Tamadun Islam

  • Uploaded by: Osman Esa
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Islam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,269
  • Pages: 13
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH JABATAN KEJURUTERAAN AWAM TAMADUN ISLAM A3007

NAMA PELAJAR : OSMAN BIN ESA NO. PELAJAR : 08DKA08F1024 NAMA PELAJAR : MUHAMMAD HASNAN BIN MOHD SALIM NO. PELAJAR : 08DKA08F1013 SESI

: JULAI 2009

NAMA PENSYARAH HASLINA

: PUAN BINTI

ABDULLAH MARKAH

:

ISI KANDUNGAN BIL. PERKARA

M/S

1.

ISI KANDUNGAN

2.

PENGENALAN

1

3.

OBJEKTIF

2

4.

ISI

5.

KESIMPULAN

8

6.

LAMPIRAN

9

7.

RUJUKAN

10

3-7

PENGENALAN

Dewasa ini, isu pengangguran di kalangan siswa siswi tumbuh bak cendawan selepas hujan. Pemasalahan ini harus diambil berat agar golongan pelajar yang mempunyai kelulusan yang sewajarnya memperoleh pekerjaan daripada hasil usaha pembelajarannya. Namun demikian, yang menjadi masalah pokok adalah sikap pelajar itu sendiri. Merujuk perkara ini, pelajar sebenarnya harus tahu apakah profesion yang bersesuaian dengan kursus yang diambil.

Kematangan diri dan ilmu perlu ada

dalam setiap diri pelajar agar masalah yang tidak diingini kelak dapat di atasi. Yang menjadi duri dalam daging kini, golongan majikan hanya mengutamakan keuntungan daripada kualiti pekerja itu sendiri yang lahir daripada golongan siswa siswi. Bak kata pepatah, ibarat telur sesangkak pecah sebiji pecah semuanya. Pepatah ini jelas membuktikan bahawa setiap pelajar harus bijak memilih setiap apa yang dipelajari. Selain itu, pelajar harus tahu kursus yang diambil semasa melanjutkan pelajaran haruslah besesuaian dengan diri dan akan memperolehi pekerjaan pada masa akan datang. Ilmu yang tidak digunakan dan diamalkan ibarat seperti pohon yang tidak berbuah.

(1)

OBJEKTIF

Objektif kajian yang dijalankan ialah; 1)

Mengetahui tujuan siswa siswi memilih dan memasuki politeknik

2)

Mengetahui sejauh mana siswa siswi dapat mencapai kematangan diri apabila

keluar dari politeknik 3)

Mengetahui sejauh mana siswa siswi memperolehi ilmu apabila keluar dari

politeknik

(2) TUJUAN MEMILIH DAN MEMASUKI POLITEKNIK

Pelajar A Pelajar B Pelajar C

: Kenapa korang masuk politeknik? : Entahlah. Dah tak ada pilihan lain lagi. : Aku masuk politeknik sebab program yang ditawarkan di sini bersesuaian dengan tawaran pekerjaan yang diperlukan sekarang ni. Maklumlah nak cari kerja sekarang ni

Pelajar A Pelajar B

bukan senang. Semuanya mahukan pengalaman, kepakaran dan kelulusan. : Apa kemahiran yang korang dapat bila korang belajar dekat sini? : Entahlah. Aku belajar dekat sini hanya nak dapatkan sijil and ikut cakap mak ayah aku

Pelajar C

je. : Hmmmm. Aku dapat macam-macam. Sebab aku ada kelas teori and makmal. Dalam kelas teori, aku diterapkan dengan pengetahuan tentang subjek yang dipelajari. Makmal pula, aku jalankan ujikaji. Termasuklah kajian yang biasa dilakukan ditapak bina seperti

Pelajar A

dalam situasi pekerjaan sebenar. : Oooo. Banyak juga ya kelebihan memasuk politeknik ni.

Daripada teks perbualan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa masa kini dalam bidang pekerjaan perkara yang paling diutamakan adalah kepakaran dan kemahiran di dalam sesuatu bidang. Calon pekerja atau pelajar lepasan IPT akan mudah diterima dalam sektor pekerjaan apabila sijil yang diperolehi merupakan sijil yang disertakan dengan kemahiran dalam kursus yang diambil serta mempunyai juga kepakaran walaupun sedikit. Pelbagai sebab dan tujuan memasuki politeknik yang diperolehi. Antaranya, merupakan pilihan terakhir, atas desakan keluarga dan selain itu kos pembelajaran yang agak rendah dan mampu bagi golongan yang berpendapatan sederhana.

(3) Di dalam sistem pengajian di politeknik para pelajar didedahkan dengan pelbagai kemahiran. Tidak dilupa juga bidang keagamaan turut diutamakan. Hal ini kerana, politeknik ingin melahirkan golongan pelajar yang beragama dan sejajar dengan kehendak syarak walaupun kita mempunyai kerjaya agama masih tidak dilupakan.

KEPENTINGAN ILMU

Pernah ditanya kepada nabi s.a.w tentang amalan yang paling disukai oleh Allah Taala, jawab baginda "amal yang sedikit tetapi berterusan". Ini memberi makna bahawa tidak guna berilmu banyak tanpa penghayatan dan amalan. Allah menegaskan dalam firmannya yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu perkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan". Ilmu pengetahuan penting dalam kehidupan manusia. Islam mengingatkan umat Islam hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan hadis Rasulullah. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah al-deen yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang berilmu.

(4) Kepentingan ilmu dapat dikesan kepada penciptaan manusia pertama iaitu Nabi Adam menerusi firman Allah bermaksud: “Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: 'Terangkanlah kepada-Ku nama benda-benda ini semuanya, jika kamu golongan yang benar'. Malaikat itu menjawab: 'Maha Suci Engkau (ya Allah)! Kami tidak mempunyai pengetahuan selain apa yang Engkau ajarkan kepada kami; sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana'. Allah berfirman: Wahai Adam! Terangkanlah nama benda-benda ini semua kepada mereka.” Maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda itu kepada mereka, Allah berfirman: “Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan." Daripada wahyu itu dapat dirumuskan bahawa ilmu pengetahuan memberikan kelebihan kepada manusia berbanding makhluk lain. Manusia dikurniakan akal fikiran anugerah Allah yang tidak diberikan kepada makhluk lain. Oleh itu, akal fikiran sewajarnya digunakan dengan sebaik-baiknya dengan mengisinya dengan ilmu pengetahuan berguna. Jika ini tidak dilakukan, maka akan sia-sia akal fikiran yang dimiliki manusia.

(5) KEMATANGAN YANG DIPEROLEHI

Setiap pelajar mempunyai cita-cita dan kemahuan sendiri. Apabila seseorang pelajar itu menerima segulung ijazah atas hasil usahanya, pasti pekerjaan atau profesion yang diidamkannya menjadi keutamaan. Kebanyakan pelajar lepasan politeknik apabila mereka tamat pengajian, dari segi purata peratusannya hampir sebahagian daripada mereka mempunyai pekerjaan. Hal ini kerana mereka telah menjalani latihan industri yang termasuk dalam program pembelajaran di politeknik. Tambahan daripada latihan industri tersebut, sekiranya pelajar memilih dan mengikuti latihan di tempat yang bersesuaian, berkemungkinan meraka akan ditawarkan bekerja semula dengan syarikat yang telah mereka jalani latihan industri tersebut. Namun demikian masih terdapat persaingan yang berlaku. Contohnya rebutan tempat pekerjaan antara lepasan pelajar dari IPT yang lain.

(6) KEBERKESANAN ILMU PEMBELAJARAN

Akidah pelajar akan lebih berkualiti apabila keikhlasan terbit dari dalam hati apibila menimba ilmu dalam pembelajaran. Keberkatan daripada guru juga perlu diperolehi.

Berdasarkan ayat surah Al-Alaq yang merupakan surah pertama yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad (S.A.W). Di dalam surah ini perkara utama yang dikatakan adalah “bacalah”. Walau setinggi mana ilmu yang kita pelajari kita harus mengamalkannya. Ilmu yang berkualiti adalah ilmu yang disertakan dengan

amal.

Kejaan

menyalahgunakannya.

yang

dikecapi

haruslah

dari

usaha

sendiri

tanpa

(7) KESIMPULAN

Ilmu dalam perspektif Islam bukan hanya mempelajari masalah keagamaan (akhirat) saja, tapi juga pengetahuan umum juga termasuk. Orang Islam dibekali untuk dunia akhirat, sehingga ada keseimbangan. Dan ilmu umum pun termasuk pada cabang (furu’) ilmu agama. Dan umat Islam sempat merasakan puncak keemasannya, dimana disaat bangsa Eropa mengidap penyakit hitam, umat islam sudah menemukan sabun, di saat jalan-jalan di Eropa kumuh, gelap, tidak teratur, umat islam sudah punya jalanjalan yang indah, penerangan, bahkan sistem irigasi yang sudah maju. Apabila membicarakan ilmu, kita perlu memperkatakan cara atau kaedah untuk memperolehnya. Tidak dinafikan cara memperoleh ilmu pengetahuan paling berkesan adalah menerusi pembacaan. Dalam al-Quran, didapati bahawa wahyu pertama yang diturunkan sebagai watikah pelantikan Muhammad Ibn Abdullah sebagai nabi dan rasul terakhir dimulakan dengan perkataan iqra yakni suatu arahan supaya membaca. Antara

pengajaran

daripadanya

adalah

kaedah

menuntut

dan

mengembangkan ilmu. Pertama, dengan membaca kerana membaca adalah kunci kepada ilmu pengetahuan. Kedua, selepas memperoleh ilmu pengetahuan, perlu menyebarkannya menerusi penulisan. Inilah kaedah yang digunakan sejak dulu untuk menyebarluaskan ilmu pengetahuan.

(8) LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK *Jabatan

: JKA / JKE / JKM / JPD

Program

:

Semester

:

1) Mengapa anda memilih untuk belajar di politeknik? ___________________________________________________________________

2) Dari pendapat anda, apakah profesion pekerjaan yang bersesuain dengan program pembelajaran anda kini? ___________________________________________________________________

3) Siapakah yang mendorong anda untuk terus belajar? ___________________________________________________________________

4) Adakah anda berminat dengan program yang anda ambil di politeknik pada waktu sekarang dan alasannya? ___________________________________________________________________

5) *Status ekonomi keluarga : berkemampuan / sederhana / rendah

*potong yang tidak berkenaan

(9) RUJUKAN

http://ireans.com/topic460-kepentingan-ilmu-berdasarkan-alquran-dan-sunnah.html Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah http://www.psa.edu.my/ http://www.brain.net.pk/~aasif/quran/AL-ALAQ.htm

(10)

Related Documents

Tamadun Islam
June 2020 28
Tamadun Islam
October 2019 33
Tamadun Islam
June 2020 21
Tamadun Islam
June 2020 25
Tamadun Islam
May 2020 22
Tamadun Islam
November 2019 33

More Documents from ""

Tamadun Islam
June 2020 21
Un Lubricante.docx
May 2020 18
Documento.docx
December 2019 29
Arqueos De Caja.xlsx
December 2019 36
Smarty-2 6 9-docs
August 2019 69