Tamadun Islam Chapter 6

  • Uploaded by: denixng
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Islam Chapter 6 as PDF for free.

More details

  • Words: 474
  • Pages: 19
Tamadun Islam Definisi Sumber Ciri-ciri

Definisi Tamadun 

S.M.N. al-Attas: keadaan kehidupan insan yang mencapai taraf kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya.



Al-Syirazi : Perbincangan tentang sesuatu kekuasaan, kehebatan, kemakmuran dan kemajuan sesuatu bangsa dan pemerintahan yang menjurus kepada perbahasan mengenai sejarah keilmuan, peradaban, kemajuan industri dan pembangunan ekonomi sesuatu negara.



Teuku Iskandar : keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran yang tinggi, yakni sosial, budaya, politik dan lain-lain.

Sumber 

Khusus -Al-Quran

-Al-Sunnah/ Hadis 

Am - Ijmak - Qias - Istihsan -dll

-Istislah

Asas tamadun   

-Aqidah Syariah Akhlak

Ciri-Ciri T.I a) Konsisten  Proses tamadun Islam adalah berterusan.  Islam yang dibawa oleh Rasulullah mampu bertahan sehingga hari kiamat.  Ini merupakan antara keunikan tamadun Islam.







Sistem perundangan dalam tamadun Islam tetap berpandukan al-Quran. Perintah serta larangan Allah adalah mutlak tanpa berubah mengikut arus zaman. Ciri Islam yang begitu konsisten berupaya menghadapi cabaran zaman.





Ini kerana Allah sudah mengetahui matlamat sebenar kehidupan manusia. Justeru manusia haruslah menurut segala ajaran dan meninggalkan segala larangan Allah.

b) Terbuka dan Rasional 

Tamadun Islam yang mengalami proses pembinaan yang agak lama tentunya memberi ruang kepada peradaban-peradaban lain untuk diasimilasikan supaya sesuai dengan resam dan budaya penganutnya.







Islam menerima tatacara yang tidak bertentangan dengan syariat Allah. Islam bersifat terbuka untuk menerima pembaharuan yang dapat memperkukuh sistem-sistem yang wujud dalam Islam. Skop pemikiran yang terhad tentang Islam harus dihindarkan supaya akal dan keupayaan manusia dapat berfungsi dengan lebih sempurna.





Islam juga bersifat rasional terutamanya berkaitan dengan persoalan semasa yang tidak melibatkan hukum bersifat mutlak. Perbincangan(musyawarah) digalakkan dalam untuk meleraikan sesuatu masalah.



Kritikan yang membina juga sepatutnya diterima dengan berlapang dada dalam usaha untuk membangunkan tamadun Islam.

c)bersifat semasa 



Islam masih bertahan sehingga kini disebabkab ia dapat disesuaikan dengan perubahan semasa. Sistem-sistem yang wujud dalam Islam berupaya menerima unsurunsur peradaban lain yang tidak bertentangan dengan Islam.





Pembudayaan serta gabungan akal dan keimanan melahirkan perkaraperkara baru sesuai dengan kehendak zaman. E.g. sistem perbankan dan kewangan diubahsuai supaya menepati citarasa Islam.

d) Sesuai dengan fitrah manusia 





Berupaya membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Islam mengajar manusia agar menghargai diri, masyarakat dan alam. Manusia memerlukan keseimbangan dari segi rohani dan jasmani.





Fitrah manusia memang memerlukan imbangan yang menghubungkan elemen kemanusiaan dengan aspek-aspek ketuhanan. Hubungan tersebut ialah hubungan dengan Allah, sesama manusia dan alam sekeliling.

e) Sempurna/syumul 





Islam adalah sempurna dan menyempurnakan keperluan manusia. Meliputi segala aspek kehidupan termasuklah sosial, ekonomi, perundangan, politik dan sebagainya. Kepelbagaian ini sepatutnya digunakan oleh umat Islam untuk membina kembali tamadun ini.



Kesyumulan Islam harus ditonjolkan supaya berupaya menjadi wadah serta cara dakwah terbaik untuk menarik masyarakat bukan Islam agar menghayati etika-etika mulia yang dianjur oleh Islam.

Related Documents


More Documents from ""