Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah. Ceritakan suasana sambutan tersebut.
Bulan
Rangka Karangan Sambutan Bulan Patriotik/Kemerdekaan 1.Sekolah saya telah mengadakan ______________. (apa) 2 Majlis itu diadakan pada __________ (bila) dan __________. (di mana)
3 Murid-murid berkumpul di __________________. (mana) 4 Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dibuat oleh ________. (siapa) 5 Tujuan sambutan itu diadakan untuk _____________ (mengapa). _________________________________________________________________________________ 6 Acara dimulakan dengan nyanyian lagu __________________. (apa) 7 Murid-murid mengibarkan ____________________. (apa) 8 Kemudian, _________________ (siapa) dijemput untuk menceritakan tentang sejarah kemerdekaan. _________________________________________________________________________________ 9 Murid-murid tahap 1 menyertai pertandingan _______________. (apa) 10 Manakala murid-murid tahap 2 pula menyertai ______________. (apa) 11 Aktiviti-aktiviti yang dijalankan mendapat ________________ (apa) daripada murid-murid. ________________________________________________________________________________ 12 Penyampaian hadiah diadakan pada _______________. (bila) 13 ________________ ( siapa) yang menyampaikan hadiah. 14 Murid-murid yang berjaya menerima _________________. (apa) _________________________________________________________________________________ 15 Saya berasa gembira _____________________ . (kenapa) 16 Berharap agar sambutan ________________ (apa) dapat diadakan lagi pada lain kali.
KEBAIKAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN DI SEKOLAH
Setiap tahun, pada 31 Ogos, negara kita menyambut ulang tahun Hari Kebangsaan. Sambutan hari kemerdekaan mempunyai kebaikan dan kepentingannya yang tersendiri terutamanya jika disambut di peringkat sekolah. Pelbagai acara dijalankan untuk menyambut hari ulang tahun kemerdekaan ini seperti mengadakan majlis perarakan atau perbarisan, memasang bendera pada bangunan, kenderaan dan sebagainya. Antara kebaikan sambutan hari kemerdekaan ini adalah dapat memupuk semangat patriotik atau cinta akan negara dalam kalangan pelajar. Melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan kemerdekaan ialah seperti pertandingan nyanyian lagu patriotik, pelajarpelajar akan memahami dan menghayati hari kemerdekaan tersebut dengan lebih bermakna Selain itu, dengan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan, kita dapat memupuk perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, pelbagai kaum yang terdapat di negara kita akan bekerjasama dan berganding bahu dengan melibatkan diri semasa sambutan diadakan. Kita dapat melihat semua kaum, seperti kaum Melayu, Cina, dan India turut serta dalam sambutan tersebut. Selain itu, kita dapat menghargai dan mengenang jasa pejuang kemerdekaan negara. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan sepanjang sambutan bulan kemerdekaan di sekolah ialah tayang filem atau dokumentari tentang pejuang-pejuang dan tokoh-tokoh kemerdekaan tanah air yang berjuang dan berkorban untuk kemerdekaan negara kita daripada penjajahan Inggeris. Tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman dapat mememberi kesedaran dan keinsafan kepada para pelajar tentang perjuagan mereka. Kesimpulannya, hari kemerdekaan negara kita perlulah disambut oleh semua rakyat negara ini dengan penuh penghayatan di semua peringkat terutama di peringkat sekolah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya dan kanak-kanak di bangku sekolah masih mudah dilentur untuk mencintai dan menghargai Malaysia .