Tamadun Islam Dan Peradaban Manusia

  • Uploaded by: cik tati
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Islam Dan Peradaban Manusia as PDF for free.

More details

  • Words: 3,900
  • Pages: 16
1) Tamadun Islam dan peradaban manusia 1.1 Peranan manusia sebagai pemulihara alam Kamus dewan edisi baharu telah mendefinisikan manusia sebagai makhluk yang berakal, berfikiran, berperasaan, bernaluri, bernafsu serta beremosi dan mempunyai perilaku tersendiri mengikut budaya setempat. Kesemua sifat ini telah menjadikan manusia mempunyai banyak peranan untuk wujud di muka bumi ini. Salah satu peranan manusia ialah sebagai pemulihara alam. Allah SWT telah memperundangkan atucara bagaimana manusia harus bertingkah laku apabila berhubungan dengan alam sekitarnya. Hal ini penting kerana segala yang berada di lautan dan di daratan semuanya dijadikan untuk kepentingan dan kebahagian manusia sejagat. Dengan penganugerahan akal pula, manusia di galakkan oleh Allah SWT untuk menguasai dan menerokai angkasa lepas, menyelami dasar lautan dalam dan mencari gali di perut bumi untuk mengambil faedah, dan mengetahui rahsia alam. Hal ini semua adalah ke arah peningkatan keimanan kepada Allah SWT, dan tamadun manusia untuk kepentingan kehidupan manusia sejagat. Hal ini dijelaskan oleh Allah SWT didalam ayatnya: “Allah yang menjadikan langit-langit dan bumi dan Ia menurunkan dari langit akan air, maka Ia mengeluarkan dengannya buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu. Dan Ia memudahkan bagi kamu kapal untuk kamu berjalan di laut dengan ketentuan daripada-Nya dan dimudahkan untuk kamu sungai-sungai, disediakan malam dan siang dan Ia membawa datang untuk kamu akan segala sesuatu yang kamu bermohon daripada-Nya”. Perundangan yang digubal oleh Allah SWT di dalam hal hubungan manusia dengan alam sekitarnya mempengaruhi atau memberi kesan kepada manusia dalam dua hal: a) Supaya manusia sentiasa ingat dan bersyukur kepada Allah SWT apabila ia dikurniakan pangkat, kebesaran dan harta kekayaan b) Supaya kesemuanya dipergunakan sebail mungkin bagi memperoleh keredhaan Allah SWT Dari segi pelaksanaannya, sejarah telah membuktikan tamadun Islam telah menyempurnakan keperluan masyarakat manusia untuk mencapai kebahagian.

Keadilan meluas di dalam semua bidang tidak kira di dalam bidang politik, ekonomi, pentadbiran, pendidikan, kebudayaan, dan sebagainya. Contohnya pada zaman Umar bin al-khattab dan Umar bin Aziz, tidak ada fakir miskin yang dapat diberikan wang zakat dari Baitulmal. Interaksi seorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai spritual terhadapa alam dan pengalaman (peng+alam+an) kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain. Walau sekuat mana sekalipun ketahanan diri seorang manusia, paling minimum dia memerlukan ibu dan bapa, atau seorang teman. Interaksi dengan alam mestilah dimasyarakatkan dan dibudayakan secara kolektif kerana secara fizikalnya saiz alam adalah terlalu besar dan terlalu luas unruk dinisbahkan kepada sebuah masyarakat apalagi kepada tubuh badan seorang manusia. Justeru pemasyarakatan dan pembudayaan idea, tenaga, usaha, dan pengalaman yang terhasil daripada interaksi dengan alam akhirnya akan membawa manusia semakin memahami tentang kelahiran tamadun.

1.2 Asal usul kejadian manusia Manusia adalah punca penciptaan alam ini sama ada alam nyata, atau ghaib. Dalam erti kata lain kerana Allah s.w.t hendak menjadikan manusialah sekalian alam ini dijadiakan. Bagi membolehkan manusia yang begitu mulia ini hidup aman bahagia dan selamat sejehtera, Allah s.w.t telah menjadikan segala sesuatu yang dapat menyempurnakan keperluan manusia. Sebab itulah bumi dijadikan sebagai planet yang paling sempurna dan terbaik sehingga mengandungi serba-serbi yang dapat digunakan oleh manusia untuk kesempurnaan hidup mereka.

Al-Quran sebagai sumber wahyu ada menjelaskan tentang kejadian manusia. Manusia adalah istilah bahasa Melayu yang menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-Insan, al-Nas dan al-Basyar. Nama-nama yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada manusia membawa erti sebagai makhluk yang menjadi khalifah Allah s.w.t di atas muka bumi ini yang sekaligus menjdi tuan pemerintah, pemilik dan pengguna segala yang dijadikan oleh Allah s.w.t sama ada yang berada di lautan, di daratan atau di udara. Al-Quran menjelaskan bahawa asal kejadianmanusia adalah daripada keturunan Nabi Adam a.s sebagaimana firman Allah s.w.t Suarah al-Nisa’,1 yang bermaksud: “Hai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhanmu (Allah) yang telah menciptakan kamu seorang diri (Adam) dan daripadanya pula Allah menciptakan isterinya (Hawa), daripada kedua-duanya Allah membiakkan lelaki dan perempuan yang banyak.” Allah s.w.t menjadikan Nabi Adam a.s daripada tanah seperti yang disebutkan dalam al-Quran sebagai al-tin, al-turab, al-hama dan al-salsal. Nama istilah-istilah berkenaan dapat dirujuk dalam Surah al-Sajadah,7 yang bermaksud: “Dialah yang meciptakan sesuatu itu dengan sebaik-baiknya dan memulakn ciptaan manusia daripada tanah (al-tin).

Surah al-Hijr 15,28, yang bermaksud: “Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia daripada salsal(tanah liat kering yang berasal daripada hama lumpur hitam yang diberi bentuk).” Surah al-Rum,20,yang bermaksud: “Antara tanda-tanda kekuasaannya ialah Dia menciptakan kamu daripda tanah (al-turab). Para ulama bersepakat bahawa Allah s.w.t. telah menciptakan Nabi Adam a.s pada hari Jumaat. Terdapat empat peringkat proses mencipta Nabi Adam a.s, iaitu: 1. Allah s.w.t. menghimpunkan semua unsur untuk menjadikan Nabi Adam a.s. 2. Semua himpunan itu di adun untuk menjadi sejenis tanah atau al-tin. Kemudian tanah ini di biarkan kering dan bertukar warnanya.

3. Allah s.w.t mereka bentuk tanah ini menjadi manusia dan dikeringkan sekali lagi. 4. Kemudian Allah s.w.t menghembuskan roh ke rangka Nabi Adam a.s. Hikmat Allah s.w.t menjadikan Nabi Adam a.s daripada berbagai-bagai unsur yang semuanya terdapat di dalam tanah bai membolehkan Nabi Adam a.s menyesuaikan dirinya dengan muka bumi kelak. Di samping itu, bagi menyedarkan manusia bahawa mereka dijadikan oleh Allah s.w.t meskipun terdiri daripada pelbagai puak, namun hakikatnya mereka berasal daripada satu, iaitu tanah. Justeru itu, manusia tidak boleh berbangga diri, sombong dan takbur antara satu sama lain. Menyedari hakikat itu, manusia akan berjaya mencetuskan perpaduan. Manusia adalah punca Allah s.w.t menciptakan alam ini sama ada alam nyata atau alam ghaib. Allah s.w.t menjadikan alam ini bagi menyempurnakan keperluan hidup manusia agar manusia sentiasa bersyukur kepada-Nya. Manusia juga telah di ingatkan bahawa perbezaan di kalangan mereka bergantung kepada sejauh mana ketakwaanmasing-masing kepada Allah s.w.t.

Sifat dan semulajadi manusia tidak jauh berbeza daripada haiwan seperti beranak,makan,minum dan sebagainya, serta mempunyai nafsu yang tidak terbatas. Oleh itu, ia amat sesuai dengan istilah al-insan atau al-nas yang disebut oleh pakar bahasa arab berasal daripada perkataan nasiya yang memberi makna lupa. Dalam konteks ini, Allah s.w.t berfirman dalam al-Quran, Surah Taha, ayat 15 yang bermaksud: Dan sesungguhnya telah Kami perintahkan kepad Adam dahulu; maka dia lupa perinta itu dan Kami tidak dapati padanya kemahuan yang kuat. Berdasarkan ayat di atas, Nabi Adam a.s telah terlupa janjinya kepada Allah s.w.t yang menyebabkan beliau dikeluarkan daripada syurga dan hidup dimuka bumi. Hanya Nabi Adam a.s yang diciptakan olah Allah s.w.t secara langsung daripada tanah, sementara manusia lain (kecuali Hawa dan Nabi Isa a.) dijadikan daripada paduan air mani ibu dan bapanya. Meskipun bayi itu dijadikan daripada paduan air mani ibu dan bapanya,tetapi sebenarnya manusi itu dijadikan daripada tanah juga. Hal ini kerana sebatian air mani itu terdiri daripada unsur-unsur yang datang daripada tanah juga. Justeru, sel-sel yang membentuk jasmani juga berasal daripada tanah. Menurut beberapa ulama seperti Ibnu Abbas, Ibn Sa,d dan Mujahid, seseorang bayi itu akan

mengalami tiga alam kegelapan, iaitu alam rahim, alam perut dan alam selaput yang menutupinya. Sementara itu, kebanyakan ulama tafsir berpendapat bahawa proses pembentukan bayi di dalam rahim melalui tujuh peringkat, iaitu bermula dari Allah s.w.t jadikan saripati tanah (nutfah) yang tersimpan di dalam rahim, kemudian membentuk alaqah,tulang, tulang yang di balut dengan daging dan akhirnya terbentuklah lembaga yang lengkap, dan ketika itu Allah s.w.t meniupkan roh kepadanya ketika bayi berumur empat bulan di dalam rahim ibu. Hal ini di jelaskan oleh Rasulullah s.a.w didalam hadis yang dirawayatkan oleh Bukhari; terjemahannya: “Sesungguhnya seseorang kamu dihimpun dalam perut (rahim) ibunya selama 40 hari. Kemudian menjadi bentuk al-‘Alaqah seumpama itu juga. Kemudian dijadikan mudhghah seumpama itu. Seperti itu diutuskan Malaikat supaya meniupkan roh dan menulis empat perkara, iaitu rezeki,ajal,amal dan celaka, atau bahagia.” Apabila seseorang bayi itu dilahirkan ke dunia, maka bermulalah zaman baru baginya yang terang-benderang berlainan sama sekali dari dunia rahim ibunya yang gelapgelita.

1.3 Mengenal pasti potensi diri sendiri untuk dimanfaatkan Potensi diri yang harus dikenal pasti dan di manfaatkan dalam islam terbahagi kepada tiga iaitu dari segi akidah, syariah dan akhlak. Melalui ketiga-tiga aspek ini, seseorang manusia akan mencapai tahap potensi diri yang amat tinggi bagi meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Dari segi akidah, akidah merupakan dasar terpenting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah S.W.T adalah bergantung kepada akidah yang dianuti oleh mereka. Akidah dalam Islam merupakan kepercayaan atau keimanan kepada hakikat dan nilai-nilai mutlak, tetap dan kukuh dalam jiwa setiap Muslim. Berdasarkan maklumat wahyu, Muslim dapat mengenali Allah S.W.T secara tepat. Allah S.W.T mempunyai kuasa mutlak

dalam kehidupan makhluk. Dialah yang

mencipta manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. Dialah juga yang mencipta langit dan bumi serta segala isi kandungannya dan seluruh makhluk di langit dan di bumi memerlukan rahmat dan pertolonganNya untuk terus hidup. Berasaskan akidah tauhid ini manusia dapat membebaskan dirinya dari tunduk dan patuh kepada sesuatu yang bersifat makhluk, sama ada dalam bentuk berjirim ( benda) atau roh yang telah menguasai diri manusia sepanjang sejarah. Dengan keyakinan ini manusia meletakkan tempat pergantungan, perlindungan dan pengabdian hanya kepada Allah S.W.T semata-mata. Asas-asas akidah Islam ialah: (i) Beriman kepada Allah (ii) Beriman kepada Malaikat (iii) Beriman kepada Kitab-Kitab (iv) Beriman kepada Rasul-rasul (v) Beriman kepada Hari Akhirat

(vi) Beriman kepada Qadha’ dan Qadar Akidah Islam membebaskan manusia daripada kecelaruan hidup, yang tidak mempunyai matlamat kehidupan yang jelas. Akidah Islam membimbing manusia kepada matlamat kehidupan yang benar iaitu keredhaan Allah s.w.t. Akidah Islam akan melahirkan tamadun yang mantap. Akidah Islam yang telah meresap ke dalam jiwa dan lubuk hati seseorang akan menimbulkan kesan-kesan positif di antaranya dapat kita gariskan seperti berikut: Akidah Islam melahirkan seorang yang yakin kepada Allah S.W.T Yang Maha Esa. Keyakinan itulah yang menggerakkan seluruh tingkah-lakunya, percakapannya dan gerak-gerinya untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Akidah Islam melahirkan insan yang mempunyai akhlak cemerlang dan terpuji dan tersisih dari sifat-sifat buruk. Akidah akan melahirkan seseorang yang optimis dan yakin kepada diri sendiri untuk bekerja bagi mencapai kejayaan di dunia dan tidak lupa mencari keredhaan Allah S.W.T supaya mendapat kebahagiaan di akhirat. Akidah Islam melahirkan insan dan masyarakat yang teguh pendiriannya, mempunyai prinsip dan tidak mudah terpengaruh dengan persekitaran yang mengancam nilai dan akhlak manusia terutama dengan pelbagai pengaruh hasil kemajuan teknologi maklumat di zaman ini. Ia mampu membeza dan memilih nilai-nilai yang positif dan menolak nilai-nilai yang negatif yang boleh merosakkan keperibadian insan dan masyarakat. Akidah Islam yang teguh mampu membawa manusia dan masyarakat maju ke hadapan dalam segala bidang. Sejarah membuktikan masyarakat Arab telah berubah daripada satu masyarakat yang tidak dikenali kepada sebuah masyarakat yang digeruni. Akidah Islam telah mengangkat darjat mereka. Mereka menguasai hampir separuh dari bumi ini. Mereka menguasai pentadbiran dan maju dalam pelbagai disiplin ilmu pengetahuan. Akidah Islam membentuk manusia berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan dan mencegah dari kemungkaran. Ini akan melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman tenteram. Tiada jenayah atau pencerobohan ke atas sesiapa disebabkan mereka yakin kepada hari pembalasan. Akidah Islam akan melahirkan manusia yang tidak mudah putus asa atau hilang harapan. Iman di dalam hati akan memberi ketenangan yang luar biasa. Akidah Islam akhirnya melahirkan manusia yang sanggup berjihad ke jalan Allah

S.W.T walaupun harta dan nyawa menjadi taruhan. Bilal bin Rabah sanggup mati kerana mempertahankan akidahnya begitu juga dengan keluarga Ammar bin Yasir. Demikianlah para sahabat yang lain, sanggup mengorbankan harta dan nyawa untuk mempertahan dan menyebarkan Islam ke seluruh dunia. Ini adalah kesan dari akidah Islam yang meresap di dalam jiwa dan lubuk hati mereka. Akidah Islam yang ada dalam hati umat Islam kini mungkin tidak begitu mantap menyebabkan mereka tidak dapat mencapai kegemilangan sebagaimana umat Islam di zaman Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat. Umat Islam pada hari ini begitu rapuh akidahnya. Lantaran itu mereka mudah terpengaruh dengan berbagai-bagai unsur negatif. Kemunduran umat Islam kini kerana mereka semakin jauh dari menghayati akidah Islam yang sebenar. Akidah Islam melahirkan insan soleh. Insan yang melakukan apa yang diperintahkan oleh Allah S.W.T dan meninggalkan segala jenayah dan kemungkaran. Dari aspek syariah pula, syariah ialah segala perintah Allah S.W.T dalam bentuk hukum atau peraturan yang bersifat menyeluruh dan sangat luas bidang kuasanya. la merangkumi seluruh titah perintah dan ketentuan Allah S.W.T yang diwahyukan samada yang ditegaskan di dalam al-Quran ataupun yang berasaskan kepada alSunnah. Di dalamnya terdapat aspek-aspek i'tiqadiyyah atau batiniyyah (hal-hal yang berkaitan dengan akidah dan keimanan), 'amaliyyah (hal-hal yang berkaitan dengan ibadat, muamalat, munakahat dan jenayah iaitu hal-hal yang menyentuh mengenai perbuatan atau perlakuan lahiriah manusia dalam konteks hubungan atau interaksi mereka dengan Allah S.W.T,

sesama manusia, dan alam lain) dan

juga aspek

akhlaqiyyah(yang membahaskan mengenai budi pekerti atau moral manusia sebagai individu dalam bermasyarakat dan bernegara. Secara umumnya, keseluruhan isi kandungan syariah Islam dapat dibahagikan kepada tiga kategori iaitu dari segi skop, perlaksanaan dan penguatkuasaan. Dari segi skopnya, syariah Islam menaungi perkara-perkara berikut: i.

Hubungan antara manusia dengan Allah S.W.T dan alam ghaib yang lain.

ii. Hubungan antara manusia sesama manusia. iii. Hubungan antara manusia dengan makhluk-makhluk lain di muka bumi ini sama ada haiwan, benda-benda atau tumbuh-tumbuhan.

Dalam aspek perlaksanaan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T pula, syariah Islam terbahagi kepada tiga iaitu : i.

Kewajipan yang menjadi tanggungjawab individu serta harus dilaksanakan di

peringkat individu. Contohnya ialah perintah-perintah yang khusus ditujukan kepada individu terutama sekali dalam konteks hubungan langsung seseorang hamba dengan Penciptanya iaitu ibadah-ibadah khusus seperti solat, puasa dan lain-lain. ii. Perintah perlaksanaan yang dianjurkan supaya dilakukan secara kolektif atau berjamaah.

Seluruh

perintah

dalam

al-Quran

yang

ditujukan

secara

kolektif

dikategorikan sebagai tanggungjawab bersama setiap umat Islam. Contohnya ialah seperti perintah melakukan dakwah, jihad, menegakkan amar makruf dan nahi mungkar serta tuntutan-tuntutan fardhu kifayah yang lain. iii. Perintah yang tidak mampu atau tidak boleh dilaksana di peringkat individu mahupun kolektif tetapi ia menjadi tugas serta kewajipan pemerintah. Perintah ini adalah berkaitan dengan perlaksanaan hukuman bagi kesalahan jenayah seperti hudud, qisas dan takzir. Manakala dari segi aspek akhlak pula, Akhlak dalam Islam bukan suatu teori, kerana konsepnya tidak sama dengan konsep etika yang dibawa oleh Barat. Akhlak dalam Islam ialah sikap rohaniah yang memuliakan tingkah laku (perbuatan) manusia terhadap Allah S.W.T, terhadap diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk al-Qur’an dan Hadis. Nilai yang baik disebut akhlak mahmudah dan nilai yang keji disebut akhlak mazmumah. Manusia dicipta dengan penuh keindahan (sebaik-baik kejadian). Keindahan tersebut meliputi lahiriah (fizikal) dan batiniah (spiritual – dalaman) diri manusia. Keindahan ciptaan fizikal diistilahkan sebagai al-khalq seperti raut muka, warna kulit, tinggi rendah tubuhnya dan sebagainya. Sementara keindahan dalaman diri manusia terangkum dalam istilah al-khuluq yang menggambarkan keindahan jiwa, meliputi kehendak, inspirasi dan sebagainya. Oleh itu apabila seseorang dikatakan baik khuluq dan khalqnya, ia bermaksud orang tersebut baik sifat lahiriah dan batiniah nya. Dari sudut istilah, Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang dan darinya terbentuk perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Apabila keadaan jiwa tersebut terbit

perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariah, ia dinamakan akhlak yang baik. Sekiranya yang keluar itu perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

1.4 Sistem nilai dan pembinaan sahsiah Berpandukan al-Quran dan sunnah, Islam menetapkan perbuatan manusia kepada lima nilai iaitu: a) Nilai

wajib:

perbuatan

yang

apabila

dilakukan

mendapat

pahala

dan

meninggalkannya mendapat dosa seperti sembahyang dan ibadat-ibadat yang wajib yang lainnya. b) Nilai sunat:

berdosa

perbuatan yang di beri pahala apabila melakukannya dan tidak apabila

meninggalkannya

seperti

bersugi

ketika

hendak

bersembahyang. c) Nilai haram: di beri balasan dosa apabila melakukannya dan di beri pahala

apabila meninggalkannya seperti minum arak, berzina dan sebagainya.

d) Nilai makruh: di beri pahala apabila meninggalkannya dan tidak berdosa apabila

melakukankannya seperti makan benda yang berbau busuk seperti bawang dan sebagainya. e) Nilai harus:

tidak berdosa apabila melakukannya dan meninggalkannya seperti

makan,minum,mandi dan sebagainya. Pembinaan sahsiah amat penting dalam diri manusia bagi membentuk jati diri yang berakhlak mulia. Oleh yang demikian, tahap pembinaan peribadi adalah tahap pembinaan tamadun Islam. Peribadi-peribadi ini menjadi batu-bata kepada tahap- tahap pembinaan yang lebih besar sperti keluarga dan masyarakat. Oleh itu Rasulullah s.a.w memulakan dengan membina peribadi-peribadi dalam dakwahnya. Mokhtar Syafie (1993) menyebut, “Oleh itu ke arah melahirkan keluarga, masyarakat dan negara yang bertamadun sesuai dengan ciri-ciri Islam, maka Rasulullah s.a.w memulakan langkah membentuk peribadi para pengikutnya sehingga mempunyai ciriciri peribadi seorang Muslim. Rasulullah s.a.w pada peringkat permulaannya berjaya membentuk peribadi Muslim daripada segenap sudut seperti akidah, syariah, akhlak, ilmu, dan sifat kenegaraan yang menyentuh seluruh sistem politik, ekonomi, sosial, ketenteraan dan sebagainya.” Rasulullah s.a.w membentuk peribadi para pengikutnya sehingga mempunyai ciriciri yang melayakkan mereka melaksanakan tugas sebagai pemimpin umat. Ciri-ciri yang disemai kepada sahabatnya meliputi kemurniaan aqidah, ibadah yang bertepatan dengan syarak serta ikhlas, serta mempunyai akhlak yang mantap. Selain itu Rasulullah s.a.w menekankan aspek meluaskan ilmu pengetahuan di kalangan umat Islam. Baginda memperkenalkan konsep pendidikan seumur hidup melalui sabdanya yang bermaksud, “Tuntulah ilmu daripada buaian sehingga ke liang lahad.” Baginda tidak mengabaikan aspek kesihatan fizikal. Justeru itu, baginda bersabda, “ Muslim yang kuat fizikalnya adalah lebih baik daripada muslim yang lemah.” Latihan meningkatkan kekuatan fizikal turut diberi keutamaan oleh Bgainda seperti latihan memanah, menunggang kuda dan berenang. Baginda melatih para sahabatnya berdikari dan melaang mereka daripada sikap suka meminta-minta daripada orang lain. Seterusnya Baginda mendidik umat Islam supaya mengurus kehidupan dengan teratur dan berdisiplin. Dalam hal ini di antara kaedah berkesan yang dilaksanakan ialah

melalui pelaksanaan kewajipan sembahyang berjemaah. Dengan cara ini umat Islam di latih menepati dan menghargai masa( Dr. Faris Ulwan. 1992). Seterusnya Baginda membentuk para sahabatnya berbakti kepada masyarakat dan manusia sejagat mengikut kemampuan masing-masing. Sumbangan adalah dalam pelbagai bentuk seperti ilmu yang disampaikan, sumbangan harta-benda ataupun khidmat bakti yang termampu, ataupun sekadar bermanis muka ketika bertemu orang lain yang dianggap sedekah. Peribadi yang mempunyai ciri-ciri di atas ini menjadi asas kukuh kepada pembinaan tamadun Islam. Justeru itu walaupun tamadun Islam sepanjang sejarahnya melalui pelbagai cabaran getir seperti serangan Moghul dan penjajahan Barat, namun ia dapat bertahan kerana memiliki peribadi-peribadi yang unggul ini.

1.5 Pembentukan keluarga dan masyarakat. 1.5.1 Keperluan membentuk keluarga Pembentukan keluarga adalah untuk memastikan kesinambungan generasi manusia. Tiada siapa yang dapat menafikan keluarga merupakan unit yang terpenting dan asas kepada kesinambungan generasi manusia. Dalam erti kata yang lain, mustahil generasi manusia itu akan kekal tanpa wujudnya keluarga. Hal ini sukar untuk dinafikan. Apabila pengabaian pembentukan institusi keluarga dapat membawa kepada kehancuran sesuatu masyarakat. Hal ini dapat dilihat di Barat pada masa kini. Selain itu, pembentukan institusi keluarga juga diperlukan untuk memelihara akhlak dan tata susila. Kejadian manusia amat berbeza daripada kejadian makhluk lain. Manusia merupakan kejadian yang paling mulia mengatasi segala kejadian yang lain dan harus dipelihara. Salah satu cara bagaimana kemuliaan ini dipelihara ialah melalui pembentukan keluarga.

Oleh kerana manusia merupakan kejadian yang paling

sempurna naluri cinta dan sels itu harus disalurkan melalui jalan yang mulia juga, iaitu melalui perkahwinan. Pengabaian hal ini telah menyebabkan banyak masyarakat dan generasi terdahulu dan kini hancur dilanda kebuasan hawa nafsu kehaiwanan manusia. Perbuatan ini akhirnya membawa keruntuhan akhlak dan tatasusila masyarakat.

Pembentukan keluarga juga untuk mencapai kebahagian, keharmonian, kebaikan dan kasih sayang. Setiap manusia yang hidup di dunia ini sentiasa rindukan kebahagian. Kebahagian dalam ertikata yang sebenarnya ialah terletak pada kerohanian. Kebendaan dan kejasmanian hanyalah alat semata-mata. Rohani dan jasmani manusia mencapai kesempurnaan melalui institusi keluarga. Malah tidak ada satu cara lain yang lebih sempurna kearah pencapaian kebahagian selain pembentukan keluarga. Pembentukan keluarga juga diperlukan untuk membentuk umat yang kuat. Selain itu, institusi keluarga juga dapat memperkukuhkan ekonomi ummah. Tidak ada satu institusi yang lebih penting daripada keluarga dalam pemupukan kasih sayang, tolong-menolong, kerjasama, silaturahim dan perpaduan. 1.5.2 Pembentukan keluarga Islam menetapkan perkahwinan sebagai asas pembentukan keluarga. Tujuan perkahwinan adalah untuk memperoleh zuriat, memelihara kehormatan diri,mencapai kegembiraan hati, ketenangan batin dan sebagai cara untuk menyalurkan naluri cinta, kasih sayang dan tuntutan batin yang menjadi fitrah semula jadi manusia. Hukum berkahwin terbahagi kepada lima iaitu: a) Harus

- Ini hukum asal.

b) Wajib

- Bagi yang berkemampuan dan luapan nafsu syahwatnya begitu tinggi hingga bolehmembawa ke lembah zina. Bagi yang tidak berkemampuan wajib ia berpuasa untuk menahan nafsunya.

c) Sunat

- Bagi mereka yang berhajat, cukup syarat dan berkemampuan.

d) Haram

- Bagi yang tidak cukup syarat, tidak berkemampuan dan tidak bertanggungjawab kerana di khuatiri akan merosakkan rumah tangga dan masa depan isteri dan anak-anaknya.

e) Makruh

- Bagi yang berkemampuan memberi nafkah, tetapi bakal isteri dengan rela hati sanggup menyara keluarga.

1.5.3 Tanggungjawab Suami Isteri ✔ Hak isteri •

Memperoleh nafkah zahir dan batin daripada suami.



Memperoleh pakaian dan tempat tinggal yang munasabah daripada suami.



Memperoleh jaminan keselamatan dan kebajikan daripada suami



Memperoleh nasihat yang baik daripada suami

✔ Hak suami •

Kepimpinan dan keketuaan dalam ruamh tangga.



Ketaatan dan kesetiaan isteri kepada suami selagi tidak bertentangan dengan ajaran islam



Isteri juga bertanggungjawab merahsiakan kecacatan suami selagi kepada orang lain



Layanan yang munasabah dan kasih sayang, temasuk zahir dan baton daripada isteri.



Isteri mesti menjaga maruah dan akhlak sama ada berada di hadapan atau pun di belakang suami.



Meminta keizinan daripada suami sebelum keluar rumah.

✔ Hak bersama •

Suami dan isteri sama-sama berhak menikmati kemanisan, kenikmatan dan kebahagian hidup berumah tangga.



Suami dan isteri sama-sama bertanggungjawab mengeratkan hubungan silaturrahim dengan kedua-dua belah pihak.



Harta kedua-duanya boleh diwarisi oleh salah seorang daripada keduanya apabila berlaku kematian.

✔ Tanggungjawab bersama •

Mendalami ilmu fardu ain



Selalu berbincang dalam segala hal untuk kebaikan bersama



Saling memaafkan jika berlaku kesilapan dan menasihati



Tolong menolong dalam hal kebajikan dan meninggalkan kemungkaran.



Bersikap jujur dan menepati janji.

1.5.4 Tanggungjawab Keibubapaan Ibu bapa hendaklah berdoa ke hadrat Allah s.w.t agar dikurniakan anak yang soleh sebaik sahaja bernikah. Selain itu, ibu bapa juga hendaklaha mengazankan anak

lelaki dan mengqamatkan anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Memberikan anak nama-nama yang baik agar sejehtera di dunia dan juga akhirat kelak. Ibu sebolehbolehnya hendaklah menyusukan anak sehingga berusia 2 tahun. Sebagai ibu bapa, hendaklah menyediakan makanan, pakaian, tempat tinggal yang munasabah dan mendidik anak supaya menjadi soleh dan beriman. Kasih sayang yang secukupnya haruslah diberikan kepada anak-anak dan hendaklah bersikap adil terhadap mereka.

1.5.5 Tanggungjawab Anak terhadap Ibu Bapa Anak hendaklah mentaati ibu bapa dalam segala hal selagi tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Selain itu, anak hendaklah menyahut seruan dan panggilan mereka dan segera hadir apabila di perlukan. Malah anak tidak boleh meninggikan suara apabila bercakap dengan ibu bapanya. Berdoa untuk kedua-duanya sama ada ketika hidup mahupun sesudah meninggal dunia amatlah dituntut untuk dilakukan oleh seorang anak.Disamping itu, anak juga hendaklah melaksanakan wasiat yang ditinggalkan oleh ibu bapa. 1.5.6 Konsep Kemasyarakatan Islam Umum memahami bahawa masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam dan mengamalkan ajaran Islam, tetapi realitinya masyarakat Islam ialah orang Islam yang hidup bersama-sama golongan bukan Islam dalam satu kelompok masyarakat. Masyarakat itu terlaksana melalui kehidupan yang berlandaskan nilai-nilai Islam. Mendirikan sesebuah masyarakat yang melaksanakan nilai-nilai keislaman merupakan suatu kewajipan yang dibebankan ke atas bahu semua orang islam. Masyarakat Islam yang pertama terbentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w dan para Sahabatnya di Madinah pada tahun 622 Masihi. Umat islam yang berada di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w pada ketika itu telah melaksanakan tugas mendirikan masyarakat berlandaskan nilai-nilai Islam yang cekal,gigih dan jujur sehingga berjaya membentuk sebuah masyarakat yang ideal dan menjadi contoh dan model bagi masyarakat manusia selepasnya. Keluarga merupakan komponen penting dalam proses pembentukan masyarakat dan seterusnya negara. Tanpa institusi keluarga, kewujudan masyarakat dan negara tidak akan sempurna. Oleh itu, Islam memandang keluarga sebagai sebuah institusi

pencorak, masyarakat yang bakal di bina. Sekiranya keluarga yang dibentuk itu beriman, maka akan lahirlah masyarakat yang beriman. Ibu bapa dan anak-anak pula merupakan komponen keluarga yang bertanggungjawab mencorakkan sesebuah keluarga itu. Untuk memastikan setiap anggota menjalankan hak dan tanggungjawab, maka Allah s.w.t menurunkan undang-undang kekeluargaan yang dipanggil munakahat. Antara lain, ia menyentuh segala hal yang berkaitan dengan kekeluargaan dan perkahwinan. Sesebuah masyarakat Islam yang beriman mampu menghadapi dan bersama-sama dengan masyarakat agama lain untuk membentuk sebuah negara yang aman, makmur, maju dan berakhlak. Ini dapat dibuktikan oleh Rasulullah s.a.w sewaktu Baginda membina masyarakat Islam pertama di Madinah pada tahun 622 Masihi.

Related Documents


More Documents from ""