Tamadun Islam Chapter 13

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Islam Chapter 13 as PDF for free.

More details

  • Words: 656
  • Pages: 21
Persekitaran Awal Tamadun Islam Pembentukan masyarakat dan negara Islam

Tahap ketiga 



dalam pembinaan asas tamadun Islam ialah membina masyarakat Islam. Rasulullah SAW sejak permulaan Islam lagi telah berusaha membina masyarakat Arab dengan memperbetulkan akidah mereka supaya beriman kepada Allah SWT.





Perubahan akidah adalah asas perubahan semua sistem dalam kehidupan manusia seperti ibadah, sosial, ekonomi dan lainlain. Pada mulanya, ajaran Islam disebarkan secara rahsia, kemudian barulah secara terbuka.



Antara individu yang awal memeluk Islam ialah isteri baginda iaitu Siti Khadijah, sepupunya iaitu Ali bin Abi Talib, hambanya Zaid dan sahabatnya Abu Bakar yang kemudiannya berjaya mengIslamkan Uthman bin Affan, al-Zubair bin alAwwam, Abd Rahman bin Auf dan lainlain sahabat.





Rumah al-Arqam bin Abi al-Arqam digunakan oleh penganut Islam pada masa itu sebagai markas gerakan dakwah. Selama hampir 3 tahun dakwah disampaikan secara tertutup, maka turunlah ayat al-Quran yang menyeru supaya dakwah disampaikan secara terbuka.

Tribulasi dan Mehnah dalam dakwah. 





Penyebaran Islam di Makkah mendapat tentangan hebat dari kaum Quraisy. Ada di antara penganut Islam yang diseksa, dipulau, dibunuh dan diugut. Namun mereka tidak sedikitpun berganjak dari kepercayaan kepada Tuhan yang satu.



 

Nabi Muhammad SAW tidak terkecuali daripada dihina, diejek dan diugut seperti. Memohon kepada Abu Thalib supaya berhenti, diserahkan kepada mereka,diumpan dgn harta, wanita dan pangkat, bergilir menyembah Allah dan patung. Namun jumlah pengikut Islam semakin ramai. Ini menyebabkan pihak musyrikin meningkatkan lagi penentangan mereka terhadap pengikut.





Keadaan tersebut menyebabkan Rasulullah SAW menyuruh sekumpulan daripada kaum Muslimin berpindah ke Habsyah. Habsyah pada masa itu diperintah oleh seorang Raja yang adil dan bijaksana bernama Najasyi.





Kedatangan kaum Muskimin seramai 16 orang pada permulaannya diikuti dengan berpuluh-puluh orang lagi. Mereka disambut baik dan diberi perlindungan daripada kaum Quraisy.





Wakil pihak Quraisy datang bertemu raja Habsyah meminta supaya penganut Islam dihantar pulang, tetapi ditolak Kaum Musyrikin di Makkah berusaha memulau keluarga Rasulullah dan merancang membunuh baginda.





Ketika inilah Rasulullah SAW bersama sahabat baginda Zaid bin Harith pergi ke Taif . Akan tetapi kedatangan baginda tidak mendapat layanan sewajarnya daripada penduduk Taif, malah baginda dihujani dengan balingan batu dan maki hamun.

Hijrah dan Pembentukan Masyarakat Islam di Madinah 



Akibat penentangan daripada masyarakat Quraisy Makkah, maka pada 622M baginda bersama pengikutnya berpindah ke Madinah al-Munawwarah Ketibaan Rasulullah disambut dengan penuh kegembiraaan oleh penduduk Madinah.







Penghijrahan ini menandakan detik baru tugas dakwah baginda iaitu pembinaan masyarakat dan negara. Masyarakat yang hendak dibina ialah masyarakat Islam yang dapat menjadi umat contoh. Negara Islam yang pertama dibangunkan dinamakan al-Madinah al-Munawwarah.





Penghijrahan bermaksud meninggalkan tanah air tercinta, rumahtangga dan harta benda, kaum keluarga dan sahabat handai. Penghijrahan memerlukan keimanan, keikhlasan, kesabaran dan ketakwaan yang tinggi.

Agenda Pembentukan Negara Islam Di Madinah 



berusaha menyatu-padukan gol. Muhajirin dan Ansar. mendirikan masjid. Mengadakan perjanjian dengan gol bukan Islam

Pembinaan Masjid 



Pembinaan masjid bukan hanya untuk beribadah tetapi menjadi tempat pertemuan, bermesyuarat dan melakukan perancangan strategik. Rasul tidak membina kubu, rumah, kedai kerana Masjid merupakan tempat menyubur iman

Menyatupadukan Muhajirin dan Ansar  



Baginda memperkenalkan sistem saudara angkat. Gol. Ansar mengambil gol. Muhajirin sebagai saudaranya. eg. Kisah Abdul Rahman ‘Auf dan Saad ibn Rabi’ Mereka menyediakan tempat menginap, makan-minum dan kepeluan harian kpd kaum Muhajirin.

Perjanjian dengan gol bukan Islam 



Rasulullah mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi: Bani Nadir, Quraydah, Qaynuqa’ Daripada perjanjian damai ini, tergubal sebuah perlembagaan yg dikenali dengan nama Sahifah al-madinah.

Perlembagaan Madinah  



Antara kandungannya: Nabi diakui sebagai Ketua Negara. Setiap perbalahan mestilah dirujuk kepada ketua Negara Semua penduduk bebas beragama dan melaksanakan agama masing-masing.







Setiap penduduk hendaklah berkerjasama dalam setiap masalah ekonomi. Semua penduduk mestilah mempertahankan kota Madinah daripada serangan musuh luar. Keselamatan kaum Yahudi terjamin selagi mereka patuh kpd perlembagaan.

Kesan Hijrah 





Terbinanya masjid sebagai lambang kecintaan kpd Allah Membangunkan persaudaraan Islamiah sejagat. Kewujudan negara Islam yang diiktiraf oleh masyarakat luar.

Related Documents