TEKNIK MENJAWAB FORMAT BAHARU BAHASA MELAYU PT3 TAHUN 2019 BAHAGIAN A Lengkapkan ayat-ayat di bawah ini dengan memilih jawapan yang paling sesuai. Soalan 1 berdasarkan gambar di bawah.
1. Kakak sedang …………………….. lada untuk dibuat sambal tumis sebagai hidangan makan tengah hari. A menggiling B menggelek C melenyek D mengisar 2. Sikap Saiful yang …………………. mengikut kumpulan itu sebenarnya tidak digemari oleh kebanyakan ahli kumpulan itu. A terhinggut-hinggut B terhendap-hendap C terhengit-hengit D terhegeh-hegeh 1
Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.
3. Pak Jamil ------------------------------- dua tandan buah pisang yang baru ditebang dari kebunnya. A mengganding B menggandar C mengangkat D menjunjung 4. Zamani pemuda yang baik …………………… sopan tingkah lakunya. A sama B atau C lagi D lalu 5 Abu berlari dengan ……………… untuk memenangi acara larian 100 meter lari berpagar. A deras B laju C pantas D cepat Soalan 6 hingga Soalan 7 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal 6. Konduktor meminta supaya pemandu bas itu singgah sebentar di bandar Kuching. A Pemandu diminta oleh konduktor Kuching supaya singgah sebentar di bandar. B Pemandu bas di bandar Kuching itu dimint a oleh konduktor supaya singgah sebentar. C Pemandu bas itu diminta oleh konduktor supaya singgah sebentar di bandar Kuching. D Pemandu bas itu diminta singgah sebentar di bandar Kuching
2
7. “Jangan sesekali kamu meninggalkan adik kamu seorang diri di rumah,” kata ibu kepada Malik. A Ibu mengingatkan Malik supaya tidak sesekali meninggalkan adiknya di rumah seorang diri. B Malik mengingatkan ibunya supaya meninggalkan adiknya sesekali. C Malik mengingatkan ibunya supaya jangan membiarkan adiknya tinggal seorang diri di rumah. D Adik Malik mengingatkan ibunya supaya tidak sesekali meninggalkan Malik di rumah seorang diri
Soalan 8 hingga Soalan 9 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang mungkin mengandungi kesalahan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan A,B,atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 8. Pertahanan udara akan menjadi lebih kukuh dan tidak dapat dilalui oleh musuh apabila kerajaan membeli pesawat pejuang itu. A tidak boleh diterokai oleh musuh B tidak dapat dicerobohi oleh musuh C tidak dapat dimasuki oleh musuh D tidak dapat dilalui oleh musuh 9. Di dalam zaman teknologi maklumat dan komunikasi ini, semua urusan dapat dilakukan dengan mudahnya. A Di zaman teknologi maklumat B Pada zaman teknologi maklumat C Dalam zaman teknologi maklumat D Di dalam zaman teknologi maklumat Soalan 10 hingga Soalan 12 Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atauC dan jika tiada kesalahan telah ditandakan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.
10. Encik Ismail ialah pensyarah di Universiti Malaysia Sabah dan dia berasal dari A B C Kampung Kauluan, Tuaran. Tiada kesalahan. D 11. Hanya sebahagian daripada serpihan pesawat itu ditemui di tempat kejadian. A B C Tiada kesalahan. D 3
12.Di hatinya terdetik sebuah penyesalan yang amat mendalam dengan kejadian yang A B berlaku tempoh hari. Tiada kesalahan. C D Soalan 13 hingga Soalan 16 berdasarkan petikan. Baca petikan di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Lumut dan kawasan sekitarnya, termasuklah Pulau Pangkor bukanlah lokasi memancing yang terkenal. Namun begitu, bagi kaki pancing yang gemar merayau dan pernah ke sini, inilah gelanggang yang sering memberikan kejutan. Jika kena waktunya, kawasan ini seolah-olah hidup siang dan malam. Peluang memancing ikan di sini sememangnya sentiasa ditunggu-tunggu dan amat menyeronokkan. Memang telah diakui bahawa pulau-pulau di perairan Selat Melaka yang tenang mempunyai bermacam-macam spesies ikan yang sentiasa lapar untuk meragut umpan. Jarak perjalanan ke kawasan ini pula lebih dekat, mudah, dan murah. Kawasan di celah-celah batu di sekeliling Pulau Pangkor da Sungai Dinding menjadi habitat kerapu, jenahak, jemuduk, dan merah. Pemancing gemar memancing ikan yang sangat besar di sini. Kawasan di antara muara Sungai Dinding hingga ke jabatan di bahagian hulu sungaipula menjadi sarang kerapu walaupun saiznya tidak begitu besar. Di sini, arusnya tidak begitu deras dan ombaknya telah ditampan dan cipecahkan oleh tebing kayu bakau diBatu Hampar. Inilah Kawasan tumpuan pemancing pantai yang tidak tahan bermain ombak atau yang sekadar ingin melakukan aktiviti bersama dengan keluarga.
13. Pemancing manakah yang dapat merasai kejutan tali pancingnya ditarik oleh ikan? A Pemancing pantai B Pemancing yang pernah sampai dan memancing di sini C Pemancing yang memancing di muara Sungai Dinding D Pemancing yang memancing bersama dengan keluarga 14. Faktor utama pemancing gemar memancing di sekitar pulau di perairan Selat Melaka ialah A lautnya tenang B ikannya besar-besar C umpan mudah diperoleh D tempat memancing lebih dekat 15. Pemancing yang dating untuk memancing Bersama dengan keluarga memilih lokasi di muara Sungai Dinding kerana A ombaknya tidak besar B banyak spesies ikan yang baik C terdapat banteng pemecah ombak D tidak perlu bersusah payah untuk turun ke laut
4
16. Mengapakah kawasan Pulau Pangkor dikatakan hidup siang dan malam? A Sentiasa dikunjungi pemancing B Sentiasa bising oleh bunyi enjin bot C Menjadi tempat istirahat seisi keluarga D Gelanggang bagi kaki pancing beradu kehandalan Soalan 17 hingga Soalan 20 berdasarkan Seloka Baca seloka di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. SANTAP ISTIADAT Santap beradat, santap istiadat Santap raja di majlis kebesaran, Santap merai, hormat-menghormati; Bukan santap hendaklah kenyang, Santap santun dengan aturan.
Santap nasi suap pertama, Berturut dengan suap kedua, Dua suap, ketika sudah, Keempatnya basuh tangan; Kelima halwa juadah, Keenam mengiring buah-buahan.
Nasi disuap di tangan kanan, Lauk dibinjat sopan santun, Sampai ke mulut mamah perlahan, Tanda tidak gelojoh makan. Selesai santap nasi – Diiringkan seteguk minuman, Isyarat menghormat, mulia-memuliakan.
Ketujuh berkumur-kumur, Ke delapan makan sirih; Kelat jatuh ke rengkungan, Seri Naik ke peroman. Itulah santap beradat kebesaran Di dalam riwayat zaman yang silam. (Dipetik daripada antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia)
17. Yang berikut ialah perkara yang perlu dilakukan selepas suapan ketiga kecuali A membasuh tangan B minum seteguk air C makan buah-buahan D menjamah juadah halwa 18. Mengapakah kita perlu mengunyah makanan dengan perlahan-lahan? A Untuk mengyenyangkan perut B Untuk menambahkan seri wajah C Supaya dapat menikmati makanan D Sebagai tada tertib dan tidak gelojoh ketika makan. 19. Frasa Kelat jatuh ke rengkungan merupakan contoh gaya bahasa A personifikasi B hiperbola C paradoks D metafora
5
20. Apakah persoalan yang diketengahkan dalam seloka di atas? A Kesopanan ketika melayani tetamu B Kenikmatan ketika menjamu selera C Kepentingan beradab sopan dan tertib ketika menjamu selesa D Keinsafan diri akan mendorong manusia berkonsi rezeki
BAHAGIAN B ( 25 Markah) Soalan 1 A. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan bahasa. Gariskan kesalahan bahasa tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1. Ujian Matematik itu mesti disiapkan oleh anda dalam masa yang ditetapkan
2. Kebanyakan nelayan-nelayan tidak pergi ke laut pada musim tengkujuh. ___________________________________________________________________________ [2 markah]
B. Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan. Gariskan kesalahan ejaan tersebut dan tulis jawapan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. 1. Penggunaan aplikasi jaringan sosial menyebabkan pelbagai kegiatan jenayah siber dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab. ___________________________________________________________________________ 2. Juru latih pasukan bola sepak itu berpuas hati dengan prestasi anak-anak buahnya. ___________________________________________________________________________ [ 2 markah]
C. Tukarkan ayat pasif di bawah ini kepada ayat aktif 1. Adik ditegur oleh ayah kerana sering ponteng sekolah.
2. Kerja rumah itu sudah saya siapkan. ___________________________________________________________________________ [ 2 markah]
6
Soalan 2 Baca cerpen di bawah ini dengan telitinya, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri. Aku menang, bisik hati Beluntung. Bapa tentu senang hati. Seminggu yang lalu, bapa terlalu riang.Beluntung mendapat markah 98 peratus dalam peperiksaan darjah enam. Menurut bapa, hanya dua orang sahaja yang ada sijil darjah enam di Kampung Layong tetapi mereka cuma lulus sahaja. Bukan macam aku, lulus dengan cemerlang, Bapa kata aku boleh jadi cikgu. Akan tetapi aku masih kecil. Tunggulah, kata bapa.Biar aku dewasa sedikit barulah aku boleh jadi cikgu. Sungai Layong yang mudah banjir itu menerimas tetamu. Ada yang berenang, ada juga yang dusuk berceratukan di tebingnya, Ibu-ibu separuh umur terbongkok-bongkok mencuci pinggan-mangkuk. Anak-anak muda pula sibu mengangkat air. Ada yang sempat mengusik seorang dua anak gadis yang menuju ke sungai. Beluntung membeliakkan matanya.Apa yang terjadi? Mengapa tiba-tiba sahaja orang kampung berada di halaman rumahnya? Tuyog mendengus mengejutkan budak-budak yang mandi di sungai.Mereka segera naik ke tebing. Jantung Beluntung berdebar-debar. Perasaan ingin tahu menguasai hatinya. Dia terjun dari belakang Tuyong lalu berlari ke rumah. (Dipetik daripada cerpen ‘Bawod” antologi Bintang Hati, Tingkatan 3, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(i) Mengapakah bapa Beluntung terlalu gembira apabila mengetahui Beluntung mendapat markah 98 peratus dalam peperiksaan darjah enam? --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------[ 2 markah] (ii) Huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------[ 3 markah] (iii) Sebagai seorang anak, kita seharusnya menjalankan tanggungjawab untuk menggembirakan hati ibu bapa. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk menggembirakan hati ibu bapa. ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------[ 4 markah] 7
Soalan 3: Novel { 10 markah} Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3 i. ii. iii. iv.
Justeru Impian di Jaring karya Zaid Akhtar Hempasan Ombak karya Zailani Taslim Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya Chot karya Azizi Haji Abdullah
Nilai merupakan salah satu unsur sastera yang diterapkan oleh penulisdalam hasil karya mereka untuk mendidik para pembaca. Penerapan nilai murni ini digambarkan menerusi sesuatu peristiwa yang berlaku dan melibatkan watak dalam karya tersebut. Berdasarkan sebuah daripada novel yang anda pelajari, nyatakan nilai yang sesuai dengan contoh peristiwa yang diberikan. Kemudian, kemukakan dua contoh peristiwa lain yang bersesuaian dengan nilai tersebut. Peristiwa yang dikemukakan mestilah berkait dengan watak utama yang dinyatakan. NOVEL Justeru Impian di Jaring
WATAK Syahir
CONTOH PERISTIWA Syahir kerap pulang ke rumah keluarganya di Bandar Baru Bangi apabila tiada latihan badminton untuk menjenguk emaknya.
Hempasan Ombak
Farid
Farid tetap menguruskan Syarikat Batik Nusantara milik arwah bapanya walaupun dia baru berusia 19 tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan.
Tawanan Komander Caucasus
Farhani
Farhani masuk ke daam rumah usang yang sebahagian dindingnya hampir roboh tanpa ditemani oleh sesiapa pun.
Chot
Alias
Alias sanggup mencari rezeki dengan mengambil upah memetik kelapa bersama-sama Chot untuk menyara ibunya yang lumpuh.
NOVEL
Nilai
CONTOH PERISTIWA Farid tetap menguruskan Syarikat Batik Nusantara milikarwah bapanya walaupun dia baru berusia 19 tahun dan tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan.
8
Hempasan Ombak
Contoh peristiwa
Contoh peristiwa
BAHAGIAN C [ MEMINDAHKAN MAKLUMAT] [ 15 markah ] Jawab sama ada Soalan 1 atau Soalan 2 Soalan 1 Baca petikan di bawah dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis ringkasan tentang persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan. Panjangnya ringkasan hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Lambakan graduan yang menyumbang peningkatan jumlah rakyat yang menganggur di negara kita begitu membimbangkan, walaupun kerajaan telah menyediakan pelbagai peluang unutk memastikan mereka dapat ditempatkan dalam sektor pekerjaan. Masalah ini dapat diatasi sekiranya graduan membuat pelbagai persediaan sebelum memasuki alam pekerjaan. Mereka perlu mempunyai kemahiran interaksi sosial, iaitu kemahiran cara-cara berhubung dalam kelompok sosial seperti sanggup bekerjasama, semangat setia kawan dan nilai-nilai kebersamaan yang lain. Kemahiran ini penting untuk membolehkan graduan menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang bakal dihadapi semasa bekerja. Selain itu, graduan perlu menguasai kemahiran komunikasi yang berkesan. Kepetahan dan kecekapan untuk berkomunikasi dapat menjadikan mereka berkarisma dan berwibawa semasa ditemu duga. Penguasaaan pelbagai jenis bahasa di samping bahasa kebangsaan sepatutnya menjadi keutamaan para graduan. Oleh yang demikian, mereka dapat berinteraksi dengan rakan sekerja dari luar negara dan berupaya untuk bersaing pada peringkat global. Tidak hairanlah graduan yang fasih bertutur dalam pelbagai bahasa mudah diambil bekerja oleh syarikat swasta kerana mereka mempunyai kelebihan berbanding dengan graduan yang lain. Mereka turut berpeluang untuk bekerja di luar negara ataupun bekerja dengan syarikat antarabangsa yang berpangkalan di negara ini. 9
Seterusnya, kajian mendapati bahawa graduan yang beretika dan mempunyai nilai spiritual yang baik biasanya mudah ditawarkan pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana reputasi yang baik sebagai pelajar tanpa sebarang rekod salah laku akan memberikan imej yang positif kepada bakal majikan. Memiliki penampilan diri yang menarik juga merupakan suatu kelebihan yang dilihat dan dinilai oleh majikan sebelum seseorang itu diambil bekerja. Dengan memiliki kelebihan tersebut, seseorang graduan dapat menarik minat majikan dan memberikan kesa positif kepada kerjayanya. Seterusnya, para graduan perlu menonjolkan diri sebagai individu yang mempunyai kesabaran yang tinggi dalam menghadapi tekanan kerana alam pekerjaan lazimnya memberikan pelbagai jenis tekanan. Dipetik dan diubah suai daripada “Kemahiran Sebelum Bergelar Graduan” oleh Noaziah Mohd Amin. Dewan Siswa, Jun 2016 Persediaan-persediaan graduan sebelum memasuki alam pekerjaan 01 02 03 04 05 06 07 08
10
Soalan 2 Lihat jadual di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.
Kes Penderaan Kanak-Kanak Di Negara Malaysia Kawasan Tahun 2014 Tahun 2015 Bandar 3 049 kes 4 001 kes Luar bandar 2 011 kes 2 565 kes
Isi Tersurat dan Huraian (Kes paling tinggi dan paling rendah) Kes paling tinggi
di kawasan bandar sebanyak 4001 kes pada tahun 2015
Mengapa Kes paling rendah
luar bandar sebanyak 2565 kes pada tahun 2015
Mengapa
Isi Tersirat (KBAT) Tindakan Bagaimana Tindakan Bagaimana Kesimpulan
11
KERTAS 2 [ 1 jam] Karangan Respons Terhad Bahagian A : 10 markah Rakan anda berpendapat bahawa mempunyai akaun laman sosial di Internet mendatangkan keburukan. Namun begitu, anda pula berpendapat sebaliknya. Berikan pendapat anda. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
dapat berkongsi ilmu pengetahuan dapat mengeratkan hubungan silaturahim dapat menjalinkan persahabatan dapat mempromosi sesuatu produk
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------12
BAHAGIAN B Karangan Respons Bebas Soalan 1 Budaya membaca atau budaya biblioholisme amat penting bagi pembentukan minda seseorang murid. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha untuk menggalakkan budaya membaca dalam kalangan murid. Panjangnya karangan anda tidak kurang daripada 180 patah perkataan. Pendahuluan mudah dan menepati kehendak tugasan karangan Ayat 1 Latar masa Isu Sasaran Prioriti Ayat 2 Penanda wacana Saranan
Ayat 3
Ayat Rangsangan ( ISU) Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan ini/Mutakhir isu berkaitan dengan........................................................................... dalam kalangan anak-anak/ murid/remaja/masyarakat/belia saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Ayat Arahan Sehubungan dengan itu, / Menyedari hakikat ini/ Oleh sebab itu semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan / hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Ayat tugasan Persoalannya, apakah...( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan tanda tanya (?)
Cara Menghuraikan Isi Karangan dengan menggunakan Teknik ImBaKu Idea
Ibu bapa perlu mendidik dan memupuk minat anak-anak membaca.
Mengapa Bagaimana Kesan Ungkapan menarik
13
Idea
Guru menjalankan Program Galakan Membaca
Mengapa Bagaimana Kesan Ungkapan menarik Idea
Penerbit buku harus memperbanyak penerbitan buku baharu
Mengapa Bagaimana Kesan Ungkapan menarik Pandangan Cadangan Harapan Soalan 2 Gejala sosial telah menjadi isu yang seakan-akan sukar dicari jalan penyelesaiannya. Bincangkan peranan ibu bapa untuk menangani masalah ini daripada terus berlaku. Panjangnya karangan anda tidak kurang daripada 180 patah perkataan. [ 30 markah]
Ayat 1 Latar masa Isu Sasaran Prioriti Ayat 2 Penanda wacana Saranan
Ayat Rangsangan ( ISU) Akhir-akhir ini/Pada masa ini/Belakangan ini/Mutakhir isu berkaitan dengan........................................................................... dalam kalangan anak-anak/ murid/remaja/masyarakat/belia saban waktu diwara-warakan dalam media arus perdana malah sering menjadi polemik yang hangat diperdebatkan di negara kita. Ayat Arahan Sehubungan dengan itu, / Menyedari hakikat ini/ Oleh sebab itu semua pihak mestilah komited dan beriltizam untuk mendepani isu ini kerana di mana ada kemahuan, di situ ada jalan / hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih / yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.
14
Ayat 3
Ayat tugasan Persoalannya, apakah...( salin tugasan soalan) dan berakhir dengan tanda tanya (?)
Cara Menghuraikan Isi Karangan dengan menggunakan Teknik ImBaKu Idea
Mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak
Mengapa Bagaimana Kesan Ungkapan menarik Idea
Memberikan didikan agama dan moral yang sempurna
Mengapa Bagaimana Kesan Ungkapan menarik Idea
Ibu bapa cakna terhadap kebajikan anak-anak mereka
Mengapa Bagaimana Kesan Ungkapan menarik
Pandangan
Setiap masalah anak-anak perlu ditangani dengan bijaksana
Cadangan
Ibu bapa wajib mengambil langkah drastik dan berkesan untuk mengatasi kemelut sebelum nasi menjadi bubur.
Harapan
Anak-anak yang cemerlang dan berdaya saing dapat dilahirkan
15