Teknik Menulis Soalan Esei Seni Visual

  • Uploaded by: Hassan Mohd Ghazali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknik Menulis Soalan Esei Seni Visual as PDF for free.

More details

  • Words: 686
  • Pages: 3
Teknik Menulis Soalan Esei Seni Visual Oleh: Hassan Mohd Ghazali [email protected] FSM

A. Jenis soalan esei 1. Soalan Respons terhad Soalan bentuk ini meletakkan had pada jawapan yang perlu diberikan oleh calon. Sempadan kandungan mata pelajaran yang perlu dipertimbangkan biasanya ditakrifkan secara sempit oleh masalah, dan bentuk jawapan yang khusus juga lazimnya ditunjukkan (oleh kata tugasan seperti; senaraikan, takrifkan, dan beri alasan). Dalam sesetengah kes, respons dihadkan oleh penggunaan arahan khusus atau maklumat pengenalan. Soalan jenis ini adalah paling sesuai pada peringkat aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi dan analisis Contoh 1: Perihalkan sebuah karya Hussien Enas bertajuk ‘Gadis Melayu’ dengan memberi analisis dari aspek formal. Hadkan jawapan anda kepada satu halaman. [ 15 markah ] Contoh 2: Anda sebagai guru pendidikan seni visual tingkatan satu, ingin mengajar ‘garisan menimbulkan bentuk’ dengan menggunakan media kering sebagai kaedah pelukisan. (a) Perihalkan langkah-langkah yang harus anda mengajar [ 10 marakh ] (b) Berikah alasan untuk mewajarkan setiap langkah yang dinyatakan. [ 10 markah ] 2. Soalan Respons Lanjutan Soalan jenis ini memberi kebebasan kepada calon untuk menjawab. Had pada bahan yang boleh dimasukkan dalam jawapan dan pada bentuk respons adalah minimum walaupun dalam sesetengah kes, had yang munasabah boleh dikenakan seperti had masa dan had halaman. Dalam soalan jenis ini, calon hendaklah diberi kebebasan untuk menunjukkan kemahiran kepada aras sintesis dan penilaian. Soalan ini dapat mengukur penyepaduan idea yang kreatif, penilaian bahan secara keseluruhan, dan pendekatan yang luas kepada penyelesaian masalah.

1

Contoh 1: (Aras Sintesis) Dalam satu sesi pengajaran Pendidikan Seni Visual bidang kraf tradisional batik, sediakan satu rancangan yang lengkap untuk menilai pencapaian pelajar. Pastikan anda memasukkan prosedur yang akan anda ikuti, peralatan yang akan digunakan, dan alasan bagi pilihan anda. [ 25 markah ] Contoh 1: (Aras penilaian) Bincangkan dan beri alasan tatacara menghasilkan sebuah reka bentuk identiti koperat bagi sebuah jenama Syarikat Intan Permata untuk produk makanan tradisi tempatan. [ 25 markah ]

B. Panduan Menulias Soalan Esei 1. 2. 3. 4. 5.

6. 7. 8. 9.

Menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Senaraikan butir-butir atau ciri-ciri yang berkaitan dengan tajuk atau subtajuk. Tentukan soalan itu perlu dipecahkan kepada beberapa bahagian Pastikan sama ada ransangan soalan (gambar rajah, gambar, perangkaan dll) perlu bagi soalan yang akan digubal serta relevan pada soalan. Gubal soalan dengan menggabungkan tugasan soalan, tajuk dan ransangan (jika ada) dengan memberikan pertimbangan kepada perkara berikut: a. Soalan hendaklah seberapa ringkas yang mungkin b. Soalan hendaklah tepat dan jelas c. Soalan hendaklah berkemampuan membezakan pelajar baik, sederhana dan lemah (Kebiasaaannya aras kemahiaran menentukan kedudukan soalan) d. Konsep yang disoalkan hendaklah sesuai dengan peringkat pemelajaran yang telah diajarkan. e. Tidak mengandungi unsur emosi, keperibadian, kepercayaan, kebudayaan, agama dan lain-lain perkara sensitif. Sediakan rangka model jawapan kepada soalan. (mudah untuk menyemak) Sediakan skema permakahan beserta denganpecahan dan wajaran markah. Tentukan soalan-soalan mengikut standard (dari segi aras kesukaran, masa untuk menjawab, liputan jawapan dan kepentingan tajuk) Dapatkan pandangan kedua – semakan

2

3. Aras Kemahiran dan Kata Tugasan Soalan Esei Soalan esei boleh dibina mengikut aras kemahiaran daripada mudah kepad kompleks berdasarkan teksonomi yang dikemukakan oleh Bloom seperti berikut. Aras Kemahiran dan perihal

Contoh kata tugasan untuk menyatakan hasil pembelajaran khusus

PENGETAHUN Penekanan kepada proses mengingat – Apakah, siapakah, Kenal pasti, Pilih, istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum atau Namakan, Nyatakan, senaraikan, takrif Takrifkan, Perihalkaan, Gariskan, Galurkan,… PEMAHAMAN Memerlukan perterjemahan maklumat- Jelaskan, Ringkaskan, Tukarkan, fakta, konsep, prinsip atau hukum yang Ramalkan, Bezakan antara, telah dikemukan dalam soalan ke dalam mengapakah,… bentuk yang lain. APLIKASI Memerlukan apliasi (penggunaaan) fakta, Cari, Hitung, Kira, Tunjukkan, konsep, prinsip atau hukum dalam situasi Selesaikan, Ubah suai, kaitkan, Susun,… tertentu untuk menyelesaikan masalah. ANALISIS Menekankan pemecahan sesuatu Anggarkan, Bezakan, Tafsirkan, komunikasi – petikan, perenggan, jadual, Kelaskan, Bahagikan, Asingkan, carta atau graf – kepada bahagian- Analisis,.. bahagian juzuknya dan kebolehan mengenal perhubungan antara bahagianbahagian itu SISTESIS Menekankan penggabungan semula Gabungkan, Ciptakan, Rumuskan, unsur-unsur atau bahagian-bahagian Gubah, Reka bentuk, Bina, Susun untuk menghasilkan satu pola atau semula,.. struktur yang baru yang tidak dinyatakan secara eksplisit dalam masalah yang diberikan PENILAIAN Soalan aras ini memerlukan penggunan Uluskan, Kritik, Bandingkan, Bezakan, lebih daripada satu kriteria secara Pertahankan, Buat kesimpulan tentang, serentak Nilaikan, Sejauh manakah, Apakah pendapat anda tentang,…

3

Related Documents


More Documents from "M. Ihsan, S. Pd."