Teks Mc Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017.docx

  • Uploaded by: Anwar Radhi
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Mc Penutupan Bulan Kemerdekaan 2017.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 606
  • Pages: 4
TEKS MC PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 2017 *Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. Yang berusaha, En. Mohd Nizam bin Abu Bakar, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bukit Kepong, Yang dihormati, En. Hadi Halim bin Hamid, GPK Pentadbiran, En. Mohd Suhaimi bin Mohd Shahid, GPK Kokurikulum, En. Amir bin Buang , GPK HEM. Barisan Guru Sk Bukit Kepong, Ibu Bapa serta murid-murid yang dikasihi sekalian.



Sirih Berlipat sirih pinang, Sirih junjung dibuat hantaran, Hadirin hadirat selamat dating, Ke majlis penutupan bulan kemerdekaan.

* Alhamdulillah, dapat kita berkumpul pada pagi yang mulia ini dalam Majlis Sambutan Penutupan Bulan Kemerdekaan peringkat Sk Bukit Kepong bagi tahun 2017. Untuk memberkati majlis, dijemput saudara Mohammad Aiman Saran untuk mengetuai bacaan doa. Majlis dengan ini mempersilakan. * Terima kasih diucapkan kepada saudara Mohammad AIman Saran atas bacaan itu tadi. Seterusnya, dijemput para hadirin dan hadirat sekalian untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu Bangsa Johor. * Hadirin hadirat sekalian diminta duduk. Bersyukur menjadi rakyat Malaysia, Bumi Bertuah indah permai, 60 tahun kita merdeka,

Rakyat hidup aman dan damai Seterusnya,tibalah kita ke agenda simbolik penutupan bulan kemerdekaan. Simbolik Kemerdekaan akan dimulakan dengan pertandingan pertunjukan basikal berhias sempena bulan kemerdekaan. Diminta hakim acara ini, En. Mohd Suhaimi bin Mohd Shahid, En. Zulhairi bin Masri dan En. Norbat bin Mohd Noh untuk bersedia. Peserta-peserta haruslah menunggang basikal masing-masing ke tepi dewan dan menyusun basikal-basikal tersebut untuk dihakimi. Masa diperuntukkan untuk penilaian adalah antara 5 hingga 10 minit sahaja.

*Terima kasih diucapkan kepada para hakim dan tahniah diucapkan kepada semua peserta-peserta sebentar tadi. Seterusnya adalah acara pertandingan pakaian beragam bagi tahap 1 dan tahap 2. Dijemput hakim pertandingan, En. Amir bin Buang, Pn. Nor Zainah Zanariah dan Cik Aqmarrina ke meja hakim. *Lampiran

* Itulah ia peserta-peserta pertandingan pakaian beragam yang amat berkebolehan sebentar tadi. Sebagai penutup pertandingan ini, diminta Pn. Halijah binti Hashim diiringi peserta-peserta pakaian beragam untuk tampil ke atas pentas. Dipersilakan. * Terima kasih diucapkan pada Pn. Halijah binti Hashim dan semua peserta pakaian beragam. Terima kasih juga diucapkan kepada para hakim sebentar tadi.

* Tanpa membuang masa lagi, marilah kita ke acara seterusnya iaitu pertandingan nyanyian solo tahap 1 dan 2 yang akan dihakimi oleh En. Mohd Nizam bin Abu Bakar, En Hadi Halim bin Hamid dan Cik Zurimi binti Zainal Abidin. Para hakim dan peserta diminta bersedia. *Lampiran.

*Syabas diucapkan kepada semua peserta-peserta yang berkebolehan dan terima kasih juga diucapkan kepada juri hakim yang professional sebentar tadi. Sekarang, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu iaitu acara penyampaian hadiah. Penyampaian hadiah ini adalah untuk pemenang-pemenang acara Sajak tahap 1 & 2, Pertandingan kuiz kemerdekaan tahap 2, pertandingan kelas tercantik tahap 1 dan 2, pertandingan basikal berhias tahap 1 dan 2 serta pertandingan nyanyian tahap 1 dan 2. Dijemput Tuan Guru Besar, En Mohd Nizam bin Abu Bakar diiringi oleh __________________________ untuk tampil ke pentas. Dipersilakan. Untuk pertandingan sajak: Untuk pertandingan kuiz kemerdekaan: Untuk pertandingan kelas tercantik: Untuk pertandingan basikal berhias: Untuk pertandingan nyanyian solo:

* Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Nizam bin Abu Bakar dan_______________________ atas kesudian beliau menyampaikan hadiah sebentar tadi. Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung acara. Pihak majlis memohon mengabil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah ini dapat dilangsungkan dengan jayanya. Terima Kasih juga diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini. Tenang-tenang air di kali, Tempat mandian putra puteri, Sempurna sudah majlis dirai, Salah dan silap harap dimaafi.

Hadirin hadirat, semua pelajar dan guru-guru diminta berdiri bagi sama-sama menyanyikan tiga buanh lagu iaitu “Keranamu Malaysia”, “Jalur gemilang” dan “Tanggal 31 Ogos”. *Sekian terima kasih.

Related Documents


More Documents from "Zamzam"

Short Stories.docx
November 2019 11
School Pledge.docx
November 2019 11
29-04-2009-ucapanpm
June 2020 6
Dn Sa.doc
December 2019 53
Lrit By Ftk Its Cover
May 2020 41