1 TEORI HURAIAN DAN PEMEROLEHAN BAHASA PENGENALAN: Bahasa adalah alat untuk berkomunikasi Dianggap sebagai tingkah laku manusia melalui ucapan Keupayaan berbahasa adalahlah keupayaan semula jadi Persoalan tentang apakah bahasa, bagaimana ia lahir, apakah sifatsifat bahasa dan bagaimana kanak-kanak menguasai bahasa selalu menjadi perbincangan ahli-ahli bahasa Muncul bidang linguistik dan psikolinguistik Lingusitik - ilmu yang mengkaji bahasa secara saintifik iaitu kajian yang dijalankan dengan teratur dan syarat-syarat tertentu. Segala dapatan dapat dibuktikan dari segi sains atau empirikal melalui pemerhatian yang sah dalam lingkungan teori-teori bahasa Psikolinguistik – kajian bahasa yang digabungkan dengan kajian ilmuilmu lain iaitu psikologi. Ia mengkaji hubungsn bahasa dengan jiwa manusia. Kaji dari segi jenis-jenis bahasa,bentuk-bentuk bahasa dan perkataan yang digunakan oleh penutur serta hubungannya dengan fikiran dan jiwa penutur TEORI HURAIAN BAHASA Aliran kajian tatabahasa yang terkenal dibahagikan kepada tiga iaitu aliran tatabahasa tradisional, struktural dan transformasi generatif Terdapat beberapa perbezaan pendapat dalam setiap aliran bergantung kepada pengaruh yang diterima oleh aliran tersebut Persamaan daripada segi istilah dan konsep yang digunakan kerana setiap aliran merupakan suatu kesinambungan 1.Teori Tradisional (Panini)]
Bermula sejak zaman Yunani (abad ke-5 S.M) Pada masa itu tatabahasa merupakan cabang falsafah yang dapat membantu ahli falsafah Yunani mengkaji tabii alam Huraian tatabahasa dibuat berdasarkan logika Plato (429-327 S.M) membahagikan golongan kata kepada dua bahagian iaitu kata nama dan perbuatan (noun dan verb) Noun kata yang berfungsi sebagai subjek dalam ayat dan verb menggambarkan tindakan (predikat)
2
Pembahagian ayat pula berdasarkan fungsi bahagian-bahagian ayat tersebut Ayat definisikan sebagai ucapan yang mengandungi fikiran yang lengkap Ayat dibahagikan kepada empat jenis iaitu ayat penyata, tanya, seru dan perintah Bahagian-bahagian ayat disebut sebagai subjek, predikat, objek dan keterangan Istilah seperti aktif, pasif, transitif dan intransitif wujud daripada pandangan ahli falsafah untuk mencari kenyataan dan hubungan logika dalam ayat Tatabahasa merupakan satu cara atau proses pengkajian bahasa tentang hukum-hukum dan peraturan-peraturan sesuatu bahasa yang dibuat berdasarkan makna
Ciri-ciri tatabahasa tradisional;
Tatabahasa tradisional bersifat nosional dan tidak mengikut konsep formal atau struktur Terdapat campur aduk antara kategori semantic dan nahu Ketidaan pola morfologi atau sintaksis tetap yang boleh digunakan sebagai dasar untuk menerbitkan pelbagai struktur Ketiadaan pemeringkatan atau pemilihan bahan sama ada gramatikal atau leksikal, sama ada berasaskan yang mudah atau yang kompleks, sama ada kekerapan dan kenyataan butir-butir itu boleh diajar atau tidak Ayat-ayat yang dibina dengan menggunakan konsep binaan Dalam menghuraikan bahasa, tatabahasa tradisional bersifat preskriptif, humanistik dan normatif ( bertujuan menetapkan peraturan-peraturan untuk penggunaan yang betul) Bahasa adalah satu organisma. Ia hidup dan berubah
3 Kelemahan:
terlalu mengutamakan tindakan menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa dan penjenisan kata guru mungkin terpengaruh dan terlalu menekankan aspek tatabahasa dalam pengajaran akan melahirkan pelajar yang cekap menganalisis ayat tetapi kurang mampu membina ayat-ayat yang sempurna dan gramatis analisis dilakukan secara nosional dengan anggapan bahawa kategorikategori bahasa bersifat universal
2.Analisis Struktural (Bloomfield)
dikenali juga dengan aliran ‘taxonomic’ atau ‘bloomfeildian’ muncul akibat bertentangan dengan aliran tradisional tentangan utama ialah dasar nosional yang digunakan oleh aliran tradisional untuk membentuk kategori-kategori tatabahasa dan anggapan bahawa semua bahasa mempunyai kategori universal aliran struktural mengkaji bahasa sebagai lambang-lambang pertuturan data-data adalah daripada bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan oleh penutur jati daripada bahasa yang hendak dikaji analisis struktural bersifat ‘sturcture centered’- setiap bunyi perkataan atau bahagian berdiri sendiri dan tidak mempunyai kepentingan linguistik setiap unsur tersebut menjadi penting apabila unsur-unsur itu bergabung dengan unsur-unsur lain dalam sesuatu pola sistem linguistik analisis tatabahasa bermula daripada bunyi dan diikuti oleh morfem, frasa,klausa dan aat serta unsur-unsur supra segmental ayat akan dipecahkan mengikut konstituen-konstituennya (kedudukan) konstituen yang paling kecil ialah perkataan,diikuti frasa, klausa, subjek dan predikat
4 Fries menggunakan ‘hierachical bracketing’ seperti berikut: Abu
membeli membeli
baju baju baju
adik adik adik adik
saya saya saya saya saya
Nida- menggunakan lambang-lambang anak panah untuk menandakan hubungan yang tertentu antara bahagian dalam ayat:
Abu
membeli
baju
adik
saya
Nelson Francis –menggunakan ‘Chinese box’ untuk menjelaskan tersebut:
Abu
membeli
baju
hubungan
adik saya
Rumusan: kajian dibuat secara objektif dan penggolongan kata serta peraturannya berasaskan analisis struktural yang terdapat pada aspek fonologi,morfologi dan sintaksis menyatakan fakta-fakta bahasa yang dapat dilihat sahaja dan tidak melibatkan faktor-faktor bukan linguistik serta perkara-perkara yang tidak dapat difahami tidak mengaitkan dengan faktor-faktor yang berkaitan dengan psikologi, logika dan metafizika tidak mementingkan makna dalam analisis bahasa
5
mengutamakan struktur permukaan sahaja iaitu penganalisisan ang memecahkan bahagian-bahagian dalam aat kepada konstituenkonstituennya
3.Teori Transformasi-Generatif (Chomsky)
bermula pada tahun 1957 menghuraikan ayat-ayat dengan menggunakan sistem rumus-rumus terdapat dua peringkat struktur ayat iaitu struktur dalaman dan struktur permukaan rumus struktur frasa menerbitkan ayat pada struktur dalaman dan rumus transformasi berfungsi menukarkan pola atau struktur ayat-aat tersebut sehingga membawa kepada peringkat struktur permukaan komponen fonologi menentukan representasi fonetik untuk sesuatu ucapan dan komponen semantikk merujuk representasi semantikk. Oleh itu bunyi dan makna berhubung melalui peraturan sintaksis yang berkait dengan struktur dalaman dan bertindak sebagai input kepada peraturan fonologi si penutur dalam komunikasi/interaksi sosial rumus struktur frasa berfungsi melahirkan rajah pohon yang menunjukkan hubungan gramatis antara kata yang terdapat dalam sesuatu dasar struktur dalaman yang diwujudkan oleh rumus struktur frasa akan menjadi input kepada komponen rumus-rumus transformasi rumus-rumus transformasi itu bekuasa untuk menggugur,menambah dan mengubah atau menyusun semula susunan unsur kata itu penukaran struktur itu disebut sebagai transformasi dan ayat baru yang diterbitkan itu disebut sebagai ayat terbitan
Contoh ayat:
6
Dia masih di kampung. Isterinya masih di kampung Dia masih di kampung dan isterinya masih di kampung Dia dan isterinya masih di kampung
Rajah pohonnya: a.
A A1
KH
A2
S
P
S
P
FN
FS
FN
FS
dan
dia masih di kampung
masih di kampung
b. transformasi pengguguran predikat
isterinya
A
7 frasa sendi nama
A1
KH
A2
S
P
S
P
FN
FS
FN
FS
Ø
dia
dan
isterinya masih di kampung
Ø= pengguguran c.
A S
FN
P KH
FN
masih di kampung dia
dan
isterinya
4.Teori Fungsionalis (Halliday) kaji bahasa sebagai alat komunikasi dan juga perubahan bentuk bahasa yang berlaku ketika seseorang itu berkomunikasi bahasa berkeupayaan menyampaikan maklumat tentang penuturnya eleman dalam struktur bahasa ialah semantik bukan hubungan sintaksis
8
dari segi struktur bahasa Halliday menghuraikan unsur dalaman berdasarkan fungsi struktur tersebut sebagaialat berkomunikasi sistem tatabahasa dan fungsi bahasa ialah dua perkara yang diutamakan dalam pengajran pembelajaran guru perlu menggunakan bentuk-bentuk ujaran yang tepat untuk menjadi conteh/ model kepada pelajar penggunaan variasi bahasa yang pelbagai dapat mempertingkat tahap kemahiran berbahasa pelajar variasi wujud hasil daripada perubahan sesuatu situasi sosial pengajaran dan pembelajaran bahasa berdasarkan fungsi-fungsi tertentu
a. model bahasa yang sesuai: dapat memberikan interpretasi fungsional kepada perkembangan bahasa awal kanak-kanak membantu mereka menguasai fungsi bahasa b. asas fungsi bahasa fungsi perkembangan bahasa kanak-kanak dalam menguasai aspek pengajaran pembelajaran bahasa daripada penjaga (orang yang paling hampir) sebagai model komunikasi c. bahasa dalam persepsi sosial penggunaan bahasa dalam konteks berkaitan dilakukan berdasarkan arah sosial danperubahan sosial yang berlaku pada peringkat awal bahasa berfungsi memindahkan budaya dari satu generasi kepada generasi yang lain iaitu melalui beberapa jenis konteks sosial seperti interaksi antara ibu dan anak dengan pendedahan bahasa yang digunakan sehari-hari itu dapat membantu kanak-kanak mengaplikasikan bahasa secara efektif
d. fungsi semantik dan linguistik pengajaran bahasa bertujuan memberi pengetahuan kepada para pelajar tentang prinsip struktur bahasa aspek yang perlu diketahui merangkumi bidang tatabahasa seperti fonologi,morfologi,sintaksis,semantic dan laras bahasa
9
pengajaran bahasa membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan mereka tentang prinsip tersebut dalam kehidupan seharian dan daalam pelbagai situasi sosial
TEORI PEMEROLEHAN BAHASA:
Seseorang bayi yang sempurna dilahirkan bersama-sama alat-alat artikulasi dan anggota fizikal lain untuk memperoleh bahasa Pemerolehan berlaku sedikit demi sedikit mengikut perkembangan otak Penguasaan bahasa pertama kanak-kanak dengan cara memperoleh (tidak formal) bukan secara pembelajaran Kajian menunjukkan bahawa jangka masa antara 1 hingga 5 tahun adalah jangka masa penguasaan bahasa yang kritikal dan mudah menerima pengaruh bahasa yang didedahkan kepada mereka Teori pemerolehan bahasa menghuraikan tentang bagaimana sesuatu bahasa itu dapat dikuasai oleh kanak-kanak melalui proses pemerolehan bahasa
1.Teori Behaviurisme/ Mekanis (Skinner)
Bahasa adalah proses prilaku dan mementingkan satu rangkaian turutan sebab dan kesan iaitu hasil operasi rangsangan dan gerak balas Aliran ini menolaksebarang pendapat yang menghubungkan penghasilan bahasa dengan operasi mental Bahasa adalah perilaku dan individu banyak belajar melalui pengalaman daripada otaknya Untuk mmemperoleh kemahiran bahasa latihan dan latih tubi perlu dijalankan secara kerap kerana kemahiran bahasa dipandang sebagai kebiasaan Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan
10
Kanak-kanak belajar secara tidak formal melalui proses peniruan Mereka menguasai bunyi-bunyi dan menyebut perkataan-perkataan yang telah mereka dengar berulang kali sehingga mereka dapat menyebutnya menjadi ayat-ayat yang lengkap Bloomfeild menyokong aliran ini berpendapat bahawa bahasa ialah satu tingkah laku manusia yang sama dengan tingkah laku manusia yang lain Bahasa dilahirkan akibat gerak balas daripada rangsangan Yang harus dikaji ialah tingkah laku yang terjadi ketika ucapan itu diujarkan Aliran ini berpendapat bahawa pengukuhan dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting iaitu dengan memberi ganjaran kepada kanak-kanak apabilamereka memberikan geraka balas yang betul Ganajaran akan dapat membentuk perlakuan berbahasa yang dikehendaki dan berterusan.
Rumusan: Bahasa dikuasai melalui proses pengulangan sehingga ia membentuk satu kebiasaan atau tabiat. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh pelajar dianggap kegagalan mereka membantuk biasaan yang betul atau tepat Bahasa dikuasai sama seperti kita menguasai kemahiran-kemahiran mekanis yang lain kerana bahasa dianggap sebagai satu tingkah laku manusia Bahasa dianggap sebagai alat komunikasi yang terhasil apabial adanya rangsangan dan gerak balas. Aspek lisan, iaitu percakapan dan pertuturan amat dipentingkan Bahasa ialah satu sistem bentuk yang berupa unsur-unsur bunyi yang dituturkan dan bukan sebagai himpunan makna yang memerlukan operasi mental Kebiasaan berbahasa dapat diperolehi melalui latih-tubi diikuti dengan pengukuhan dan ganjaran. Ganjaran dapat menwujudkan pengulangan dan menggalakkan pelajar memberi gerak balas yang betul Bahasa dihuraikan secara deskriptif atau structural. Ia dihuraikan mengikut peringkat-peringkat tertentu seperti fonetik atau fonologi, morfologi dan sintaksis.
11 2.Teori Mentalis (Noam Chomsky)
Teori Mentalis atau Teori Rasionalis beranggapan bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses dalam otak Bahasa sebagai satu aktiviti mental yang merupakan satu kebolehan semula jadi manusia Manusia dilahirkan dengan alat-alat penguasaan bahasa dan manusia boleh menguasai sesuatu bahasa yang didedahkan kepada mereka Disokong oleh Lenneberg (1967)- perkembangan bahasa adalah mengikut jadual secara biologis bukan datang daripada rangsangan dan gerak balas Kanak-kanak berkeupayaan membuat rumusan dan peraturan bahasanya sendiri tanpa mempelajarinya terlebih dahulu bermula ketika bersuara hingga boleh mencipta ayat yang lengkap. Perkembangan terus berlaku sehingga mereka berumur 4 hingga 5 tahun Kanak-kanak memperoleh kebolehan memaham terlebih dahulu daripada bertutur. Mereka memahami pertuturan orang lain sebelum mereka sendiri boleh bertutur . Pada peringkat awal kanak-kanak tidak dapat membezakan perkataan yang mengandungi makna khusus kerana pada peringkat ini mereka menyebut secara umum Contohnya: semua yang kecil disebut anak: anak lori,anak rumah,anak buah dll sehinggalah penguasaan mereka menjadi sempurna Perkembangan bahasa berkait rapat dengan proses mental dan bukan mekanikal semata-mata
Rumusannya teori ini menganggap bahawa bahasa sebagai pengetahuan yang dihasilkan oleh satu proses dalam otak dan saraf setelah menerima bahan dalam bentuk rangsangan melalui pancaindera Penguasaan bahasa ada kaitan yang erat dengan kebolehan mental. Kebolehan mental digambarkan melalui pemikiran iaitu kebolehan manusia menghasilkan rumus-rumus bahasa yang tidak terbatas Manusia secara semula jadi mempunyai kebolehan untuk menguasai bahasa Dua perkara yang penting memainkan peranan dalam penguasaan bahasa ialah ‘competence’ dan ‘perfomance’ iaitu kebolehan untuk membuat
12
rumus dan keupayaan menggunakan apa yang diketahui tentang bahasa itu. Bahasa dihuraikan melalui analisis transformasi- generatif yang mengandungi struktur dalaman dan luaran. Struktur dalaman ialah rumus-rumus yang terhasil dalam otak ataupun pemikiran sementara struktur luaran ialah bentuk penglahiran daripada struktur dalaman dalam proses pengajaran pembelajaran bahasa, kesalahan pelajar dalam membentuk rumus dianggap bukan kegagalan sebaliknya sebagai percubaan hipotesis mereka. Apa yang ditekankan ialah pemikiran dan makna.
3.Teori Kod-Kognitif (Piaget)
teori ini menekankan fungsi otak/fikiran dalam proses pembelajaran kanak-kanak sejak dilahirkan dibekalkan dengan satu alat dalam otak yang membolehkan mereka memahami bahasa yang didengar pembelajaran sebagai satu proses pemikiran dan bukan sekadar satu pembentukan kebiasaan (mekanikal) perubahan tingkah laku hasil daripada proses kognitif yang berlaku dalam diri manusia proses berfikir manusia melibatkan operasi mental dengan tujuan untuk menghubungkan berbagai-bagai idea, memahami konsep, membuat kesimpulan atau mendapatkan pengertian baru terdapat empat faktor yang membezakan penguasaan bahasa kanakkanak
a. peringkat deria motor (sejak lahir hingga berumur 2 tahun) belum mampu menggunakan otaknya belum menguasai lambang-lambang bahasa untuk memberi norma atau nilai kepada benda-benda menggunakan deria motornya untuk berinteraksi
13
pada peringkat akhir deria motor kanak-kanak sudah mampu sedikit sebanyak keupaaan berbahasa kerana mereka sentiasa berinteraksi dengan persekitaran
b. peringkat olahan ( 2 tahun hingga 6 tahun) dapat menguasai bahasa dan konsep dengan cepat menggunakan bahasa untuk pernyataan diri dan berinteraksi dengan persekitaran umur 4-6 tahun sudah dapat bertutur dengan fasih dan perbendaharaan bahasa mereka seperti orang dewasa c. peringkat olahan konkrit (6 tahun –12 tahun) sudah boleh menggunakan pemikiran logik,warna dan memahami konsep pembalikan mula membaca,menulis dan mengira serta suka bertutur/ bertanya perlu kepada objek dan peristiwa konkrit dalam menyelesaikan masalah mereka sudah dapat menerima pendapat orang lain melalui pengunaan bahasa yang lebih luas d. peringkat olahan formal ( 12 tahun ke atas) peringkat kognitif kanak-kanak mencapai kemuncak memahami banyak perkara dan menyelesaikan masalah secara logik dan abstrak juga dpat menyelesaikan masalah verbal yang kompleks dan mengkaji perasaan dan pemikiran
4.Teori Interaksionalis (Halliday) kebolehan kognitif sahaja tidak dapat menjelaskan pemerolehan bahasa kerana perkembangan kognitif hanya melengkapkan kanakkanak dengan kebolehan mentafsir makna tetapi tidak menjamin penglahiran dlambentuk bahasa
14
kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik kanak-kanak menguasai bahasa kerana keperluan untuk beinteraksi dalam situasi sosial dan persekitaran untuk memenuhi keperluan mereka seterusnya kanak-kanak menyedari bahawa fungsi ujaran bukan semata-mata untuk berinteraksi bahkan untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain pada peringkat ini mereka mula menyedari bahawa pentingnya pengetahuan tatabahasa supaya apa yang disampaikan dapat difahami oleh orang lain situasi sosial penting dalam pemerolehan bahasa kanak-kanak dan interaksi sosial pula penting untuk membentu kanak-kanak menguasai peraturan-peraturan bahasa
Rumusan: pembelajaran merupakan proses mental dan linguistik. Kebolehan menggunakan struktur bahasa yang betul dalam aspek tatabahasa dan makna diutamakan untuk membolehkan kanak-kanak berinteraksi. Guru perlu menyediakn situasi dan bahan pengajaran yang bermakna dan berkesan dalam pembelajaran bahasa penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur struktur bahasa akan dikuasai dengan berkesan jika pelajar menjalankan aktiviti dengan berkesan dan berkaitan dengan kehidupan sehari-hari teori ini menekankan komunikasi lisan berasaskan pendekatan komunikatif