Teks Mc Penutupan Bulan Kemerdekaan.docx

  • Uploaded by: Muhammad Ikmal Ibrahim
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Mc Penutupan Bulan Kemerdekaan.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 991
  • Pages: 6
SKRIP PENGACARA MAJLIS SEMPENA PENUTUPAN SAMBUTAN BULAN PATRIOTISME JALAN PASAR UNITED TAHUN 2016

# Diminta semua pelajar untuk mengambil tempat masing-masing dan senyap kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Mencari timba si anak dara, Di bawah sarang burung tempua, Salam sembah pembuka bicara, Selamat datang untuk semua.

Ke Pekan Kuala membeli bingka, Sayang pesanan terlupa sudah, Majlis bermula tirai dibuka, Dengan alunan madah yang indah.

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Selamat pagi, dan Salam Satu Malaysia Yang berusaha, EN ROSMAN BIN MATNOOR, Guru Besar SK Jalan Pasar 1, PN HASHIMAH BT HASHIM, Guru Besar Sk Jalan Pasar 2, EN KAMARUZAMAN BIN _____________, Guru Besar SK Lelaki Jalan Pasar 2, yang dihormati, penolong kanan-penolong kanan , Guru-guru serta muridmurid yang disayangi sekalian.

Majlis akan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan seterusnya lagu Wilayah. # Diminta semua guru dan murid-murid untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu negaraku dengan penuh semangat.

……………………………………………………(Nyanyian Lagu Negaraku)…………………………………………………. ( Terima kasih )

Hadirin yang dihormati, Lebat kemiri pohonnya rendah, Dahan terikat tali perkasa, Sepuluh jari kami menadah, Mohon berkat yang Maha Esa.

Bagi menambah keberkatan Majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh EN MUHAMMAD FARUQHI BIN AZMI Majlis dengan takzimnya mempersilakan. ……………………………………………………………………….bacaan doa………………………………………………….. Amin, Amin Ya Rabbal `Alamin Negeri Sabah aman sentosa, Pendidikan Gemilang Misi Utama, Dengan tiada melengahkan masa, Kita mulakan aturcara pertama. Tenun benang menjadi sari, Di atas papan batang jerami, Kepada tuan sembah diberi, Mohon rasmikan majlis kami.

Seterusnya majlis menjemput dan mempersilakan EN ROSMAN BIN MATNOOR, Guru Besar SK JAlan Pasar 1 untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Penutupan Bulan Patriotisme Jalan Pasar Uniter bagi tahun 2016 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…..

……………………………………………………(Ucapan)…………………………………………………. Majlis mengucapkn ribuan terima kasih atas ucapan dan gimik perasmian itu tadi.

Seperti yang kita maklum, Sekolah Jalan Pasar United telah pun melancarkan majlis Perasmian Bulan Patriotisme pada 15 Ogos yang lalu. Maka di sepanjang perjalanan Bulan Patriotisme ini, kita dapat menyaksikan pelbagai usaha yang telah dilahirkan bagi menunjukkan rasa cinta dan bangga dengan tanah air kita. Pelbagai pertandingan telah dianjurkan bagi memeriahkan lagi sambutan bulan patriotism ini.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan, Untuk pengetahuan hadirin sekalian SK Jalan Pasar 1 telah mengadakan beberapa pertandingan sempena bulan kemerdekaan. antaranya ialah pertandingan wajah merdeka, mafla merdeka dan nyanyian patriotism. Oleh itu, tanpa melengahkan masa, majlis menjemput PN ERNy KAMALEAH BT HJ MOHD ESA bagi mengiringi EN ROSMAN BIN MATNOOR untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi pertandingan yang telah dijalankan. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. HADIAH Pemenang bagi pertandingan__________tempat ke lima dimenangi oleh adik WAJAH MERDEKA 1. 2. 3. 4. 5.

INTAN NUR AINI BT ABDUL HALIM NORSAERA BT NURDIN NISA BT MOHD FIKRI SUFIAN BIN SAIFUL MUHAMMAD ASIM ALIRAZA KHAN BIN MUHAMD ASHRAF KHAN.

MAFLA MERDEKA 1. 2. 3. 4. 5.

MUHAMMAD EKMAL BIN JULHAN MUHAMMAD AMIRUL HAFIZI BIN HAMDAN SARMIDA BINTI AZIZAN AINA FARHANA BT NOOR AZWI NORFITRIYA BT NURDIN

NYANYIAN PATRIOTISME 1. 2. 3. 4. 5. 6.

TAHUN 5 BESTARI TAHUN 4 BESTARI TAHUN 1 BESTARI TAHUN 3 BESTARI TAHUN 2 BESTARI TAHUN 6 BESTARI

Terima kasih diucapkan di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis seterusnya menjemput EN AHMAD SYUKRI BIN MAT LAZIM bagi mengiringi PN HASHIMAH BT HASHIM untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi program yang telah dianjurkan oleh SK Jalan Pasar 2. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Untuk pengetahuan hadirin sekalian SK Jalan Pasar 2 juga telah mengadakan beberapa pertandingan sempena bulan kemerdekaan. antaranya ialah pertandingan __________________________________________________________________________ Pemenang bagi pertandingan__________tempat ke lima dimenangi oleh adik HADIAH WAJAH MERDEKA 1. 2. 3. 4. 5.

INTAN NUR AINI BT ABDUL HALIM NORSAERA BT NURDIN NISA BT MOHD FIKRI SUFIAN BIN SAIFUL MUHAMMAD ASIM ALIRAZA KHAN BIN MUHAMD ASHRAF KHAN.

MAFLA MERDEKA 1. 2. 3. 4. 5.

MUHAMMAD EKMAL BIN JULHAN MUHAMMAD AMIRUL HAFIZI BIN HAMDAN SARMIDA BINTI AZIZAN AINA FARHANA BT NOOR AZWI NORFITRIYA BT NURDIN

Terima kasih diucapkan di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi.

Majlis diteruskan lagi dengan menjemput EN HAMDAN BIN SHAMSUDIN bagi mengiringi EN KAMARUL ARIFIN BIN ISHAK untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi program yang telah dianjurkan oleh SK Lelaki Jalan Pasar 2. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. SK Lelaki Jalan Pasar 2 telah mengadakan beberapa pertandingan sempena bulan kemerdekaan. antaranya ialah mewarna merdeka dan mencipta pantun merdeka bagi tahap 1, montaj merdeka, mencipta sajak merdeka dan explorace merdeka bagi tahap 2. Diumumkan pemenang bagi pertandingan__________tempat ke _____ dimenangi oleh adik HADIAH MEWARNA MERDEKA TAHAP 1 1. DENESH A/L GOPALA & MUHD BASYIR BIN AZMI 2. MUHD IQBAL BIN IMDAN & MUHD HAIQAL BIN JUNAIDI MONTAJ MERDEKA 1. MUHD DANIEL HAFIZ SHAHRIL 2. SYED ALI BIN SYED SHAHABUDDIN MENCIPTA PANTUN MERDEKA 1. MUHD IQBAL BIN IMDAN 2. DENESH A/L GOPALA 3. MUHD HAIQAL BIN JUNAIDI MENCIPTA SAJAK MERDEKA 1. SYED ALI BIN SYED SHAHABUDDIN 2. MUHD DANIEL HAFIZ SHAHRIL 3. SAIF FIRMANSYAH BIN MUSTOFA EXPLORACE MERDEKA 1. KUMPULAN DANIEL, HAZRIEZMAN, ASHRAF DAN ADAM Terima kasih diucapkan di atas kesudian menyampaikan hadiah sebentar tadi. Tahniah diucapkan kepada para pemenang.

Terbang tinggi si burung helang, Berkicau kenari sambil berterbangan; Insan cemerlang negara terbilang, Bakat diserlah tanda kecemerlangan. -Majlis diteruskan lagi dengan persembahan daripada pasukan koir SK Jalan Pasar 1. Dua buah lagu akan dinyanyikan oleh pasukan koir ini iaitu Nyalakan Tekad dan Standing In the Eyes of The World.

Persembahan tadi adalah di bawah bimbingan Pn Norsusara. Pn Ani, Cik Arziah dan Pn Farah.

Majlis seterusnya menjemput semua guru dan murid untuk berdiri bagi bersama-sama menyanyikan 7 buah lagu patriotik dengan penuh bersemangat.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita, Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta.

Dari Kedah ke Pekan Sari, Beli suasa di Kota Tinggi, Selesai sudah tugas diberi, Di lain masa bersua lagi. Dengan berakhirnya pantun itu tadi maka berakhirlah sudah majlis kita pada pagi ini.Ucapan terima kasih kepada semua hadirin yang telah menjayakan majlis pada pagi ini. Semoga di lain masa kita berjumpa lagi. Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia, Wabillahi Taufik Walhidayah. Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh. Sekian terima kasih.

Related Documents


More Documents from "kannan anamalai"