Tamadun Jepun

  • Uploaded by: nik_razali
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Jepun as PDF for free.

More details

  • Words: 2,016
  • Pages: 47
ASAL USUL ORANG JEPUN Pada dasarnya - berketurunan Monggol yang rapat pertalian dengan jirannya di negeri Korea 

dan negeri China 

Mengikut teori umum - orang Jepun yang mula menduduki kepulauan Jepun adalah dari Selatan melalui Pulau Farmosa dan Ryukyu, tetapi bukti dari segi kaji purba menunjukkan dengan jelas bahawa kebanyakkan daripada orang Jepun yang mula-mula sampai ke Jepun melalui Korea. 







Pada hakikatnya, Orang Jepun berketurunan Monggol, merupakan penduduk yang pertama menduduki pulau Jepun adalah nenek moyang orang Ainu moden sekarang, suatu bangsa yang mungkin sebahagian daripada rumpun proto puteh, iaitu suatu kumpulan yang terpisah daripada rumpun bangsa puteh pada masa yang begitu awal, maka tidak semua ciri jenis Caucasian lengkap berkembang pada masa itu. Walaupun kurang sumbangan, tetapi mereka mempengaruhi sifat bentuk badan orang Jepun , Diantaranya; 1) sifat orang Jepun yang lebat bulu badannya berbanding dengan kaum Monggol yamg lain. Misai kasar pegawai-pegawai tentera dan saudagar-saudagar Jepun itu mungkin disebabkan oleh darah Ainu mereka ini.



Gansa dan besi mungkin mula-mula sampai ke Jepun kira-kira pada kurun Masehi yang pertama yang dibawa oleh gelombang-gelombang serangan kaum Monggol dari Korea.





Mereka merupakan pejuang berkuda, yang menggunakan pedang besi panjang lurus seperti yang didapati di Asia Utara Seperti kaum-kaum nomad dirantau itu mereka mengkebumikan mayat-mayat ketua mereka ditempattempat yang bercangkat. Antaranya; 1) Satu daripada lambing lambang mereka yang biasa ialah batu yang agak berharga dibengkokkan dalam bentuk koma yang besar 2) Satu lagi ialah sebagai suatu lambing matahari.

SEJARAH AWAL JEPUN 



Jepun atau Nihon (Nippon) dalam bahasa jepun dikenali secara meluas sebagai Tanah Matahari Terbit. Kepulauan Jepun terdiri daripada Honshu, Kyushu, Shikoku, Hokkaido dan pulau-pulau kecil yang berhampiran.



Sejarah awal kebudayaan Jepun dikenali sebagai Jomon. Perkataan Jomon ini berasal daripada barangbarang yang telah direka oleh orang-orang Jepun dari tanah liat jenis Jomon. Pertukangan tembikar Jomon telah dijumpai di Jepun telah menunjukkan kehalusan seni dan corak-corak yang luar biasa. Ini menunjukkan bahawa penduduk asli Jepun telah mencapai taraf seni kebudayaan yang agak tinggi menjelang tahun 5000 SM.

ZAMAN ZAMAN DALAM TAMADUN JEPUN.

ZAMAN YAYOI 



Era Yayoi telah dibezakan dengan pengenalan alat-alat logam dari benua asia terutamanya dari negara China. Tanah-tanah telah dibuka untuk penanaman padi dan teknik-teknik pengairan telah digunakan dengan meluas yang telah menyebabkan berlakunya lebihan dalam pengeluaran padi.







Perbezaan-perbezaan di dalam perkembangan sosial dan politik juga wujud di antara pihak pemerintah dan rakyat. Lama-kelamaan lebih ramai pemimpinpemimpin politik mula muncul di jepun, seperti di Yamato(kini merupakan daerah Nara) dan Kyushu. Kumpulan Yamato atau Nara ini (nenekmoyang keluarga Imperial Jepun yang bertakhta sekarang) telah berjaya mendapat keunggulan ke atas golongan-golongan lain yang dipanggil Uji.



Kepercayaan agama orang-orang Jepun purba(iaitu dalam beberapa abad pertama TM) dikenali sebagai Shinto. Shinto atau “cara tuhantuhan” (ways of the gods) telah wujud lebih awal daripada Confucianisme atau Buddhisme di Jepun.

ZAMAN NARA 

Zaman Nara bermula pada tahun 710 Masihi dan berakhir pada tahun 749 Masihi. Pada zaman Nara, Jepun banyak menjalin hubungan dengan Korea dan China sehingga membawa kepada Jepun dipengaruhi oleh sistem pemerintahan di China iaitu pemerintahan dibawah Dinasti Tang ( 618-906 Masihi).



Dari segi pengukuhan tamadun pada zaman Nara, maharaja Jepun iaitu Putera Shotoku sangat tertarik untuk mempelajari dan meniru corak pemerintahan Dinasti Tang yang unggul dalam tamadun China.



Cabaran yang dihadapi pada zaman Nara ialah selepas kemangkatan Putera Shotoku pada 621 Masihi, suku Soga telah mengukuhkan dan menambah kekuasaan mereka serta menunjukan tanda-tanda yang mereka bersedia hendak merampas kuasa. Pada tahun 645 Masihi berlaku rampasan kuasa yang diketuai oleh Nakatomi-no-Ktamari yang dikenali sebagai Fujiwara Katamari.

ZAMAN HEIAN 

Zaman Heian yang dikatakan mahsyur dianggap bermula pada tahun 794 Masihi apabila istana di Heian-kyo didirikan di Kyoto dan berakhir pada tahun 1185 Masihi. Dalam tempoh itu sebuah kerajaan tentera telah ditubuhkan di bawah pimpinan Minamoto-no-Yoritomo.



Zaman Heian boleh dianggap sebagai suatu zaman yang penuh tradisi Jepun dan amat memberi perhatian kepada hidup berperaturan, beradab dan dilafazkan dengtan indah dalam kehidupan serta kesenian. Zaman Heian merupakan kebudayaan yang sangat mengambil berat tentang gaya terutama untuk mencapai kesempurnaan dalam bidang seni lukis, puisi, kesusasteraan, ukiran dan seni bina.



Kuasa politik sebenar maharaja telah merosot dan susur galur maharaja telah masuk ke dalam keluarga Fujiwara kerana mereka telah menggunakan taktik berkahwin dengan keluarga diraja.



Anggota keluarga yang paling berjaya, berkuasa dan terkenal ialah Fujiwara-no-Michinaga yang memeritah selama lebih 30 tahun di bawah lapan orang maharaja.

ZAMAN KAMAKURA 







Kerajaan Kamakura ini ditubuhkan oleh Yoritomo pada 1192M , beliau dilantik sebagai Sei-I-Taishogun. Kamakura terletak diwilayah sagami telah menjadi ibu negara dan pusat kegiatan politik Jepun. Zaman Kamakura juga merupakan kerajaan keshogunan iaitu bersifat kediktatoran tentera yang pertama dalam sejarah negara Jepun. Kerajaan seperti ini dipanggil kerajaan “Khemah” atau Bakufu dalam bahasa Jepun.











Dalam Zaman Kamakura menyaksikan pertumbuhan bilangan estet-estet persendirian atau ianya dipanggil juga Syo atu Syoen. Ini adalah hasil daripada pertumbuhan feudalisme. Dengan itu secara tidak langsung menyebabkan pemindahan kuasa dari kerajaan pusat kepada pengusahapengusaha wilayah dan tuan-tuan tanah wilayah. Calon-calon bagi jawatan Jito dan Shugo ditentukan sendiri oleh Bakufu Yamakura. Ini terbukti semasa pemerintahan Yorimoto telah memberi keutamaan kepada golongan tentera atau perwira yang dikenali sebagai Buke untuk



Dalam Zaman Kamakura ini juga telah merakamkan pertumbuhan ekonomi yang positif dalam sejarah Jepun. Ini dilihat dalam peningkatan dan pertambahan hasil sektor pertanian yang besar.





Antara cabaran yang dihadapi semasa Zaman Kamakura ialah krisis politik Bakufu Kamakura. Beberapa ancaman dan permasalahan dalam kerajaan Kamakura antaranya ialah dua krisis utama iaitu hilangnya waris Minamoto dalam siri kepimpinan Bakufu Kamakura yang diasaskan oleh Yorimoto dan digantikan dengan pengganti-pengganti raja Hojo.









Kerajaan Kamakura berakhir pada tahun 1333 Masihi akibat timbulnya cubaan dari beberapa orang maharaja Jepun yang berusaha menggulingkan kerajaan tersebut. Pada tahun 1333, Maharaja Godaigo (1288-1339) dengan bantuan jeneraljeneral utama seperti Kosunoki Masashige (1294-1336), Nitt Yoshisada (1301-1338) dan Ashigaka Takauji (1305-1358). Akhirnya maharaja Godaigo berjaya mengambilalih namun selepas dua tahun baginda telah kehilangan kekuasaan politiknya. Ini adalah kerana baginda sendiri tidak mampu melawan kuasa kelas-kelas tentera wilayah, termasuklah golongan

Zaman Kesyogunan Ashikaga 

Pemerintah pada zaman kesyogunan Ashikaga Takauji adalah seorang pemimpin tentera di bawah pentadbiran Maharaja Godaigo Kebangkitan Pemerintahan Kesyogunan Ashikaga adalah di sebabkan oleh kegagalan pemerintahan Maharaja Godaingo menjaga kepentingan komander tentera di bawah pentadbirannya





Selepas tahun 1368, pemerintahan kerajaan Ashikaga di warisi oleh Yoshimitsu, struktur pemerintahan yang di buat berdasarkan kesetiaan dan perpaduan. Peranan yang dimainkan oleh Yoshimitsu dan pegawai bawahannya dikawal dengan keras tetapi adil, dan pengawasan vassal adalah terlalu subjektif untuk





Pada zaman kerajaan Ashikaga, perkembangan ekonami berlaku dengan pesat melalui pengagihan kuasa yang diperkenalkan. Masyarakat yang terpisah berdasarkan kelas dapat disatukan melalui pembinaan Bakufu.



Melalui dasar pentadbiran yang di lakukan oleh kerajaan Ashikaga ini sebanarnya telah menyebabkan pemerintah Ashikaga yang digelar shugo mengalami kekurangan pengaruh secara berperingkatperingkat seterusnya mengalami kejatuhan.









Pada tahun1565,Syogun Ashikaga iaitu Yoshiteru telah dibunuh dan beliau telah diganti oleh Ashikaga Yoshihide yang meninggal dunia tiga tahun kemudian. Yoshiaki telah dilantik sebagai Syogun oleh Oda Nobunaga yang telah menjadi seorang daimyo yang paling berkuasa di Jepun. Yoshiaki kemudian telah dipecat oleh Nobunaga dalam tahun 1573. Keadaan ini telah menamatkan zaman pemerintahan Kesyogunan Ashikaga di Jepun.

Zaman Sengoku Jidai 





Zaman Sengoku Jidai ini berlangsung sekitar tahun 1460 hingga 1573 masihi. Zaman ini juga dikenali sebagai zaman peperangan. Dimana pada zaman ini, pertempuran dan dan siri peperangan antara daimo-daimo seringkali berlaku.



Dari segi sruktur politik dan sosial pada zaman ini, daimo berkuasa keatas suatu kawasan yang dikuasainya dan ini sekali gus mengantikan sistem pemerintahan Bakufu atau hubungan feudal











Pada tahun 1585 Masihi, Toyotomi Hideyoshi menjadi pemangku raja dan menakluki pulau Shikoku. Setahun kemuadian, beliau menjadi ketua menteri dan pada 1587, Toyotomi Hideyoshi menakluki Kyushu. Toyotomi Hideyoshi berjaya menguasai Istana Odawara iaitu milik keluarga Ujimasa di wilayah Sagami. Toyotomi berkuasa ke atatas wilayah Kanto apabila berjaya mengalahkan kebangkitan di Mitsu dan Dewa. Penaklukkan terhadap wilayah Kii dan Izuma merealisasikan usaha penyatuan



Pada tahun 1598 Toyotomi Hideyoshi meninggal dunia.

Zaman Kesyogunan Tokugawa 



Kesyogunan Tokugawa telah diasaskan oleh Tokugawa Ieyasu (1603-03). Beliau telah menyertai Perang okehazama antara Oda Nobunaga dan Imagawa. Beliau telah mengukuhkan kedudukannya dengan menjadi sekutu rapat Oda Nobunaga yang dipercayai.





Pada tahun 1603, beliau telah dilantik menjadi Shogun dan meletakkan jawatan dan digantikan oleh anaknya iaitu Hidetada. Beliau juga terkenal sebagai Daimyo yang terkuat di Jepun.





Di peringkat asas, pentadbiran digerakkan oleh tiga badan terpenting pentadbiran. Peringkat tertinggi digelar Tairo (majlis penasihat-penasihat agung). Tairo berperanan dan bertanggungjawab untuk meemberikan nasihatkepada syogun mengenai dasar-dasar penting negara menjadi pemangku raja jika syogun yag dilantik belum dewasa.



Kedua Roju (majlis tertua) membentuk majlis negara dengan keanggotaannya berubah mengikut keperluan pentadbitan feudalisme. Roju berperanan dan bertanggungjawab untuk menguruskan dan mengendalikan hal ehwal istana raja, kuge (golongan bangsawan) dan golongan daimyo, menyelia hal ehwal dalam negeri selain mengawasi tempat-tempat suci(biara).



Ketiga Hyojoho(majlis kehakiman) ialah sebuah majlis yang dianggotai oleh roju dan sebilangan kecil pesuruhjaya(bugyo) yang mengetahui beberapa jabatan penting dalam pentadbiran feudalisme bakufu.peranan dan tanggungjawab hyojosho terakluk dalam bidang kehakiman kerana tidak wujud pemisahan bidang kuasa yang jelas antara kuasa eksekutif (pelaksana) dan kuasa kehakiman.





Antara dasar-dasar yang diperkenalkan adalah seperti berikut: Pertama membentuk satu sistem untuk membolehkan kawalan dan perhatian ketat diberikan ke atas kuasa-kuasa daimyo dan kegiatan tuan-tuan tanah feudal yang dianggap mencurigakan.



Kedua, mengeratkan beberapa sekatan ke atas daimyo dengan memberikan tugasan yang dianggap membebankan sumber kewangan antaranya membaiki kerosakan-kerosakan istana.



Ketiga, langkah mengelakkan komplot dan subahat dengan memperkenalkan peraturan menghadkan keluasan istanaistana daimyo ini dan perkahwinan di kalangan daimyo dikawal.



Keempat, pengenalan suatu kod panduan tatatertib dan kelakuan mereka dikenali sebagai buke sohatto(peraturan bagi rumah-rumah tentera). Kelima, mengukuhkan kekuatannnya melalui pengumpulan harta kekayaan dan meembendung kegiatan kelas tentera dan daimyo-daimyo Tozama.



Suku kaum Satsuma, Choshu, Toza, da Hizen menggunakan kesempatan ini untuk mengkritik pemerintahan Shogun Tokugawa. maharaja yang telah terasing turut juga mengkritik Shogun Tokugawa kerana segala perjanjian dan hubungan dengan orang-orang asing tidak dibincangkan terlebih dahulu degan maharaja. Masalah-masalah inilah yang menyebabkan keruntuhan Kesyogunan Tokugawa di negara Jepun.

Zaman Meiji 

Permodenan Meiji pada tahun 1868 merupakan suatu peristiwa yang penting dalamsejarah Jepun. Tumpuan utamanya ialah untuk mengembalikan Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo. Pada bulan Disember 1868, Eo telah ditukar kepada Tokyo.



Kerajaan Meiji telah memberi tumpuan khusus kepada pengwujudan sebuah angkatan Tentera Darat dan Laut yang kuat mengikut cara Barat. Ini perlu bagi menentang ancaman kuasa-kuasa Barat di Jepun.





Pada tahun 1871, sebuah Kementerian Pelajaran telah ditubuhkan dan langkah-langkah telah diambil untuk mewujudkan sistem pelajaran yang seragam di negara tersebut. Pada tahun 1872, kerajaan telah mengumumkan bahawa negara Jepun akan dibahagikan kepada 8 kawasan pelajaran dan pendidikan.



Dalam bidang undang-undang, pemimpin-pemimpin Meiji telah membuat pembaharuan.





Zaman pemerintahan Meiji berakhir dengan kematian Maharaja Meiji iaitu Mutsuhito pada 30 Julai 1912. Ini merupakan salah satu zaman yang paling gemilang dalam sejarah Jepun. Dibawah pemerintahan Meiji, Jepun telah diubah kepada sebuah negara







Pada keseluruhannya, Zaman Meiji telah memainkan peranan yang penting dalam sejarah Jepun. Zaman ini telah mempopularkan Jepun ke dalam bidang politik antara bangsa sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa. Transformasi Jepun yang begitu pesat dan cepat sebagai sebuah negara yang moden dan berkuasa memperlihatkan bahawa proses-proses perkembangannya adalah suatu yang ajaib dan menakjubkan.

RUJUKAN:   

 



       

RUJUKAN DAN BIBLIOGRAFI untuk topik TAMADUN JEPUN Kebangkitan Semula Jepun – Abu Yazid Abidin DBP Siri Bimbingan Peperiksaan STP/ HSC, Sejarah Asia Moden, Ibrahim Mustafa B.A.(HONS) Dip. Ed. (Malaya), Utusan Publication and Distribution Sdn Bhd. Sejarah Jepun, M.Rajendra, arena buku Sdn Bhd, KL 1998. Nota Lengkap STPM, Sejarah China Dan Jepun, Maswari Rosdi, Fajar Bakti. Japan Past and Present, Edwin O. Schauer, DBP, Kementerian Pelajar KL 1970. Japan in Postwar Asia, Lawrence Otson. Modern Japan - Richards Sims. The Meiji Oligarchs. Jepun kini. Asian History- China, Japan India, Indonesia-Ronald Laidlaw The Japanese- Richard Tames. http://www.japan-guide.com/e/e641.html http://dukeamienerev.blogspot.com/

Related Documents

Tamadun Jepun
May 2020 18
Tamadun Jepun
April 2020 20
Jepun
May 2020 29
Jepun Group
April 2020 33
Kedatangan Jepun
April 2020 34
Nasi Jepun
October 2019 32