Tamadun Islam Chapter 15

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tamadun Islam Chapter 15 as PDF for free.

More details

  • Words: 682
  • Pages: 20
KONSEP ILMU DALAM ISLAM 

Maju atau mundur sesuatu bangsa amat berkait rapat dengan pencapaian dalam ilmu pengetahuan.



Ilmu itu tidak datang sendiri tetapi sebenarnya perlu dicari.

Definisi ilmu 





Kamus Dewan:ilmu adalah pengetahuan, kepandaian dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin. Ilmu pada bahasa ada beberapa makna: 1.lihat atau memerhati (Sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami melihat org yg berjihad di kalangan kamu) S.Muhammad:31



2. Mengetahui (Dan Allah mengetahui apa-apa yg kamu sembunyikan dan apa-apa yg kamu nyatakan) alNahl:19



3. Kebenaran atau keizinan (ketahuilah sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dengan keizinan Allah) al-Hud:14





Suatu kebenaran yang sampai ke dalam roh atau menerusi roh atau jiwa manusia.(al-Attas) Roh/jiwa : bahagian manusia yg tidak mati spt kalbu, roh, nafs dan akal.



Ilmu ialah pendapat drp ajaran guru dan drp fikiran, pandangan, penerangan seseorang, dan drp pihak nabi menerusi wahyu. Ilmu bukan benda yg boleh dicedok dan dituang masuk dalam dada manusia.

HUKUM DAN NILAI MENUNTUT ILMU 



Menuntut ilmu adalah menjadi kewajipan bagi setiap orang Islam. Islam menyarankan agar setiap orang menuntut ilmu sejak dari dalam buaian hinggalah ke liang lahad.





Apabila seseorang ibu melahirkan anaknya, azan/iqamah yg diperdengarkan ke telinga bayi menandakan kebesaran Allah. Ini membuktikan bahawa roh dalam bayi perlu diperingatkan dgn perkara yg memang sudah diketahuinya sblm lahir ke dunia.





Apabila tiba saat kematian pula, seseorang Islam diperingatkan lagi berkenaan Allah SWT. Sabda Rasulullah yg bermaksud : ajarkan orang yg akan mati drp kalangan kamu ‘tiada Tuhan yg wajib disembah melainkan Allah SWT’.

PEMBAHAGIAN ILMU DALAM ISLAM Dalam Islam, pembahagian disiplin ilmu dilakukan utk memudahkan masyarakat memahami hal berkaitan ilmu.  Al-Kindi membahagikan ilmu kpd 2: 1.ilmu tentang teori, tabie matematik dan metafizik. 2.ilmu tentang praktikal, akhlak, sains rumahtangga dan perancangan bandar. 

Ibnu Khaldun juga membahagikan ilmu kpd 2: 1.ilmu naqli (al-Quran, tafsir, hadis, nasikh mansukh, ilmu kalam dll) 2.ilmu ‘aqli (matematik, algebra, faraid, muamalah, sains gunaan,perubatan dll) Secara umumnya, ilmu dalam Islam terbahagi kpd 2: 1.fardu ain (wajib dipelajari oleh setiap muslim:aqidah, syariah, akhlak) 





Ilmu fardu kifayah (apabila ada segolongan yg mempelajarinya, maka terlepaslah tanggungjawab pihak lain) E.g. perubatan, perniagaan, pengurusan.

SUMBER-SUMBER ILMU  



1.SUMBER NAQLI Kedua-dua sumber naqli iaitu alQuran dan al-Sunnah merupakan asas ilmu pengetahuan dlm Islam. Ayat-ayat al-Quran banyak membicarakan mengenai ketuhanan, alam ghaib, perundangan, sains, sejarah dll.

2.SUMBER AQLI  sumber ilmu pengetahuan seterusnya ialah akal yg dianugerahkan kpd manusia.  Manusia berkembang maju krn memiliki ilmu dan akal.  Selain akal, alam sekeliling juga merupakan sumber ilmu. Alam pula terbahagi kpd dua: 1.alam nyata 2.alam ghaib 



 

Plato menjelaskan bahawa alam nyata ialah alam yg dirasai oleh pancaindera, tidak mempunyai martabat kenyataan atau realiti, hanya bayangan drp bentuk yg bersifat kekal. Alam kekal inilah menjadi objek ilmu. Menurut Plato, ilmu yg unggul ialah ilmu berbentuk kebaikan.







Alam yg luas ini adalah kitab agung, yg terbuka utk sesiapa sahaja yg ingin membacanya. Orang yg berilmu bukan saja dapat merasai keindahan alam, bahkan dapat memahami kebesaran Ilahi. Semakin tinggi ilmu agama seseorang, semakin takut dia kepada Allah.

MATLAMAT ILMU 

 

Akal merupakan anugerah Allah yg paling berharga utk manusia. Akal merupakan alat utk berfikir. Akal mampu membimbing manusia memahami kebesaran Allah.









Namun masyarakat Islam kini mengabaikan hikmah sebalik akal yang dianugerahkan. Akal hanya digunakan utk menuntut ilmu berkaitan kehidupan seharian. Akibatnya, lahirlah masyarakat yg tidak mensyukuri nikmat Allah. Ilmu ibarat cahaya yg memandu akal memilih jalan yg baik

 

Firman Allah: (Apakah mereka tidak memerhatikan langit di atas mereka, bagaimana Kami membina dan menghiasinya sehingga tiada retak sedikitpun) Al-Qaf:6





Ilmu pengetahuan merupakan teras kebahagiaan dunia dan akhirat. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: Siapa yg mahukan dunia, dia hendaklah berilmu. Dan siapa yg mahukan akhirat, dia hendaklah berilmu. Dan siapa yg mahukan kedua-duanya sekali, dia juga hendaklah berilmu.

kesimpulan 







Islam amat mementingkan persoalan ilmu pengetahuan. Melalui ilmu, manusia menjadi khalifah di muka bumi. Mereka dapat mentadbir urusan seharian dgn teratur. Perkara-perkara yg tidak baik dapat dihindari melalui ilmu dan akal.

Related Documents