Tajuk 3

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tajuk 3 as PDF for free.

More details

  • Words: 3,041
  • Pages: 17
TAJUK 3 : PERMAINAN LATIHAN MS 28 1. DENGAN MENCARI SUMBER DARI PERPUSTAKAAN, TULISKAN SEJARAH PERMAINAN ( PILIHAN ) DIPERINGKAT ANTARABANGSA DAN MALAYSIA. 2. PILIH

SATU

JELASKAN

JENIS

PERMAINAN

YANG

PERATURAN-PERATURAN

ANDA

MINATI

ASAS

DAN

PERMAINAN

TERSEBUT. 3. DALAM BENTUK GRAFIK, ANDA LAKARKAN SATU KAWASAN PERMAINAN HOKI NLENGKAP DENGAN UKURANNYA. Jawapan 1 Permainan : HOKI Sejarah dan perkembangan permainan hoki. Tiada sumber yang tepat tentang bagaimana dan dari mana perkataan hoki atau hockey ini berasal. Menurut catatan ia bermula pada zaman kuno lagi yang dimainkan oleh

orang-orang Greek,Parsi dan Rom sejak tahun 2000 S.M

lagi.Kemudian ia lenyap sehinggalah ia pertama kali diperkenalkan di England pada tahun 1365.Kedatangan permainan ini amat diminati oleh penduduk setempat tetapi ia dimainkan tanpa undang – undang dan peraturan. Natijahnya,berlakulah kekasaran dan kekecohan yang boleh menyebabkan pertumpahan darah. Maka, pihak kerajaan Britain mengharamkan permainan ini. Dalam pada itu, sebagai permainan ,hoki sudah mula diterima oleh lebih banyak Negara dunia. Lantas, undang- undang dan peraturan permainan ini mula di gubal.Kemudian ia mula diterima oleh beberapa buah Negara dengan menggunakan undang – undang yang betul. Dahulunya.permainan hoki dikenali

22

dengan pelbagai nama atau panggilan.. Di Ireland dikenali dengan nama huvley atau huvling, di Scotland ia disebut shinty atau shinny dan di Wales dikenali dengan sebutan banty atau bandy. Ia juga diambil dari perkataan Perancis iaitu hoquet. Adalah difahamkan ,iaitu nama ini telah diInggeriskan menjadi hockey (hoki). Apabila hoki mula diterima oleh penduduk di England, ia juga dimainkan oleh

kaum perempuan. Pasukan

hoki pertama ditubuhkan

di Britain pada

tahun 1840 dan Kelab Blackheath di selatan London dianggap sebagai kelab hoki pertama dan tertua di dunia.. Pada tahun 1861 kelab ini menubuhkan pasukan hokinya. Disamping itu, kelab ini juga memperkenalkan undang-undang hoki, cara – cara

bermain,penggunaan pengadil, kawasan permainan dan

hukuman yang akan dikenakan bagi setiap kesalahan. Berikutan dengan itu, undang-undang hoki di perkemaskan lagi dalam satu mesyuarat di London pada tahun 1875. Lapan tahun kemudian, undangundang hoki telah dirumuskan dengan lebih kemas lagi oleh Wimbledon Hockey Club. Pada tahun 1886 bermulalah permainan hoki sebagai sukan yang kini merupakan salah satu

sukan yang paling diminati di dunia .Dari England

permainan ini tersebar ke Negara- Negara lain, seperti India, Amerika Syarikat dan beberapa Negara Eropah. Pada peringkat antarabangsa, ia mula diterima sebagai salah satu permainan di Olimpik pada tahun 1896. Walaupun diketepikan pada sukan Olimpik tahun 1924 dan terima kembali berikutnya. Pada tahun 1924, tertubuhlah

Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) bagi menyelaras

dan

menganjurkan pertandingan permainan ini diperingkat dunia atas usaha Negara –negara Eropah (Austria, Belgium, Hungary, Czechoslovakia, Pearancis , Sepanyol dan Switzerland. Diperingkat dunia antara pasukan yang sering menjadi pencabar terkuat termasuklah India, Pakistandan Negara Asia, Belanda, Jerman Barat ,Sepanyol, England Australia dan New Zealand

23

Beralih kita sejarah dan perkembangan permainan hoki di peringkat Malaysia. Teori mengatakan bahawa permainan hoki di Malaysia diperkenalkan oleh askar dan kakitangan Inggeris yang bertugas di sini pada tahun 1892. Pada peringkat mula, ia hanya

popular di kalangan kakitangan Inggeris sahaja. Penduduk

Melayu setempat belum dapat menerima permainan ini. Namun, pada tahun 1904 satu perlawanan hoki anatara negeri di adakan iatu antara Selangor dan Singapura. Mulai tahun 1920 barulah permainan ini berjaya menarik minat masyarakat setempat hinggalah ke hari ini tidak kira lelaki atau perempuan. Pada tahun 1926 perlawanan hoki di anta Negeri-negeri Melayu Bersekutu dengan Negeri- Negeri Selat di adakan. Setiap apa yang kita lakukan , kita belajar dari kekalahan dan kegagalan. Pasukan Hoki Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1932 tumpas di tangan pasukan India 1 – 7. Pada masa itu , pasukan India baru sahaja mendapat pingat Emas di Sukan Olimpik. Namun perlawanan pertama peringkat antarabangsa memberikan pengajaran yang amat bermakna. Kekalahan ini medorong pasukan Negara membuat lawatan sambil bermain di beberapa buah Negara lain seperti Hong Kond dan Macao. Apa yang boleh dibanggakan pasukan kita berjaya mengatasi halangan pasukan mereka. Pada tahun 1946, liga Hoki dimulakan di Negara kita bermula di Taiping, kemudian di Kuala Lumpur, Ipoh , Singapura dan Pulau Pinang. Pada tahun 1948 pula Persekutuan Hoki Tanah Melayu (MHF) ditubuhkan sebagai badan penyelaras. Pada tahun 1953, FIH telah menerima MHF sebagai ahli gabungannya. Ini memberi peluang kepada kita

mengadakan perlawanan di

peringkat anatarabangsa. Kemudian Majlis Olimpik Kebangsaan ditubuhkan oleh MHF bersama Kesatuan Olahraga Tanah Melayu. Pada tahun 1951 Kejohanan Hoki yang pertama diadakan. Pada tahun 1957,

Allahyarham Tun Abdul Razak dilantik sebagai presiden MHF dan

menghadiahkan piala Razak. Ini dapat memberi dorongan dan semangat orang melayu terhadap permainan ini. Buktinya banyak pertandingan diadakan. India sekali lagi mengadakan perlawanan dengan Malaysia dan diikuti dengan pasukan Pakistan pada tahun 1955.

24

Manakala pada tahun 1956, merupakan tahun bersejaran bagi hoki di Negara kita. Ini kerana pada tahun itu pasukan kita turut mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik yang diadakan di Melbourne. Kita menduduki tempat kesembilan dariapada dua belas pasukan yang mengambil bahagian. Pada tahun 1975, Negara kita terpilih sebagai tuan rumah Piala Dunia dimana kita menduduki tempat

keempat . Manakala dalam Sukan Asia ,kita sering

menduduki tempat ketiga di belakang India dan Pakistan dan dalam Sukan SEA pula, tiada Negara yang mampu menggugugat pasukan kita. Jawapan 2 Permainan yang saya pilih ialah permainan hoki. Antara peraturan – peraturan asas :Undang – Undang 1 : Pasukan dan Tempoh Permainan. •

Permainan adalah antara dua pasukan dan tidak melebihi 16 orang dalam satu pasukan. Hanya 11 pemain sahaja yang dibenarkan berada di atas padanag termasuk penjaga gol. Boleh bermain kurang dari 11 tetapi tidak bolh bermain tanpa penjaga gol.



Setiap pasukan hendaklah membuat penggantian dari pemain simpanan. Jika penjaga gol diganti

dia dikehndaki memakai jersi yang berlainan

daripada kedua-dua pasukan dan dilengkapi dengan

perlindungan

kepala. •

Seorang pemain yang telah diganti boleh masuk semula. Dan boleh digantikan pada bila-bila masa sahaja. Hendaklah memasuki padang dari sebelah yang dipersetujui dan berhampiran dengan garisan tengah.



Masa bermain selama 35 minit setiap separuh masa.



Selepas separuh masa pertama,kedua-dua pasukan bertukar bahagian padang dan gol. Masa rehat 5 minit.

25

UNDANG – UNDANG 2 : KAPTEN  Membuat undian  Memaklumkan perihal pemain dan posisi  Memberitahu pengadil siapakah yang akan menggantikannya sekiranya dia terlibat di dalam sebarang kecederaan.  Mengawal prosedur penggantian pemain jika perlu.  Bertanggungjawab atas semua kelakuan pemain. UNDANG – UNDANG 3 : PENGADIL DAN PENJAGA MASA  Hoki memerlukan dua oaring pengadil yang adil dan saksama. Bertanggungjawab dalam semua aspek seperti menetukan keputusan, garisan tepi dan masa.Tidak dibenarkan memberi tunjuk ajar kepada pemain kedua-dua pasukan.  Situasi-situasi di mana pengadil akan meniup wisel : •

Mula dan tamat setiap separuh masa



Menguatkuasakan penalti yang diberi.



Mula dan tamatkan pukulan penalti



Apabila bola keluar padang



Apabila gol dijaringkan dan akan memulakannya.



Menyambung permainan selepas penalti



Tangguh permainan dan mulakan kembali selepas tergendala.

UNDANG – UNDANG 4 : PADANG PERMAINAN ♦ Saiz Padang seperti dalam lampiran. UNDANG – UNDANG 5 : TIANG – TIANG GOL DAN PINTU GOL

26

≈ Untuk mengelakkan sebarang masalah ,pengadil hendak memeriksa: 

Tiang –tiang gold an palang dicat putih



Dipasang mengikut spesfikasi.



Memastikan jarring gol tidak ada lubang dan di ikat dengan baik.

≈ Gambarajah dan ukuran pintu gol seperti lampiran. UNDANG – UNDANG 6 : KAWASAN D Satu garisan empat ela panjang digariskan 16 ela dari pint gold an selaras dengaanya. Dua quadrants 16 ela radius digariskan dari tiang gol kiri dan tiang gol kanan k garisan gol di sebelah kiri dan kanan. UNDANG – UNDANG 7 : BOLA  Rupa bola mesti " istemewa", biasanya berwarna putih dan mempunyai spesifikasi –spesifikasi berikut : ♦ Berat bola tidak boleh melebihi 5 3/4 oz ( 163 gram ) ♦ Putaran bola ialah minima 18 13/16 ( 22.4 cm) dan maksima 23.5 cm  Dengan persetujuan dua pihak ,pasukan boleh menggunakan bola yang berwarna,saiz dan putaran yang berlainan. UNDANG – UNDANG 8 : KAYU  Boleh dibahagikan kepada 3 iaitu kepala kayu, batang kayu dan handle.  Permukaan kayu di sebelah kiri adalah rata dan boleh digunakan untuk memukul bola . Manakala bahagian yang sebelah bulat tidak dinarkan dan dipanggil back stick dan akan dikenakan penalty

27

 Kepala hoki hanya diperbuat dari kayu. Benda –benda lain tidak dibenarkan.  Berat kayu tidak boleh melebihi 28 oz dan tidak kurang dari 12 oz bagi lelaki dan perempuan. UNDANG – UNDANG 9 : PAKAIAN PEMAIN DAN ALAT –ALAT.  Setiap pasukan memakai pakaian seragam

yang dipersetujui

opleh setiap pasukan. Penjaga gol memakai pakaian yang berlainan.  Alat

pelindung

penjaga

gol

seperti

stickers,sarung tangan,topeng muka

berikut

:

pad

dan

atau topi keledar,pad

lutut,paha,siku,pelindung bahu ,dada dan lain – lain.  Penjaga gol wajib memakai topeng muka setiap masa perlawana kecuali pada masa penalty. UNDANG – UNDANG 10 : MEMULAKAN SEMULA PERMAINAN

UNDANG – UNDANG 11 : MENJARINGKAN GOL UNDANG – UNDANG 12 : TATACARA PERMAINAN Pemain tidak boleh :  Bermain dengan belakang kayu yang berbentuk bulat atau back stick.  Mengangkat kayu hoki dengan agresif dan kasar melebihi paras kepala.  Menggunakan tangan atau kaki untuk

menangkap bola kecuali

penjaga gol.  Membuat sebarang tindakan sengaja untuk kepentingan pasukan sendiri yang boleh membahayakan pasuka lawan. 28

 Memegang kayu pihak lawan. Jawapan 3

29

SOALAN TUTORIAL MS 29 1. PILIH

SATU

JENIS

PERMAINAN

YANG

ANDA

MINATI,

DAN

TERANGKAN CARA-CARA PERMAINAN ITU DIAMINKAN. 2. SENARAI DAN JELASKAN FAKTOR-FAKTOR PERSEKITARAN YANG BOLEH MEMPENGARUHI KEJAYAAN SESUATU PASUKAN DI DALAM SESUATU PERTANDINGAN. 3. KITA SERING MENDENGAR BERLAKUNYA KECEDARAAN DALAM PERMAINAN HOKI. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG BOLEH DIBERI PERHATIAN SUPAYA KITA DAPAT MENCEGAH DARI BERLAKUNYA

KECEDERAAN

DIKALANGAN

PEMAIN-PEMAIN

KETIKA SESUATU PERTANDINGAN. Jawapan 1 Permainan yang saya pilih ialah permainan Hoki. Cara – cara permainan itu dimainkan seperti berikut : Hoki dimainkan oleh dua pasukan yang terdiri daripada 11 orang pemain setiap pasukan. Ia dimainkan dalam suatu kawasan padang yang rata yang ditentukan saiznya dan mempunyai peralatan secukupnya untuk permainan hoki. Ia boleh dimainkan oleh lelaki dan perempuan. Pengadil hendaklah menentukan sama ada sesuatu padang itu sesuai dan selamat untuk bermain atau sebaliknya. Adalah menjadi tanggungjawab pihak penganjur menyediakan kawasan permainan yang sesuai. Sekarang kita ceritakan pula tentang KEDUDUKAN PEMAIN.

30

Daripada 11 orang pemain, seorang hendaklah bertindak sebagai penjaga gol. Biasanya semua pemain hoki dikenali dan ditempat pada posisi berikut, besertakan dengan nombor jersi yang mereka pakai : Posisi

Nombor Jersi

Penjaga Gol

1

Bek Kanan

2

Bek tengah

3

Bek Kiri

4

Haf Kanan

5

Haf tengah

6

Haf kanan Kiri

7

Sayap Kanan

8

Fowad tengah

9

Fowad Tengah

10

Sayap Kiri

11

Kedudukan pemain ditentukan oleh pengurus atau jurulatih sesebuah pasukan.Setiap pasukan akan melantik salah seorang pemainnya sebagai ketua kumpulan.Ketua pasukan akan bertanggungjawab kepada pasukan masing-masing sepanjang permainan . Namun perjalanan permainan adalah di bawah kelolaan pengadil. Semasa dalam pemainan pasukan – pasukan boleh mengubah posisi masing – masing kecuali penjaga gol Bagaimana untuk memulakan permainan? Setelah segala persiapan disediakan,senarai pemain dikemukakan kepada pegawai perlawanan dan kedudukan pemain ditentukan bermakna pasukan kini sudah bersedia untuk memulakan permainan. Pengundian akan dibuat untuk menentukan pasukan mana yang akan memulakan permainan. Caranya melalui

31

melambung duit syiling atau mencabut undi. Pasukan yang menang dalam pengundian boleh menentukan sama ada mahu memulakan permainan atau memilih padang. Sebaik sahaja pengadil meniupkan wisel, penyerang tengah pasukan pemula terus menolak bola ke dalam kawasan pemainnya kepada salah seorang rakannya. Setelah pemain kedua menyentuh bola (dengan kayu ), maka permainan pun bermula. Sebelum pemain kedua membuat sentuhan ,pemain lawan tidak dibenarkan menyentuh atau merampas bola. Dahulunya permulaan permainan dilakukan dengan cara bully - off. Tetapi peraturan itu telah ditukar dengan cara yang dinyatakan tadi. Semasa permainan , pemain – pemain hanya boleh memukul atau mengelecek bola menggunakan permukaan kayu sahaja, termasuklah permainan kidal. Setiap pemain hendaklah bermain mengikut peraturan serta mematuhi undang – undangnya. Dalam perlawanan dan pertandingan, sering berlaku kekasaran atau kejadian yang tidak diingini. Maka pemain dinasihatkan agar dapat mengawal perasaan serta mengamalkan disiplin yang tinggi. Yang penting mereka hendaklah bermain dengan semangat kesukanan seperti yang diharapkan. Apakah yang berlaku semasa DALAM PERMAINAN.? Dalam permainan bermaksud tempoh permainan yang ditetapkan,tidak termasuk masa kecederaan dan masa rehat, atau bola terkeluar daripada kawasan permainan. Semasa dalam permainan, pemain tidak dibenarkan memegang atau menahan bola dengan kaki atau membuat pukulan yang membahayakan. Tujuan utama permainan hoki ialah menjaringkan gol ke pihak lawan. Oleh itu, setiap pasukan akan berusaha melakukan jaringan gol ini, di samping cuba pula mempertahankan pasukan mereka daripada diserang oleh lawan.

32

Bagaimanakah pula kiraan gol dikira? Pemenang bagi satu-satu perlawanan hoki ialah pasukan yang lebih banyak menjaringkan gol. Jaringan gol dikira apabila bola melintasi garis gold an bola memasuki gol pasukan lawan. Untuk membuat jaringan, sesebuah pasukan boleh melakukannya dengan beberapa cara. Tetapi yang penting setiap pukulan gol hendaklah dibuat dalam kawasan D, iaitu kawasan di depan gol lawan yang berbentuk D. 1. Jaringan Padang. Jaringan ini dilakukan oleh pemain hasil daripada pergerakknya atau rakannya dari dalam kawasan permainan. Bola dihantar kepada pemain dari pasukan penyerang, lalu menbuat pukulan gol sebaik sahaja dia berada di dalam kawasan D. Bagi menghasilkan gol begini persefahaman antara pemain dan kemahiran mengelecek serta membuat hantaran amat penting. 2. Pukulan sudut dekat. Pukulan ini sering menghasilkan gol. Ia dilakukan apabila pasukan pertahanan melakukan kesalahan dalam kawasan gol. Pemain penyerang akan membuat tolakan masuk dari garisan belakang padanag kepada rakannya yang menanti di atas garisan D. Dalam hal ini, persefahaman antara pemain yang membuat tolakan dengan pemain yang akan menampan dan membuat pukulan gol adalah penting. 3. Pukulan Penalti. Gol boleh juga dihasilkan daripada pukulan penalti. Ini berlaku apabila pertahanan dipersalahkan di dalam kawasan sendiri (kawasan D). Dalam pukulan penalti ini penjaga gol hanya berdepan dengan pemukul penalty. Pemukul penalti ini akan menguis atau menolak bola ke arah gol. 4. Pukulan Sudut Jauh. Kesalahan dan hukuman bagi, menghasilkan pukulan sudut jauh adalah hampir sama dengan pukulan sudut dekat,

33

kecuali kesalahan dilakukan di luar kawasan D, tetapi dalam kawasan gol pertahanan. Cara melakukannya adalah hampir sama. Bilakah pemainan hoki tamat? Setelah kedua-dua pasukan mengadakan perlawanan selama 35 minit tiap-tiap satu tempoh, maka masa untuk perlawanan ditamatkan. Tamat permainan ditentukan oleh penjaga masa khas dan bukan oleh pengadil seperti yang dilakukan dalam permainan bola sepak atau ragbi. Apabila tamat tempohnya penjaga masa akan membunyikan isyarat dan dengan demikian sebarang perlakuan hendaklah ditamatkan. Tetapi dalam permainan peringkat sekolah atau kelab pihak penganjur boleh menggunakan pengadil untuk menentukan tempoh sesuatu perlawanan. Masa perlawanan dikira sepanjang masa di mana bola dalam permainan . Ini bererti jika bola keluar padang, berlaku kecederaan atau gangguan lain semasa permainan, masa yang terbuang ini tidak dikira. Bagi perlawan berbentuk kalah mati masa tambahan 15 minit (7 1/2 minit ) setiap satu tempoh diberikan, tanpa masa rehat. Jika masih seri, permainan ditentukan dengan pukulan penalti . Jika terdapat pemain yang diperintah keluar padang atas kekasaran atau perlakukan yang bertentangan dengan peraturan dan undang – undang hoki, pemain berkenaan tidak boleh bermain dalam perlawanan itu. Manakala kelayakannya bermain dalam perlawanan lain bergantung kepada keputusan pihak penganjur menerusi jawatan kuasa tatatertib. Jawapan 2 1. Kemudahan dan kelengkapan peralatan. Sekiranya peralatan yang diperlukan disediakan dengan lengkap dan sesuai ini dapat membantu sesesuatu pasukan bermain dengan selesa dan akan mencapai kejayaan. Antara peralatan yang diperlukan ialah kayu hoki, kasut, bola, pakaian.

34

2.

Kemudahan padang. Padang hendaklah berbentuk rata dan tidak terlalu

sempit dan tidak terlalu luas.Mengikut undang-undang antarabangsa keluasan padang hoki berukuran 91.4 meter panjang dan 54.7 meter lebarnya berbentuk segiempat bujur. Permainan hoki yang dijalankan di atas rumpuan tiruan atau Astroturf lebih baik berbanding dengan rumput biasa. Begitu juga dengan kemudahan dan kesesuaian gold an jarring mengikut ukuran yang disediakan. Kemudahan bendera juga perlu pada setiap penjuru padang hoki. 3.

Pengadil. Pengadil yang baik , cekap dan jujur boleh menjamin permainan

yang baik dan bermutu. 4.

Jurulatih. Sikap positif jurulatih terhadap pemain juga penting bagi

memastikan kemenangan sesuatu permainan. Di antara factor yang terkandung di dalam sikap jurulatih ialah kemenangan, kekalahan, mendekati pemain dan menggerakkan pemain 5.

Pemain. Di antara factor yang perlu ada pada setiap pemain ialah

Keinginan dan emosi. Faktor keinginan adalah seperti berikut dorongan, minat,kecerdasan, kepimpinan dan pengelolaan. Faktor emosi pula seperti boleh dilatih , keyakinan diri, kekuatan mental, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. 6.

Teknik Pengajaran. Keberkesanan sesuatu pengajaran kegiatan sukan,

sebahagian daripadanya bergantung kepada penyampaian yang jelas dan terperinci, tunjuk cara yang betul, melakukan sesuatu kemahiran dengan tepat dan peneguhan yang positif. 7.

Undang-undang dan Peraturan.Undang-undang dan peraturan

hendaklah di ikut dengan seadilnya. Undang-undang pula hendaklah memberi keselesaan kepada pemain.

35

8.

Strategi Permainan. Strategi permainan sesuatu permainan juga boleh

mempengaruhi mana –mana pasukan untuk menang. Contohnya, strategi serangan dan strategi pertahanan yang teratur dan sistematik. 9.

Keselamatan dan kecederaan. Pemain perlu diingat supaya tidak terlalu

emosi dalam permainan dan tidak melakukan kekasaran yang boleh membawa kepada kecederaan. Ini akan menybabkan serangan dan pertahanan pasukan akan menjadi lemah. 10. Penyokong. Penyokong sesuatu pertandingan dinasihatkan supaya tidak mengikut hati dan perasaan semasa permainan dijalankan. Kalah dan menang adat permainan. Bertindaklah secara rasional. Sekiranya tidak berpuas hati kita salurkan kepada jalan dan bahagian yang sepatutnya. Jawapan 3 1. Penjaga gol dipakaikan alat- alat pelindung khas dari atas kepala hingga ke hujung kaki bagi mengelak dari kecederaan. 2.

Mempelajari teknik – teknik kemahiran asas dengan betul dan sistematik

Antaranya teknik pukulan, menyerkap, menghalang dan merebut bola, membuat hantaran,pukulan sudut, pukulan penalti, tolakan, menguis. 3.

Cara menggunakan peralatan dengan betul. Contohnya, cara memegang

kayu hoki, memakai kasut dan bola yang sesuai. 4.

Pemain dinasihatkan supaya tidak mengikut emosi masing-masing yang

boleh menyebabkan kekasaran dan membawa kepada kecederaan. 5. Keadaan padang yang baik dan selesa. Tidak ada benda – benda yang bahaya. Seeloknya menggunakan rumput Astroturf.

36

6. Pemain hendaklah akur dengan peraturan dan undang – undang yang digariskan. Antaranya : 1. Tidak boleh meninggikan mana-mana bahagian kayu melepasi paras bahu . 2. Tidak boleh menyepak bola dan membaling secara bahaya. 3. Tidak boleh menhalang secara berlari di antara bola dan lawan atau menggunakan kayu untuk perlakuan tersebut. 4. Tidak boleh menggunakan kaki atau betis untuk mengampu atau membantu kayu hoki semasa menghalang lawan. 7. Pemain hendaklah memakai pakaian yang sesuai. Pakaian ini telah ditentukan oleh pertubuhan atau pasukan masing- masing. Ini membolehkan pemain bermain dengan selesa. 8. Peringkat Umur juga dititik beratkan. Orang tua dan berumur tidak dibenarkan bermain. Masa bermain bagi setiap peringkat umur juga diambil kira. Contohnya : umur 18 tahun masa bermain 35 minit bagi setiap separuh masa (lelaki) Umur 15 tahun masa bermain 30 minit bagi setiap separuh masa (lelaki) Umur 12 tahun masa bermain 25 minit bagi setiap separuh masa. (lelaki)

37

38

Related Documents

Tajuk 3
July 2020 4
Tajuk
October 2019 38
Tajuk
November 2019 26
Tajuk
October 2019 28
Tajuk
December 2019 17
Tajuk
May 2020 23