TEKS MESYUARAT AGUNG KAWASAN TAHUN 2019
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA ANGGOTA-ANGGOTA KAWASAN ……………………………….. SAYA MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI KAWASAN (NAMA) SETIAUSAHA KAWASAN (NAMA) DAN AHLI JAWATANKUASA KAWASAN YANG BERUSAHA BAGI MENJAYAKAN MESYUARAT PADA HARI INI.
SAYA (NAMA DAN JAWATAN DI KOPENAS) BERSAMA DALAM MESYUARAT INI SEBAGAI WAKIL DARIPADA ANGGOTA LEMBAGA DAN KOPERASI PERKHIDMATAN PELAJARAN NASIONAL BERHAD.
SAYA MENARUH HARAPAN AGAR MESYUARAT PADA HARI INI DAPAT DIJALANKAN DENGAN SEMPURNA, TERATUR DAN PADAT DENGAN MAKLUMAT YANG BAKAL DIBENTANGKAN DI MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN YANG AKAN DATANG INI.
DALAM PERJALANAN MESYUARAT INI, TERDAPAT BEBERAPA AGENDA YANG TELAH DIMAKLUMKAN KEPADA TUAN/PUAN DI DALAM NOTIS JEMPUTAN MESYUARAT YANG DIHANTAR KEPADA TUAN/PUAN.
AGENDA PERTAMA ADALAH PEMBENTANGAN DRAF AKAUN TERAUDIT BERAKHIR 31 DISEMBER 2018 DAN CADANGAN PEMBERIAN DIVIDEN.
DRAF AKAUN INI HANYA MEMPAPARKAN KUNCI KIRA-KIRA, AKAUN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN, PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN.
WALAUBAGAIMANAPUN, INI HANYALAH DRAF SAHAJA. AKAUN YANG LENGKAP DAN DISAHKAN BERSERTA DENGAN NOTA-NOTA KEWANGAN AKAN DIBENTANGKAN PADA MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN AKAN DATANG.
MERUJUK KEPADA KUNCI KIRA-KIRA BERAKHIR 31 DISEMBER 2018, MENUNJUKKAN ASET SEMASA BERSIH BERKURANGAN. JUMLAH PENGURANGAN ADALAH SATU JUTA LAPAN RATUS EMPAT PULUH ENAM RIBU LIMA RATUS LAPAN RINGGIT (RM 1,846,508.00).
PENGURANGAN INI ADALAH DISEBABKAN OLEH PENGALIRAN KELUAR MODAL WANG YANG SANGAT PERLAHAN BAGI AKTIVITI PERKHIDMATAN WANG ATAU AKTIVITI PEMBIAYAAN KOPENAS. HAL INI MELIBATKAN PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG, PERATUSAN KELAYAKAN DAN KURANG PERMOHONAN PARA ANGGOTA UNTUK MENGGUNAKAN PEMBIAYAAN DARIPADA KOPERASI.
WALAUBAGAIMANAPUN, JUMLAH KESELURUHAN ASET SEMASA BERSIH ADALAH BERJUMLAH LAPAN PULUH JUTA EMPAT PULUH EMPAT RIBU EMPAT RATUS SEMBILAN PULUH TIGA RINGGIT (RM80,044,493.00). JUMLAH INI MASIH MERUPAKAN JUMLAH YANG STABIL DIMANA PARA ANGGOTA LEMBAGA TELAH MENGAMBIL LANGKAH TERBAIK BAGI MENGEKALKAN JUMLAH ASET SEMASA DENGAN MEMBUAT PELABURAN HARTANAH DAN PELABURAN WANG.
MERUJUK KEPADA AKAUN PEMBAHAGIAN KEUNTUNGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018, KEUNTUNGAN TERKUMPUL PADA AKHIR TAHUN BERJUMLAH EMPAT JUTA LIMA RATUS DUA RIBU ENAM RATUS DUA PULUH LIMA RINGGIT (RM 4,502,625.00).
CADANGAN DIVIDEN ATAS MODAL SYER BAGI TAHUN 2017 DIKEKALKAN 6.7% MANAKALA DIVIDEN ATAS MODAL YURAN 2017 JUGA DIKEKALKAN 3%. WALAUBAGAIMANAPUN, CADANGAN INI AKAN DIMUKTAMADKAN BERGANTUNG KEPADA KEPUTUSAN MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN AKAN DATANG DAN KELULUSAN DARIPADA SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA.
MERUJUK KEPADA AKAUN PENDAPATAN, JUMLAH PENDAPATAN BAGI TAHUN 2018 MENINGKAT. JUMLAH PENDAPATAN ADALAH ENAM JUTA ENAM RATUS LIMA BELAS RIBU TIGA PULUH TUJUH RINGGIT (RM 6,615,037.00).
JIKA DIBANDINGKAN JUMLAH PENDAPATAN 2017, JUMLAH PENDAPATAN BAGI TAHUN 2018 MENINGKAT SEBANYAK EMPAT RATUS TIGA PULUH RIBU TUJUH RATUS TUJUH PULUH TUJUH RINGGIT (RM 430,777.00).
MERUJUK KEPADA AKAUN PERBELANJAAN, JUMLAH PERBELANJAAN BAGI TAHUN 2018 BERKURANG. JUMLAH PERBELANJAAN ADALAH TIGA JUTA SERATUS TIGA RIBU DUA RATUS SEMBILAN PULUH LIMA RINGGIT (RM 3,103,295.00).
WALAUBAGAIMANAPUN, AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN INI ADALAH DRAF. AKAUN YANG DISAHKAN AKAN DIBENTANG DALAM MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN AKAN DATANG.
AGENDA KEDUA ADALAH PEMBENTANGAN PINDAAN PERUNTUKAN TAHUN 2019 DAN PERUNTUKAN TAHUN 2020. CADANGAN BARU PERUNTUKAN PENDAPATAN BAGI TAHUN 2019 BERJUMLAH LAPAN JUTA SERATUS SEMBILAN PULUH ENAM RIBU RINGGIT (RM 8,196,000.00). MANAKALA, CADANGAN PERUNTUKAN TAHUN 2020 BERJUMLAH SEMBILAN JUTA LIMA RATUS DUA PULUH SEMBILAN RINGGIT (RM 9,529,000.00).
CADANGAN BARU PERUNTUKAN BAGI TAHUN 2019 BERJUMLAH TIGA JUTA ENAM RATUS LAPAN RIBU SERATUS RINGGIT (RM 3,608,100.00). MANAKALA, CADANGAN PERUNTUKAN BAGI TAHUN 2020 BERJUMLAH DUA JUTA SEMBILAN RATUS EMPAT PULUH DUA RIBU ENAM RATUS RINGGIT (RM 2,942,600.00).
AGENDA TIGA ADALAH CADANGAN PINDAAN UNDANG-UNDANG KECIL. ANGGOTA LEMBAGA AKAN MENCADANGKAN DI MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN AKAN DATANG UNTUK MEMINDA UNDANG-UNDANG KECIL LAPAN (8) IAITU MEMINDA FUNGSI UTAMA KOPERASI DARIPADA KREDIT KEPADA PERKHIDMATAN. JUGA MEMINDA UNDANG-UNDANG KECIL SEMBILAN (9) IAITU AKTIVITI KOPERASI YANG MANA KREDIT AKAN DIJADIKAN SEBAGAI AKTIVITI BUKAN LAGI SEBAGAI FUNGSI.
FAKTOR PINDAAN INI ADALAH DISEBABKAN OLEH KEKANGAN PERUNDANGAN AKTA DAN PEKELILING. KEKANGAN TERSEBUT ADALAH MENYEKAT KOPERASI KREDIT DARIPADA BERGIAT AKTIF DALAM AKTIVITI PELABURAN HARTANAH DAN PELABURAN WANG. HAD MAKSIMA BAGI SESEBUAH KOPERASI KREDIT TERLIBAT DALAM AKTIVITI PELABURAN HARTANAH DAN PELABURAN WANG ADALAH TIGA PULUH PERATUS (30%) DARIPADA JUMLAH KUMPULAN WANG ANGGOTA.
PINDAAN INI AKAN MENINGKATKAN HAD MAKSIMA AKTIVITI PELABURAN KEPADA TUJUH PULUH PERATUS (70%) DARIPADA JUMLAH KUMPULAN WANG ANGGOTA.
AGENDA EMPAT IALAH MELANTIK PERWAKILAN KE MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN 2019-2020. PERLANTIKAN INI BOLEH MENGEKALKAN PERWAKILAN SEBELUM INI TETAPI JIKA PERWAKILAN SEBELUM INI TIDAK HADIR MAKA BELIAU HILANG KELAYAKAN DILANTIK SEMULA SEBAGAI PERWAKILAN DAN PERLU DIGANTI DENGAN ANGGOTA LAIN YANG HADIR. PERLANTIKAN INI JUGA BOLEH MELANTIK SEMUA PERWAKILAN BARU JIKA DIPERSETUJUI.
AGENDA LIMA IALAH USUL-USUL DARIPADA KAWASAN. CADANGAN USUL DARIPADA KAWASAN AKAN DIBINCANGKAN DI MESYUARAT USUL OLEH JAWATANKUASA KECIL USUL SEBELUM MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN. DIMANA JAWATANKUASA AKAN MENAPIS USUL YANG AKAN DIBAHAS DAN USUL TANPA BAHAS DI MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN.
AGENDA ENAM IALAH LAPORAN AKTIVITI KAWASAN-KAWASAN. LAPORAN INI AKAN DIBENTANGKAN OLEH PENGERUSI KAWASAN ATAU SETIAUSAHA KAWASAN JIKA TERDAPAT SEBARANG AKTIVITI.
AGENDA TUJUH IALAH HAL-HAL LAIN JIKA ADA.
SAYA MENGAKHIRI MESYUARAT INI DENGAN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PENGERUSI KAWASAN (NAMA), SETIAUSAHA KAWASAN (NAMA) DAN AHLI JAWATANKUASA KAWASAN SERTA ANGGOTA-ANGGOTA KAWASAN……………………. YANG HADIR. SAYA JUGA MENDOAKAN KESELAMATAN TUAN/PUAN PERJALANAN PULANG KE DESTINASI MASING-MASING DENGAN SELAMAT. SEKIAN TERIMA KASIH.