Tamadun Jepun

  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Jepun as PDF for free.

More details

  • Words: 6,332
  • Pages: 40
PENGENALAN: ASAL USUL ORANG JEPUN Walaupun orang Jepun seperti bangsa-bangsa moden yang lain berasal daripada berbagai-bagai keturunan darah, mereka adalah pada dasarnya berketurunan Monggol yang rapat pertalian dengan jiranjirannya di negeri Korea dan negeri China. Mengikut teoriteori yang diketahui umum, orang Jepun yang mula-mula menduduki kepulauaan Jepun adalah dari Selatan melaui Pulau Farmosa dan Ryukyu, tetapi bukti-bukti dari segi kaji purba menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakkan daripada orang Jepun yang mula-mula sampai ke Jepun melaluiKorea. Setengahsetengahnya pada mulanya mungkin berasal dari daerah yang lebih jauh di timur laut Asia, dan lain-lainnyamungkin berasal dari kawasan pantai China Selatan. Di sana mereka mungkin telah berhubung dengan orang Asia Tenggara dan pulau-pulau yang berdekatan dan kenyataan ini mungkin boleh menerangkan banyaknya persamaan yang rapat antara institusi Jepun yang kuno dengan institusi di kawasan-kawasan selatan di Timur Jauh. Meskipun orang Jepun itu pada hakikatnya berketurunan Monggol, penduduk-pemduduk yang pertama menduduki pulaupulau Jepun nampaknya adalah nenek moyang orang Ainu moden sekarang, suatu bangsa yang mungkin sebahagian daripada rumpun proto puteh, iaitu suatu kumpulan yang terpisah daripada rumpun bangsa puteh pada masa yang

begitu awal, maka tidak semua cirri jenis Caucasian lengkap berkembang pada masa itu. Kaum Ainu barangkali pernah pada suatu masa, menduduki seluruh negeri Jepun tetapi mereka mempunyai kebudayaan zaman batu baharu yang dipunyai oleh oarng Monggol yang datang ke Jepun. Sebagai hasilnya dengan beransur-ansur mereka telah ditolak kearah Timur dan Utara melalui pulaupulau Jepun yang bertali-tali sehingga mereka sekarang wujud hanya sebagai suatu bangsa yang cepat pupus, duduk diperkampungan yang primitif di bahagian-bahagian yang lebih terpencil di pulau Hokkaido di Utara dan di pulaupulau yang lebih kecil lebih jauh di Utara. Sumbangan orang Ainu kepada kebudayaan kebudayaan Jepun hanya sedikit, tetapi mereka mungkin telah mepengaruhi sifat-sifat bentuk badan orang Jepun , satu diantaranya ialah sifat orang-orang Jepun yang lebat bulu badannya berbanding dengan kaum Monggol yamg lain. Misai kasar pegawaipegawai tentera dan saudagarsaudagar Jepun itu mungkin disebabkan oleh darah Ainu mereka ini. Gansa dan besi mungkin mulamula sampai ke Jepun kira-kira pada kurun Masehi yang pertama yang dibawa oleh gelombang-gelombang serangan kaum Monggol dari Korea.penyerang-penyerang ini ketara sekali berhubung rapat dengan kebudayaan yang separuh nomad orang-orang di timur laut Asia. Mereka ialah pejuang-pejuang berkuda, yang menggunakan pedang besi

panjang lurus seperti yang didapati di Asia Utara, dan seperti kaum-kaum nomaddirantau itumereka mengkebumikan mayat-mayat ketua mereka ditempat-tempat yang bercangkat. Satu daripada lambing-lambang mereka yang biasa ialah satu jenis batu yang agak berharga dibengkokkan dalam bentuk koma yang besar, dan satu lagi ialah sebagai suatu lambing matahari. Permata-permata yang berbentuk agak serupa selalu dijumpai dalam usaha kaji purba yang diseluruh negeri Korea, dan cermin-cermin gangsa ternyata sekali dipinjam daripada orang-orang China,menunjukkan bahawa orang-orang ini telah pun ada sedikit hubungan dengan tamadun China yang lebih tinggi sebelum datang ke Jepun. Penyerang-penyerang ini, dengan tamadun gangsa dan besinya yang lebih tinggi, dengan cepat menjadi kumpula yang unggul diantara berbagai bagai kaum di negeri Jepun pada masa awal itu. Mereka adalah peneroka negara Jepun yang ada dalamsejarah. Tiga diantara kepunyaan-kepunyaan mereka yang penting ialah pedang, permata yang melengkung dan cermin, akhirnya menjadi “ Tiga Lambang Kerajaan” iaitu sehingga hari ini masih menjadi lambing kuatkuasa kerajaan. Penyerang-penyerang dari Korea berkumpulan ke dalam suku-suku yang kecil. Pedagang-pedagang China yang sampai ke Jepun Barat kira-kira pada tahun Masihi 200, mendapati negeri itu berpecahpecahmenjadi negeri-negeri

kecil berpuluh-puluh banyaknya dan berdasarkan menjadi negeri-negeri kecil berpuluhpuluh banyaknya dan berdasarkan persukuan, tiaptipa suku di perintah oleh seorang paderi lelaki atau permpuan. Kira-kira pada masa itu juga, pemerintahan oleh kaum wanita, yamg selalu dibayangkan dalam cerita dongeng Jepun, diagakkan telah lemah dan memberi tempat kepada pemerintahan oleh kaum lelaki. Perasaan perpaduan persukuan dan kepercayaan tentang pentingnya hak-hak dan kekuasaan turun temurun, dengan tidak syak lagi kuat dikalangan orang-orang ini, kerana kuasa-kuasa ini adalah unggul disepanjang sejarah Jepun dan masih lagi hidup di zaman moden ini. Barangkali tokoh perajurit aristokat, orang yang menunggang kuda, telah pun setakat ini penting dalam masayrakat Jepun, sebab bayangan tentang orang-orang ini dapat mengelakkan diri dari di nodai oleh tamadun China yang dipinjam, dan muncul pada suatu hari yang terkemudian sebagai tulang belakang negeri Jepun di zaman feudal. Agama orang Jepun pada mulanya, adalah pad dasarnya hanya menyembah alam sekeliling, tetapi barangkali disebabkan oleh pengaruh China, kemudiannya memasukkan unsure menyembah nenek moyang. Dengan tidak bernama pada mulanya, akhirnya cara menyembah ini di beri nama Shinto, suatu nama yang bunyinya kecinaan. Erti Shinto

ialah ‘kehendak-kehendak tuhan’. Shinto adalah usaha untuk membezakannya dengan ugama di tanah besar Asia yang di panggil ugama Buddha. Ia adalah didasarkan kepada perasaan takwa dihadapan suatu kejadian alam yang mengkagumkan seperti air terjun, gunung meruncing, pohon yang besar, batu yang aneh bentuknya atau bendabenda yang lebih rendah seperti ulat. Apa sahaja yang mengkagumkan dipanggil ‘kami’, suatu perkataan yang jika diterjemahkan bermakna ‘tuhan’ tetapi pada dasarnya bermakna ‘di atas’ dan ‘lebih tinggi atau mulia. Konsep kedewaan Shinto yang mudah ini hendaklah diingati dalam usaha memehami bagaimana di zaman moden orang Jepun menganggap maharajamaharaja yang masih hidup dan kesemua perwira Jepun yeng telah terkorban kerana negara sebagai dewa-dewa. Tempat di mana orang-orang berasa diri mereka kagum menjadi tempat suci dan akhirnya menjadi tempat keramat. Hari ni berpuluh-puluh ribu tempat yang seumpama itu berselerak di seluruh di negara Jepun. Di antaranya sekarang ini merupakan institusi-institusi terbesar yang umurnya tidak dapat ditentukan, dan yang lain merupakan pondok-pondok kecil bersama batu atau kayu yang didirikan baru ini di hadapan suatu pohon oak yang tua atau didalam lubang gua yang dalam. Kepercayaan asas Shinto hari ini masih kekal dengan tidak ada perubahan sejak zaman prasejarah. Banyak usaha telah

dilakukan dalam masa 1500 tahun yang lepas untuk mewujudkan satu agama yang tersusun dari adat yang menyembah alam yang mudah ini, dan baru-baru ini, denagn menegaskan cerita-cerita dongeng lama yang bersangkutpaut dengan Shinto, untuk menggunakan sebagai suatu alat perpaduan kebangsaan dan suatu ilham untuk semangat kebangsaan yang fanatik. Tetapi walaupun ada susunan-susunan yang di paksakan ini asas Shinto yang sebenar kekal tiada berubah, iaitu menyembah alam dengan cara yang mudah. Penganut-penganut kebudayaan besi dan gangsa mula menyeberang dari Korea kaKyushu Utara dan Honshu Barat kira-kira dalam kurun yang pertama tahun Masihi, tetapi pemindahan ini berlarutan hingga beberapa kurun kemudiannya. Apabila bilangan mereka bertambah di Jepun, mereka mara ke Utara melalui Laut Pendalaman ke bahagian tengah negeri Jepun, dengan menakluki dan menyerap penduduk-penduduk yang lebih awal sambil mereka bergerak. Satu daripada suku-suku mengikut tradisinya sendiri yang kabur, bergerak ke Utara melalui Laut Naikai dari tempatnya yang lebih awal di Kyushu dan akhirnya bertapak di Dataran Yamato yang kecil itu tidak jauh dari pantai sebelah timur laut Naikai. Di sana ia tumbuh dan berkembang, menerbitkan pecahan-pecahan di daerah-daerah baru dan meresapi kaum-kaum lain, sehingga ia mendapat suatu kedaulatan yang sederhana meliputi semua Jepun Tengah

dan Jepun Barat dan juga beberapa bahagian di Korea Selatan. Penguasaan Jepun ke atas Korea Selatan dihuraikan dalam sejarah tradisi Jepun sebagai hasil daripada penaklukan yang setengah ajaib oleh seorang perajurit. Suatu huraian yang lebih tepat ialah bahawa sukusuku di Korea Selatan, yang merasai diri mereka lebih hampir persaudaraannya dengan suku-suku yang telah menyeberang ke Jepun lebih awal, meminta pertolongan daripada orang-orang di Jepun Barat untuk menentang penyerang-penyerang baru dari Korea Utara. Walaubagaimanapun kuasa Jepun di Korea Selatan adalah pada kemuncaknya dalam bahagian kedua kurun yang keempat dan beransur lemah selepas itu, dan berakhir dalam tahun Masihi 562. Kedaulatan suku Yamato dalam negeri Jepun tidak pula melenyapkan hak-hsk otonomi suku-suku, tetapi paderi besar kumpulan Yamato itu menjadi ketua di antara ketua kaumkaum lain dan pemujaan istimewa suku ini menjadi pemujaan utama di dalam seluruh negeri. Dengan cara ini mereka menyembah Dewi Matahari, nenek moyang ketuaketua suku Yamato yang bersifat mitos, menjadi pemujaan yang utama kepercayaan Shinto Jepun. Daripada ketua-ketua paderi suku Yamato yang mendapat kuasa di atas ketua-ketua paderi yang lain dalam kurun ketiga dan keempat, maka terpancarlah keluarga di raja

Jepun. Asal usul yang demikian tidaklah berapa mengagumkan sebagai keturunan langsung daripada Dewi Matahari seperti yang tersebut dalam tradisi Jepun. Walaubagaimanapun ia merupakan keturunan yang sangat awal apabila dibandingkan dengan asal-usul keluarga di raja di tempattempat lain di dunia. Kedaulatan suku Yamato itu adalah permulaan negara Jepun sendiri, suatu hubungan yang longgar di bawah satu suku yang utama, sangat kecil untuk dipanggil empayar seperti yang dinyatakan dalam sejarah tradisi Jepun, tetapi disangkal lagi suatu titik permulaan sebuah negara baru. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:50 pm Post #2

SEJARAH AWAL JEPUN Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Jepun atau Nihon(Nippon) dalam bahasa jepun dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit. Nihon sebenarnya bermakna asal matahari, iaitu matahari terbit. Jepun juga pernah dikenali sebagai Yamato. Nihon, telah diterima secara am sebagai nama untuk Jepun dan telah digunakan buat pertama kalinya oleh cendiakawan-cendiakawa. Korea yang telah ramai datang ke Jepun pada awal abad ke 7. Istilah Nippon telah digunakan dengan meluas semasa era Meiji(186-19120 dan Taisho(1912-1926). Selepas perang kedua, nihon disebaliknya lebih banyak digunakan dirujukkan kepada jepun. Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang berhampiran. Honshu, yang merupakan pulau yang terbesar dan menjadi tempat tinggal empat-perlima daripada penduduk Jepun masakini. Beberapa buah daripada bandar-bandar yang terbesar di Jepun, seperti Tokyo, Osaka, Kyoto, Nagoya, Yokohama, dan lain-lain terletak di pulau ini. Jepun adalah sebuah negara yang kekurangan kawasan-kawasan dataran, prairi, dan sungai-sungai yang panjang lebar. Bagaimanapun, oleh kerana kedudukannya di zon monsun, ia mendapat hujan dan kelembapan yang secukupnya dan dengan yang demikian ia kaya dengan tumbuh-tumbuhan. Secara am iklim adalah sederhana, dan kempat-keempat musim, (bunga, panas, luruh, dan sejuk) adalah jelas berbeza. Empat-perlima daripada negara Jepun diliputi oleh kawasan pergunungan dan seperlima oleh dataran lanar. Antara dataran-dataran lanarnya ialah yang terkaya terletak di Honshu, terutamanya di sebelah kawasan timur Jepun. Ketiga-tiga dataran tersebut ialah Kanto(terletak di Tokyo), Kinai(terletak di teluk Osaka) dan yang ketiga terletak di teluk Ise. Ketigatiga dataran ini mempunyai penduduk yang padat. Dataran-datarn tersebut amat penting dalam sejarah Jepun kerana ia merupakan kawasankawasan pengeluaran makanan dan juga sumber kekayaan dan kuasa utama. Oleh itu, Dataran datarn-dataran ini telah menjadi punca perselisihan dan persaingan di kalalangan tuan-tuan tanah dan keluarga-keluarga feudal. Orang-orang Jepun sebahagian besarnya berketurunan Mongoloid dan dengan itu mereka mempunyai pertalian rapat dengan orang-orang Cina, Korea, Thai, Burma dan lain-lain. Mereka berbadan sederhana dengan potongan muka yang

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:52 pm Post #3

ZAMAN-ZAMAN DALAM TAMADUN JEPUN 2.1 Zaman Yayoi Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alatalat logam dari benua asia terutamanya dari negara China. Suatu bentuk ekonomi pertanian telah juga diperkenalkan. Tanah-tanah telah dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik pengairan telah digunakan dengan meluas yang telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam pengeluaran padi. Setelah amalan menyimpan beras dan hasil-hasil pertanian yang lain mula berkembang, maka wujud perbezaan di antara orang-orang kaya dengan orang-orang miskin. Perbezaan-perbezaan di dalam perkembangan sosial dan politik juga wujud di antara pihak pemerintah dan rakyat. Lamakelamaan lebih ramai pemimpin-pemimpin politik mula muncul di jepun, seperti di Yamato(kini merupakan daerah Nara) dan Kyushu. Kumpulan Yamato atau Nara ini (nenek-moyang keluarga Imperial Jepun yang bertakhta sekarang) telah berjaya mendapat keunggulan ke atas golongangolongan lain yang dipanggil Uji. Menjelang pertengahan abad ke 4 TM. Kekuasaan pemimpinpemimpin yamato telah meluas ke hampir seluruh negara jepun kecuali di beberapa daerah di Kyushu, seperti bahagian timur-laut dan selatan pulau ini. Pemerintah-pemerintah Yamato telah menuntut bahawa mereka berketurunan dari Dewi Matahari(Amateresu) dan dengan demikian mereka telah meneNtukan bahawa pemujaan dewi ini menjadi penyembahan yang ulung di negara ini. Simbol kekuasaan pemimpin-pemimpin Yamato ialah sebuah cermin tembaga, sebuah pedang besar yang panjang dan permata melengkung(digelar magatama) yang dibentuk seperti tanda koma yang kecil. Sebenarnya, ketiga-tiga khazanah ini menjadi bahagian yang penting Alat Kebesaran Imperial keluarga diraja yang sedang memerintah di Jepun pada masa sekarang. Pemerintah-pemerintah Yamato(yang merupakan keturunan keluarga diraja jepun pada masa sekarang) telah memberi kepimpinan awal di Jepun. Mereka juga telah berjaya membawa perpaduan kepada negara tersebut. Kerajaan yamato juga telah memperluaskan kuasa dan pengaruhnya ke beberapa bahagian di Korea Selatan, tetapi pengaruh tersebut berakhir pada 562 TM. Kepercayaan agama orang-orang Jepun purba(iaitu dalam beberapa abad pertama TM) dikenali sebagai Shinto. Shinto atau “cara tuhan-tuhan” (ways of the

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:54 pm Post #4

2.2 Zaman Nara Dan Heain ( 710- 1185 Masihi ) 2.2A: Zaman Nara Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi dan berakhir pada tahun 749 Masihi. Pada zaman Nara, Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea dan China sehingga membawa kepada Jepun dipengaruhi oleh sistem pemerintahan di China iaitu pemerintahan dibawah Dinasti Tang ( 618-906 Masihi). Terbinanya tamadun Jepun zaman Nara bermula dengan perhubungan Korea dan China yang membawa akibat yang besar. Di antaranya ialah kemasukan kelompok-kelompok orang Korea yang datang menetap di Jepun; mereka ini terdiri daripada tukang yang mahir, seperti pekerja logam dan pakar dalam menternak ulat sutera. Menjelang kurun ke-6 terdapat lebih daripada 100 000 orang Korea dan China dari Manchuria yang lahir di Jepun. Kebanyakan mereka terdidik dengan lebih sempurna sama ada dalam bidang pendidikan mahupun dalam pengetahuan pertukangan dan kemahiran seni- daripada orang Jepun yang kemudian meyerapi mereka. Sumbangan mereka kepad perkembangan kebudayaan Jepun tidak boleh diperkecilkan. Kepentingan Jepun dari segi mutu dapat diukur dari hakikat bahawa menjelang permulaan kurun ke-8 lebih daripada satu per tiga keluarga bangsawan Jepun mengaku diri mereka keturunan dari benua Asia, sama ada Korea atau China. Oleh kerana begitu banyak menerima dari Korea dan China melalui Korea, orang Jepun tidak bersedia menahan kemasukan sesuatu agama yang akan berasing dengan kepercayaan asli mereka sungguhpun akhirnya kedua-dua agama ini melengkapi satu sama lain. Agama tersebut adalah agama Buddha, dan sampai di Jepun kira-kira pertengahan kurun ke-6. Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara, maharaja Jepun iaitu Putera Shotoku sangat tertarik untuk mempelajari dan meniru corak pemerintahan Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun China. Rombongan serta utusan-utusan Jepun dihantar ke China dalam menyelidiki corak pemerintahan Dinasti Tang. Walaupun perjalanan melalui laut dari Jepun ke China bukanlah satu perkara yang mudah tetapi rombongan-rombongan dari Jepun dan juga utusan

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:55 pm Post #5

2.2B: Zaman Heian

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Dalam sejarah Jepun, Zaman Heian yang dikatakan mahsyur dianggap bermula pada tahun 794 Masihi apabila istana di Heian-kyo didirikan di Kyoto dan berakhir pada tahun 1185 Masihi. Dalam tempoh itu sebuah kerajaan tentera telah ditubuhkan di bawah pimpinan Minamoto-no-Yoritomo. Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman yang penuh tradisi Jepun dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan serta kesenian. Zaman Heian merupakan kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang gaya terutama untuk mencapai kesempurnaan dalam bidang seni lukis, puisi, kesusasteraan, ukiran dan seni bina. Sepanjang zaman Heian, keluarga Fujiwara iaitu pemerintah sebenar di Jepun pada keseluruhannya bersifat berperikemanusiaan dan memetingkan keindahan. Golongan penentang atau musuh mereka hanya dihukum buang negeri berbanding dengan cara tradisi iaitu dihukum mati. Walaupun keluarga Fujiwara tidak dapat menyebarkan kebudayaan Heian ke segenap lapisan masyarakat Jepun, tetapi mereka telah berjaya memperkenalkan adat memuliakan pelajaran dan ilmu serta cintakan kesenian.Budaya cintakan ilmu dan kesenian ini menjadi asas dan pengaruh untuk merebut kuasa di Jepun hingga kurun –19. Pada zaman Heian, terdapat satu perubahan penting dalam kedudukan politik maharaja. Kuasa politik sebenar maharaja telah merosot dan susur galur maharaja telah masuk ke dalam keluarga Fujiwara kerana mereka telah menggunakan taktik berkahwin dengan keluarga diraja. Dengan perkahwinan seorang puteri dari keluarga Fujiwara dengan seorang bakal maharaja Jepun yang masih muda, telah menyebabkan maharaja dengan mudah dipujuk melepaskan tahtanya dengan alasan tanggungjawab maharaja adalah berat kerana bersangkut paut dengan hal-ehwal agama dan negara. Kemudian anak lelaki daripada hasil perkahwinan ini akan dilantik menjadi maharaja dengan dibantu oleh seorang Pemangku Maharaja ( Kampaku). Anggota keluarga yang paling berjaya, berkuasa dan terkenal ialah Fujiwara-no-Michinaga yang memeritah selama lebih 30 tahun di bawah lapan orang maharaja. http://dukeamienerev.blogspot.com

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:57 pm Post #6

2.3 Zaman Kamakura

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192M , beliau dilantik sebagai Sei-ITaishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami telah menjadi ibu negara dan pusat kegiatan politik Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam sejarah negara Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan “Khemah” atau Bakufu dalam bahasa Jepun. Apabila dilihat dari aspek pembinaan kerajaan Kamakura pada zaman Kamakura ini, secara keseluruhannya kerajaan ini mempunyai dua pusat pemerintahan iaitu Kyoto dan Sagami. Kyoto mengekalkan keagungan pentadbiran tradisional Jepun, yang mana ia menempatkan maharaja Jepun bersemayam dan lebih menumpukan kepada perkembangan sastera yang merangkumi penulisan sastera Jepun. Manakala Sagami pula merupakan jentera pentadbiran Kamakura. Ia menjadi pusat dominasi kuasa tentera oleh golongan Samurai. Bagi mengekalkan kestabilan negara yang baru pertama kali menerima suasana pemerintahan yang berorentasikan kuasa tentera, Yorimoto dikatakan mengekalkan pentadbirannnya di bahagian Timur. Dari aspek pentadbiran kerajaan Kamakura pada asasnya mempunyai tiga jabatan iaitu Samurai Dakoro, Mandokoro dan Manchujo. Selain dari tiga unit asas utama dalam pentadbiran kerajaan, dua lagi jawatan diwujudkan oleh Yoritimo iaitu Shugo dan Jito. Dengan wujudnya jawatan-jawatan ini maka pentadbiran kerajaan Kamakura menjadi semakin kukuh. Tanggungjawab dan tugas utama setiap jabatan dalam kerajaan ini adalah seperti Samurai Dokoro yang diketuai oleh kumonjo bertanggunjawab menguruskan hal ehwal tentera dibawah autonomi jabatan supaya dapat mendisiplinkan golongan samurai. Mondoro pula menguruskan urusan harian bakufu sementara manchujo pula menguruskan mahkamah agong dan membicarakan semua kes-kes awam. Sementara itu bagi jawatan shugo dan jito pula, kedua-duanya dianggap sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai klasifikasi tugas yang berbeza. Shugo bertindak sebagai pegawai tinggi polis manakal jito bertanggungjawab menguruskan semua perkara berkaitan dengan tanah awam dan persendirian di wilayah-wilayah. Pemerintahan banyak memberi penekanan dari segi ketenteraan dan kehakiman. Ini bertujuan untuk mengukuhkan

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 7:59 pm Post #7

2.4 Zaman Kesyogunan Ashikaga

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Sebelum zaman kebangkitan pemerintahan kerajaan Kesyogunan Ashikaga, Jepun berada di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo. Pemerintah pada zaman kesyogunan Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo Kebangkitan Pemerintahan Kesyogunan Ashikaga adalah di sebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja Godaingo menjaga kepentingan komander tentera di bawah pentadbirannya. Ashikaga Takauji pada masa itu tidak berpuas hati dengan Maharaja Godaigo mengenai perlantikan gabenor wilayah tentera kepada puteranya dan bukan kepada tentera yang menyokongnya. Ashikaga Takauji telah bangkit dan memberontak menentang kepimpinan Maharaja Godaigo. Pada tahun 1336 Ashikaga Takauji dengan kerjasama Maharaja Komya berjaya mengalahkan Maharaja Godaigo. Dua tahun kemudian Ashikaga Takauji telah di beri taraf shogun. Ashikaga shogun yang berjaya mengambil alih pemerintahan mengalami kesukaran untuk membentuk satu kerajaan yang kuat. Ini di sebabkan kekurangan ilmu dalam hal-ehwal menguruskan pentadbiran negara. Namun demikian pengaruh Ashikaga Shogun bertambah teguh melalui sistem persekutuan feudal diperkenalkan serta kemampuan Ashikaga mengawal vassal dengan tentera. Keluarga Ashikaga di beri kelebihan dalam kekayaan dan sumber tentera pada setiap vasalnya.Untuk rumah tentera yang mana memberi khidmat kepada shogun sebagai vasdal dan kawasan pengaruh dan kekuasaan..Ashikaga Shogun mengambil tindakan mengabungkan dengan kekuasaan tentera bagi mengukuhkan kedudukanya. Ashikagun telah membina Bakufunya di Kyoto iaitu Shikimoku sebagai satu piagam politik yang boleh membawa perubahan dalam pentadbirannya. Namun hakikat pembinaan itu tidak membawa banyak kesan yang positif seperti yang dirancang. Sistem pentadbiran Ashikaga yang termaktub pada Bakufu mempunyai sifat-sifat yang tersendiri. Shugo merupakan pegawai tertinggi dalam kerajaaan persekutuan dan kerajaan tentera tempatan. Organisasi pusat yang terdiri daripada shogunshogun menjadi vassal yang merupakan pembantu yang baik. Oleh yang demikian mereka telah menjadi satu unit yang boleh mengimbangi kuasa ashikaga. Shogun berada di tahap yang paling tinggi dan dibawahnya dibahagikan kepada empat wilayah iaitu Kanto Kubo (Timur), Kyoto Kanrei, Wilayah Shogun dan Wilayah Barat.Kanto.

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:01 pm Post #8

2.5 Zaman Sengoku Jidai

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar tahun 1460 hingga 1573 masihi. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman peperangan. Dimana pada zaman ini, pertempuran dan dan siri peperangan antara daimo-daimo seringkali berlaku. Setiap daimo-daimo bersaing diantara satu sama lain untuk menguasai suatu kawasan. Khususnya, kawasan yang subur untuk aktiviti pertanian. Penguasaan kawan seperti ini membolehkan kuasa dan kedudukan suatu daimo akan lebih kauta dan stabil. Faktor kelemahan pengaruh dan kuasa penganti Youshimasa serta ketiadaan kuasa keluarga Liosokawa terhadap daimo-daimo menyebabkan daimo-daimo ini bebas bersaing dan berperang diantara satu sama lain untuk mnguasai wilayahwilayah bagi mengukuhkan kedudukan masingmasing. Oleh itu, pergolakan, peperangan dan ketidak stabilan osial seringkali berlaku pada zaman ini. Dari segi sruktur politik dan sosial pada zaman ini, daimo berkuasa keatas suatu kawasan yang dikuasainya dan ini sekali gus mengantikan sistem pemerintahan Bakufu atau hubungan feudal. Tanah milik daimo ini diwariskan pada seorang pewaris yang sulung dan pewaris ini tidak semestinya anak lelaki atau perempuan. Ini menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo semakin kuat. Dari segi ketenteraan dalam zaman ini, semangat kepahlawanan dan berani mati dikalangan pahlawan daimo serta kesetiaan terhadap ketua juga telah melahirkan manusia yang sanggup mlakukan apa sahaja demi untuk mengekalkan dan mengembalikan kuasa. Penguasaan daimo terhadap suatu kawansan membolehkan ia mempunyai pekerja dan tentera yang ramai. Ini sekali gus menyebabkan kuasa dan kedudukan daimo semakin kuat. Disamping itu, kemasukan pedagang portugis di Jepun ini dan pengenalan terhadap senjata api iaitu sejenis senapang yang dikenali juga sebagai matchock muskets menyemarakkan lagi peperangan. Para daimo juga turut menyambut baik kemasukan pedagang portugis ini menyebabkan senjata yang lebih moden diperkenalkan. Oleh itu, pertempuran dan pergolakan dalam negara seringkali berlaku antara daimo. Sementara itu juga, raja yang memerintah Jepun ini juga tidak mempunyai kuasa dan pengaruh terhadap daimodaimo. Pada 1551, Oda Nobunaga telah menjadi penganti

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:06 pm Post #9

2.6 Zaman Kesyogunan Tokugawa 2.61 Pembinaan Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh Tokugawa Ieyasu (1603-03). Beliau telah menyertai Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan Imagawa. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang dipercayai. Ini dapat dibuktikan apabila Oda Nobunaga mengahwinkan anak perempuannya dengan anak sulung Ieyasu iaitu Nobuyasu. Pada yahun 1567, beliau menjadi pemerintah Mikawa dan diiktirafkan oleh kerajaan imperial kuasanya dan memakai nama keluarga Tokugawa. Beliau telah dilantik sebagai salah seorang majlis pemangku raja yang diwujudkan oleh Toyotomi Hideyosi. Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun. 2.62 Pengukuhan Aspek feudalisme tidak dapat diketepikan kerana ia berperanan untuk mencorakkan dan merupakan unsur-unsur penting dalam pembentukan pentadbiran.Ini bertujuan untuk memberikan pemerintah sama ada Syogun Tokugawa atau pengganti-penggantinya mentadbir negara jepun melalui kuasa mutlak. Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh tiga badan terpenting pentadbiran peringkat tertinggi iaitu pertama Tairo (majlis penasihat-penasihat agung). Tairo berperanan dan bertanggungjawab untuk meemberikan nasihatkepada syogun mengenai dasar-dasar penting negara menjadi pemangku raja jika syogun yag dilantik belum dewasa. Kedua Roju (majlis tertua) membentuk majlis negara dengan keanggotaannya berubah mengikut keperluan pentadbitan feudalisme. Roju berperanan dan bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikan hal ehwal istana raja, kuge (golongan bangsawan) dan golongan daimyo, menyelia hal ehwal dalam negeri selain mengawasi tempat-tempat suci(biara). Ketiga Hyojoho(majlis kehakiman) ialah sebuah majlis yang dianggotai oleh roju dan sebilangan kecil pesuruhjaya(bug-yo) yang mengetahui beberapa jabatan penting dalam pentadbiran feudalisme bakufu.peranan dan tanggungjawab hyojosho terakluk dalam bidang kehakiman kerana tidak

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:08 pm Post #10

2.7 Zaman Meiji

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu peristiwa yang penting dalam sejarah Jepun. Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo. Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar kepada Tokyo. Maharaja Meij yang masih muda telah muncul dari tempat pengasingannya di Kyoto ke Tokyo yang berjarak 6.4 kilometer. Beliau telah diiringi oleh seribu orang bangsawan, pembesar, samurai dan lain-lain pegawai tinggi. Pemilihan tersebut tidak memperlihatkan Maharaja Meiji mempunyai kuasa autokratik untuk memerintah negaranya. Sebaliknya, Maharaja Meiji hanya merupakan ketua negara yang simbolik. Kuasa politik terletak terutamanya dalam tangan beberapa orang pemimpin samurai muda yang telah menjalankan inisiatif menjatuhkan rejim Tokugawa. Pemimpin-pemimpin samurai ini berasal dari kawasan-kawasan penguasaan feudal atau Han suku kaum Satsuma, Choshu, Tosa dan Hizen. Diantara mereka termasuk Okubo, Saigo, Matsukata Masayoshi dan Kuroda (dari Satsuma), Kido, Ito, Inone, Yamagata Aritomo dan Katsura (dari Choshu); Okuma (dari Hizen) dan Itagaki Taisuke (dari Toza). Pemimpin-pemimpin baru Meiji juga termasuk Saionji Kimmochi, seorang bangsawan dari Kyoto. Bermula dari zaman pemulihan Meiji 1868, kepimpinan kerajaan baru telah didominasikan oleh samurai muda dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau Oligarki Sat-cho. Pemimpin-pemimpin baru Meiji menyedari bahawa Jepun tidak dapat menandingi kuasa-kuasa imperialisme Barat yang telah memaksa negara tersebut supaya menandatangani perjanjianperjanjian tidak adil. Tambahan pula, pemimpinpemimpin ini juga sedar bahawa kuasa-kuasa Barat yang berada di puncak imperialisme mereka, merupakan satu ancaman utama kepada kedaulatan Jepun. Oleh yang demikian, mereka menyedari satu-satunya cara untuk mengatasi ancaman ini ialah dengan mewujudkan sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat. Oleh itu, tujuan utama, kerajaan baru ialah “Fukoku Kyohei”(sebuah negara yang kaya dan tentera yang kuat). Bagi mencapai hasrat tersebut, pemimpin-pemimpin Meiji sengan teliti telah menggubal suatu dasar modenisasi yang tertumpu terutamanya keatas

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:11 pm Post #11

2.71 Dasar Luar Meiji.

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Dasar luar semasa zaman Meiji merupakan perkara yang menarik dan penting kepada masyarakat Jepun. Sebagaimana yang diketahui sebelum ini, salah satu matlamat kepimpinana Meiji yang paling penting ialah menjalankan proses transformasi negara tersebut kepada pengwujudan sebuah negara yang moden dan kuat. Sealain dari menyalurkan sebahagian besar daripada tenaga mereka untuk membangunkan Jepun menjadi sebuah negara militari yang kukuh. Pemimpinpemimpin Meiji juga telah berusaha bersungguhsungguh untuk mempastikan pengkajian semula perjanjian-perjanjian tidak adil yang telah ditandatangani diantara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat dalam tahun-tahun 1850an dan 1860an. Berhubung dengan isu-isu hak wilayah asing dan penafian autonomi tarif, dimana Jepun kehilangan hak untuk meletakkan tarif keatas barang-barang asing telah menimbulkan perasaan marah dan terhina dikalangan rakyat Jepun sejak tahun 1860an. Pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat banyak percubaan-percubaan diplomatikdalam tahun 1860an dan 1890an untuk memujuk negaranegara Barat supaya mengkaji semula perjanjianperjanjian yang tidak adil. Tetapi usaha ini tidak pernah tercapai terutamanya disebabkan keenganan kuasa-kuasa Barat untuk merunding semula perjanjian-perjanjian mereka dengan Jepun. Dalam tahun 1890an, isu perjanjian-perjanjian tidak adil tersebut telah menjadi isu politik yang penting dalam arena politik tempatan negara tersebut. Partiparti pembangkang termasuk Parti Jiyuto dan Kaisinto telah menggunakan isu tersebut untuk membangkitkan perasaan rakyat Jepun menentang kepimpinan Meiji. Apabila tekanan mengenai isu tersebut mula meningkat terhadap pemimpinpemimpin Meiji, Ito iaitu perdana menteri pada ketika itu telah mengarahkan Menteri Luar Negerinya iaitu Mutsu Munemitsu supaya mengambil pendirian yang lebih tegas terhadap kuasa-kuasa Barat mengenai isu mengkaji semula perjanjianperjanjian tersebut. Mutsu Munemutsu telah mengumumkan kepada negara-negara Barat terutamanya Britain bahawa sekiranya perjanjianperjanjian ini tidak dikaji semula, Jepun mungkin akan terpaksa menolaknya. Disebalik ancaman ini, Menteri Luar Negeri Jepun telah memberi jaminan kepada Britain dengan menyatakan bahawa sekiranya Britain bersetuju untuk merundingkan semula perjanjian-perjanjia dengan Jepun, maka kerajaan Meiji akan memberi peluang yang lebih

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:13 pm Post #12

ZAMAN JEPUN MODEN 3.1 Pengukuhan Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

3.11 PERHUBUNGAN DENGAN BARAT Hubungan awal dengan Barat bermula dengan kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian, terutama di Selatan Jepun. Sedar atas bahaya kedatangan mission-mision tersebut, maka pihak berkuasa Jepun telah melarang penyebaran agama Kristian. Kemasukan orang-orang asing juga telah dihadkan kecuali beberapa orang pedagang Belanda dan China. Mereka hanya dikhususkan berdagang di Pulau Deshima. Rusia atau Britain yang mula-mula memaksa pemerintah Shogun membuka pintu ke Jepun. Oktober 1852, Laksamana Putiyatin (Rusia) telah diberi kuasa untuk memujuk Jepun untuk menandatangani suatu perjanjian perniagaan. Tetapi dalam bulan Ogos 1853 satu angkatan Amerika Syarikat di bawah Komander Matthew Perry menuntut agar diadakan hubungan perniagaan. Terdapat empat factor penting mengapa Amerika berminat terhadap Jepun : 2. Perkembangan perniagaan dengan China melalui Canton. 3. Perkembangan perusahaan orang Amerika ikan paus di Pasifik. 4. Pembukaan Carlifornia yang dilambangkan oleh “ Rebutan Emas” dalam tahun 1849. 5. kemajuan dalam bidang pelayaran dengan menggunakan tenaga wap. Satu daripada tujuan Perry ialah untuk mendapatkan jaminan daripada orang Jepun agar memberi layanan baik kepada orang-orang Amerika yang menghadapi kesulitan pelayaran ke negeri China. Namun tujuan ini boleh disangsikan. Yang lebih penting ialah keinginan untuk mendapatkan bekalan, termasuk bekalan arang batu untuk kapalkapal Amerika yang belayar ke Canton atau dari Conton. Diharapkan juga agar perniagaan dapat diadakan dengan Jepun yang ingin diransangkan lagi dengan persaingan-pesaingan dari Britain. Pada tahun 1854, Perry datang semula dengan 7 buah kapal, Puttyatin juga tiba di Nagasaki dengan 4 buah kapal Rusia. 31 Mac 1854, telah dimaterikan ‘Perjanjian Kanagawa’. Hasil dari perjanjian ini, pelabuhan Hakodate dan Shimoda dibuka kepada kapal-kapal Amerika. Seorang konsul Amerika

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:14 pm Post #13

3.12 PEMODENAN NEGARA

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Kemasukkan orang-orang asing secara lansung menyebabkan kerajaan ‘Syogun’ tidak popluar dan akhirnya jatuh. Ahli-ahli sejarah memberi pendapat yang berbeza tentang punca kejatuhan kerajaan Tokugawa. Pendapat pertama mendakwa bahawa sistem kerajaan Tokugawa mungkin tidak berubah pada dasarnya jika Amerika Syarikat dan negaranegara asing membuka pintu yang tertutup itu dengan paksa. Kedatangan kuasa asinglah yang merosak kerajaan Tokugawa. Pendapat lain mendakwa, bahawa kejatuhan Tokugawa secara tidak langsung disebabkan oleh berbagai factor dalam negeri Jepun, sebelum kedatangan Perry lagi, desakan agar dilakukan perubahan ekonomi telah merosakkan asas-asas ‘Bakufu’. Kedatangan Barat yang dilambangkan oleh kedatangan Perry hanya sebagai sebab terakhir yang menuntutkan kerajaan Tokugawa. Kerajaan Meiji yang dipegang oleh ketua suku Chosu, Setsuma dan tokoh-tokoh istana yang menggulingkan Shogun dahulu, percaya bahawa Jepun memerlukan satu kerajaan nasional yang bersatu padu bagi mencapai tingkat persamaan dalam bidang ketenteraan serta kebudayaan. Pegawai-pegawai pentadbir dan pemimpinpemimpin menyukat mendapat sokongan hangat dari maharaja sendiri. Cogankata juga telah ditukarkan menjadi ‘ Fukokukyohei’. Banyak rombongan-rombongan di atas ke luar negeri bagi meninjau perkembangan kemajuan pelajaran di Barat bagi dicontohi. Pada tahun 1871, satu deligasi pemimpin dan ketua-ketua kerajaan yang dipimpin oleh Iwakura Tomomi dihantar melawat Eropah dan Amerika Syarikat. Kerajaan Meiji menganggap bahawa punca kelemahan pentadbiran ialah kerana sistem feudal. Usaha-usaha telah dilakukan untuk mengubahkan sistem ini. Bila Syogun Tokugawa tewas, mereka segera bertindak untuk membasmi sistem susun lapis masyrakat feudal. Pada tahun1869, satu undang-undang telah dikeluarkan untuk menggantikan sistem susunan peringkat yang lama dengan satu sistem pembahagian yang mudah iaitu pembesar istana digelar orang bangswan ( Kazuko), samurai dipanggil ‘Shizoku’ dan yang lain dipanggil orang awam (Heimin). Samurai dihentikan dari tugas-tugas pentadbiran

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:15 pm Post #14

3.13 PERUBAHAN PERLEMBAGAAN

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Permintaan lembaga-lembaga perwakilan di zaman awal pemerintahan Meiji datang dari segolongan kecil masyarakat. Mereka ini amat penting kerana terdiri daripada bekas ahli-ahli Oligarki, sarjana, penulis dan tuan-tuan tanah kecil serta sederhana. Merekalah yang menjadi tulang belakang persatuanpersatuan politik paling awal. Dan persatuan politik ini kemudiannya berkembang menjadi parti Kebangsaan (Jiyuto). Pada tahun1881, Okuma Shigenobu telah menubuhkan ‘Parti Kemajuan’ ( Kaishinto). Parti ini bergiat dikawasan bandar. Kedua-dua parti ini tidak ada persamaan ideologi. Sementara menunggu sebuah perlembagaan baru digubal, suatu reformasi dalam pentadbiran diadakan. Suatu sistem jemaah menteri dengan Ito Hirobumi sebagai Perdana Menteri telah dibentuk dalam tahun1885. Dalam tahun1888, satu Majlis Penasihat Raja (Privy Council) telah dibentuk. Ito menjadi pengerusi yang pertama setelah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Kuroda Kiyotaka. Pada 11 Februari 1889, maharaja Meiji menyerahkan perlembagaan Negeri Jepun yang pertama kepada Perdana Menteri. Ini melambangkan hakikat yang penting bahawa perlembagaan itu merupakan suatu penggunaan daripada maharaja kepada rakyatnya. Antara isi kandungan perlembagaan baru ini ialah Jepun hendaklah diperintah dan ditadbirkan oleh satu keturunan maharaja, maharaja adalah ‘suci’ dan tak boleh dicabuli. Maharaja tidak patut dijadikan perbualan umum. Maharaja mempunyai kuasa undang-undang dengan persetujuan Parlimen maharaja (Imperial Diet). Walaupun maharaja mempunyai kuasa tetapi tiap-tipa undang-undang hendaklah dibentangkan dalam parlimen maharaja. Undang-undang ini menjadi sah kalau Parlimen tidak meluluskannya. Suatu hakikat yang nyata, kuasa membuat undangundang telah berpindah dari tangan maharaja ke tangan Parlimen. Perlembagaan Meiji telah menetapkan fungsi dua buah dewan iaitu Dewan Pertuanan dan Dewan Perwakilan. Dewan Pertuanan mempunyai ahli-ahli yang terdiri daripada golongan bangsawan. Kuasa Dewan Pertuanan sama dengan Dewan Perwakilan. Ia boleh membatlkan undangundang yang diluluskan oleh Dewan Perwakilan.

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:16 pm Post #15

3.14 PERANG RUSIA-JEPUN

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Perluasan Rusia ke Manchuria amat membimbangkan Jepun. Dalam tahun 1898 Rusia memajak Port Arthur dari China. Manchuria pula menjadi satu kawasan di Timur Jauh yang penting bagi Rusia dari segi ketenteraan dan ekonomi. Bila berlaku Pemberontakan Boxer, Rusia mendapat alasan untuk membawa askar-askarnya ke Selatan melalui Manchuria. Ini memungkinkan Rusia untuk menguasai Teluk Chili dari Taku Bar dan ke Chemulpo, jalan masuk ke Seoul. Ini amat membimbangkan Jepun. Jepun berminat terhadap Korea dan dengan kemaraan Rusia, minat Jepun ke atas Korea sendiri pasti tergugat. Pada tahun 1901, Britain dan Jepun percaya menghasilkan satu perikatan. Ini amat penting bagi Jepun agar ia diberikan kebebasan untuk bertindak di Korea. Rusia menuntut kuasa ekonomi atas kekayaan Manchuria Selatan dan juga menuntut agar diadakan satu kawasan berkecuali di Korea di Utara Garisan Lintang 39 darjah. Ini menimbulkan ketegangan. Jalan penyelesaian buntu.akhirnya Jepun mengistiharkan perang pada 10 Februari 1904 dengan Rusia. Perang ini mengambil masa paling singkat, iaitu tidak sampai 18 tahun. Jepun memberi layanan yang baik kepada tawanan-tawanan perangnya. Perang ini ditamatkan dengan Perjanjian Porstmouth ( 5 September 1905 ). Rusia telah bersetuju untuk mengakui ‘kepentingan-kepentingan politik, tentera dan ekonomi Jepun di Korea serta menyerahkan kepada Jepun pajakan ke atas Semenanjung Liaotung serta jalan keretapi yang menyambung Port Athur dengan Mukden. Rusia juga menyerahkan separuh dari Pulau Sakhalin serta hak-hak istimewa menangkap ikan kepada Jepun. Jepun mendapat faedah besar dari peperangan ini. Ancaman Rusia ke atas Korea telah dihapuskan. Rusia mula menumpukan perhatian semula ke kawasan Balkan yang telah ditinggalkan sejak sekian lama. Jepun berjaya menapak semula di Manchuria. Jepun juga telah meneguhkan kedudukannya di Korea. Dalam tahun 1904, Jeoun telah pun menempatkan penasihat kewangan dan diplomat-

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:17 pm Post #16

3.21 PERANG DUNIA PERTAMA

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Semasa meletusnya Perang Dunia 1, Jepun masih lagi tertskluk kepada Pakatan Inggeris Jepun. Bila meletus perang pada tahun 1914, semua kuasakuasa Barat tertumpu ke Eropah. Dalam perang ini, Jepun berperanan menawan pulau-pulau di Lautan Pasifik serta Semenanjung Liaotung yang dikuasai Jerman. Bila kerajaan China menuntut wilayah tersebut, maka Jepun telah mengemukakan ‘ Dua Puluh Satu Tuntutan’. Jepun terus berjaya menguasai Manchuria. Di samping itu, untuk meneguhkan kedudukannya, Jepun membuat satu pakatan baru yang dianggotai oleh Jepun, Great Britain, Amerika Syarikat dan Jerman. Sekaligus, pakatan ini memansuhkan pakatan Inggeris-Jepun dulu. Pakatan ini disamping meneguhkan kedudukan Jepun tetapi juga telah mengehadkan aktiviti militer Jepun. 3.22 PERANG DUNIA KEDUA Kejayaan Hittler di Eropah menimbulkan 2 akibat serta merta di Jepun. Jepun mula membentuk totalirisme dalam pemerintahan bila Putera Konoye membubarkan semua parti-parti politik. Kemenangan Jerman juga mewujudkan ‘ Perjanjian Paksi Tiga Pihak’ dalam bulan September 1940. Perikatan Jerman, Jepun dan Itali telah meletakkan satu sekatan yang efektif ke atas sebarang tindakan keras oleh Amerika Syarikat di Antlantik atau Pasifik. Hanya Amerika Syarikat yang berupaya menghalang kemaraan Jepun diAsia. Dalam bulan Julai 1941, Jepun menduduki pengkalan-pengkalan di Selatan Indo-China dan pendudukan ini merupakan satu ancaman ke atas Siam, Tanah Melayu, dan Pulau-pulau Hindia- Timur. Persidangan yang berlansung di Washington untuk mengelakkan dari meletusnya peperangan ternyata gagal. Jepun terpaksa bersedia memerangi Amerika dan Britain. Ini ternyata kerana pada 3 Disember 1941, Jepun telah menyerang Hawaii, Hong Kong, Tanah Melayu, Singapura dan Filipina. Dan enam bulan kemudian Jepun mencapai kemenangan cemerlang bila seluruh Asia Tenggara berada di dalam gengamannya. Dari segi ketenteraan, kemenangan Jepun mungkin

Dragonizer

Sat Jul 30, 2005 8:18 pm Post #17

3.23 JEPUN : ZAMAN SELEPAS PERANG

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Selepas, Jepun melaksanakan satu dasar pemerintahan yang diselaraskan dengan ‘Pengistiharaan Postdam’( 29 Ogos 1945 ). Laporan ini menghendaki agar Jepun tidak lagi muncul sebagai kuasa yang boleh menggugat Amerika Syarikat serta keamanan dunia. Matlamat-matlamat laporan ini akan dilaksanakan oleh Majlis Tertinggi Kuasa Berikat ( Supreme Comander of Allied Powers-SCAP ) yang diketuai oleh jeneral Daughlas Mac Arthur. Pada peringkat awal, SCAP telah bertindak segera untuk menghapuskan sokongan tentera kepada pemerintahan yang membawa Jepun ke kancah peperangan dahulu. Angkatan Bersenjata telah dilumpuhkan Agama ‘Shanto’ yang mendewa-dewakan maharaja dirombak individu-individu yang aktif dalam politik dan organisasi penting. Gerakan pembersihan dijalankan untuk memberkas orang-orang yang bertanggungjwab dalam peperangan dahulu. Bekas Perdana Menteri Tojo dan Hototo serta beberapa orang pengikutnya dibicarakan di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa. SCAP telah merangka satu Perlembagaan Baru untuk beberapa garis panduan. Sistem pemerintahan beraja akan dipertahankan tetapi ini tertakluk kepada kehendak rakyat. Kegiatan ketenteraan dan yang berbentuk ‘perang’ tidak dibenarkan. Segala bentuk feudalism mesti dihapuskan. Perlembagaan ini menetapkan bahawa kedaulatan tidak terletak pada maharaja tetapi pada rakyat Jepun. Parlimen menjadi ‘alat negara yang tertinggi’. Maharaja bertindak sebagai lambing negara dan perpaduan rakyat. Dewan Pertuanan telah digantikan oleh suatu Dewan Penasihat (Councillors). Ahli-ahli dipilih tiap-tipa 6 tahun dan 3 tahun sekali. Ahli-ahlinya terdiri dari orang lelaki. Perlembagaan baru ini walaupun hasil buah tangan Amerika Syarikat tetapi ia dapat oleh rakyat Jepun. Amerika juga menjadikan Jepun sebagai benteng penghalang kepada perkembangan pengaruh Komunis di Timur. Pemerintah baru ini mengambil tindakan tegas terhadap Komunis.

Dragonizer

Administrator/Anggota SPTians Posts: 2,766 Group: Admin Member #1 Joined: October 6, 2004

Sat Jul 30, 2005 8:20 pm Post #18

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI untuk topik TAMADUN JEPUN :rolleyes: ii. Kebangkitan Semula Jepun – Abu Yazid Abidin DBP iii. Siri Bimbingan Peperiksaan STP/ HSC, Sejarah Asia Moden, Ibrahim Mustafa B.A.(HONS) Dip. Ed. (Malaya), Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd. iv. Sejarah Jepun, M.Rajendra, arena buku Sdn Bhd, KL 1998. v. Nota Lengkap STPM, Sejarah China Dan Jepun, Maswari Rosdi, Fajar Bakti. vi. Japan Past and Present, Edwin O. Schauer, DBP, Kementerian Pelajar KL 1970. vii. Japan in Postwar Asia, Lawrence Otson. viii. Modern Japan - Richards Sims. ix. The Meiji Oligarchs. x. Jepun kini. xi. Asian History- China, Japan India, IndonesiaRonald Laidlaw xii. The Japanese- Richard Tames. http://www.japan-guide.com/e/e641.html http://dukeamienerev.blogspot.com

« Previous Topic · Theme: Zeta Original

Sejarah dan Geografi · Next Topic » Track Topic · E-mail Topic 1:32 AM Mar 20

JUMLAH PENGUNJUNG (VISITOR) SETAKAT INI:

Related Documents

Tamadun Jepun
May 2020 18
Tamadun Jepun
April 2020 20
Jepun
May 2020 29
Jepun Group
April 2020 33
Kedatangan Jepun
April 2020 34
Nasi Jepun
October 2019 32