KULIAH 1 1.1 TAKRIF DAN PRINSIP ASAS TAMADUN
1.1.1 Etimologi ‘Tamadun’ • Berasal dari perkataan Arab ‘maddana’ bererti “pemilihan sesuatu lokasi sbg. tempat tinggal”, “membgn sesuatu kws sehingga menjadi suatu perbandaran”, “hidup dlm suasana kehidupan org. bandar dan menikmati kehidupan yg. maju”. • Istilah ini dipopularkan oleh Jurji Zaydan dlm. Tarikh al-Tamaddun al-Islamiy di awal 1900.
• Sebelum ‘tamaddun’, perkataan ‘madaniyyah’, ‘`umran’ dan ‘hadarah’ pernah digunakan. • Dalam bahasa Inggeris, tamadun diterjemahkan sebagai ‘civilization’, dan lebih popular berbanding ‘culture’ dan ‘urbanization’
• Dalam bahasa Melayu, selain ‘tamadun’, perkataan ‘peradaban’ dan ‘kebudayaan’ juga digunakan. • Dunia Islam mengenali dan mengkaji tamadun sejak abad ke-14 lagi dan dirintis oleh Ibn Khaldun (1332-1406). • Dunia Barat pada abad ke-19, apb. Muqaddimah Ibn Khaldun diterjemah ke bhs. Perancis dan bhs. Inggeris.
1.1.2 Takrif Tamadun • Sukar ditentukan takrif yg tepat dan mutlak bagi tamadun baik menurut perspektif Islam, Barat, Melayu kerana perbezaan latar belakang, cara hidup, perbezaan faktor kemunculan dan perkembangan serta perbezaan persepsi.
• Tamadun Islam meletakkan agama yg. berpaksikan akidah, syariah dan akhlak sbg. asas dan dasar
• Tamadun Islam mengimbangi antara pembangunan material dan spiritual atau kebendaan dan kerohanian spt. yg. diketengahkan oleh Ibn Khaldun, Syed Qutb, Sa`id Hawa dll. • Barat lebih menonjolkan aspek pencapaian kebendaan sbg. Ukuran bagi menentukan sesuah m’kat itu bertamadun spt yg. dikemukakan oleh Toynbee, Fiebleman dll
1.1.3 Prinsip-Prinsip Asas • Meskipun takrif tamadun tidak dapat dimutlakkan, namun prinsip-prinsipnya tetap sama iaitu sosialisasi dan interaksi manusia yg. dimasyarakatkan secara kolektif.
sam • Proses ini melalui kronologi berikut: – Faktor sosial – Faktor sumber – Interaksi manusia dengan alam – Kreativiti manusia – Persaingan manusia – Peminjaman kepakaran
Perbincangan • Apakah faktor yang menyebabkan perbezaan persepsi tentang takrof dan konsep tamadun di antara Islam dan Barat? • Islam mendahului Barat sekurang-kurangnya 500 tahun dalam kajian tamadun. Kemukakan pandangan anda berhubung perkara ini. • Manusia memainkan peranan terpenting dalam prinsip tamadun. Sejauh manakah keupayaan manusia dalam sosialisasi dan interaksi tamadun? Bincangkan.
Cadangan Rujukan M. A. J. Beg 1980. The Image of Islamic Civilization. Kuala Lumpur: The University of Malaya Press. M. A. J. Beg 1982. Islamic and Western Concepts of Civilization. Kuala Lumpur: The University of Malaya Press. Wan Abdul Rahman Latif (et al.) 1996. Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.