TAMADUN CHINA Pendahuluan - Merupakan salah satu tamdun yang tertua di dunia. - Tamadun China bermula di Huang Ho (utara) dan Yangtze (selatan). - Budaya yang lahir di dua kawasan ini dikenali sebagai “The Painted Culture” dan “The Black Pottery Culture”.
Latarbelakang Perkembangan Tamadun China a) Zaman Permulaan Memperlihatkan kemunculan dinastidinasti seperti Hsia, Shang dan Chou. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja feudal. Peperangan merupakan ciri utama pada tahap ini. Kemunculan falsafah Confucious, Taoisme, Legalisme dan The Hundred Schools of Thought. b) Zaman Pertengahan/keagungan Tahap ini bermula dengan Dinasti Chin, Han dan Tang. Tahap ini juga dikenali sebagai zaman keemasan dalam tamadun China kerana pencapaiannya dalam pelbagai bidang – sains,
kesusasteraan, pentadbiran, agama dan sebagainya. c) Zaman Peralihan Zaman ini merujuk kepada kedatangan/pencerobohan orang Gazar ke atas China. Negara China buat pertama kalinya diperintah oleh orang luar. Abad ke13, China ditakluk oleh orang Monggol pada masa pemerintahan Dinasti Song.
d) Zaman Moden Zaman ini memperlihatkan zaman cabaran kepada China. Bermulanya pengaruh barat meresap ke dalam tamadunChina. 18391842 China telah dikalahkan oleh Barat dalam Perang Candu. Barat memperkenalkan konsep “ Most Favored Nation”> China mengadakan pemulihan negara dengan melancarkan “Gerakan Menguatkan Diri” (1861 1895) dan “Reformasi Seratus Hari” (1898) tetapi gagal.
Kosmologi Cina a. Tian Tian merujuk kepada langit dan penghuraian tentang Syurga. Dewa Tian merupakan Dewa terpenting dan mempunyai kuasa menentukan perjalanan hidup seseorang. b. Di/Ti Merujuk kepada bumi. Sebagai pelengkap kepada konsep Tian di mana Di bertindak sebagai penjaga/pemelihara. c. Dao/Tao Merujuk kepada jalan/lorong yang memandu manusia kea rah kebaikan. Fahaman Confucious mengaitkan Dao dengan tabiat/kelakuan baik atau buruk seseorang. d. Konsep Yin dan Yang Merupakan kuasa yang berlawanan, Yin mewakili perempuan – pasif, sejuk, gelap, basah, lembut. Manakala Yang mewakili lelaki – aktif, panas, cerah,kering, keras.
Dalam bentuk fizikal Yang – langit dan Yin – bumi. e. Konsep “The Golden Mean” atau Chung Merujuk kepada sesuatu yang paling sesuai, tepat, terbaik dalam sesuatu keadaan.
KEPERCAYAAN BERDASARKAN AHLI FALSAFAH CHINA Confucious - Diasaskan oleh Kong Fu Tze lahir pada tahun 551 s.m. - Merupakan pengajaran falsafah untuk mempertingkatkan moral dan etika manusia. - Ajarannnya mengenai tingkah laku, kekeluargaan dan penghormatan nenek moyang. Taoisme/Daoisme - Dilahirkan oleh Lao Tze dalam bukunya “The Way and Virtue”> - Ajaran ini menganggap dunia manusia adalah buruk dan menjadi tanggungjawab mereka untuk mengembalikan keharmonian. - Mendukung aspek dualisme – menekankan keserasian melalui konsep Yin dan Yang.
Legalisme - Dihasilkan oleh HsunTzu. - Ajarannya tidak menekankan moral, tetapi merupakan suatu pendekatan pentadbiran yang pragmatic. - Pembinaan sesebuah pemerintahan perlu berdasarkan undangundang yang ketat. - Emosi dan keinginan manusia mengarah kepada kewujudan konflik dan ini boleh diatasi dengan pendidikan.
MoTzu - Dilahirkan oleh MoTzu pada akhir Dinasti Chou. - Menekankan “universal love” dan persamaan taraf. - Sebuah kerajaan mesti dipimpin oleh orang yang berkebolehan. - Menekankan sikap jimat cermat, menentang kemewahan, muzik dan perayaan tradisi. Humanisme - Merupakan asas falsafah China dan mementingkan soal kemanusiaan. - Menekankan sifat kasih saying dan hormat menghormati. Kepercayaan dan agama orang Cina – penyembahan nenek moyang, Buddhisme, agama
Nichiren Shoshu, agama Pembangunan Akhlak, agama Islam, Kristian dan Ateisme. Konsepkonsep Yang Berkaitan Dengan Nilai Sosial dan Etika Masyarakat Cina a. Konsep Ren/Jen Mencius menjelaskan Jen – kebaikan dalaman manusia. NeoConfucianisme menganggap Jen – mendisplinkan diri seseorang. Bidangbidang Utama Perkembangan Ilmu Sains di China a) Bidang Perubatan Bermula sejak kurun ke2 masehi. Karya perubatan yang terkenal a. Inner Cannon (Nei Ching) – rekod teori teori perubatan China. b. Yellow Emperor’s Classic of Internal Medicine – teori dan falsafah perubatan China klasik – kelebihan akupunktur, herba, diet dan senaman. c. Treaties on Diseases Caused by Cold Factors – ditulis oleh Chang Chung Ching. d. Material Medica – ditulis oleh Li Shih Chen merupakan ensaiklopedia yang mengandungi hamper 2,000 jenis perubatan.
b) Bidang Matematik Dua karya matematik yang terkenal a. Chou Pei Suan King – mengenai calendar, cara tentukan masa melalui baying. b. Chiu Chan Suan Shu – mengandungi 9 bab mengenai ilmu kirakira, ukuran dan teori matematik. Ahli matematik China yang terkenal 1. Liu Hiu 2. Li Zhi 3. Li Shanlan
Sumbangan Tamadun China di Bidang Sains dan Teknologi 1.Alkimia 2.kompas 3.serbuk letupan 4.kertas 5.percetakan 6.seismoskop
e. Bidang Pembinaan Kapal dan Teknik Pelayaran Ekspedisi pelayaran oleh orang Islam di China melintasi Lautan Pasifik dan Lautan
Hindi. Pelayaran ini menyumbangkan kemahiran ilmu pelayaran dan pembinaan kapal. Berkaitan dengan ilmu pelayaran lahir pula ilmu astronomi, penggunaan kompas dan kaedah mengukur kedalaman air laut.