Tentang Amanah Saham

  • Uploaded by: jamian sarif
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tentang Amanah Saham as PDF for free.

More details

  • Words: 943
  • Pages: 4
Unit Trust merupakan satu skim pelaburan kolektif yang membenarkan para pelabur dengan objektif pelaburan yang sama untuk mengumpulkan simpanan mereka, yang kemudiannya dilaburkan oleh para pengurus pelaburan secara professional. Pelabur Unit Trust tidak membeli saham secara langsung. Hak milik saham dibahagikan di dalam bentuk unit dan setiap pelabur dikenali sebagai pemegang unit (unitholder). Satu unit di dalam Unit Trust melambangkan sebahagian saham daripada jumlah pelaburan. Apabila nilai pelaburan di dalam porfolio Unit Trust meningkat atau menyusut, nilai atau 'harga unit' bagi setiap unit akan naik atau turun secara automatik. Sebagai bukti pelaburan individu di dalam Unit Trust, setiap pelabur akan menerima pengesahan hak milik, samada dalam bentuk penyata (statement) atau sijil unit (unit certfificate). Jumlah unit yang dimiliki oleh setiap pelabur bergantung kepada harga jualan setiap unit dan jumlah wang yang dilaburkan oleh pelabur pada masa pelaburan dibuat. Pulangan pelaburan bagi pemegang unit di dalam Unit Trust adalah biasanya gabungan daripada bayaran pendapatan tetap (pengagihan) dan peningkatan nilai kapital, yang diperolehi daripada jumlah pelaburan yang dijalankan oleh sesebuah dana Unit Trust. BAGAIMANA UNIT AMANAH BERFUNGSI Unit amanah membabitkan penglibatan tiga pihak iaitu Pemegang Unit / Pelabur yang melabur dalam sesuatu dana amanah, Pemegang Amanah yang bertindak sebagai badan bebas dan penjaga aset yang dilabur dan Syarikat Pengurusan yang menyediakan kepakaran teknikal untuk menguruskan dana berkenaan. Operasi sesuatu skim unit amanah itu ditadbirkan oleh satu dokumen perundangan yang dipanggil Suratikatan. Ia menyatakan tentang hak dan tanggungjawab Pengurus dan Pemegang Amanah serta hak Pemegang Unit. Ia juga menyatakan secara terperinci bagaimana unit amanah itu harus beroperasi dan diuruskan serta bagaimana menentukan kadar bayaran yuran.

Anugerah Dana Pelaburan Malaysia The Star/Standard & Poor’s - 2007

Bil.

Dana

Tahun

Kategori

Jumlah Pulangan*

1. Kumpulan Pengurusan Dana Terbaik untuk 3 Tahun: Public Mutual Bhd 2. Kumpulan Pengurusan Dana Terbaik untuk 5 Tahun: Public Mutual Bhd 3.

Public Dana Islamic Balanced

4. PB Dana Growth Public Dana SmallCap Public Dana Islamic 6. Bond 5.

1 Tahun

Peruntukan Aset Neutral Islam

20.20%

3 Tahun Ekuiti Malaysia

71.67%

3 Tahun Syarikat Kecil Malaysia

39.30%

3 Tahun

Pendapatan Tetap Islam

24.07%

7. Public Dana Ittikal

3 Tahun Islam/Syariah

51.44%

8. Public Dana Ittikal

5 Tahun Islam/Syariah

103.18%

3 Tahun Peruntukan Aset

55.77%

9.

PB Dana Balanced

Neutral RM Peruntukan Aset Neutral RM

10. PB Dana Balanced

5 Tahun

95.59%

11. Public Dana Equity

5 Tahun Ekuiti Malaysia

100.74%

12. Public Dana Bond

5 Tahun Pendapatan Tetap RM

39.54%

Anugerah Dana Malaysia The Edge-Lipper - 2007

Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Dana

Tahun

Kategori

Jumlah Pulangan*

Kumpulan Dana Terbaik (Kumpulan Ekuiti) untuk 3 Tahun: Public Mutual Berhad Dana Ekuiti Malaysia PB Dana Growth 3 Tahun 73.19% Terbaik Dana Ekuiti Modal Public Dana 3 Tahun Kecil & Sederhana 41.56% SmallCap Malaysia Terbaik Dana Ekuiti Islam Public Dana Ittikal 3 Tahun 53.51% Malaysia Terbaik Dana Ekuiti Islam Public Dana Ittikal 5 Tahun 103.18% Malaysia Terbaik Dana Campuran Aset PB Dana Balanced 3 Tahun Seimbang RM 56.60% Terbaik Dana Campuran Aset PB Dana Balanced 5 Tahun Seimbang RM 95.59% Terbaik Public Dana Dana Bon Islam RM 3 Tahun 24.09% Islamic Bond Terbaik Public Dana Dana Bon Islam RM 5 Tahun 39.88% Islamic Bond Terbaik

KELEBIHAN PELABURAN DANA ISLAM MELALUI SKIM AHLI KWSP

1.

MENEPATI SYARIAH Peluang membuat pelaburan ke dalam dana-dana yang menepati syariah. Pelaburan di dalam danadana Islam Public Mutual dikawalselia oleh Panel Penasihat Syariah yang dilantik iaitu IBFIM (Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn Bhd).

2.

PULANGAN LEBIH TINGGI Anda berpeluang menikmati pulangan dividen dan keuntungan modal yang diperolehi daripada pelaburan di dalam unit amanah. Sekadar perbandingan, dalam tempoh lima tahun terkini (bagi tahun 2001 – 2005) purata pulangan dividen oleh KWSP sebanyak 4.7% setahun, berbanding pulangan Dana Public Ittikal dalam tempoh yang sama memperolehi pulangan sebanyak 15% setahun! Nota : Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa prestasi masa lalu tidak semestinya sebagai petunjuk atau gambaran sebenar prestasi masa depan.

3.

TIDAK GANGGU WANG POKET Tidak mengganggu aliran tunai wang poket anda kerana anda tidak perlu mengeluarkan wang daripada poket anda, sebaliknya hanya perlu memindahkan wang daripada Akaun 1 KWSP anda ke Institusi Pengurusan Dana (Public Mutual).

4.

MENGGUNAKAN SUMBER SEDIA ADA Anda tidak perlu membuat pinjaman atau mendapatkan kewangan daripada sumber-sumber baru untuk mendapatkan peluang untuk melabur dalam unit amanah kerana anda cuma perlu bijak menggunakan sumber kewangan sedia ada pada anda iaitu di dalam Akaun 1 KWSP anda untuk mendapatkan pulangan yang lebih baik.

5.

NILAI TAMBAH Anda berpeluang memperolehi pelbagai nilai tambah melalui pelaburan di Public Mutual. Di antaranya, melalui pelaburan di dalam dana Public ITTIKAL atau Public Islamic Balanced, anda akan memperolehi perlindungan Takaful secara PERCUMA yang melindungi risiko Keilatan Kekal Menyeluruh dan Kemalangan Diri Berkelompok sehingga RM100,000 berdasarkan jumlah unit pelaburan yang diambil.

6.

KEKERAPAN MENAMBAH PELABURAN Anda berpeluang menambah pelaburan melalui skim ini setiap 90 hari untuk mendapatkan pulangan yang kompetitif.

7.

WANG PERSARAAN LEBIH TINGGI Dengan peluang untuk mendapatkan pulangan yang lebih menguntungkan, bermakna anda berpeluang untuk meningkatkan simpanan KWSP untuk tujuan hari persaraan anda kelak.

8. KEPUASAN MENGURUS SENDIRI Anda boleh mendapat kepuasan menguruskan sendiri wang simpanan KWSP anda untuk dilaburkan di tempat yang anda inginkan dan yakini melalui Institusi Pengurusan Dana yang berkredibiliti dan berprestasi tinggi seperti Public Mutual, khususnya untuk mendapat pulangan yang lebih tinggi, menepati syariah dan lebih nilai tambah ! 9.

KEKERAPAN MELABUR DARI SIMPANAN KWSP

Setiap 90 hari dari tarikh pemindahan terakhir dibuat. 10. PENJUALAN BALIK DAN KEUNTUNGAN PELABURAN Penjualan balik pelaburan ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Bagaimanapun jumlah jualan balik serta sebarang keuntungan yang diperolehi akan dikreditkan semula ke dalam Akaun 1 KWSP.

Sila hubungi saya jika berminat untuk mmembuat pelaburan ataupun jika ingin menjadi perunding unit amanah … Jamian sarif 012-2676091 Maklumat lanjut http://xpres2u.blogspot.com

Related Documents

Tentang Amanah Saham
May 2020 25
Amanah
November 2019 20
Amanah
May 2020 18
Saham
April 2020 23
Amanah - Hotd
October 2019 23
Amanah Progress.docx
October 2019 30

More Documents from "iftikhar"