Paradigma Tauhid Dlm Tamdn

  • Uploaded by: M. Hasyim Mustamin
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Paradigma Tauhid Dlm Tamdn as PDF for free.

More details

  • Words: 880
  • Pages: 5
PARADIGMA TAUHID DALAM TAMADUN ISLAM ABSTRAK “Membincangkan paradima tauhid dalam tamadun islam bererti membuat suatu model kerangka pemikiran tamadun islam melalui rangka konsep dan pandangan hidup serta sikap yang bercirikan dan berlandaskan tauhid”. A. Pengertian Paradigma Perkataan paradigma berasal dari bahasa Greek iaitu “paredeigma”, dalam bahasa inggeris disebut “paradigm” yang bererti “model” atau “contoh”. (Kamus Dwibahasa Oxford Fajar, ed. III 2001). B. Pengertian Tauhid Perkataan tahid berasal dari kata “wahhada-yuwahhidu-tauhidan”, yang bererti esa, satu. Secara tradisional dan ringkas didefinisikan sebagai satu keyakinan atau penyaksian bahawa “Tiada Tuhan melainkan Allah”. Pernyataan berbentuk negatif dan ringkas ini mempunyai pengertian yang cukup besar bagi islam. (Qardlawy, 2002). C. Pengertian Tamadun Menurut Muahammad Idris Abdul Rauf al-Marbawy didalam kamus alMarbawy menjelaskan bahawa perkataan tamadun berasal daripada kata bahasa arab “madana” yang bermaksud kehalusan budi pekerti dan akhlak mulia seperti orang kota. Syed Muhammad Naquib al-Attas (1972), mentakrifkan tamadun islam sebagai keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi masyarakatnya. Ali Md. Isa (tt.) menjelaskan bahawa kata tamadun berasal daripada kata “mudun” yang bererti kota-kota. Kata tamadun didalam

bahasa arab bermaksud kemajuan yang dicapai oleh satu-satu bangsa di dalam membangun dan memodenkan diri mereka agar dapat duduk ditahap yang lebih tinggi. Daripada pandangan-pandangan diatas dapatlah dibuat pengertian bahawa kata tamadun membawa satu maksud iaitu pencapaian manusia didalam

segala aspek kehidupannya sama ada dari aspek pemikiran,

kerohanian dan kebendaan. Jadi dapatlah difahami bahawa paradigma tauhid dalam tamadun islam ialah suatu model pemikiran, pandangan dan sikap yang menggunakan kaedah dan prinsip-prinsip tauhid. Al-syahid Ismail Raji al-Faruqi (1992), salah seorang yang sangat masyhur dalam kajian tauhid ini menjelaskan bahawa tauhid merupakan inti dasar kepada tamadun islam. Ia memberi gambaran dan membentuk cara berfikir dan tingkah laku umat islam ke jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Ia merupakan penggerak serta pembentuk identiti dan kebudayaan dalam tamadun islam. D. Paradigma tauhid dalam tamadun Islam Paradigma tauhid memberikan satu pandangan yang menyatukan semua unsur dan menjadikannya satu kesatuan terhadap apa-apa yang terkandung dan telah dicapai dalam tamadun. Dalam menyatukan unsurunsur tersebut, tauhid membentuknya mengikut acuannya , pembentukan ini bermaksud supaya mereka menjadi serasi dan dapat menyokong satu sama lain. Pembentukan unsur-unsur tersebut bertujuan membina satu bentuk tamadun, iaitu dengan membentuk unsur-unsur itu satu imej baru tanpa perlu mengubah sifat- sifatnya. Kadar pembentukan itu berbeza antara satu sama lain bergantung kepada sejauhmana hubung kait intisari itu dengan sesuatu unsur atau fungsi itu. Dalam hal ini meminjam istilah yang digunakan oleh Drs. Muhaimin (2002), mengenai beberapa paradigma yang digunakannya dalam melihat

paradigma pendidikan islam dan implikasi pengembangannya yang kami coba terapkan dalam kerangka paradigma tauhid dalam tamadun islam. 1. Paradigma Formisma Tauhid adalah pandangan umum terhadap realiti, kebenaran, dunia, tempat, masa dan sejarah manusia. Namun dalam konteks paradigma ini aspek realiti memberi makna dualiti yang dipandang memiliki dichotomy atau descrete yang berasingan. Adanya realiti Tuhan dan bukan Tuhan; pencipta dan makhluk. Reality Tuhan dan Pencipta hanyalah Allah sahaja Yang Mutlak dan Maha Tinggi.sedangkan realiti kedua terdiri daripada tempat, masa, pengalaman,

yang

termasuk

didalamnya

makhluk,

alam

kebendaan, tumbuh-tumbuhan, haiwan, manusia, jin, malaikat, langit, bumi, syurga, Neraka, dan semua yang lahir dari pada-Nya. Kedua jenis realiti ini berlainan sama sekali dari segi kewujudan, ontologi, dan juga karier. Keduanya mustahil digabungkan, dipadukan atau diserapkan menjadi satu. Pencipta tidak boleh ditransformasikan secara ontology supaya menjadi ciptaan. Begitu pula sebaliknya ciptaan tidak boleh menjadi pencipta. 2. Paradigma Mekanisma, Dinamisma dan Fungsional Dalam paradigma ini alam beserta isinya dipandang sebagai hal yang bersifat mekanik, dinamik dan fungsional yang bersifat teleologis dalam berbagai aspeknya, dan pencapaian islam dalam tamadun dipandang sebagai pencapaian nilai tertinggi kehidupan manusia yang kesemuanya bergerak dan berjalan menurut fungsinya yang tetap berada dalam kendali tauhid. 3. Paradigma Organisma Istilah Organism dapat bererti benda hidup (Plants, animals and bacteria are organisms) dan dapat bererti kesatuan yang terdiri

atas bagian-bagian yang rumit (Salim, 1996). Dalam pengertian kedua tersebut, paradigma organisma berasal dari pandangan bahawa tamadun islam adalah kesatuan hasil pencapaian manusia yang

terdiri

daripada

mengembangkan (weltanschaung)

komponen-komponen

pandangan Islam,

yang

atau diwujudkan

yang

berusaha

semangat dalam

sikap

hidup dan

ketrampilan hidup yang Islami. Dalam konteks pandangan ini pentingnya suatu kerangka pemikiran yang dibangun berdasarkan kerangka tauhid. (al-Faruqi, 1988). E. Tauhid sebagai intisari tamadun Sebagaimana al-Faruqi (1992), menyatakan bahawa tauhid sebagai intisari tamadun Islam mempunyai dua aspek iaitu, aspek kaedah dan kandungan. Aspek kaedah memiliki tiga perinsip iaitu; kesatuan, rasionalisme, dan tolak ansur (toleransi). Aspek kandungan iaitu; tauhid

sebagai prinsip utama metafizik,

kemasyarakatan, kepercayaan, dan estetika F. Kesimpulan Pada hakikatnya tauhidllah yang memberikan identiti kepada tamadun Islam. Tauhid menyatukan semua unsur yang terkandung dalam tamadun yang dijadikannya sebagai asas yang membentuk satu pandangan dan sikap dalam membangun tamadun Islam.

Rujukan Al-Attas, Syed Muhammad Naquib. 1972. Islam Dalam Sejarah Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur : Universiti Kebangsaan Malaysia Al-Faruqi, Ismail Raji. 1988. Islamization of Knowledge . Washington DC: IIIT ----------------------------. 1992. Al-Tauhid: Its Implications for Thought and Life. Virginia: IIIT ----------------------------. 1992. Atlas Budaya Islam. Terj. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Ali Md. Isa. Tt. Definisi Tamadun: Ilmu Kemanusiaan. Pulau Pinang: Pusat Pengajian Luar Kampus USM. Al-Marbawy, Muahammad Idris Abdul Rauf. Tt. Qamus al-Marbawy. Singapore: Pustaka Nasional. Muhaimin. 2002. Paradigma Pendidikan Islam: Upaya Mengefektifkan Pendidikan Agama Islam di Sekolah. Bandung: PT Remaja Rosdakarya. Qardlawy, Yusuf. 2002. Hakikat Kewujudan Allah. Selangor: Anzagain, Sdn.Bhd, Salim, Peter. 1996. The Contemporary English-Indonesia Dictionary. Jakarta: Modern English Press.

Related Documents

Paradigma Tauhid Dlm Tamdn
December 2019 24
Tauhid
October 2019 53
Tauhid
October 2019 56
Tauhid
June 2020 38
Paradigma
June 2020 48

More Documents from "Ariwanto Aslan"