Tajuk : Disiplin Kerja
Nama : Wan Irfan Afiq Bin Wan Idris IC : 010707-02-0267 Kelas : Pemesinan Industri Nama Pensyarah : Sazrin Sazlan Bin Mat Noor Tarikh hantar : 18/3/2019
Pengenalan
Persoalan disiplin pekerja adalah masalah yang sering dihadapi oleh mana-mana organisasi. Bezanya hanyalah dari segi jumlah kes samada banyak atau sedikit atau samada kes tersebut kronik atau tidak. Masalah yang sering dihadapi oleh organisasi berkaitan dengan kes disiplin pekerja ialah dari segi pengendalian kes. Sekiranya kes disiplin pekerja tidak diuruskan dengan betul, kemungkinan besar kes tersebut tidak dapat disabitkan atau organisasi akan gagal di dalam perbicaraan. Ini merugikan organisasi kerana dalam pengendalian kes disiplin pekerja banyak perbelanjaan yang terlibat. Malah ini juga melambangkan organisasi tersebut tidak profesional di dalam mengendalikan kes disiplin pekerja. Menyedari hakikat pentingnya kes disiplin pekerja ini dikendalikan dengan betul, maklumat tatatertib ini diwujudkan. Diharap para pembaca akan mendapat panduan mengenai pengendalian kes tatatertib pekerja dengan cara yang betul dan teratur.
5 Isu Disiplin Kerja
1) Selalu Datang Lewat Ke Pejabat -Hal ini terjadi mungkin disebabkan fakor kesesakan jalan raya, tidak mempunyai kenderaan dan bangun lambat ke tempat kerja.
2) Penampilan Yang Selekeh -Sambil lewa dengan perwatakan sebagai seorang pekerja seperti rambut tak terurus dan baju yang kedut ketika sedang bekerja.
3) Tidur Di Tempat Kerja -Waktu lepas kerja tak digunakan sebaiknya malah sering melepak selepas waktu kerja sehingga lewat malam.
4) Bergaduh Dengan Pekerja Lain -Bergaduh yang berlaku mungkin dari faktor tekanan kerja dan sering tidak puas hati dengan pekerja lain dalam skop tugas yang dijalankan.
5) Mencuri Barang Syarikat -Pekerja yang tidak amanah akan melakukan perbuatan ini mungkin faktor kekurangan wang untuk menampung keluarga.
Faktor Dari Isu Disiplin Pekerja
1. Prestasi yang lemah Pekerja yang mempunyai masalah prestasi yang lemah ialah pekerja yang mempunyai kualiti kerja yang rendah disebabkan oleh keupayaan yang terhad, kurangnya latihan, pengalaman, dan kurang motivasi. 2. Melanggar peraturan dan undang-undang Pekerja yang mempunyai masalah ini ialah pekerja yang terbabit dengan kegiatan-kegiatan seperti mencuri, merosakkan harta benda syarikat sehinggalah yang lebih serius lagi, iaitu membocorkan rahsia organisasi.
3. Gangguan emosi Pekerja yang menghadapi masalah gangguan emosi biasanya terlibat dalam ketagihan arak, judi atau dadah yang menyebabkan prestasi kerja menurun. 4. Penentang atau pemberontak Penentang atau pemberontak ialah pekerja yang engkar atau melanggar peraturan dan undang-undang organisasi walaupun amaran telah diberikan. 5. Masalah Keluarga Kurang kasih sayang terhadap ibu dan bapa, perselisihan faham antara suami isteri boleh menyebabkan stress di tempat kerja.
5 Hubungkait Teori Dengan Isu Disiplin
1. Teori Keperibadian Mulia Teori keperibadian mulia ini menitikberatkan perbuatan atau perlakuan manusia dari segi falsafah moral iaitu mempunyai keikhlasan dan kejujuran dari segi nilai. Sebagai contoh seorang pekerja yang jujur dalam segala perbuatannya ketika bekerja dan keikhlasannya dalam membantu para pekerja lain. 2. Teori Wajiban (Deontologis) Teori wajiban juga merupakan merupakan satu teori etika yang berlandaskan prinsip moral dan kewajipan moral. Selain itu kita sebagai manusia mempunyai suatu kewajipan yang sepatutnya dilakukan. Di samping itu, manusia beribadah kepada tuhan kerana ia merupakan kewajipan manusia untuk menyembah tuhannya, kerana perbuatan tersebut akan mendapat pahala. Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai masa rehatnya dengan menunaikan fardhu solat zohor. 3. Teori Hak Asasi Teori ini adalah berkonsepkan hak asasi manusia yang menyatakan bahawa tanggungjawab itu perlu dilaksanakan kerana setiap orang mempunyai hak yang masing-masing. Selain itu,hak negatif yang mana seseorang itu bertanggungjawab untuk tidak mengganggu kehidupan orang lain, hal ini dikatakan beliau hanya melihat aspek sesuatu keadaan yang menghalang individu mencampuri urusan orang lain. Sebagai contoh, seorang pekerja yang mempunyai hak asasi untuk mendapatkan gajinya dari majikan.
4. Teori Terhadap Diri Sendiri Teori terhadap diri sendiri ialah menjaga diri dengan sebaiknya, tidak melakukan benda yang tidak berfaedah terhadap diri sendiri kerana boleh membawa padah. Selain itu, diri sendiri penting terhadap seseorang kerana untuk mendengar nasihat orang lain supaya diri sendiri tidak membawa padah. Sebagai contoh, seseorang pekerja haruslah menjaga dirinya di tempat kerja ataupun tempat awam supaya tidak dicederakan oleh orang lain. 5. Teori Kekeluargaan Teori ini merupakan keluarga seseorang yang disayangi. Pekerja hendaklah menyanyangi keluarganya untuk kebaikkan diri dan orang lain. Seterusnya, jangan membuat perkara tidak baik terhadap keluarga sendiri. Sebagai contoh, pekerja mestilah disayangi oleh keluarga mereka supaya kerja boleh settle dengan mudah dan pantas.
5 Langkah Penyelesaian masalah disiplin pekerja
1. Berbincang dan bersemuka dengan pekerja Lakukan perbincangan secara bersemuka dengan individu tersebut, dan mencari punca yang menyebabkan individu tersebut melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya, khususnya ponteng kerja dan melaksanakan tugas dengan sambil lewa tanpa rasa bertanggunjawab sebagai seorang pekerja di sesebuah organisasi. Apakah perkara utama atau masalah utama yang membuatkan mereka melakukan kesalahn tersebut. Mulakan perbualan atau perbincangan secara formal dan bersendirian tanpa melibatkan individu lain, agar pekerja tahu bahawa ini adalah perbincangan mengenai isu penting dan dapat menyelami isi hati pekerja secara lembut tanpa paksaan. 2. Lakukan pemantauan terhadap pekerja anda Walau sesibuk manapun tugas anda sebagai ketua pejabat, luangkan masa untuk selalu berjumpa pekerja-pekerja anda tidak kira pekerja yang bermasalah dan tidak bermasalah dengan berkomunikasi dengan mereka, supaya jurang antara bos dengan pekerja dapat dikurangkan dan pekerja selesa untuk berkongsi permasalahan mereka. Hal ini kerana, keadaan ini akan mewujudkan suasana yang sihat dalam sesebuah organisasi tersebut. 3. Ciptakan sistem ganjaran pekerja Organisasi harus melaksanakan atau memberi ganjaran kepada pekerja yang berkhidmat dengan cemerlang mengikut kemampuan organisasi itu sendiri, seperti memberi bonus, anugerah ataupun pakej percutian kepada pekerja, cuti atau sebagainya yang relevan, mengikut kategori seperti kedatangan pekerja itu cemerlang, perkhidmatan pekerja cemerlang dan sebagainya.
4. Sediakan suasana kerja yang santai Elakkan memberi tekanan kepada pekerja untuk melakukan tugasan yang diberi. Beri ruang dan waktu untuk mereka melaksanakan tugasan yang diberi sebelum ini dahulu, atau jika tidak mempunyai kerja beri rehat dan sebagainya. 5. Ambil langkah pembetulan Jika pekerja bermasalah enggan memperbaiki diri dan kerja mereka selepas sesi kaunseling, ambillah tindakan disiplin secara berperingkat. Pembuangan pekerja adalah tindakan terakhir yang tidak boleh dielakkan lagi.
Kesimpulan
Disiplin kerja dapat melekat pada diri seseorang kerana faktor dalam lingkungan organisasi mahupun secara peribadi serta disiplin kerja dapat dibangunkan kerana kepercayaan secara turun temurun, yang mana apabila melanggarnya ia akan dikenai sanksi atau perasaan bersalah walaupun tidak dikenai sanksi. Disiplin kerja yang dilakukan seseorang disebabkan kerana tujuan tertentu. Rujukan https://www.pakarhr.com/senarai-masalah-disiplin-pekerja/ https://www.coursehero.com/file/p54odol/Di-samping-faktor-faktor-yang-dinyatakan-masalahdisiplin-pekerja-yan-kurang/ https://www.coursehero.com/file/p6rmv3bi/40-HUBUNGKAIT-TEORI-DENGAN-ISU-DISIPLIN-1Teori-Keperibadian-Mulia-Teori/ https://www.alfarabishariff.com/4-cara-mengatasi-pekerja-yang-bermasalah/