TEKNIK MENJAWAB KERTAS BAHASA MELAYU PMR KERTAS 1 A
KENALI KERTAS ANDA!
1. Kertas ini dikenali dengan kod 02/1 PMR. 2. Mulai tahun 2005, terdapat perubahan format, iaitu jumlah soalannya terdiri daripada 40 soalan objektif.
3. Jumlah masa yang diperuntukkan juga berubah, iaitu hanya 1 jam sahaja. B
PEMBAHAGIAN KERTAS 1
Soalan 1 – 7 Merupakan soalan – Penggunaan pelbagai jenis kata, imbuhan dan kata ganda dalam ayat. Tip menjawab! •
Soalan jenis ini, sebenarnya merupakan bentuk soalan yang memang dikemukakan dalam Kertas 1 Bahasa Melayu PMR, pada setiap tahun.
•
Justeru, para pelajar boleh merujuk kertas soalan pada tahun-tahun yang lepas untuk membiasakan diri pelajar dengan bentuk soalan tersebut.
•
Para pelajar perlu mempunyai pengetahuan tatabahasa dan penguasaan kosa kata yang mantap. Bagi tujuan ini adalah mustahil untuk pelajar menghafal kesemua kosa kata yang terdapat dalam kamus.
•
Kaedah yang lebih efektif adalah dengan banyak membuat latihan dan merujuk kamus. Logiknya, semakin banyak anda membuat latihan, maka semakin banyak kosa kata yang anda kuasai.
Contoh Lukisan yang mendapat tempat pertama dalam pertandingan itu menunjukkan bahawa pelukisnya mempunyai _________ yang tinggi. A
daya nukilan
B
daya rasa
C
daya imaginasi
D
daya upaya
1
Soalan 8 – 14 Merupakan soalan mengesan kesalahan umum tatabahasa sama ada dari segi: (a) Kesalahan dari segi penggunaan kata; (b) Kesalahan dari segi penggunaan frasa; (c) Kesalahan dari segi struktur ayat; (d) Kesalahan dari segi penggandaan; (e) Kesalahan dari segi pemajmukan; dan (f) Kesalahan dari segi pengimbuhan.
Tip menjawab!
•
Untuk menjawab soalan jenis ini, sekali lagi, penguasaan tatabahasa adalah sangat penting.
•
Latihan menjawab soalan-soalan tahun lepas akan dapat membantu pelajar membiasakan diri dengan bentuk-bentuk kesalahan yang sering disoal dalam kertas soalan. Contoh:
tepak-tapak, rasmi-resmi, tembok-tembuk -di dalam/dalam, demi untuk/untuk, pada/kepada, dari/daripada
•
Jadikan kamus dan buku rujukan tatabahasa sebagai bahan untuk mengukuhkan penguasaan tatabahasa anda.
•
Jadikan sikap suka menganalisis ayat sebagai satu amalan terutamanya semasa membaca akhbar atau majalah. Contoh Datuk Abdul Malik menempah sejarah kerana berjaya merentasi Selat A
B
C
Inggeris. Tiada kesalahan D
2
Soalan 15 – 17 Mengenal pasti maksud kata dan penggunaan kata yang betul dalam sesebuah ayat. Tip menjawab! •
Jumlah soalan hanya 3 sahaja. Namun, soalan ini agak mengelirukan jika penguasaan kosa kata pelajar lemah.
•
Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah dengan mengenal pasti terlebih dahulu penggunaan kata yang salah. Kemudian, potong jawapan yang mengandungi nombor jawapan itu.
•
Baki jawapan yang ada haruslah dianalisis untuk mengenal pasti kesalahannya.
•
Walau bagaimanapun, latihan dan persediaan awal amat perlu untuk memudahkan para pelajar menjawab soalan-soalan jenis ini. Contoh: I
Terdapat kesan jari pencuri pada pemegang pintu itu.
II
Filem yang menyayat hati itu memberi kesan kepada penonton.
III
Dia memotong rumput supaya halaman rumahnya ada kesan cantik.(x)
IV
Penyakit taun memberi kesan yang buruk terhadap industri pemakanan. A
I dan II sahaja
B
I, II dan IV sahaja
C
II, III dan IV sahaja
D
I, II, III dan IV
(x)
(x)
Soalan 18 – 21 Melihat jawapan juga, adalah salah satu cara untuk mendapat jawapan yang betul. Soalan dalam kumpulan ini ingin menguji pengetahuan sintaksis para pelajar. Para pelajar Mana-mana jawapan yang memang dikenal pasti salah, hendaklah dipotong. diminta mengenal pasti sama ada bahagian ayat yang digaris itu betul atau salah. Jika Dengan cara ini, jumlah jawapan yang hendak dipilih semakin berkurang, maka didapati salah, pilih jawapan yang tepat bagi menggantikan bahagian yang bergaris itu. memudahkan anda untuk membuat pemilihan. Namun, seperti biasa, penguasaan tatabahasa amatlah mustahak. Latihan yang konsisten, pasti menambah pengalaman Tip menjawab! dan penguasaan pelajar untuk menjawab soalan ini. Contoh Baca yangtentang bergarispengalamannya itu dengan teliti.semasa Cuba kenal pastiGunung aspek-aspek Subhibahagian menceritakan mendaki tatabahasa yang terdapat dalam ayat yang digaris itu. Misalnya, sama ada, dari aspek Ledang di Johor. imbuhan, kata ganda, struktur ayat, atau pemajmukan. A
cerita tentang pengalamannya (x) = tiada imbuhan ber-
B
bercerita tentang pengalaman dia (x) = dia digantikan dengan –nya.
C
menceritakan pengalamannya 3 ()
D
menceritakan tentang pengalamannya (x) = kata kerja berimbuhan –kan tidak menerima kata sendi nama; tentang.
Soalan 22 – 24 Soalan untuk menentukan maksud ayat. Soalan jenis ini memang popular sejak dahulu lagi. Pelajar diuji untuk mengenal pasti ayat yang mempunyai maksud yang sama tetapi berbeza dari segi strukturnya. Tip menjawab!
Pelajar mesti membaca ayat utama dengan teliti dan cuba memahaminya.
Isi utama yang terkandung dalam ayat itu hendaklah dikenal pasti dan ditandakan. Biasanya tiga. Contoh Lawatan ke pusat kraf tangan itu bertujuan untuk mendedahkan penduduk kampung supaya mereka dapat memanfaatkan hasil bumi tempatan.
Kemudian, kenal pasti jawapan atau ayat yang lain, yang mengandungi ketiga-tiga isi tersebut. Contoh Setelah melawat pusat kraf tangan itu, penduduk kampung mendapat pendedahan tentang bagaimana hendak memanfaatkan hasil bumi tempatan. Soalan ini kadangkala sangat mengelirukan. Oleh itu, pelajar harus teliti dan sentiasa memeriksa semula jawapan anda. Soalan 25 –27
4
Soalan ini ingin menguji pelajar supaya memilih gabungan ayat yang betul tatabahasanya sahaja. Jumlah ayat yang diberi adalah sebanyak empat. Tip menjawab!
Di samping mencari ayat yang betul dari segi tatabahasanya, para pelajar juga boleh menggunakan teknik mengenal pasti ayat yang nyata kesalahannya.
Jika ayat itu ternyata salah, maka, jawapan yang mengandungi ayat itu dipotongkan. Dengan cara ini, hanya tinggal beberapa ayat sahaja yang perlu dianalisis. Contoh I
Rumah silam itu kelihatan sungguh menyeramkan.
II
Hampir setiap malam ibu bertemankan air mata.
III
Setiausaha Encik Ali bukan sombong, hanya bersikap tegas. (x) (sombong = kata adjektif; sepatutnya = tidak)
IV
Puan Tan terpaksa melahirkan kedua-dua orang anaknya itu melalui pembedahan kerana dia menghidap penyakit darah tinggi.
A
I dan II sahaja
B
II dan III sahaja (x)
C
II dan IV sahaja
D
III dan IV sahaja
(x)
(Jawapan yang tepat ialah C kerana ayat perkataan silam pada rumah tidak boleh digunakan dan jawapan yang sebenarnya ialah usang.) Soalan 28 – 30 Soalan tentang peribahasa.
Soalan ini menguji pemahaman pelajar tentang peribahasa.
Peribahasa terlalu banyak dan sukar dihafal, tetapi pelajar harus cuba memberi penekanan terhadap peribahasa-peribahasa yang terkandung di dalam buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, 2, dan 3.
Tip menjawab!
Senaraikan peribahasa yang terdapat di dalam buku teks.
Cari maksud dan makna peribahasa tersebut.
Cuba gunakan peribahasa di dalam ayat atau dalam karangan pelajar.
5
Soalan 31 – 35 Pemahaman Prosa (KOMSAS) Soalan 36 – 40 Pemahaman Puisi (KOMSAS) Tip menjawab!
Pelajar perlu membaca petikan dengan teliti sekurang-kurangnya dua kali. Jangan hanya
membaca ayat atau perenggan yang berkaitan dengan soalan sahaja. Kemudian, bacalah soalan-soalan dan setiap jawapan pilihan dengan teliti.
Fahamilah maksud penggunaan kata dan frasa seperti kecuali, antara berikut, pernyataan yang benar, pernyataan yang tidak benar, perkara utama, mesej, pengajaran, tema, nilai murni, dan sebagainya. Jika kata atau frasa ini tidak difahami secara jelas, maka pelajar akan membuat kesilapan semasa mencari jawapan. Secara umumnya, soalan-soalan ini berdasarkan tiga bentuk, iaitu:
(a)
Soalan pemahaman berdasarkan petikan;
(b)
Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan petikan;
(c)
Soalan pemahaman KOMSAS berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi.
Soalan (a) Pelajar dikehendaki mencari jawapan berdasarkan isi petikan sahaja. Cuba kenal pasti jawapannya dalam setiap perenggan atau setiap rangkap. Soalan (b) Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera tetapi berdasarkan petikan sahaja. Soalan (c) Pelajar dikehendaki mengenal pasti aspek-aspek sastera berdasarkan keseluruhan prosa atau puisi yang dikemukakan oleh soalan. Oleh yang demikian, untuk menjawab soalan pemahaman dengan baik, pelajar wajarlah
menguasai pelbagai aspek sastera yang diajar oleh guru.
KERTAS DUA A
KENALI KERTAS ANDA! 1
Kertas 2 ini dikenali dengan kod 02/2 PMR.
2
Mulai tahun 2005, bentuk atau format kertas ini berubah agak ketara.
3
Masa yang diperuntukkan ialah 2 jam, manakala markahnya ialah 100 markah.
6
B
PEMBAHAGIAN KERTAS 2
Bahagian A: Dibahagi kepada dua, iaitu: (a)
Ringkasan – 20 markah
(b)
Pemahaman petikan umum (3 item soalan) – 10 markah
Bahagian B Karangan berdasarkan bahan rangsangan – 20 markah Bahagian C Karangan respons terbuka (5 item soalan, pilih 1) – 40 markah Bahagian D KOMSAS (Novel) – 10 markah
BAHAGIAN A (i)
RINGKASAN
Soalan ini meminta pelajar menulis ringkasan tidak melebihi 80 patah perkataan berdasarkan sebuah petikan 200 hingga 250 patah perkataan atau 4 hingga 5 perenggan. Tip Menjawab!
Langkah pertama, pelajar haruslah membaca arahan soalan dengan teliti terutamanya untuk mengenal pasti kata kunci/fokus soalan seperti faktor, langkah, kesan, kepentingan, manfaat, implikasi, akibat, cara dan sebagainya.
Selepas mengenal pasti kata kunci tersebut, pelajar perlu mencari isi-isi penting dalam petikan berdasarkan kata kunci/fokus soalan yang diberi.Jangan hadkan jumlah isi-isi penting. Carilah sebanyak mungkin yang ada dalam petikan tersebut.
Selepas dapat mencari isi-isi penting tersebut, tulis ringkasan dalam satu perenggan yang mengandungi tidak lebih daripada 80 patah perkataan (sekurang-kurangnya mesti ada 6 hingga 7 isi).
INGAT!!! Jangan salin ayat bulat-bulat daripada isi tersebut; dan jangan ubah kesemua perkataan yang terdapat dalam isi tersebut kerana bimbang maksudnya akan terpesong.
7
Lebih baik dan selamat, ubah satu atau dua perkataan yang terdapat dalam ayat isi itu. Contoh Fokus soalan Masalah penjualan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Ayat Isi Ada yang berpendapat bahawa tabiat membaca rakyat Malaysia masih rendah berbanding dengan rakyat di negara-negara lain. Cara I Masalahnya adalah disebabkan amalan membaca masyarakat Malaysia masih rendah berbanding dengan masyarakat di negara-negara lain. Cara II Amalan membaca rakyat Malaysia yang masih rendah berbanding dengan rakyat di negara-negara lain merupakan masalahnya.
Selepas menulis ringkasan itu sila kira jumlah perkataan serta semak jika terdapat kesalahan ejaan atau tatabahasa.
Markah maksimum untuk isi ialah 10 markah (5 isi x 2 = 10 markah); manakala markah maksimum untuk bahasa ialah 10 markah (bergantung pada persembahan bahasa pelajar). BAHAGIAN A (ii)
PEMAHAMAN
Berdasarkan petikan umum untuk membuat ringkasan tadi, pelajar juga perlu menjawab 3 soalan pemahaman. Soalan 1 Soalan tentang maksud frasa atau rangkai kata dan juga peribahasa yang terdapat dalam petikan dan 2 markah akan diberi. Seboleh-bolehnya, gantikan setiap perkataan dalam rangkai kata tadi dengan perkataan anda sendiri, tetapi hendaklah mengikut maksud penggunaannya dalam petikan. Soalan 2 Soalan pemahaman berdasarkan petikan dan markah yang diberi ialah 4. Oleh sebab soalan ini berdasarkan petikan, pelajar mestilah mencari isi jawapannya dalam petikan tersebut. Setelah ditemui, jangan disalin bulat-bulat tetapi seperti menjawab ringkasan, pelajar sekurang-kurangnya mengubah satu atau dua perkataan. Markah yang diberi ialah 4, maka pelajar perlu mengemukakan lebih daripada satu isi (2, 3 atau 4 isi jika ada dalam petikan).
8
Soalan 3 Merupakan soalan pendapat yang jawapannya dikategorikan sebagai tersirat. Hal ini bermakna pelajar mesti membuat kesimpulan atau memberikan pendapat sendiri. INGAT!!! Pelajar tidak boleh memberikan pendapat yang sewenangwenangnya. Oleh itu, untuk selamat, pelajar perlulah bertindak bijak dengan memberikan seberapa banyak isi yang dapat.
BAHAGIAN B KARANGAN BERPANDU
Mulai PMR 2005, pelajar akan menjawab karangan berdasarkan bahan rangsangan sama ada dalam bentuk gambar, bahan grafik, jadual dan sebagainya.
Untuk menjawab soalan ini, langkah pertama yang penting adalah membaca arahan soalan dengan teliti, kerana terdapat kata kunci yang akan membimbing pelajar untuk menghasilkan karangan nanti. Tip Menjawab! Contoh: Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kegunaan perpustakaan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
Berdasarkan arahan soalan tersebut, pelajar dikehendaki menulis tentang kegunaan perpustakaan (kegunaan = kepentingan, kebaikan, faedah, dan manfaat).
Ingatlah, bahawa ini ialah karangan. Oleh itu, haruslah mengandungi pengenalan, tiga isi, dan penutup. Oleh sebab masa yang dicadangkan hanyalah 25 minit, maka pelajar dinasihatkan hanya menulis sebanyak 120-150 patah perkataan sahaja.
Jangan terlalu mengambil masa yang lama untuk menulis karangan bahagian ini kerana markah yang diperuntukkan hanyalah 20 markah sahaja.
BAHAGIAN C KARANGAN UMUM
Dalam Bahagian C ini, anda diberi 5 pilihan. Bacalah dengan teliti semua soalan. 9
Jangan baca sekerat sahaja dan terus membuat keputusan.
Mulai tahun 2005, markah yang diberi ialah 40 markah. Karangan akan disemak secara impression dan mementingkan aspek bahasa. Oleh itu, pelajar mesti berhati-hati, dan sentiasa menyemak karangan bagi mengurangkan kesilapan tatabahasa.
Tip Menjawab!
Pilihlah soalan yang anda tahu bukannya memilih soalan yang popular tetapi anda tidak memahami isu yang dinyatakan.
Sebaik-baiknya pilih soalan yang sesuai dengan pemahaman, pengetahuan, dan keupayaan anda mengembangkannya. Selepas itu, sediakan rangka karangan seringkas yang mungkin.
Sebelum menulis rangka karangan, fahamilah kata kunci soalan karangan, isu soalan dan jenis karangan tersebut. Contoh: Sungguhpun negara anda kian maju, namun pengurusan sampah sarap masih belum memuaskan. Cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. Kata kunci: Isu:
Cadangkan langkah-langkah mengatasi
Pengurusan sampah sarap masih belum memuaskan.
Jenis karangan:
Pendapat
Untuk Kertas 02/2 PMR Bahasa Melayu, anda digalakkan menulis:
Pendahuluan
(40 patah kata)
Empat isi penting
(40 x 4 isi = 160 patah kata)
Penutup
(40 patah kata)
–
Jumlah perkataan
–
Jumlah yang dikehendaki = 180 patah kata
= 240 patah kata
Perenggan isi hendaklah mengandungi: Fakta + Huraian + Contoh (F + H + C)
10
BAHAGIAN D NOVEL Soalan bahagian ini adalah berdasarkan novel-novel yang dikaji mengikut zon masingmasing.
Oleh itu, pelajar mesti membaca serta mengkaji novel dari aspek-aspek sasteranya seperti sinopsis, tema, persoalan, perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, nilai, dan pengajaran.
Tip Menjawab!
Untuk menjawab soalan ini, pelajar tidak harus hanya bergantung pada sinopsis sahaja, kerana kebanyakan aspek sastera tersebut memerlukan contoh-contoh yang mesti dikemukakan semasa menjawab soalan.
Semasa menjawab soalan KOMSAS, pelajar diwajibkan menulis dalam bentuk esei/karangan bukannya ditulis dalam bentuk poin, rangka isi atau jadual. Jika tidak, markah pelajar akan dipotong.
Sebaik-baiknya tulis isi jawapan dengan formula = FAKTA + CONTOH Contoh:
Nilai yang terkandung dalam novel ‘Panas Salju’ ialah nilai kasih
sayang. (FAKTA) Nilai ini dapat kita lihat menerusi watak Zulkifli dan Bushrah, yang sentiasa memperlihat kasih-sayang mereka kepada kedua-dua anak mereka. (CONTOH)
Selain itu, pelajar juga mesti mengelakkan daripada melakukan banyak kesalahan dari aspek tatabahasa dan ejaan, kerana terdapat markah untuk bahasa dalam soalan ini.
Jika ada masa, tulislah sebanyak mungkin isi kerana isi yang salah tidak akan ditolak
11