Tenis

  • Uploaded by: bitt
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tenis as PDF for free.

More details

  • Words: 2,543
  • Pages: 19
ISI KANDUNGAN ============================================ ==========

1.0

10

PENGENALAN

2

20

PERALATAN SUKAN

3

30

CARA BERMAIN

6

40

KEMAHIRAN ASAS

8

PENDAHULUAN

2

Permainan ini bermula pada abad ke-11, dikenali sebagai jen de paume dan dimainkan kali pertama di Perancis.

Bola yang digunakan dalam permainan ini

disalutkan dengan benang dan berbulu serta pemain hanya menggunakan tangan sebagai pemukul. Ia dimainkan oleh dua orang pemain. Seterusnya permainan ini diperkenalkan ke Itali dan Britain pada abad ke 13 dan mendapat sambutan di kalangan masyarakat. Sejak itu perkembangan sukan in terus meningkat ke beberapa negara Eropah yang lain. Raket bertali mula diperkenalkan kali pertama dalam abad ke-15 oleh Antonio da Scalo, seorang paderi berbangsa Itali.

Beliau telah menulis undang-undang

umum bagi semua permainan yang menggunakan bola termasuk tenis. Kelab tenis yang pertama iaitu Kelab Leamington di Perancis telah ditubuhkan oleh J.B. Perera, Mejar Harry Gem, Dr. Frederick Haynes dan Dr. Arthor Tomskin. Dalam tahun 1874 permainan ini mula berkembang di Amerika Syarikat dan dimainkan pertama kali oleh Dr. James Dwight dan F.R Sears. Dalam jangka masa yang singkat permainan ini telah menjadi satu permainan rekreasi di England dan beberapa negara Eropah dan Amerika Syarikat. Di Malaysia, permainan tenis mula diperkenalkan pada awal abad ke-20. Pada peringkat awal ia hanya dimainkan oleh orang-orang Inggeris dan pegawai Kerajaan. Persatuan Tenis Malaysia (LTAM) ditubuhkan pada tahun 1921 dan bergabung dengan Persekutuan Tenis Antarabangsa pada tahun yang sama. Kejohanan tenis pertama diadakan pada tahun 1921 dan empat tahun kemudian kejohanan terbuka bermula.

Pertandingan yang sama formatnya dengan Piala

Davis mula dipertandingkan antara negeri pada tahun 1953 iaitu Piala Chua Choon Leong. Permainan tenis tidak begitu mahal untuk dipelajari kerana harga raket agak murah serta sewa gelanggang juga tidak mahal. Banyak gelanggang dibina dengan lapisan konkrit untuk mengurangkan kos penyelenggaraan.

2.0

PERALATAN i. Gelanggang

TENIS

2

Permukaan gelanggang hendaklah rata dan bebas daripada sebarang gangguan.

Ia boleh dalam bentuk gelanggang rumput atau diperbuat

daripada kayu.

Gelanggang mestilah dalam ukuran yang ditetapkan dan

garisan putih hendaklah jelas. Umumnya, ukuran gelanggang tenis adalah 23.77 meter panjang dan 8.23 meter lebar.

Rajah 1.1: Gelanggang tenis ii. Jaring Jaring untuk permainan ini diperbuat daripada pelbagai jenis dawai keluli, kapas atau rami yang dipintal dan digantungkan pada kabel yang tahan karat serta dilitupi dengan

pita putih.

Bahagian bawah jaring hendaklah

menyentuh tanah dan bahagian atas berukuran 0.91 meter tinggi pada titik tengahnya dan 1.07 meter pada kedua-dua bahagian tiangnya.

TENIS

1

Rajah 1.2: Kedudukan jaring tenis iii. Raket Terdapat pelbagai jenis pilihan raket yang boleh digunakan iaitu bingkainya diperbuat daripada kayu, keluli, aluminium, plastik dan besi. Berat raket juga berbeza-beza iaitu bergantung kepada jantina dan umur. Bagi pemain lelaki berat raket adalah di antara 282.7-396.9 g. Manakala bagi pemain wanita, berat raket adalah di antara 368-382 g. Pemain hendaklah memilih raket yang sesuai dengan terutamanya dari segi keselesaan pada pemegangnya.

Rajah 1.3: Raket tenis

TENIS

1

iv. Bola Bola tenis kebiasaannya berwarna hijau kekuningan. Berat bola tersebut adalah di antara 56.7-58.5 g dan saiznya di antara 6.35-5.65 cm diameter. Bola tenis harus dijaga dengan baik dan hendaklah sentiasa dalam keadaan kering.

Rajah 1.4: Bola tenis v. Pakaian Pakaian tradisi bagi permainan ini adalah seluar pendek, baju-T berkolar atau tanpa kolar, stoking dan kasut getah. Bagi pemain wanita pula, pemakaian skirt digunakan dan biasanya berwarna putih. vi. Pegawai permainan Pegawai utama dalam permainan tenis ialah pengadil (umpire) dan berada di tepi bahagian tengah gelanggang. Biasanya tempat duduk khas disediakan untuk pengadil utama. Pengadil akan menentukan peraturan dan undangundang permainan dipatuhi oleh pemain, mengira mata serta memulakan dan menamatkan permainan. Pengadil juga bertanggungjawab sepenuhnya pada permainan tenis ini. Selain itu, pengadil dibantu oleh beberapa pegawai lain iaitu pengadil jaring (net-cord jugde), penjaga garisan dan pengadil servis (foot-fault judge). Tugas pengadil jaring ialah membantu pengadil utama jika timbul sebarang masalah atau perkara yang tidak disedari oleh pengadil utama. TENIS

2

3.0

CARA BERMAIN i. Pemilihan raket Apabila memilih raket, dua perkara utama harus diberikan tumpuan iaitu, •

Saiz genggaman tangan Bagi menentukan saiz genggaman, ukur tapak tangan dan pilih saiz genggaman raket yang sedikit kecil daripada tapak tangan.



Saiz dan berat raket Pemain harus tahu saiz dan berat raket yang sesuai untuk dirinya. Jika terlalu berat dan besar akan menyukarkan pemain untuk memukul bola. Bagi pemain yang baru adalah lebih sesuai menggunakan raket yang lebih kecil saiznya dan lebih ringan.

Rajah 1.5: Jenis raket yang berbeza-beza i. Cara memegang raket Cara memegang raket adalah bergantung pada jenis pukulan yang digunakan. Umumnya, terdapat dua jenis cara genggaman raket yang biasa digunakan iaitu cekak hadapan (forehand grip) dan cekak kilas (backhand grip). Kedua-dua cara ini boleh digunakan untuk semua jenis pukulan.

TENIS

1

Rajah 1.6: Cara memegang raket

Rajah 1.7: Cekak hadapan dan cekak kilas

ii. Tempoh permainan Permainan tenis mempunyai maksimum lima set dan kemengangan untuk tiga set dikira pemenang. Ia juga boleh dimainkan dalam tiga set dengan kemenangan dua set dikira pemenang. Bagi wanita pula, satu permainan mengandungi tiga set dan kemenagan dua set dikira pemenang. Tiada masa dihadkan bagi sesuatu set atau permainan tetapi pemain yang menamatkan pemainan terlebih dahulu daripada lawannya dikira sebagai pemenang. Masa 10 minit diperuntukkan kepada pemain untuk berehat selepas set ketiga bagi lelaki dan pusingan kedua bagi wanita.

TENIS

1

iii. Pengiraan mata Dalam satu set ada sekurang-kurangnya enam permainan dan dalam satu permainan sekurang-kurangnya ada empat kali servis. Permainan dimulakan pada kedudukan 0-0, mana-mana pemain yang berjaya memungut mata pertama dikira, 15-0. Mata kedua yang dipungut dikira 30-0 dan mata ketiga dikira 40-0. Mata seterusnya akan menamatkan permainan dan kemenangan kepada pemain tersebut. Sepanjang permainan berlangsung, mata untuk pemain yang melakukan servis dikira dahulu. iv. Memulakan permainan Permainan ditentukan secara undian iaitu untuk menentukan pemain mana yang memulakan permainan.

Pemain (A) yang memulakan servis berdiri

dibelakang garisan iaitu di sebelah kanan gelanggang.

Manakala pemain

lawan (B) pula akan berada di bahagian kanan gelanggangnya. Pemain (A) hendaklah membuat servis dengan memukul bola ke dalam kawasan servis pemain lawan. Jika terkeluar dari kawasan servis, pemain (A) masih berpeluang melakukan servis kedua. Jika gagal servis kedua, mata akan diberikan kepada pemain lawan (B). Selepas membuat servis pertama di sebelah kanan gelanggang, pemain (A) akan membuat servis di sebelah kiri gelanggang untuk mata kedua. Seterusnya kedua-dua pemain akan melakukan servis secara bergilirgilir sehingga seorang daripadanya mencapai kemenangan.

4.0

KEMAHIRAN ASAS i. Cekak Cekak atau cara memegang raket merupakan kemahiran asas utama dalam permainan tenis.

Pemain boleh menggunakan pelbagai jenis cekak yang

sesuai untuk membuat pukulan. permainan ini adalah: • TENIS

Cekak eastern

Jenis cekak yang digunakan dalam

2

Biasanya digunakan bagi pukulan hadapan dan dikenali sebagai cekak jabat tangan. Bagi memastikan cekak yang betul, raket hendaklah dipegang menggunakan tangan kiri, tapak tangan pula hendaklah diletakkan di atas tali raket dan gelongsorkan tangan ke bawah sehingga ke pemegang raket tanpa merubah kedudukan tangan. Cekak jari-jari mengelilingi pemegang seperti berjabat tangan.

Rajah 1.8: Cekak eastern •

Cekak continental

Cekak jenis ini biasanya digunakan bagi permainan di dalam gelanggang konkrit yang mempunyai lantunan bola yang tinggi. Cara cekak yang betul adalah, ibu jari digerakkan mengikut pusingan jam menghala bahagian atas pemegang raket. Dengan itu, tapak tangan akan berada di bawah pemegang dan ini menyebabkan pukulan bola yang rendah susah dilakukan. Oleh itu, ia amat sesuai untuk pukulan bola melebihi aras pinggang.

TENIS

1

Rajah 1.9: Cekak continental •

Cekak kilas sebelah tangan

Cekak ini susah digunakan ketika bermain terutamanya bagi pemain yang kurang berpengalaman. Untuk mendapatkan cekak yang betul, mulakan dengan cekak eastern tetapi putarkan ibu jari mengikut pusingan jam supaya berada di bawah tapak tangan yang memegang raket. Tujuannya adalah untuk kekuatan cekak pada pukulan tersebut.

Rajah 1.10: Cekak kilas sebelah tangan •

Cekak kilas dua belah tangan

Cekak ini sama digunakan dalam cekak kilas sebelah tangan tetapi tangan yang satu lagi diletakkan bersebelahan sebelah atas tangan yang mencekak raket untuk memberikan sokongan dan kekuatan.

TENIS

1

Rajah 1.11: Cekak kilas dua belah tangan •

Cekak pukulan servis dan smesy

Bagi

membuat

pukulan

servis

dan

smesy,

pemain

digalakkan

menggunakan cekak eastern dengan kedudukan muka raket terbuka semasa memukul.

Rajah 1.12: Cekak servis •

Cekak pukulan voli

Untuk pukulan voli boleh menggunakan cekak yang digunakan dalam pukulan hadapan dan pukulan kilas bagi pemain yang kurang berkemahiran. Bagi yang mahir, pemain boleh menggunakan cekak dalam pukulan servis dan smesy.

TENIS

1

Rajah 1.13: Cekak pukulan voli

i. Pukulan servis Pukulan servis merupakan pukulan bagi memulakan permainan atau memulakan perkiraan mata. Berikut merupakan tunjuk cara dalam pukulan servis: •

Kedudukan sedia. Jarak kaki adalah seluas bahu dengan jari kaki hadapan menghala tiang jaring sebelah kanan. Hujung kaki hadapan berada kira-kira 8 cm dari garis belakang dan petanda tengah. Bahu menghala ke gelanggang servis dengan lutut dan badan dibengkokkan sedikit ke hadapan.



Bola dipegang dengan hujung jari dan dilambung dari lutut ke arah atas kepala dengan siku yang lurus. Bola dilepaskan apabila lengan betul-betul lurus dan dilambung setinggi yang boleh dicapai dengan raket.



Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan semasa ayunan ke belakang dan lambungan. Lutut kiri dibengkokkan sedikit untuk imbangan. Lengan dibengkok pada siku apabila raket sampai di belakang bahu.

TENIS

1 •

Semasa hayunan ke hadapan, pinggul berpusing sedikit dan siku menghala ke hadapan. Kedua-dua kaki diluruskan supaya ketinggian dan kekuatan yang maksimum dapat dicapai.



Bola dipukul dengan sentakan dari pergelangan tangan di atas bahu kiri. Semakin tinggi bola dipukul, dapat memastikan ia melintasi jaring dan masuk ke dalam kawasan gelanggang servis pihak lawan.



Ikut lajak. Badan dengan bahu berpusing sehingga raket di bawa ke sebelah kiri ketika memukul untuk mendapatkan pukulan yang berkesan. Berat badan juga dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.



Kembali kepada kedudukan sedia secepat yang mungkin selepas melakukan pukulan servis.

Rajah 1.14: Gerakan semasa pukulan servis i. Pukulan hadapan Merupakan pukulan yang banyak digunakan dalam permainan tenis. Ia merupakan pukulan yang paling mudah untuk dilakukan dan sesuai digunakan untuk pemain yang baru belajar permainan ini. Berikut merupakan tunjuk cara pukulan hadapan: •

Kedudukan sedia. Lutut dibengkokkan, badan tegak dan raket berada di hadapan badan. Kaki dibuka seluas bahu dan berat badan berada di

TENIS

2

hujung kedua-dua kaki. Gunakan cekak eastern dengan tangan kiri menyokong leher raket. Mata sentiasa memandang pada bola. •

Berpusing ke sisi dan ayunan ke belakang. Gerakan ini dilakukan serentak apabila bola mendarat di sebelah kanan badan. Kaki kanan melangkah ke hadapan bagi bola rendah, selari dengan garis belakang untuk bola sederhana dan melangkah ke belakang untuk bola tinggi. Raket di bawa ke belakang badan dan kedudukan kepala raket hendaklah selari serta rendah sedikit daripada ketinggian bola. Ayunan dilakukan dengan tenang dan lengan serta siku tidak diluruskan atau dikeraskan.



Hayunan ke hadapan. Pergerakan keseluruhan pada lengan dan putaran di buat dari bahagian bahu.raket hendaklah selari dan bergerak sedikit ke atas apabila kaki kiri melangkah ke arah bola. Bola dipukul ketika ia melantun pada aras pinggang pemain. Pergelangan tangan dikeraskan dan pemindahan berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan.



Ikut lajak. Kedudukan muka raket berterusan melalui garis pukulan dan ke atas sehingga ia berhenti. Kedudukan badan tegap dan selari dengan garis tepi, kaki hadapan dibengkok sedikit dan jari kaki belakang atas gelanggang. Berat badan sepenuhnya di atas kaki hadapan.



Kembali kepada kedudukan sedia bagi menyediakan diri pemain untuk membuat pukulan seterusnya.

TENIS

1

Rajah 1.15: Gerakan semasa pukulan hadapan i. Pukulan smesy Merupakan pukulan yang paling berkesan untuk mendapatkan mata atau kemenangan. Kesilapan yang biasa dilakukan oleh pemain semasa membuat pukulan ini adalah mengalihkan pandangan dan memukul bola dengan terburu-buru. Pukulan ini digunakan sebagai tindakan balas kepada lambungan tinggi daripada pihak lawan. Berikut adalah tunjuk cara pukulan smesy: •

Kedudukan sedia. Gunakan cekak pukulan hadapan atau cekak continental.



Gerak kaki dan ayunan ke belakang. Ia dilakukan serentak apabila bola dalam situasi lob. Raket dibawa ke belakang bahagian bahu. Kedudukan bahu berpusing selari dengan garis tepi. Kaki juga selari dengan garis tepi dan bergerak sehingga berada di bawah bola. Berat badan berada di kaki belakang

dan

badan

bersedia

untuk

ayunan.

Kedua-dua

lutut

dibengkokkan sedikit. •

Hayunan ke hadapan. Bola dipukul dari bahu kiri dengan kaki dan badan diluruskan. Raket hendaklah dipukul dengan sentakan pergelangan tangan bagi memastikan bola jatuh ke gelanggang pihak lawan.



Ikut lajak. Raket hendaklah mengikut lajak ke arah bola yang dipukul dan kemudian ke arah sebelah kiri badan.



Kembali kepada kedudukan sedia dengan segera selepas melakukan smesy.

TENIS

1

Rajah 1.16: Gerakan semasa pukulan smesy i. Pukulan kilas Pukulan ini sukar dilakukan terutamanya bagi pemain yang baru tetapi ia menjadi lebih mudah jika pemain dapat membayangkan perlakuan yang sama semasa pukulan hadapan. Berikut adalah tunjuk cara dalam pukulan kilas: •

Kedudukan sedia. Gunakan cekak kilas sebelah tangan semasa berpusing dan ayunan ke belakang.



Berpusing. Pergerakan ini dilakukan serentak apabila bola mendarat di sebelah kiri pemain. Kaki kiri melangkah ke hadapan jika bola rendah, selari dengan garisan belakang jika bola sedehana dan ke belakang bagi bola tinggi. Raket dibawa ke belakang, tangan kiri di leher raket dan tapak tangan di atas pemegang raket.



Hayunan ke hadapan. Keseluruhan ayunan tangan berputar dari bahu dan pinggul. Raket bergerak sedikit ke atas kaki kanan yang melangkah ke arah bola. Bola dipukul di hadapan badan dengan pergelangan tangan dikeraskan. Berat badan dipindahkan dari kaki belakang ke kaki hadapan dan mata memandang pada bola.



Ikut lajak. Muka raket dihayun terus mengikut pukulan bola seberapa jauh yang boleh ke atas siku sehingga berhenti. Kepala raket berada lebih tinggi dari pergelangan tangan. Lutut hadapan dibengkokkan sedikit dengan hujung jari kaki belakang mencecah gelanggang.



TENIS

Kembali kepada kedudukan sedia.

1

Rajah 1.17: Gerakan semasa pukulan kilas sebelah tangan i. Pukulan kilas dua belah tangan Pukulan ini menggunakan cekak pukulan kilas tetapi tangan kiri mencekak raket disebelah atas tangan kanan. •

Kedudukan sedia. Kekalkan cekak pukulan kilas dengan tangan kiri memegang raket hampir dengan tangan kanan.



Berpusing, tukar cekak dan hayunkan ke belakang. Pergerakan dilakukan apabila bola mendarat di sebelah kiri pemain. Kaki kiri melangkah mengikut arah bola yang datang. Kedudukan badan membongkok sedikit ke hadapan bagi membolehkan pukulan dan hayunan yang kuat.



Hayunan ke hadapan. Keseluruhan pergerakan hayunan kedua-dua tangan agak terkawal dari putaran bahagian badan dan pinggul. Raket dihayun dengan kaki kanan melangkah ke arah bola yang hendak dipukul. Kedua-dua

pergelangan

tangan

dikeraskan

dan

mata

sentiasa

memandang pada bola. •

Ikut lajak. Hayunan diteruskan selepas melakukan pukulan tanpa keduadua tangan melepaskan raket sehingga berhenti. Mata memerhati pada bola yang dipukul untuk ketepatan pukulan.



TENIS

Kembali kepada kedudukan sedia selepas melakukan pukulan.

1

Rajah 1.18: Gerakan semasa pukulan kilas dua belah tangan

i.

Pukulan voli hadapan Pukulan ini merupakan pukulan yang dilakukan sebelum bola menyentuh gelanggang. Berikut adalah tunjuk cara pukulan voli hadapan: •

Kedudukan sedia.

Berada di antara garis servis dan jaring. Gunakan

cekak pukulan hadapan. •

Berpusing dan hayun ke belakang. Kedua-dua gerakan ini dilakukan dengan cepat. Kaki kanan berpusing sedikit ketika pinggul dan bahu kira 450 menghala ke jaring. Kepala raket berada di atas aras pergelagan tangan dan berat badan di atas kaki kanan.



Hayunan ke hadapan. Kedudukan muka raket bersudut tepat semasa menyentuh bola. Perlakuan dilakukan dengan cekak yang kemas, pergelangan tangan dan lengan dikeraskan. Bola dipukul ketika berada di hadapan kaki kiri dengan ketinggian kepala raket di atas aras pergelangan tangan. Kaki kiri melangkah bersama-sama dengan berat badan ketika memukul.



TENIS

Kembali kepada kedudukan sedia selepas melakukan pukulan.

1

Rajah 1.19: Gerakan semasa pukulan kilas dua belah tangan

TENIS

Related Documents

Tenis
May 2020 26
Tenis
June 2020 20
Tenis Finish.docx
May 2020 28
Tenis 3
June 2020 20
Noticias Tenis
April 2020 11
Tenis 1
June 2020 20

More Documents from ""

Soalan Pjpk Ting.3
May 2020 55
Soalan Pjpk Ting.4
May 2020 87
Lompat Jauh
June 2020 26
Soalan Pjpk Ting.1
May 2020 31
Sistem Tenaga
June 2020 13
Permainan Hoki
June 2020 32