Teks Program Dakwah.docx

  • Uploaded by: Izzy Izzati
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Program Dakwah.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 793
  • Pages: 4
TEKS PENGACARA PROGRAM AL-QURAN DI HATIKU (1 MAC 2019)

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬ ‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬ ‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬. ‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬ ‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬. ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA PEMBUKA KATA LIDAH BICARA IZINKAN SAYA MULAKAN ACARA SEMOGA MAJLIS DISAMBUT CERIA Yang berusaha: 1. En Ismail bin Lobot, Penolong Kanan Pentadbiran merangkap pemangku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Dr Haji Sulaiman Daud, 2. Pn Janet ak John Samai, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 3. En Keron bin Mat , Penolong Kanan Kokurikulum 4. En Fathi bin Haji Sulaiman, Penolong Kanan Pendidikan Khas. 5. Guru-guru 6. Barisan pemimpin murid 7. Dan seterusnya murid – murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum...WBT dan salam sejahtera. Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan permai ini bagi satu lagi majlis ilmu iaitu Program Al-Quran Di Hatiku. Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Bahagian Dakwah Unit Hal Ehwal Murid SK Tan Sri Datuk Dr Hj Sulaiman Daud ini bertujuan menanam minat dan memperkasakan amalan membaca al-quran dalam kalangan warga sekolah amnya dan murid-murid khusunya.

Hadirin hadirat sekalian,

Sebagai pembuka acara kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita mendengar alunan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh adik Azfar bin Idris dari Tahun 5 Melur. Adik Azfar akan membaca ayat _____ dari Surah ________. Dipersilakan.

**** Bacaan ayat al-Quran*******

Terima kasih diucapkan kepada adik Azfar bin Idris atas bacaan ayat suci al-quran sebentar tadi. Untuk makluman sidang hadirin, adik Azfar akan mewakili sekolah kita dalam pertadingan tilawah al-Quran dalam majlis Tilawah al-Quran peringkat zon B yang akan diadakan pada 6 Mac 2019 bertempat di SK Buntal dan SK Santubung.

Semoga adik Azfar dan peserta-peserta yang akan mewakili sekolah dalam acara tilawah al-Quran perempuan, bercerita lelaki dan perempuan serta hafazan lelaki dan perempuan dikurniakan kesihatan yang baik dan seterusnya memperoleh kejayaan dalam pertandingan tersebut. Aaminn.

Hadirin-Hadirat sekalian, Majlis ’Al-Quran di Hatiku’ diteruskan lagi dengan mendengar ceramah yang akan disampaikan oleh penceramah jemputan kita. Marilah kita sama-sama meminjamkan mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal disampaikan dapat difahami dan dihayati bersama. Murid-murid diingatkan untuk memberikan kerjasama dengan tidak membuat bising dan mendengar dengan teliti sepanjang cermah berlangsung. Untuk itu, dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad Nawi untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk ’Kelebihan Membaca al-Quran’. ****************** Ceramah **********************************

Terima kasih diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad Nawi di atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga mutiara ilmu yang disampaikan sebentar tadi dapat dijadikan panduan dan pemangkin semangat kita semua untuk memperkasakan amalan bacaan al-quran dalam kehiudpan seharian kita. In Sya Allah.

Tidak dilupakan, ucapan tahniah kepada para pemenang kuiz spontan sebentar tadi.

Sidang Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Tidak lengkap rasanya majlis kita pada pagi ini tanpa mendengar ucapan dari wakil pentadbir. DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI, BATANG JERAMI REBAH KE BUMI; MADAH DIHULUR SEMBAH DIBERI, KATA PERASMI HAJATNYA KAMI.

Baiklah, bagi menyempurnakan acara, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput EN ISMAIL BIN LOBOT selaku PENOLONG KANAN PENTADBIRAN MERANGKAP PEMANGKU GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN TAN SRI DATUK DR HJ SULAIMAN DAUD untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Pelancaran Program Dakwah Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Dr Hj Sulaiman Daud bagi tahun 2019.

Majlis dengan segala hormatnnya mempersilakan.

******** UCAPAN PERASMIAN ******

Mohon En Ismail kekal di pentas. Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan dan pelancaran gimik perasmian sebentar tadi. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi dapat dijadikan pengajaran dan sempadan buat kita semua.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah dan cenderamata tanda penghargaan kepada khalifah yaasin dan penceramah jemputan kita. Untuk itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput ENCIK ISMAIL

Dijemput Ustaz Romizi bin Ismail, khalifah bacaan yaasin naik ke pentas untuk menerima hadiah. Seterusnya, dijemput Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad Nawi, penceramah kita pada pagi ini untuk naik ke pentas.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada EN ISMAIL BIN LOBOT atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian cenderahati itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah program dakwah yang bertemakan ‘Al-quran Di Hatiku’ pada pagi ini. Segala yang baik datangnya dari Allah dan kekurangan adalah dari kelemahan saya sendiri. Saya memohon maaf jika ada tersalah bicara terkasar kata sepanjang mengacarakan majlis pada pagi ini. Sekian, terima kasih dan asslamualaikum. Murid tahun 5 dan 6 diminta berdiri dalam keadaan senyap dan tertib. Tahun 3 dan 4 Tahun 1 dan 2

Murid Tahun 5 dan Tahun 1 boleh naik ke kelas masing-masing dalam keadaan senyap dan berdisiplin.

Related Documents


More Documents from ""

People Vs Tuason.docx
November 2019 30
Cedera_kepala.docx
June 2020 5
In Re Morales.docx
November 2019 26
Pr.docx
June 2020 7