Teks Ucapan Perasmi

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Ucapan Perasmi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,405
  • Pages: 5
TEKS UCAPAN Y.B. TUAN HAJI W. MOHD BIN WAN HASSAN PENGERUSI JAWATANKUASA PEMBANGUNAN ISLAM HADHARI NEGERI TERENGGANU DI PERASMIAN PENUTUP KURSUS PENSIJILAN DAN LOGO HALAL NEGERI TERENGGANU Bismillahirahmanirrahim : Yang Berbahagia, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Dato’ Engku Mohamed bin Engku A. Rahman. Yang Berusaha, Ketua-Ketua Penolong Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT). Pegawai-Pegawai Jabatan, Urusetia-Urusetia Kursus , serta para peserta kursus yang dikasihi sekalian. Assalamualaikum wr.w.b.t. dan salam sejahtera, (salam dari Y.B. Exco Pembangunan Islam Hadhari yang kini berada di Mesir bersempena program………………………………..). Alhamdulillah, kita bersyukur kehadrat Allah s.w.t. yang telah melimpah rahmatNya kepada kita sehingga dengan itu kita dapat bertemu di Majlis Perasmian Penutup ini untuk kita meneruskan satu lagi tugas dan amanah yang dipikulkan ke atas kini. Mudah-mudahan kita dapat manfaatkan majlis ini sebaik mungkin. Pertamanya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur iaitu Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu kerana menjemput saya memberikan ucap tama seterusnya

merasmikan

penutup

program

Kursus

Pensijilan

Logo

dan

Halal

sebegini

perlu

Terengganu (KPL&HT) ini. Sememangnya,

kursus-kursus

yang

berkaitan

produk

halal

dipertingkatkan dan ditambahbaikkan lagi agar memberi peluang dan ruang kepada masyarakat kita amnya supaya dapat memahami serta mempraktikkan konsep halal yang sebenarnya dituntut oleh Agama Islam itu sendiri. Ini sebagaimana seperti yang difirmankan oleh Allah s.w.t. :-

(Al-Baqarah : 168) Yang bermaksud :

“Hai sekelian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-

langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”.

Dikesempatan program kursus pensijilan dan logo halal ini juga saya ingin berkongsi maklumat dengan tuan-tuan dan puan-puan semua tentang sejarah pensijilan halal dunia. Menurut rekod IFANCA (iaitu Islamic Food and Nutrition Council Of America atau Majlis Makanan dan Pemakanan Islam Amerika) produk pertama yang telah diberi sijil halal ialah ubat gigi berjenama CREST pada tahun 1984 yang dikeluarkan oleh Procter & Gamble setelah memenuhi kriteria pensijilan halal IFANCA. Rentetan dari situlah, maka permohonan untuk pensijilan halal bagi produk makanan terus meningkat untuk pasaran dunia. Manakala di negara kita Malaysia, merupakan antara negara Islam yang bersungguhsungguh menjalankan tanggungjawab ini secara konsisten, berkesan dan penuh kewibawaan. Peranan tersebut telah dimainkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM – dahulunya dikenali sebagai Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) ) sejak tahun 1974 lagi. Dan bermula pada tahun 1994 pertamakali pengesahan halal telah diberikan kepada syarikat-syarikat pengeluar makanan tempatan dalam bentuk sijil dan logo. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti sijil halal JAKIM supaya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa, maka JAKIM telah menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Standard Malaysia & SIRIM untuk mengeluarkan sijil halal yang standard serta lengkap dengan ciri-ciri keselamatan bagi tujuan mengelak penipuan dan penyalahgunaan sijil dan logo halal. Dalam aspek penyelarasan pengeluaran sijil halal antara jabatan-jabatan agama negeri,pihak JAKIM mengeluarkan sijil halal bagi produk eksport ke luar negara dan pasaran yang melibatkan antara negeri. Manakala Jabatan Agama Islam Negeri seperti Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu ini hanya mengeluarkan sijil halal bagi produk yang dikeluarkan dan dipasarkan di dalam negeri sahaja. Penyelarasan di antara JAKIM dan Jabatan Agama lslam Negeri ini dalam pengeluaran sijil dan logo halal telah memberi manfaat besar kepada industri makanan halal di

negara kita ini kerana para pengguna tidak lagi keliru dan salah faham mengenai sijil dan logo halal pada sesetengah produk halal yang di pasarkan di negara ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Wawasan untuk menjadikan negara kita Malaysia sebagai sebuah pusat pengeluar makanan halal telah dibincang sekian lama oleh kerajaan dan sektor swasta. Ini telah menjadikan industri makanan halal sebagai salah satu industri yang diberikan keutamaan untuk dimajukan, dimana beberapa program dan projek ke arah memajukan industri makanan halal telah dan akan dilaksanakan oleh agensi-agensi kerajaan yang terbabit seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, JAKIM, MARDI dan agensi-agensi lain yang berkaitan. Dalam sidang Parlimen bagi-baru ini juga, kerajaan ada menyarankan langkah untuk mewujudkan pusat makanan halal di setiap negeri. Antara negeri yang telah berusaha ke arah misi itu ialah di Pulau Indah, Selangor, Gambang, Pahang dan di Pedas, Negeri Sembilan. Saya berkeyakinan selepas ini, Negeri Terengganu Darul Iman pula akan berusaha ke arah yang sama untuk menjadikan negeri kita yang berkonsepkan “Islam Hadhari Terengganu Bestari” ini sebagai Pusat “Makanan Halal” dan “Pusat Rujukan Maklumat Halal”. Sebarang usaha ke arah memartabatkan umat dan menjana kecemerlangan ekonomi melalui

pasaran-pasaran

produk

halal

ini

sememangnya

bertepatan

dengan

pendekatan “Islam Hadhari” yang menjurus dan memfokuskan kepada kerajaan seimbang di dunia dan juga akhirat. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Potensi pasaran produk-produk makanan halal ini sememangnya amat besar. Ini boleh dibuktikan dengan jumlah populasi penduduk yang beragama Islam di seluruh dumia bagi tahun 2003 sahaja berjumlah 1.6 bilion iaitu 28% daripada jumlah keseluruhan penduduk dunia. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa potensi pasaran bagi produk makanan halal telah wujud bagi memenuhi permintaan daripada penduduk beragama Islam. Adalah dijangkakan bahawa permintaan terhadap produk ini akan terus meningkat sejajar dengan kadar pertumbuhan penduduk Islam yang bernilai positif 3% setahun dan populasi ini dijangka terus meningkat kepada 2.77 bilion menjelang tahun 2010 nanti. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian,

Pada pagi ini, saya juga ingin membuka minda dan pandangan tuan-tuan sekelian. Adakah tuan-tuan menyedari atau tidak, dalam kita membanggakan komitmen kita untuk menjadikan Malaysia ini sebagai Pusat Makanan dan Halal Dunia. Jiran kita Thailand sebenarnya memberi ancaman

utama kepada potensi industri makanan

halal di Malaysia. Samada kita akan percaya atau tidak, industri makanan halal Thailand telahpun menyumbang sebanyak RM 15 bilion setahun daripada eksport makanannya ke seluruh dunia. Manakala negara-negara lain yang dikategorikan sebagai pesaing bagi kita termasuk Australia,

New

Zealand,

China

dan

Indonesia

masing-masing

telah

menjadi

penyumbang utama eksport makanan halalnya ke seluruh dunia. Kita sebenarnya masih perlu memperbaiki pelaksanaan strategi dan pembangunan penyelidikan makanan halal dalam membuktikan Malaysia benar-benar akan menjadi pusat makanan halal dunia menjelang 2010. Insyaallah. Tuan-tuan dan puan-puan sekelian, Dalam kita menongkah arus globalisasi dan modenisasi ini, tanpa kita sedar kemajuan teknologi yang serba canggih dalam industri pemprosesan makanan juga mengalami

perubahan

yang

sesuai

dengan

kepesatan

pembaharuan

dan

pembangunan dalam bidang yang lain. Kerajaan elemen

juga akan cuba melaksanakan dan menerapkan ciri-ciri dan elemen“food

safety”

(keselamatan

makanan)

dalam

pensijilan

halal

dan

mengintegrasikan HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) bagi menjadikan pensijilan halal lebih berwibawa dan berdaya saing serta memastikan produk makanan yang dikeluarkan dibawah label halal lebih terjamin selamat dan tidak membahayakan kesihatan. Umumnya, penggunaan apa jua teknologi bagi menghasilkan pelbagai bentuk produk makanan supaya lebih selamat dan berkualiti serta memenuhi apa-apa keperluan peraturan dan perundangan, semuanya itu bertepatan dengan tuntutan agama Islam itu sendiri. Semua makanan yang telah diproses itu adalah halal sekiranya sumbernya halal, bahan-bahan ramuannya halal dan aktiviti pemprosesan adalah bebas dari sebarang benda

dan

perkara-perkara

yang

meragukan.

Konsep

ini

adalah

jelas

dan

berpandukan kepda hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Tirmzi yang bermaksud :

“Yang halal sudah jelas yang haram sudah jelas, diantara keduanya ada beberapa yang belum jelas (syubhah) ramai yang tidak tahu sama ada ia halal dan haram. Maka barang siapa yang menjauhinya kerana hendak membersihkan agama dan kehormatannya, dia akan selamat; dan barang siapa yang mengerjakan sedikitpun daripadanya maka hampir ia akan jatuh ke dalam haram.” Tuan-tuan dan Puan-puan para Peserta Kursus Sekelian, Saya berkeyakinan bahawa kursus pensijilan dan Logo Halal yang telah dijalankan pada hari ini telah memberi dan menambah input yan banyak kepada tuan-puan semua. Saya difahamkan para peserta semua telahpun menerima maklumat yang banyak berkenaan aspek-aspek perundangan yang berkaitan dengan pensijilan halal ini terutamanya di bawah Akta Perihal Dagangan 1972, Perintah (Perbahasaan Halal) 1975 yang telah disampaikan oleh

Perihal Dagangan

Pegawai Kanan dari

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sendiri (iaitu Encik Othman bin Nawang). Saya

juga

percaya

bahawa tuan-tuan dan

puan-puan juga telahpun

diberi

penerangan dan kefahaman yang jelas berkenaan dengan konsep produk halal dan bagaimanakah prosedur pensijilan halal ini dijalankan dan perlu diikuti oleh pengusaha-pengusaha industri makanan di negara kita ini. Semuanya itu juga telah dibincangkan panjang lebar oleh Penasihat Pakar dari Bahagian Kajian Makanan dan Barangan Gunaan Islam, JAKIM (iaitu Encik Lokman bin Ab. Rahman). Dengan itu, saya yang bagi pihak Kerajaan Negeri begitu berharap agar pengusaha dan pengeluar makanan, pihak berkuasa, agensi kerajaan dan swasta di negeri ini yang terllibat, memahami serta komited terhadap prosedur dan garis panduan halal supaya bukan sahaja industri makanan halal itu dilindungi dan dipertingkatkan, bahkan juga kepada pengguna-pengguna Islam dan bukan Islam di negara kita khususnya dan seluruh dunia amnya. Dengan harapan itu juga, saya dengan lafaz yang mulia, Bismillahirrahmanirrahim, SAYA MERASMIKAN MAJLIS PENUTUP KURSUS PENSIJILAN DAN LOGO HALAL NEGERI TERENGGANU INI. Sekian, wassalamualaikum wbt.w.r.w.b.t.

Related Documents

Teks Ucapan Perasmi
October 2019 37
Teks Ucapan Perasmi
April 2020 40
Teks Penuh Ucapan
June 2020 28
Teks Ucapan Gb.docx
November 2019 40
Teks Ucapan Penutup
April 2020 30