TAMADUN ISLAM DAN KESANNYA KEPADA TAMADUN BARAT Muhammad Hasyim Mustamin (P.28635) ABSTRAK Bebicara mengenai tamadun Islam pada hakikatnya sangat luas cakupannya jika dilihat dari perspektif ajaran tauhid yang telah disyiarkan oleh para nabi dan rasul Allah SWT. sebelum datangnya nabi Muhammad SAW. namun dalam kertas kerja ini akan dibahas secara lebih spesifik kesan tamadun Islam terhadap tamadun barat bermula daripada lahirnya ajaran Islam yang dibawa oleh nabi di tanah Arab sampai kepada zaman pemerintahan Dinasti Abbasiyah. Beberapa kesan yang ditimbulkan oleh tamadun Islam sama ada secara theologi, politik dan ilmu pengetahuan telah menjadikan kristen barat (Eropa) membuka mata, mengenali dan mempelajari Islam. Suasana dan sikap keterbukaan ajaran Islam telah menjadi satu motivasi terwujudnya sikap ilmiah dalam menemukan dan mengembangkan ilmu pengetahuan yunani klasik sehingga menjadi lahan terbentuknya pola transmisi ilmu-ilmu Islam terhadap eropa barat dan telah memberi kesan yang sangat mendalam terhadap munculnya pembaharuan (renaissance) dan menjadi apa yang sekarang kita kenali dengan tamadun barat. 1.0
PENGENALAN
Sebahagian tokoh yang terlibat dalam mengkaji sesebuah tamadun nampaknya tak boleh melepaskan diri (independent) terhadap pandangan yang subyektif. Subyektifiti tersebut dapat dipengaruhi oleh pelbagai faktor sama ada motivasi sosial, politik dan agama. Tamadun Islam dan tamadun barat (Kristen) adalah dua fenomena historis dan kontemporer yang banyak dikaji, ini tidaklah bererti penulis tak memperhatikan beberapa bentuk tamadun lainnya namun kerana kedua tamadun ini silih berganti mendominasi sama ada secara sosial, politik, ekonomi, budaya dan agama sehingga saling memberikan kesan terhadap perjalanan tamadun dunia. 1.1
Memahami konsep dan perbezaan Tamadun Islam dan Barat Perkataan Tamadun pada hakikatnya berasal dari bahasa arab dan telah diselaraskan penggunaannya dalam bahasa melayu. Dalam Kamus Dewan Bahasa, perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan, peradaban. Dalam bahasa arab ada beberapa istilah yang digunakan untuk menunjukkan pengertian tamadun, Ibnu Khaldun umpamanya menggunakan kata umran dan Hadarat, alfarabi, Farid Wajdi dan syeik Muhammad Abduh menggunakan kata madaniyat. Kemudian muncul pula perkataan tamaddun yang pertama kali diperkenalkan oleh Jurji Zidan, seorang penulis kristian yang banyak menulis tentang sejarah Islam dan sastera arab. Prof. syed Muhammad Naquib Al-Attas mentakrifkan tamadun Islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya.
Didalam bahasa inggeris pula perkataan yang sama pengertiannya dengan tamadun ialah civilization. Perkataan ini diambil dari bahasa latin dan perkataan mula digunakan dan terjelma dalam buku-buku inggeris dalam kurun yang ke sembilan belas masehi. Istilah ini secara umum dalam International Encyclopedia of Sosial science seperti yang dijelaskan oleh Taylor seorang penyelidik British bahawa pengertian tamadun ialah suatu himpunan fenomena abstrak yang mengandungi segala macam pengetahuan, kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, undang-undang dan tradisi sosial; serta segala kemampuan dan kebolehan yang dihasilkan oleh manusia, sifatnya sebagai anggota dalam masyarakat. (Daud, 1987). M.A.J Beg (1980) telah mengemukakan satu teori tentang tamadun. Menurutnya di dalam dunia ini hanya terdapat dua sahaja konsep tamadun iaitu konspe tamadun Islam dan konsep tamadun barat. apabila sesebuah tamadun itu memenuhi ciri-ciri yang digariskan oleh tamadun Islam ia dikatakan sebagai sebuah tamadun Islam, manakala apabila tidak menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Islam seperti sekular atau materialistik, ia dikategorikan sebagai tamadun barat. ringkasnya semua bentuk tamadun yang bersifat sekular dikatakan sebagai tamadun barat. Dari pelbagai pandangan diatas dapatlah disimpulkan bahawa tamadun Islam ialah manifestasi kemajuan dan pembangunan yang dibina oleh masyarakat Islam berlandaskan ciri-ciri Islam. Penekanan dalam pembinaan tamadun Islam adalah merangkumi aspek spiritual, material dan intelektual. Ringkasnya Islam merupakan sebuah tamadun yang bersifat multidimensional. Sedangkan tamadun barat ialah kemajuan dan pembangunan yang dibina ialah lebih menjurus untuk mendapatkan keuntungan dan pembangunan yang bersifat kebendaan (material) sedangkan aspek spiritual dikesampingkan dan lebih berasaskan kepada nilai-nilai kebendaan dan moral. 2.0
LATAR BELAKANG MASUKNYA ISLAM.
KRISTEN
BARAT
(EROPA)
SEBELUM
Sivachandralingam (1997), menyatakan bahawa sejarah awal tamadun eropa iaitu dimulai sejak zaman Greek (2000 SM-1200 SM) hingga zaman Rom (753 SM.509 M). Agama yang mendominasi kedua zaman ini sebelum masuknya pengaruh kristen adalah menyembah berhala yang berasaskan kepada politheisme (menyembah banyak tuhan). Malah pada zaman Rom kuno, setiap negara mempunyai agamanya sendiri dan menyembah Tuhan atau hero yang menjadi penemu tradisional atau pelindung empayar. Kaisar Agustus pada masa itu dianggap sebagai penyelamat dan Tuhan. Dibawah pemerintahan maharaja Domition (81-96M) menyembah maharaja menjadi agama yang direstui oleh negara. Empayar Rom mencapai zaman kegemilangannya di zaman romana iaitu dari 27 SM sehingga 180 M. selepas berakhirnya era keamanan ini, Rom telah
melangkah ke zaman kemerosotan yang disebabkan oleh pelbagai faktor sama ada kerana perluasan empayarnya yang melampaui batas dan kemampuan, perubahan dalam sistem pentadbiran, kemerosotan ekonomi, serangan wabak penyakit, serangan orang-orang gasar dan pengaruh agama kristen. Edward Gibbon (…….) menyatakan bahawa sikap teologi ajaran kristen yang menyerah kepada tuhan dalam saat kesusahan menjadi punca utama kemerosotan tamadun Rom. Gruman (1961) juga menambahkan bahawa wujudnya kebebasan penduduk Rom dalam menganut kepercayaan agama Pagan (menyembah berhala) yang tak boleh diseimbangkan oleh empayar Rom menjadi punca kejatuhan empayar Rom sehingga perkembangan agama kristian juga menamatkan amalan penyembahan terhadap maharaja. Dan puncaknya ialah pada masa agama kristen diterima oleh maha raja Constantine (312-337 M) sebagai agama rasmi Rom, ia telah melahirkan skeptisisme yang keterlaluan dan menyebabkan pemikiran masyarakat mula diselubungi oleh kemusykilan. Agama kristian semakin melengkapkan kemerosotan dalam keseimbangan agama dengan menamatkan toleransi dalam sistem kegerejaan kristiani. Pada masa pemerintahan raja constantine ia memindahkan ibu kota dari rom ke konstantinopel. Namun kerana pengganti-penggantinya mendapati amat sukar untuk memerintah empayar yang begitu luas yang meliputi rom dan konstantinopel maka empayar dibahagi kepada dua, satu berpusat di rom dan satu berpusat di konstantinopel. Maharaja konstantinopel memerintah di timur dan maharaja rom memerintah di barat. apabila maharaja rom terbunuh, hanya terdapat seorang maharaja iaitu maharaja di konstantinopel yang menggelarkan dirinya sebagai roman emperor walaupun dia hanya memerintah bahagian timur empayar rom. Empayar inilah yang berkekalan dari 456M hingga 1453M. Empayar timur ini meliputi negeri-negeri seperti di tenggara eropa, asia minor, syam yang meliputi syiria, palestin, mesir dan pulau-pulau timur mediterranean. Syam khususnya diduduki oleh bangsa arab dan bukan arab. Pengaruh agama kristian di wilayah tersebut sangat kuat dan di wilayah-wilayah inilah yang banyak penduduknya menganut agama krisitian yang mana sebelum datangnya Islam terletak dibawah kuasa kerajaan rom (Byzantine) yang menjadikan agama kristian sebagai agama rasmi negara yang telah diakui sebagai agama rasmi di mesir pada tahun 381M (Mahayuddin, 2000). 3.0
HUBUNGAN ISLAM DENGAN KRISTEN KLASIK Pada hakikatnya sebelum datangnya Islam, Kristen barat telah memiliki hubungan perdagangan, diplomatik dengan orang-orang Arab pra Islam dan hubungan ini berlanjut hingga datangnya Islam ke arah hubungan yang lebih akrab lagi. Sebagaimana Hugh Goddard (2000)menyatakan, bahawa sebelum dilantiknya Muhammad SAW. sebagai Nabi dan Rasul oleh Allah SWT. pada masa dibawa oleh saudara Bapanya Abu Thalib ke syam untuk urusan perniagaan, bertemu seorang rahib di Busra yang bernama Bahira. Bahira dikatakan mendapat tanda-
tanda kerasulan pada diri Muhammad SAW. beliau memberitahu bahawa antara tanda-tanda itu ialah sifat dan perangai baginda yang luar biasa. Sifat dan tanda kenabian itu dinyatakan dalam agama nasrani. 3.1 3.2 3.3
Hubungan Perdagangan …………………………….Hisam Hubungan Diplomatik ……………………………….Hisam Pandangan Kristen terhadap hubungannya dengan Kristian.
ajaran
Muhammad
SAW
dan
Ajaran Islam yang dibawa oleh nabi Muhammad SAW. pada masa awal pada hakikatnya memiliki hubungan yang sangat bererti iaitu adanya persefahaman antara Islam dan kristian dalam ajarannya, hal ini boleh dilihat pada masa awal Nabi Muhammad SAW. menasihatkan kepada sahabatnya yang baru memeluk Islam supaya pergi ke negeri Habasyah. Tujuan kesana bukan semata-mata untuk mengelakkan penyeksaan kaum quraisy, tetapi juga mempunyai matlamat jangka panjang iaitu berdakwah untuk menyebarkan agama Islam di kalangan orang Habasyah. Habasyah dipilih kerana di sana terdapat seorang raja yang adil bernama Najasyi yang menganut agama kristian. Raja Najasyi mendapati bahawa ajaran yang dibawa oleh Muhammad SAW. memiliki kesamaan ajaran dengan apa yang dibawa oleh nabi Isa yang memiliki sumber sama dan oleh kerana itu ia memberikan perlindungan kepada orang-orang Islam (Goddard, 2000). 3.4
Hubungan Pasca Kedatangan Islam …………………………Hisam
4.0
KRITERIA KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM. ……………………………… (Faisal)
5.0
KONDISI KRISTEN (PERTENGAHAN).
BARAT
PADA
PADA ABAD
KEGELAPAN
Menurut Brian Tierney dalam buku Western Europe in The Middle ages, zaman pertengahan (medieval ages) atau biasa juga disebut sebagai zaman belenggu (Dark ages), adalah bermula dari 300-1475M. sedangkan Sivachandralingam (1997) menyatakan bermula dari tahun 500 masihi dan berlanjutan hingga 1050 M. Zaman pertengahan awal ini adalah merupakan zaman yang telah mengganggu perkembangan manusia zaman klasik (Greek dan Rom). Pada zaman ini peperangan, kebuluran dan penyakit menjadi lumrah. Lebih kurang 500 tahun
lamanya masyarakat eropa mengalami kemerosotan dalam pelbagai sektor sama ada kemerosotan dalam perkembangan pendidikan, perdagangan dan tamadun, hal ini berlaku disebabkan oleh beberapa perkara dibawah ini. 5.1
Dominasi Gereja Gereja pada abad pertengahan merupakan institusi yang sangat dominan dalam memainkan peranannya dalam setiap aspek kehidupan masyarakat kristian pada masa itu. Fungsi dan sikap gereja jauh lebih penting daripada sekarang. Gereja mengatur kehidupan harian masyarakat kristian ketika itu, daripada perkara kecil hinggalah yang besar seperti menentukan bakal maharaja. Kerjaya yang paling tinggi statusnya ialah kerjaya di dalam institusi gereja. Tidaklah menghairankan jika sikap orang eropa pada masa itu banyak ditentukan oleh sikap gereja terhadap sesuatu perkara. Sebahagia besar tanah dizaman pertengahan adalah milik gereja. Menurut Ferguson (1948) dan Bruun (1969), pada abad ke-12 dan ke-13, hampir 1/3 (sepertiga) daripada tanah yang boleh digunakan di eropa barat dikawal oleh gereja. Bioshop, abbot dan pegawai-pegawai lain yang memegang jawatan penting di dalam gereja biasanya adalah golongan kelas bangsawan. Justeru itu, mereka ini sering campur tangan dalam pilihan raya gereja untuk mendapatkan jawatan bishop dan jawatanjawatan lain untuk salah seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai gereja terdiri daripada golongan yang mementingkan material dan mempunyai dua tanggung jawab.
5.2
Hubungan Gereja dan negara Hubungan gereja dan negara boleh dikatakan bermula sejak agama kristian menjadi agama empayar Rom pada tahun 343 M apabila maharaja Constantine memeluk agama Kristian dan menjadikan kristian agama rasmi empayar Rom sehingga terkesan tindakan maharaja ini telah memberi rahmat kepada perkembangan agama ini. Telah menjadi kebiasaan, apabila maharaja menerima sesuatu agama, rakyat juga akan turut sama memeluk agama berkenaan. Hubungan gereja dan negara semakin erat tatkala Charlemagne (768-814 M.) dianggap sebagai raja dan penakluk yang termasyhur selepas Constantine. Ia adalah penyokong kuat Pope dan penganut kuat mazhab Roman Katolik, oleh itu Pope telah mengambil peluang untuk menjadikannya maharaja dengan meletakkan mahkota di atas kepalanya dan diberi gelaran “Charles The Great”. Oleh kerana ia menyokong kuat pope, maka ia dikatakan telah melakukan suatu pekerjaan suci. Justeru itulah kerajaan Rom dikenali sebagai kerajaan rom suci.
Rom bukan sahaja menerima agama kristian, tetapi mengatur dan menyebarkannya ke merata tempat dan juga menakluk dengan menggunakan kuasa legion (bala tentera). 5.3
Suasana Politik Yang tidak stabil Pada abad pertengahan ini suasana politik di eropa barat sangat tidak stabil. Serangan orang-orang Gasar ke atas wilayah eropa barat telah mengheret eropa ke satu zaman yang dikenali sebagai zaman pertengahan. Orang-orang Gasar adalah suku kaum yang menetap di utara Rhine dan Danube dan telah menyerang Empayar Rom dari semasa ke semasa mulai abad ke-3 hingga abad ke-6 masihi. Mereka ini terbahagi kepada beberapa puak/suku kaum; antaranya Goths, Huns, Vandals, Franks dan Lombard (Sivachandralingam, 1997).
5.4
Kemerosotan Intelektual Pada fase pertengahan ini perkembangan sains mencapai tahap terendah sekali di eropa barat. sebab utama yang berlaku demikian ialah kerana suasana ketika itu tidak membenarkan sains berkembang disebabkan ketidakstabilan politik, ketiadaan unsur yang melindungi dan dominasi gereja yang tidak menggalakkan mempelajari ilmu daripada orang yang bukan kristian. Institusi gereja beranggapan bahawa ilmu yang berasal daripada peradaban yang bukan kristian adalah ilmu yang sesat, kerana tidak berpandukan kepada kitab injil, disamping tidak merujuk kepada institusi keagamaan itu. Oleh sebab itu, ilmu orang yunani seperti yang ada pada penulisan Aristotle daripada Stagira (384-322 SM.), Socrates, Parminedes, Thales dan Anaxigoras dan Plato tdiak dapat mereka terima. Kebetulan juga kebanyakan orang yunani menganut agama yang menyembah dewadewa yang tidak dapat diterima oleh geraja. Gereja pada dasarnya sentiasa memandang serong kepada ilmu ternasuk ilmu greek. Sikap tidak konsisten institusi gereja menjadi hambatan utama kepada perkembangan ilmu, sikap inilah akhirnya yang menyebabkan penyiasatan diperkenalkan, seperti yang berlaku semasa pemerintahan Raja Ferdinand dan Maharani Isabella di Spanyol yang mengakibatkan 2000 orang disalib dan dibakar hidup-hidup. (Abdul Latif, 2001).
5.5
Munculnya Feudalisme Pada abad pertengahan ini sistem feodal bermaharajalela dimana-mana dalam sistem kehidupan masyarakat. Dalam institusi ini, raja mempunyai
kuasa mutlak dan berada pada kedudukan yang tinggi sebagai penguasa ke atas semua tanah dalam kerajaannya. Sedangkan gereja pula berkuasa di atas pelantikan raja dan ahli-ahli gereja. Dominasi gereja pada masa itu juga memunculkan sistem feudal dimana gereja menjadi salah satu tempat penggantungan dalam sistem hidup masyarakatnya. 6.0
KECEMERLANGAN TAMADUN ISLAM PADA ABAD PERTENGAHAN 6.1 Keterbukaan 6.2 Kesadaran masyarakat dan Khalifah terhadap ilmu. 6.3 Berkembangnya Ilmu Pengetahuan 6.4 Dukungan dan kestabilan politik 6.5 Tokoh-tokoh Islam yang banyak berpengaruh terhadap munculnya tamadun barat. ……………………… Faisal
7.0
SUMBANGAN DAN KESAN TAMADUN ISLAM TERHADAP TAMADUN BARAT 7.1
Pencerahan kemajuan intelektual Pada zaman nabi dan khulafaurrasyidin tiga bidang ilmu penting yang tumbuh dan berkembang iaitu: aqidah, syariah dan akhlak (tasawwuf). Ketiga dasar ilmu tersebut telah mengasaskan pola kebebasan pengembangan kemajuan intelektual yang tidak hanya berpengaruh terhadap perkembangan intelektual muslim pada abad pertengahan zaman keemasan Islam tapi juga telah menjadi dasar terhadap perkembangan ilmu selanjutnya dan secara tidak langsung pola ini menjadi bentuk revolusi pemikiran terhadap sekatan paus dan doktrin kristen dalam mengembangkan sains. Nasr (1984) menegaskan bahawa sains barat berkembang berdasarkan ilmu sains yang dibina dan diketengahkan oleh ahli-ahli sains dalam peradaban Islam. Sains dalam peradaban Islam telah berkembang dengan pesatnya dari 900 M sehingga 1400 M dalam kebanyakan bidang. Pada bidang-bidang yang khusus pula seperti perubatan dan logik, perkembangannya berterusan sehingga 1750 M. dan inilah yang banyak memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan sains barat.
7.2
Munculnya Orientalis Barat Munculnya beberapa orientalis barat yang mempelajari Islam merupakan suatu pertanda bahawa Islam pada hakikatnya bukan sahaja sebagai agama tapi juga sebagai suatu sistem yang telah berhasil dalam masa yang cukup singkat dalam membangun suatu sistem sosial, politik, pendidikan, dan
budaya yang mesti dipelajari oleh barat. seorang daripada orientalis barat John L. Esposito (1995) menyatakan keperluan untuk mempelajari Islam sebab Islam memberikan dukungan ideologis yang kuat untuk terobosan yang luar biasa dalam organisasi sosial ini. Dalam hal ini, penaklukanpenaklukan tersebut benar-benar merupakan gerakan Islam. Karena, Islam adalah rangkaian kepercayaan agama yang diajarkan oleh Muhammad, dengan segi-segi sosial dan politisnya yang menyulut keseluruhan proses integrasi penyebab utama keberhasilan penaklukan terhadap dunia. Lebih lanjut Ismail Yakub (1970) menyatakan bahawa tujuan kaum orientalis pada umumnya mempelajari Islam dan hal-hal yang bersifat ketimuran ialah disebabkan oleh beberapa faktor : - Tujuan Pengacauan terhadap Islam - Tujuan kegamaan dan politk - Tujuan ilmiah semata-mata demi ilmu pengetahuan. 7.3
Medium kepada tamadun romawi-yunani Munculnya beberapa tokoh dalam kecemerlangan tamadun Islam abad pertengahan semakin membuktikan bahawa Islam telah menjadi medium untuk lebih memperkenalkan tamadun barat dengan tamadun romawiyunani. Sebagaimana Murad W. Hofmann (2002), menyatakan bahawa bukan bangsa-bangsa barat yang mewarisi peradaban yunani kuno, melainkan dunia Islam. Mengingat ledakan ilmu pengetahuan dan teknologi yang terjadi di dunia Islam, tampak jelaslah bahawa pertukaran budaya di abad pertengahan itu seperti jalan sehala. Sesungguhnya, kaum muslim bahkan tidak dapat menemukan apapun yang layak dipelajari dari barat pada masa itu.
7.4
Renaisans dan pengembangan ilmu moden Renaisans adalah suatu gerakan intelektual yang berkembang di selatan Eropa, iaitu di Itali dari abad ke-14 hingga abad ke-16 dan secara literal bermaksud sebagi kelahiran semula (Rebirth). Ia diertikan sebagai kelahiran semula kerana masyarakat Eropa abad ke-14 ingin kembali ke zaman kegemilangan Greek dan Rom. Keadaan ini disebabkan hampir 600 tahun eropa barat melalui zaman gelap yang tidak menjanjikan kemajuan pesat dari segi politik, ekonomi dan sosial. Secara keseluruhan, renasissance mendukung beberapa ciri yang nyata, antaranya ia menekankan keperluan mengkaji klasik Greek dan Room. Permusuhan terhadap ilmu semakin lama semakin dirasa kurang disebabkan keperluan mereka kepada ilmu tersebut. Keraguan orang-orang kristian barat tentang ilmu sains mula berubah apabila Gerbert dari Aurillac (946-1003M) menjadi Pope Sylvester II (999-1003M). beliau telah menggunakan beberapa gereja di spanyol untuk mendapat beberapa buah buku bahasa arab yang telah diterjemahkan ke
latin. Apabila meneliti buku-buku berbahasa arab ini, beliau mendapati bahawa isi kandungannya sekurang-kurangnya tidak akan menidakkan adanya Tuhan. Bahkan beliau berpendapat bahawa ilmu daripada bukubuku ini berguna untuk orang-orang kristian, seperti pengetahuan mengenai astrolab dan abakus yang beliau perolehi selepas membaca buku-buku ini. Selain daripada itu beliau sedar bahawa tidak seperti agama orang Greek, agama Kristian lebih banyaknya dengan agama Islam. Disamping itu, jika meneliti buku-buku yang ditulis oleh sarjana Islam ketika itu, biasanya bukanlah matlamat utama mereka menulis buku-buku sains untuk menunjukkan kesalahan agama lain, tetapi unuk mencari kebenaran tentang alam semesta dan betapa sains itu dapat mengukuhka iman penganutnya (Abdul Latif, 2000).
8.0
PERBINCANGAN DAN ANALISIS TERHADAP PERPINDAHAN ILMU DARI ISLAM KE BARAT
PROSES
9.0
BEBERAPA PANDANGAN PEMIKIR-PEMIKIR BARAT MENGENAI KESAN TAMADUN ISLAM.
Rujukan Abdul Latif Samian dan Khairul Anwar Mastor. 2000. Perkembangan Sains dan Peradaban Manusia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Mahayuddin Hj. Yahaya. 2000. Tamadun Islam. Selangor: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Murad W. Hofmann. 2002. Menengok Kembali Islam Kita. Terj. Bandung: Pustaka Hidayah Ismail Yakub. 1970. Orientalisme dan Orientalisten. Surabaya: CV. Faizan John L. Esposito. 1995. Ancaman Islam Mitos atau Realitas. Terj. Bandung: Mizan Hugh Goddard. 2000. History of Christian-Muslim Relations. Edinburgh: Edinburgh University Press Ltd. Ferguson, W.K. 1948. The Renaissance in Historical Thought, Houghton Mifflin Co., New York. ------------, and Bruun, G. 1969. A Survey of European Civilization, Houghton Mifflin Co., New York. Sivachandralingam Subdara Raja. 1997. Tamadun Eropah. Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nasr, S.H. 1984. Science and Civilization in Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. M.A.J. Beg. 1980. Islamic and Western Concept of Civilization. Kuala Lumpur: Universiti Malaya Press.
Daud, M.H. 1987. Pengantar Tamadun Islam. Petaling Jaya: Media Indah Sdn. Bhd.