu disebut mekanisme pertahanan. Bentuk-bentuk pokok mekanisme pertahanan tersebut adalah sebagai berikut : a) Penolakan Penolakan dilakukan dengan cara menghalang peristiwa-peristiwa yang datang dari luar kedaran. Jika dalam situasi tertentu peristiwa ini terlalu banyak untuk di tanggung seorang hanya perlu menolak mengalaminya. sebagaimana yang anda kira, cara ini adalah cara yang paling primitif dan berbahaya kerana tidak ada orang yang selamanya mampu lari dari kenyataan. Penolakan boleh bekerja sendiri atau biasanya digabungkan dengan bentuk mekanisme pertahanan lain yang lebih kukuh. b) Penindasan Penindasan adalah ketidakmampuan untuk mengingat kembali situasi, orang atau peristiwa yang menakutkan. Penindasan juga merupakan mekanisme pertahanan ego yang berbahaya sekaligus menjadi bentuk paling amnya. Mekanisme pertahanan ini berfungsi secara tidak sedar misalnya rasa takut akan air. c) Asketisisme Asketisisme atau menolak segala keperluan. Mekanisme pertahanan ini paling jarang di kenali orang, namun menjadi sangat relevan sekali di zaman sekarang dengan begitu banyaknya gangguan mental yang disebut anorexia. d) Pengasingan

Pengasingan disebut juga intelektualisasi diri. Mekanisme ini berjalan dengan cara mengalihkan emosi dari kenangan yang menakutkan. e) Penggantian Mekanisme ini berjalan dengan cara mengalihkan dorongan ke sasaran pengganti. f) Melawan Diri Sendiri Ini merupakan bentuk penggantian paling khas, di mana seseorang menjadikan dirinya sendiri target pengganti. Biasanya diri sendiri dijadikan sebagai sasaran pengganti untuk melampiaskan rasa benci dan marah . Menurut Freud, mekanisme ini dapat menjelaskan perasaan rendah diri, bersalah dan kemurungan yang kita alami. g) Unjuran Unjuran disebut Anna Freud sebagai pengganti ke arah luar. Mekanisme ini merupakan kebalikan dari melawan diri sendiri. Mekanisme ini meliputi kecenderungan untuk melihat hasrat anda yang tidak boleh diterima oleh orang lain. h) Tawanan altruistic Adalah bentuk unjuran yang awalnya kelihatan berlawanan. Di sini, orang berusaha memenuhi keperluan-keperluannya yang terbaik, tapi dengan memanfaatkan orang lain. i) Pembentukan Reaksi Oleh Anna Freud ini dipanggil dengan "percaya pada hal yang sebaliknya". Mekanisme ini adalah merubah dorongan-dorongan yang tidak dapat diterima menjadi sebaliknya (boleh diterima). j) Penghapusan Mekanisme ini termasuk gesture atau ritual "ajaib" yang bertujuan menghapuskan fikiran atau perasaan yang tidak menyenangkan. k) Introjeksi Ini juga kadang-kadang disebut pengenalan. Mekanisme ini bekerja dengan cara membawa keperibadian orang lain masuk ke dalam diri anda, kerana dengan begitu anda dapat menyelesaikan masalah perasaan yang mengganggu anda. l) Pengenalan Dengan Penyerang

Ini adalah bentuk introjeksi yang tertumpu pada pengadopsian, bukan dari segi umum atau positif, tapi dari sisi negative. Jika anda merasa takut dengan seseorang, anda akan menakluk rasa takut itu dengan pura-pura menjadi orang yang anda takuti. m) Regresi Regresi adalah kembali ke masa-masa di mana seseorang mengalami tekanan psikologi. Ketika kita menghadapi kesulitan atau ketakutan, perilaku kita sering menjadi keanak-anakan atau primitif. n) Rasionalisasi Adalah pendistorsian kognitif terhadap "kenyataan" dengan tujuan kenyataan tersebut tidak lagi memberi kesan menakutkan. Kita kerap melakukan hal ini secara sedar apabila kita mencuba memaafkan diri sendiri dari kesalahan dengan menyalahkan orang lain. Bagi orang yang mempunyai ego sensitive, menyalahkan orang lain begitu mudah dilakukan. o) Sublimasi Adalah mengubah berbagai rangsangan yang tidak diterima, sama ada dalam bentuk seks, kemarahan, ketakutan atau bentuk lain, ke dalam bentuk-bentuk yang boleh diterima secara sosial.

Related Documents

Teori
October 2019 61
Teori
May 2020 46
Teori
June 2020 35
Teori
June 2020 40
Teori
June 2020 37
Teori
November 2019 59

More Documents from ""