Jepun

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Jepun as PDF for free.

More details

  • Words: 2,703
  • Pages: 12
REAKSI MASYARAKAT JEPUN TERHADAP KEDATANGAN AMERIKA SYARIKAT Oleh: Henry B. Rudy Armady al-Manhar UPSI 1.0.

Pengenalan

Pemodenan Meiji yang berlangsung pada 1868 dilihat sebagai permulaaan bagi negara Jepun keluar daripada dunia klasik dan melibatkan diri dengan aktiviti pemodenan bersama-sama dengan dunia luar1. Semasa era Meiji, kuasa pentadbiran terletak di bawah beberapa orang pemimpin samurai muda yang sebelum ini telah menjalankan inisiatif menjatuhkan rejim Tokugawa2. Mereka berasal dari kawasan-kawasan penguasaan feudal atau Han, suku kaum Satsuma, Choshu, Tosa dan Hizen. Antara mereka yang seringkali disebut-sebut dalam sejarah pemodenan Jepun ini termasuklah Okubo, Saigo, Matsukata Masayoshi dan Kuroda (dari Satsuma), Kido, Ito, Inone, Yamagata Aritomo dan Katsura (dari Choshu); Okuma (dari Hizen) dan Itagaki Taisuke (dari Toza). Bermula dari 1868, iaitu tarikh penting tentang pemulihan Meiji, kuasa politik Jepun didominasikan oleh samurai muda dari suku kaum Satsuma dan Choshu atau Oligarki Sat-cho. Meskipun era pemodenan yang berlangsung pada era Meiji ini sering dikaitkan dengan pengembalian sistem Maharaja kepada kedudukannya yang sebenar sebagai ketua masyarakat Jepun yang tertinggi dan pemindahan ibu negara diraja dari Kyoto ke Edo, tetapi lebih jauh dari itu ialah berkaitan kesan pemodenan tersebut terhadap kesedaran para pemimpin baru mereka tentang kekuatan yang ada pada negara-negara kuasa Barat yang telah membuka mata para pemimpin Jepun untuk berkuasa seperti mereka. Mereka mula sedar bahawa bukan mudah untuk menandingi kuasa imperialisme Barat. Kuasakuasa besar imperialis ini menjadi ancaman kepada mereka terutamanya dalam aspek ekonomi dan ketenteraan yang menyebabkan mereka diperkotak-katik oleh negara Barat melalui perjanjian-perjanjian secara paksa antara negara itu dengan kuasa Barat.

1 2

Abu Talib Ahmad. 2005. Tamadun Jepun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hal 177. M. Rajendran. 1998. Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, Hal. 60.

1

Pada masa yang sama, pemimpin-pemimpin muda ini menyedari akan satusatunya pendekatan terbaik bagi mengatasi ancaman kuasa imperialis ini. Pendekatan yang dimaksudkan ialah dengan mewujudkan sebuah negara moden yang mempunyai kuasa tentera yang kuat dan strategik. Oleh itu, muncul slogan “Fukoku Kyohei”yang bermaksud “sebuah negara yang kaya dan tentera yang kuat ”. Hal inilah yang telah mendorong pemimpin-pemimpin Meiji menggubal dasar yang berkaitan modenisasi dengan memberi tumpuan kepada penyerapan teknologi dan pengetahuan dari Barat secara besar-besaran. Fukuzawa Yukichi yang merupakan antara golongan intelek Jepun adalah individu yang bertanggungjawab dalam proses penyerapan pengetahuan Barat dalam sistem intelektual dan pengetahuan di Jepun.

Peta Negara Jepun

Aspek yang diambil kira dalam proses modenisasi ini termasuklah berkaitan ekonomi, politik, dan sosial selain bidang ketenteraan. Usaha yang dilakukan secara berperingkat-peringkat ini telah berjaya membawa

Jepun ke arah perubahan yang

drastik. Secara tak langsung, berlaku revolusi pemikiran, teknologi, dan politik di Jepun. Revolusi yang begitu pantas dan drastik terutamanya dalam aspek ketenteraan telah mencetuskan satu fenomena agresif dalam politik Jepun. Modenisasi Angkatan Tentera yang dimulakan pada sekitar 1870-an telah menyumbang ke arah tindakan agresif Jepun

2

ini. Tindakan Jepun yang begitu agresif ini juga menyebabkan Amerika Syarikat mula campur tangan dalam politik Jepun.

2.0.

Reaksi Penduduk Jepun Terhadap Kedatangan Amerika Syarikat

Secara umum, pendudukan Amerika Syarikat di Jepun bermula pada 2 September 1945 setelah Jepun menyerah kalah secara rasmi ekoran serangan dua bom atom ke atas Nagasaki dan Hiroshima3. Tetapi, sebenarnya Amerika sebelum itu telah terlibat dalam politik Jepun terutamanya semasa peristiwa tuntutan 214 yang dikemukakan oleh Jepun terhadap presiden Cina iaitu Yuan Shih Kai pada 18 Januari 1915 5. Amerika Syarikat kemudiannya bertindak balas melalui Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Bryan pada Mac 1915 dengan mengutuk tuntutan-tuntutan Jepun itu. Reaksi masyarakat Jepun terhadap kedatangan Amerika Syarikat sebenarnya adalah pelbagai. Ada yang menerima dan tidak kurang juga yang mengecam kewujudan mereka di bumi matahari terbit itu. Dalam aspek penerimaan, terdapat banyak sebab mengapa penduduk Jepun menerima kehadiran mereka di situ. Pertamanya adalah disebabkan penduduk Jepun yang merasakan bahawa Amerika Syarikat perlu bertanggungjawab atas pengeboman oleh tentera mereka di Hiroshima dan Nagasaki. Pengeboman tersebut telah menyebabkan Jepun hampir lumpuh sepenuhnya terutama dalam aspek insfrastruktur yang menyukarkan aktiviti harian dijalankan. Keadaan itu

3

Andrew Gordon. 2003. A Modern History of Japan: From Tokugawa Times To The Present, New York: Oxford University Press, Hal. 229. 4 Tuntutan 21 ialah satu senarai yang mengandungi 21 tuntutan yang telah dikemukakan oleh Jepun kepada Cina pada bulan Januari 1915. Tuntutan tersebut merupakan sebahagian daripada strategi Jepun untuk meluaskan pengaruhnya di Cina. 5 M. Rajendran. 1998. Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, Hal. 121.

3

juga bolehlah dianggap seperti “bayi yang baru dilahirkan semula” kerana Jepun perlu memulakan semua yang telah dibangunkan sebelum ini. Dalam peristiwa pengeboman yang berlaku pada 6 Ogos 1945 itu, lima puluh peratus daripada mereka yang tinggal dalam lingkungan 1.2 kilometer dari pusat pengeboman, mati pada hari yang sama, manakala, 80 - 100 peratus daripada mereka yang terdedah dalam lingkungan ini akhirnya mati akibat kecederaan atau radiasi6. Dalam masa lebih kurang lima bulan kemudiannya, kesan pengeboman ini telah meragut nyawa lebih kurang 140 000 orang daripada jumlah 350 000 orang penduduk Hiroshima. Manakala di Nagasaki, seramai 70 000 orang daripada 270 000 penduduk Nagasaki telah meninggal dunia bagi tempah yang sama7. Malah, kedahsyatan kesan pengeboman ini diakui sendiri oleh Brigadier-General Thomas Farrell, penolong pengarah Projek Manhattan yang melawat Hiroshima setelah beberapa lama peristiwa itu berlaku. Menurut Beliau: “I fairly well understood from various mid-air photographs that the damage in Hiroshima was enormous, but after coming here and inspecting the scene.I have learned that the damage is enormous and beyond description. I think something so horrible should never be used again.” 8 Sedangkan bagi pihak tentera Amerika Syarikat, hanya seramai 292 000 anggota tentera yang mati. Ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi penduduk Jepun sekiranya Amerika Syarikat hanya lepas tangan terhadap kekejaman yang telah dilakukan ke atas Jepun. Oleh itu, penduduk Jepun menuntut supaya Amerika Syarikat berada di Jepun untuk bersama-sama membangunkan semula negara tersebut. Apa yang diharapkan oleh penduduk Jepun daripada Amerika Syarikat pada waktu ialah pemulihan dalam aspek ekonomi, politik, dan sosial. 2.1.

Ekonomi- “Amerika Dianggap Sebagai Pemulih Ekonomi”

6

M. Rajendran. 1998. Sejarah Jepun, Kuala Lumpur: Arenabuku Sdn. Bhd, Hal. 194. Mikiso Hane. 2001. Modern Japan: A History Survey (Third Edition), Boulder: Westview Press, Hal. 364. 8 ______. Perang Dunia Kedua, (22 sept 2008). 7

4

Dalam aspek ekonomi, penduduk Jepun memberikan reaksi yang baik terhadap pendekatan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat iaitu menerapkan unsur demokratik dalam sistem ekonomi di Jepun. Masyarakat Jepun yang sebelum ini terbeban dengan corak ekonomi yang bersifat monopoli terutamanya oleh golongan Zaibatsu mengharapkan sesuatu daripada Amerika Syarikat iaitu kebebasan berekonomi. Mendemokratikkan sistem ekonomi bermaksud usaha untuk membendung monopoli ekonomi yang sebelum ini menjadi amalan dalam aktiviti ekonomi di Jepun hingga menyukarkan peniaga kecil bersaing di zon perdagangan terbuka. Laungan demokratik ini asalnya adalah untuk pemulihan politik Jepun yang dianggap oleh Amerika Syarikat sebagai politik yang tidak demokratik9. Tetapi, menyedari bahawa kepentingan ekonomi lebih diperlukan oleh penduduk Jepun kerana negara tersebut baru sahaja menempuh kemusnahan yang dahsyat, maka laungan demokratik itu turut dimuatkan dalam sistem ekonomi Jepun. Dalam aspek ekonomi juga, kerajaan Jepun memberikan respon yang baik iaitu memberi kerjasama terhadap pembaharuan yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat berkaitan reformasi tanah. Kerajaan Jepun bersetuju dengan cadangan Amerika Syarikat untuk membahagikan semula sejumlah empat juta ekar tanah kepada tiga juta petanipetani yang sebelum ini telah menyewa tanah-tanah tersebut daripada tuan-tuan tanah. Para petani, penyewa, dan pengusaha-pengusaha tanah juga boleh membeli tanah yang telah diusahakan oleh mereka melalui bayaran ansuran dan kadar bunga yang rendah. Langkah Amerika Syarikat ini tidak memberikan sebarang kerugian kepada masyarakat Jepun khususnya bagi golongan bawahan. Justeru, tidak ada sebab mereka menolak kehadiran Amerika Syarikat di Negara mereka. Masyarakat Jepun terutamanya yang hidup miskin semasa era sebelum pendudukan Amerika Syarikat juga berasa gembira dengan tindakan Amerika Syarikat yang menjadikan para petani daripada petani yang menyewa tanah kepada pemilik tanah. Mereka tidak perlu lagi terikat dengan tuan tanah selagi tidak menjelaskan sewa. Penubuhan koperasi-koperasi pertanian yang dibina pada 1949 juga menunjukkan 9

W.G. Beasley. 2003. Pengalaman Jepang: Sejarah Singkat Jepang, Jakarta: Yayasan Hal. 329.

Obor

Indonesia,

5

bahawa pendekatan Amerika Syarikat ini diterima oleh kebanyakan penduduk Jepun. Buktinya, seramai kira-kira lapan juta rakyat Jepun menjadi ahli kepada kira-kira 32,000 koperasi yang ditubuhkan oleh Amerika Syarikat keranana mereka mendapat banyak manfaat daripadanya. Bantuan demi bantuan yang diberikan oleh Amerika Syarikat dilihat antara penyebab masyarakat Jepun dapat menerima kehadiran Amerika Syarikat di Jepun. Sehingga Julai 1950, Amerika telah membelanjakan sebanyak AS$1.7 bilion untuk memulihkan semula Jepun yang rosak akibat tangan mereka sendiri. 2.2.

Politik dan Pentadbiran - “Amerika Dianggap Sebagai Penyelamat” Apabila jeneral Douglas MacArthur iaitu Panglima Tertinggi yang mewakili

Amerika Syarikat dalam Supreme Commander for The Allied Powers (SCAP) diberi tanggungjawab untuk memulihkan Jepun, beliau telah memperkenalkan sistem demokrasi dalam politik dan pentadbiran Jepun. Demokrasi pentadbiran di sini bukan sahaja demokrasi dalam erti kata ketelusan dalam pemilihan pemimpin-pemimpin. Sebaliknya mencakupi demokrasi dalam menjalankan pemerintahan terhadap rakyat. Hal ini telah menarik minat penduduk Jepun terhadap Amerika Syarikat kerana menganggap mereka sebagai penyelamat kepada rakyat Jepun yang selama ini sentiasa berada di bawah tekanan pemerintah yang tidak demokrasi.

Jeneral Mac Arthur

6

Jeneral Mac Arthur telah menghapuskan konsep Maharaja sebagai dewa dalam pemerintahan supaya status itu tidak disalahgunakan oleh mereka untuk menindas rakyat10. Sebelum ini, tidak ada mana-mana pihak yang berani melakukan demikian terhadap Maharaja Jepun. Meskipun ada pihak-pihak tertentu terutamanya raja dan golongan-golongan bangsawan tidak suka akan tindakan Amerika Syarikat ini, tetapi itu tidak penting. Yang penting ialah bagaimana majoriti boleh menerima pendekatan mereka ini. Selain itu, reaksi positif Jepun terhadap Amerika Syarikat juga boleh dilihat melalui persetujuan-persetujuan Jepun untuk melakukan beberapa perjanjian dengan Amerika Syarikat. Antara perjanjian yang melibatkan Jepun dengan Amerika Syarikat ialah Perjanjian San Francisco yang ditandatangani pada 8 September tahun 1951. Meskipun perjanjian ini bukan hanya melibatkan dua pihak, sebaliknya melibatkan 48 negara lain, tetapi ini membuktikan bahawa kehadiran Amerika Syarikat di Jepun tidak menimbulkan kebencian negara itu kepada Amerika Syarikat11.

Malah, di dalam

perjanjian itu, segala isinya dipatuhi oleh Jepun misalnya bersetuju untuk menyertai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selain berjanji menghormati hak-hak manusia seperti yang termaktub di dalam perlembagaan baru Jepun yang berkuatkuasa pada tahun 194712. Semua persetujuan ini adalah atas cadangan daripada Amerika Syarikat dan Jepun menerima segala cadangan tersebut. Selain Perjanjian San Francisco yang dilihat dapat mengukur penerimaan Jepun terhadap Amerika Syarikat, satu lagi perjanjian damai antara kedua-dua pihak dapat menjelaskan reaksi Jepun terhadap Amerika Syarikat. Perjanjian yang dikenali sabagai Perjanjian Keselamatan Amerika Syarikat-Jepun ini ditandatangani pata 8 September 1951 iaitu pada tarikh yang sama dengan Perjanjian Francisco di San Francisco. Dalam

10

W.G. Beasley. 2003. Pengalaman Jepang: Sejarah Singkat Jepang, Jakarta: Yayasan Hal. 326-327.

Obor

Indonesia,

11

M. Rajendran. Op. Cit., Hal. 202-203. Hanneman. M.L. 2001. Japan Faces The World 1925-1952, England: Pearson Education Limited, Hal. 91. 12

7

perjanjian tersebut, Jepun bersetuju untuk membenarkan pasukan-pasukan tentera Amerika Syarikat terus berada di Jepun untuk satu jangka masa yang ditetapkan. Jepun dan Amerika Syarikat sekali lagi membuat perjanjian yang dikenali sebagai Perjanjian Keselamatan pada tahun1960. Perjanjian ini asalnya ialah gantian daripada Perjanjian Keselamatan Amerika Syarikat-Jepun. Isi perjanjian ini menyebut bahawa askar-askar Amerika Syarikat yang berada di Jepun tidak akan terlibat dengan sebarang kekacauan dalam negeri. Perjanjian ini adalah untuk jangka masa selama sepuluh tahun. Dan selepas itu, kedua-dua pihak boleh menamatkan perjanjian tersebut. Berdasarkan perjanjian-perjanjian dan penerimaan-penerimaan langkah pemulihan politik dan pentadbiran yang dibawa oleh Amerika Syarikat, terbukti di sini bahawa kehadiran Amerika Syarikat untuk memulihkan Jepun dalam aspek politik dan pemerintahan diterima oleh Jepun dengan positif. 2.3.

Pertahanan Sementara itu, dalam bidang pertahanan, reaksi masyarakat Jepun terhadap

Amerika Syarikat yang merupakan sebahagian daripada tentera Bersekutu atau Supreme Commander for The Allied Powers (SCAP) adalah baik. Selepas sahaja mereka menyerah kalah dan berlaku peralihan kuasa kepada Tentera Bersekutu pada Ogos 194513, Jepun bersetuju untuk melucutkan senjatanya. Malah, Jepun bersetuju mematuhi perlembagaan yang menyatakan bahawa “peperangan dan ancaman bukan sebagai hak kedaulatan”. Jepun juga menerima dominasi oleh tentera Amerika dan sekutunya dalam aspek penjagaan keselamatan negara tersebut sama ada di luar mahupun dalam negeri. Ini bermaksud, tugas-tugas menjaga keselamatan Jepun adalah di bawah pihak Berikat yang turut disertai oleh Amerika Syarikat. Tempoh tersebut adalah selama lima tahun. Selama lima tahun itu juga, Jepun langsung tidak mempunyai senjata kerana bersetuju dengan perlembagaan yang dibentuk oleh Amerika Syarikat dan sekutunya (SCAP)14. 13

Gaimusho Joho Bunkakyoku. 1964. Jepun Hari Ini, Tokyo: Biro Penerangan Umum dan Urusan Kebudayaan Kementerian Luar Negeri, Hal. 33. 14 Yutaka Kawashima. 2003. Japanese Foreign Policy At The Crossroads, Washington: Brookings Institution Press, Hal. 24-26.

8

Pada Julai 1950, Panglima Tertinggi SCAP mahu pemerintah Jepun menubuhkan pasukan Polis Nasional yang dianggotai oleh seramai 75,000 orang. Jepun bersetuju bahawa tugas-tugas menjaga keselamatan negara diletakkan di bawah tanggungjawab bersama antara pihak Jepun dan Amerika Syarikat15. Jepun juga melakukan Perjanjian Keselamatan dengan Amerika Syarikat berkaitan dengan bantuan-bantuan yang akan diberikan oleh tentera Bersekutu terhadap Jepun. Ini adalah sebahagian daripada bukti bahawa Jepun menerima kehadiran Amerika di Bumi Jepun. 2.4.

Pendidikan Selepas pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki, apa yang diinginkan oleh

masyarakat Jepun selain pemulihan ekonomi dan politik ialah pemulihan terhadap bidang pendidikan. Pendidikan sebelum ini lebih bersifat ketenteraan dan semangat ultranasionalis. Masyarakat Jepun pada hakikatnya tidak menerima sepenuhnya sistem yang sangat ketat ini. Oleh itu, pemulihan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat ini sangat dialu-alukan oleh masyarakat Jepun. Hal ini kerana, Amerika Syarikat telah menggubal pendidikan yang bersifat ketenteraan ini kepada pendidikan yang memfokuskan ke arah kemajuan intelektual dan cara berfikir yang kritis16. Hal ini sangat disukai oleh masyarakat Jepun kerana mereka juga sedar bahawa sudah tiba masanya untuk masyarakat Jepun mengubah cara berfikir yang lebih sistematik berbanding sebelum ini17. Falsafah pendidikan baru yang dibina oleh Amerika Syarikat juga diterima baik oleh penduduk Jepun. Falsafah pendidikan baru berusaha ke arah menyemai sifat-sifat demokrasi, bertanggungjawab dan individualisme. Amerika Syarikat giat menyediakan kemudahan-kemudahan kepada pelajar-pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi selama tiga tahun diikuti oleh empat tahun lagi di kolej atau universiti. Dari segi pentadbiran pendidikan, kuasa pentadbiran telah diagih-agihkan. Misalnya, kuasa 15

Ibid., Hal. 33. Andrew Gordon. Op. Cit., Hal. 231. 17 Edwin O. Reischauer. 1970. Jepun Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Hal. 217. 16

9

Kementerian Pendidikan telah dibataskan supaya kuasa pentadbiran di sekolah-sekolah rendah dan sekolah menengah diletakkan di bawah lembaga-lembaga sekolah tempatan yang dipilih dalam wilayah-wilayah, Bandar-bandar, dan pekan-pekan di mana sekolah itu didirikan.

3.0.

Reaksi Golongan Berkepentingan

Meskipun kebanyakkan masyarakat Jepun memberi respon positif terhadap kedatangan Amerika Syarikat di Jepun, tetapi ada juga golongan-golongan atau pihakpihak tertentu yang tidak suka kepada mereka. Perasaan tidak suka ini berpunca daripada beberapa sebab antaranya ialah kerana kedatangan Amerika Syarikat telah menjejaskan kedudukan mereka yang sebelum ini mempunyai kuasa. Sebagai contoh, tindakan Jeneral Mac Arthur menolak konsep maharaja sebagai dewa dalam pemerintahan telah menyebabkan Maharaja yang ada pada ketika itu iaitu Maharaja Showa atau Hirohito tidak berpuas hati dengan Amerika Syarikat18. Hirohoto hanya dapat menerima pendudukan Amerika Syarikat dalam jangka masa yang agak lama. Itu pun setelah Amerika dan pihak berikat telah memberikan beberapa keistimewaan kepadanya. Kaum konservatif juga adalah antara yang menentang tindakan Amerika Syarikat ini. Menurut mereka, raja ialah lambang negara dan kedudukannya di dalam pemerintahan adalah atas kehendak rakyat19. Selain itu, pihak yang tidak berpuas hati dengan kedatangan Amerika Syarikat juga ialah golongan zaibatsu. Golongan ini sebelumnya memonopoli kegiatan ekonomi. Tetapi, Amerika Syarikat telah membubarkan lima zaibatsu iaitu Mitsui, Mitsubishi, 18

W.G. Beasley. 2003. Pengalaman Jepang: Sejarah Singkat Jepang, Jakarta: Yayasan Hal. 328. 19 Ibid., Hal. 328.

Obor

Indonesia,

10

Sumitomo, dan sebagainya kerana dianggap bertanggungjawab membiayai pencerobohan Jepun di seberang laut. Pembubaran ini menyebabkan mereka tidak berpuas hati dengan Amerika Syarikat kerana aktiviti ekonomi mereka telah terjejas.

4.0.

Kesimpulan

Kehadiran Amerika Syarikat di Jepun untuk memulihkan semula kemusnahan yang telah dilakukan oleh mereka sememangnya wajar. Tidak kira sama ada kedatangan mereka itu disambut dengan positif atau tidak, tetapi mereka harus bertanggungjawab atas tindakan mengebom Horoshima dan Nagasaki yang melumpuhkan Jepun. Secara umum, masyarakat Jepun menerima secara positif kedatangan Amerika Syarikat atas alasan mahu kuasa imperealis itu bertanggungjawab atas dosa-dosanya kepada Jepun. Tetapi, pada masa yang sama penerimaan itu juga adalah disebabkan oleh ‘umpanumpan’ Amerika Syarikat yang memberikan pelbagai bantuan kepada Jepun. Kita hanya dapat melihat penerimaan positif itu dari sudut pandangan di luar diri masyarakat Jepun. Secara logiknya, kita tidak tahu apakah benar penerimaan mereka terhadap Amerika Syarikat adalah atas dasar hati mereka yang benar-benar jujur menerima mereka. Apa yang pasti, kehadiran Amerika Syarikat bersama pihak Berikat yang berakhir pada tahun 1952 telah mentransformasikan Jepun daripada sebuah negara yang musnah kepada sebuah negara yang maju.

11

12

Related Documents

Jepun
May 2020 29
Jepun Group
April 2020 33
Kedatangan Jepun
April 2020 34
Nasi Jepun
October 2019 32
Tamadun Jepun
May 2020 18
Jepun 2
May 2020 18