MPU 3102 DIMENSI MORAL: Perasaan Moral Perlakuan Moral Disediakan oleh: Angeline Hong Shing Lyn Emily Ting Hui Kiong Yek Wei Teen
PERASAAN MORAL
TAYANGAN VIDEO
DEFINISI
Merupakan emosi individu yang mengandungi empati, simpati, prihatin, belas kasihan, dan murah hati. Membawa kepada tindakan yang bermoral. Membawa kepada perlakuan individu secara moral.
Penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu membuat sesuatu yang bersifat anti sosial
Misalnya, perasaan empati dan simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.
Contoh: Merasa sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun
Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam peperiksaan
Marah kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata-rata tempat
Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir
Perlakuan Moral
Definisi Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi mengikut kemampuan dirinya. Tindakan moral ini adalah hasil daripada pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorang bertindak secara bermoral.
Contoh
memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas dengan hati yang ikhlas tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam unit tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan merosakkan sistem pekerjaan
memimpin orang buta menyeberang jalan
TAYANGAN VIDEO
SOALAN:
1.Apa yang anda faham tentang perasaan moral dan perlakuan moral?
JAWAPAN SOALAN 1 Perasaan moral : Merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, dan murah hati.
Perlakuan moral : Merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab.
2.Berikan contoh situasi yang menunjukkan perasaan moral.
JAWAPAN SOALAN 2 • Bersimpati terhadap orang miskin • Kasih sayang terhadap ahli keluarga yang sakit • Berasa gembira dengan kepulangan abang • Marah kepada mereka yang suka bergaduh • Sedih apabila nenek meninggal dunia
3. Berikan contoh situasi yang menunjukkan perlakuan moral.
JAWAPAN SOALAN 3 • Membuang sampah ke dalam tong sampah • Menderma wang dan barangan keperluan kepada orang miskin • Menolong orang tua untuk mengangkat barang • Menasihati pembuli supaya tidak membuli • Menjaga ahli keluarga yang sakit
Terima kasih! 19/3/28